|
[TERKINI] Edisi Gambar & Video - BERSIH 3.0 : 2012
[Copy link]
|
|
Reply 256# mimi77
semua yang pergi tu kalau tnya x tentu tau pun apa 8 tuntutan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 879# mixed
12.55 tengah hari: Anwar berucap di hadapan ribuan penyokong Bersih. Bersama beliau ialah Datin Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu, Kit Siang.
Mohamad Sabu mengetuai kumpulan itu menyanyikan lagu 'Merdekakan Dataran Merdeka'. Anwar turut menyanyi bersama.
Menurut Anwar, kumpulan yang berhimpun di Masjid Negara akan bergerak ke Dataran Merdeka selepas waktu Zohor.
12.50 tengah hari: Ribuan penyokong Bersih dan Himpunan Hijau terus berarak ke kedua-dua arah di sepanjang Jalan Tun Perak sambil melaungkan sorakan 'Reformasi'.
12.40 tengah hari: Penyokong Bersih kelihatan menikmati makan tengah hari di restoran India Muslim di stesen KTM.
12.36 tengah hari: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kumpulan penyokong yang berhimpun di Masjid Negara.
12.35 tengah hari: Kumpulan yang bergerak dari Brickfields kini menuju ke Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka.
12.20 tengah hari: Sebahagian besar penyokong Bersih dan Himpunan Hijau duduk di tengah dan bahu jalan di sepanjang Jalan Tun Razak dari stesen LRT Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka.
12.15 tengah hari: Bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berada di Masjid Negara. Turut kelihatan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kumpulan penyokong Bersih yang bergerak dari Little India kini bergerak seiring dengan sekumpulan lagi penyokong yang berhimpun di hadapan bangunan YMCA menuju ke Dataran Merdeka.
Kumpulan ini kini diketuai unit Amal PAS menuju ke Dataran Merdeka.
12.05 tengah hari: Ribuan penyokong Bersih dan Himpunan Hijau berarak di sepanjang Jalan Tun Perak di keduad-dua arah, menghala ke Dataran Merdeka.
Masing-masing melaungkan sorakan 'Bersih' dan 'Stop Lynas'.
12.04 tengah hari: Perarakan penyokong Bersih ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Sambanthan mengakibatkan lalu lintas sesak. Namun pihak polis mengawal keadaan dengan baik.
Kumpulan itu bergerak sambil bersorak 'Hidup!Hidup!Bersih!Bersih.
12 tengah hari: Kira-kira 200 penyokong Bersih di Brickfields mula bergerak ke Dataran Merdeka.
Kawasan Masjid Negara semakin dipenuhi ramai penyokong Bersih. Bahagian hadapan sesak menyebabkan penyokong berdiri di sepanjang jalan raya dan bulatan dekat KTM di sini.
Semuanya gara-gara desas desus yang mengatakan Anwar akan berada di sini.
Kelihatan polis semakin ramai mengawal keadaan.
11.50 pagi: Sejumlah besar penyokong Bersih kembali duduk di tengah-tengah persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tun Perak dengan bersorak 'Reformasi', 'Duduk', 'Bantah', 'Hidup Rakyat' dan 'Hancur BN'.
11.45 pagi: Polis mengesahkan satu alat yang ditemui berhampiran Dayabumi pagi tadi bukanlah sejenis bahan letupan.
11.40 pagi: Ratusan penyokong Bersih dari arah Dataran Merdeka berarak di Jalan Tun Perak menghala ke arah Menara Maybank sambil melaungkan 'Reformasi' dan 'Hidup Rakyat'.
Kesemuanya kemudia duduk dan meneruskan sorakan di tengah-tengah persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tun Perak.
Selepas itu, masing-masing berdiri menyanyikan lagu 'Negaraku'.
11.36 pagi: Kumpulan yang berkumpul di Little India diedarkan notis kecil 'Jika anda ditahan, sila SMS1) Nama Penuh (2)No Kad Pengenalan (3) Balai Polis kepada 0133845740.
11.34 pagi: Penyokong Bersih di Little India bersorak 'Hidup Rakyat, Selamatkan Malaysia'. Kumpulan berkenaan diketuai Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier A. Jeyakumar.
11.30 pagi: Para penyokong Bersih duduk di atas Jalan Tun Perak, beramai-ramai sambil bersorak 'Reformasi' dan 'Allahuakbar' serta 'Hidup Bersih', Hidup Rakyat, Duduk Bantah'.
11.20 pagi: Kelihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang yang juga Speaker Selangor, Datuk Teng Chan Kim mengetuai satu kumpulan penyokong Bersih yang melaungkan sorakan 'Bersih' di hadapan stesen LRT Masjid Jamek.
11.19 pagi: Di Air Pancuran Little India, Brickfields, kira-kira 100 penyokong Bersih mula berkumpul. Mereka dijangka bergerak ke Dataran Merdeka pada pukul 12 tengah hari. Kumpulan itu memakai kemeja-T Bersih.
11.00 pagi: Pemangku Presiden Makkal Sakti, V. Vathemurty yang mengetuai kumpulan penyokong Bersih di Air Pancuran Little India, Brifields berkata, mereka akan mula berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Travers atau Jalan Tun Sambathan.
Katanya, mereka akan berarak dalam suasana aman.
10.55 pagi: Kumpulan yang berkumpul di kawasan Brickfields mula bersorak 'Hidup!Hidup! Bersih! Bersih!.
10.50 pagi: Kira-kira 20 penyokong Bersih mula berkumpul di kawasan Air Pancuran Little India. Mereka mula memasang kain rentang 'Duduk Bantah Dataran Merdeka'.
Anggota polis yang mengawal di kawasan sekitar tidak mengambil apa-apa tindakan.
10.35 pagi: Mat Sabu tiba di Masjid Negara. Semua penyokong duduk seperti slogan 'Duduk dan Bantah'.
Mereka turut menyanyikan lagu tanggal 31 Merdeka tetapi menukar kepada tangga 28 April.
10.32 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga melalui Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke KTM. Ambiga bertopi dan berkaca mata hitam.
10.30 pagi: Unit Amal PAS yang berkumpul di Masjid Negara mula memberikan taklimat kepada penyokong.
Mereka memakai pakaian seragam berwarna merah. Taklimat menarik perhatian penyokong.
10.25 pagi: Buat pertama kalinya, penyokong Bersih di Masjid Negara melaungkan Allahuakbar di Masjid Negara. Laungan berikutan sekumpulan penyokong beratur memakai kemeja-T Bersih.
10.20 pagi: Lebih 30 anggota polis berjalan menghala ke arah Dataran Merdeka dan kehadiran mereka mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong Bersih.
Jumlah penyokong Bersih 3.0 di kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan sepanjang Tun Perak kini lebih 1,000 orang.
10.15 pagi: Suasana di KTM lengang. Mereka yang menaiki komuter terus bergerak ke Masjid Negara.
10.10 pagi: Penyokong Bersih membawa sepanduk 'EC Resign Now' (Suruhanjaya Pilihan Raya Bersara Sekarang) yang turut tertera kenyataan 'From the concerned people-the rakyat' (daripada Rakyat yang prihatin), dari stesen LRT Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka.
Ada segelintir penyokong melaungkan 'Reformasi' ketika berarak membawa sepanduk.
9.45 pagi: Beratus-ratus penyokong Bersih memenuhi kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek.
Turut kelihatan sejumlah kecil penyokong Himpunan Hijau di sini. Sebahagian mereka berkumpul di bahu jalan.
Tiga restoran termasuk dua restoran makanan segera dan dua kedai serbaneka 24 jam beroperasi di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek walaupun sepanjang jalan kedua-dua arah dipenuhi ratusan penyokong Bersih.
9.41 pagi: Suasana sekitar Jalan Brickfields berhampiran kolam air pancuran masih lengang. Kelihatan beberapa kenderaan polis bersama sekumpulan anggota mula mengawasi kawasan sekitar.
9.30 pagi: Penyokong Bersih semakin ramai berkumpul di Masjid Negara. Petugas media turut membanjiri kawasan itu.
Helikopter berlegar-legar memantau keadaan.
9.15 pagi: Kelihatan sekumpulan penyokong Bersih membeli token LRT di stesen KL Sentral untuk ke beberapa stesen seperti Masjid Jamek, Pasar Seni di mana kolasi penyokong Bersih berkumpul.
9.10 pagi: Tiga trak polis tiba di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek.
Lebih 30 anggota polis membuat persiapan mengawal keadaan di sini.
Kira-kira 25 anggota polis yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Leboh Ampang, mengenakan sekatan bagi laluan menghalang ke Dataran Merdeka.
9.06 pagi: Sekumpulan kecil penyokong tiba di Pasar Seni dengan membawa bersama dram dan tamborin.
9.05 pagi: Penyokong Himpunan Hijau mula berkumpul di laluan masuk ke KLCC, Jalan Ampang.
9.00 pagi: Lebih 200 penyokong Bersih mula membanjiri luar perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar.
Sebahagian mereka mamakai baju kemeja-T berwarna kuning dengan lambang Bersih 3.0.
Ada di antara mereka turut memakai bandana, topi dan tudung serta gelang tangan berwarna kuning.
Lebih 10 polis bantuan mengawal keadaan dan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek.
Bagaimanapun, keadaan di sini masih aman.
Beberapa anggota polis dan polis trafik turut mengawal keadaan trafik di hadapan stesen LRT.
Jalan menghala ke Dataran Merdeka ditutup.
9.00 pagi: Suasana di Masjid Negara tenang sejak pukul 8 pagi tadi. Kebanyakan penyokong dan orang awam menghabiskan masa dengan membaca surat khabar dan tak kurang juga yang tidur di hadapan masjid.
8.45 pagi: Masih tidak kelihatan penyokong Bersih di sekitar bangunan KL Sentral. Orang awam kelihatan sibuk dengan aktiviti masing-masing.
8.15 pagi: Suasana di KL Sentral mula sibuk dengan kehadiran orang awam. Tiada penyokong Bersih kelihatan di sekitar bangunan KL Sentral. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah...rezeki hari nie
mimi77 Post at 28-4-2012 18:11
patut org umno jual air..bubuh julap dalam tu...biar semua terberak x menyempat... |
|
|
|
|
|
|
|
best lagi tido kat rumah... nyaman... |
|
|
|
|
|
|
|
nah lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
KERETA POLIS YANG HANCUR AKIBAT KEMARAHAN RAKYAT SELEPAS MELANGGAR 2 ORANG RAKYAT HINGGA CEDERA PARAH. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan Perjuangan! Cacat cela mesti ada sedikit sebanyak tetapi itulah harga perjuangan! Anak cucu ...
azredclaw66 Post at 28-4-2012 18:07
majoriti? are u sure?
depa berbangga ke dgn mak bapak yg bawak anak2 kecik yg tak tau mengerti dunia sbnr lg ke perhimpunan bershit ni? bukannya tak tau risiko ape sume.
ke sengaje dibawa budak2 kecik ni yg tidak mampu mempertahankan diri, apabila chaos, terjatuh terpijak ke ape ke, so makin besar la isu die ye tak |
|
|
|
|
|
|
|
bila berok2 kata x tahu tujuan pergi..agak2 diri sndiri tu tahu ke ....kalo dah status berok..berok je la selama-lama nya....tuan kata makan taik..makan je la...pada berok2 yang x tahu tujuan gerakan kuning 3.0 tu,google je..tu pon nak kena ajar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
woi macit2 nak sembang p board laen la...barua hamjadah toi...org nak tgk gambaq ngan perkembangan s ...
mrs.senah Post at 28-4-2012 17:17
For once Akak agree with you lah Pn. Senah. Dari tadi pot pet pot pet... bawa anak gi demo, pregnant dan terberanaklah. Macam mereka ajelah ibu bapa perihatin kat malaysia. Nak sembang, mengutok atau mengumpat gi tmpt lainlah... kacau orang nak tgk video, gambar dan kisah bersih ni! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mimi77
semua yang pergi tu kalau tnya x tentu tau pun apa 8 tuntutan ni
rolypoly Post at 28-4-2012 18:12
aku bagi taw kat ang...kalau ang bodoh tak reti baca suh org len baca ang dengaq..kalau pekak cari org yang reti bahasa isyarat..!!!
*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor |
|
|
|
|
|
|
|
jatuh merempuh polis pahtu claim polis serang |
|
|
|
|
|
|
|
baju merah sb kah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 881# rolypoly
tanye anuwat pun blum tentu kenal, apetah lg ambabiga, dan adalah mustahil pakcik samad |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mimi77
semua yang pergi tu kalau tnya x tentu tau pun apa 8 tuntutan ni
rolypoly Post at 28-4-2012 18:12
yang pergi pun sajer nak tumpang glamer...sebahagian dari sejarah katanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
mimi77 Post at 28-4-2012 18:16
ni dr mana punya parti ne???parti tupperware ke??
berani sungguh yg lain xda pong pg joinT suma larik...
mesti dpt duit rm50 |
|
|
|
|
|
|
|
kumpulan anti lynas ni nampaknya agak tenggelam sebab ada isu lebih besar dengan perhimpunan bersih ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 H/P: 016 9670921; Email: [email protected]
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 880# matsyeh
kat kl pun boleh dapat suasana begini kalau kuli faham arahan majikan.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|