CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 5-11-2009 02:56 PM | Show all posts
874# kaypo

hawak pun dah tukar jugak kew?hehehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 02:58 PM | Show all posts
873# qimi08

kekeliruan tentang jantina ni dah lama berlaku
sejak pakai nick lama lagi , sblm aktif kat writers room

kan juanaperez....

tapi kakak arjun tak kisah
sang_arjuna Post at 5-11-2009 11:44


benar sekali bang arjunku..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:41 PM | Show all posts
877# sang_arjuna

Smiley...almaklum ler nama glamer ko dah dekat dekat ngan arjun rampal..hhehehee..tu yg asik jadi bang arjun tu..

alamak aku ingat si ratu cenggeng tu dah letak takhta ..sejak jadi permaisuri tokey kilang tisu...roopanya cuma pergi bercuti jer...aisey sya...mana si jejaka melayu terakhir ko tu tak timbul timbul dari lepas raya...tak abis beraya lagi ker anakanda??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 03:58 PM | Show all posts
aik belum ada sambuing lagik ke... smiley jgnla kasi kita tertunggu-tunggu.. dahla part2 saspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 04:12 PM | Show all posts
sorry sebab false alarm tadi



...................................................................................
Fifi memilih blaus lengan panjang berwarna putih dengan slacks cokelat cair untuk lunch date nya bersama Nazrin. Tak sangka pula tiga hari lepas Nazrin mengajaknya keluar lunch bersama. Haaa….. gumbira sungguh rasanya. Ini permulaan yang bagus. Aku akan pastikan ini bukan kali yang terkahir. Fifi membetulkan duduk bajunya yang agak longgar. Pasti Nazrin suka gayanya yang agak konservatif. Tak ubah macam stail budak hingusan itu.  Selama ni aku terlalu beradun, terlalu sofistikated. Patutlah aku tidak mampu menarik perhatian Nazrin.  Bukan itu citarasa Nazrin.  Aku sepatutnya membawa imej gadis polos dan suci seperti waktu kami bercinta dulu.. Fifi tersenyum puas memandang imbasan di cermin. Rambut yang lurus melepasi bahu di ikat ponytail. Sudah bertahun dia tak pernah mengikat rambut kalau keluar rumah. Wajah yang selalu di solek rapi kini bersih dan polos. Cuma di calit pelembab bibir dan bedak tipis. Bedak yang sudah di “ jampi” oleh Bu Numi. Aah….  Nazrin akan tersungkur. Dia mencapai berus bedak dan menambahkan sedikit lagi bedak “ penyeri”.

Juliana yang sedang membaca majalah di atas katil mengangkat muka. Gerak geri rakan serumahnya di teliti. Lain pula rupa Fifi. Bukan saja pakaian tapi wajah dan rambut. Pasti aku tidak cam kalau terserempak di tengah jalan.

“ Kenapa kau nampak pucat ni? Dressing kau pun lain macam saja. Macam orang nak pergi temuduga kerja kilang. Kau nak pergi mana sebenarnya?”

“ Lunch dengan Nazrin lah. Kan aku dah bagi tau. Ha… siap kau Nazrin. Lepas ini kau tak akan pandang lagi si Hani tu.” Fifi tersenyum girang sambil berpusing pusing di depan cermin. Beg tangan Guccinya di ambil dari meja sisi katil. Dia memastikan botol kecil seperti botol minyak attar ada di dalamnya. Botol yang mengandungi “ secret weapon” untuk menundukkan Nazrin. Bukan senang nak dapatkan minyak pengasih dari Bu Numi. Terpaksa memandu berpuluh batu, masuk kampong. RM500 melayang. Tapi hasilnya pasti mujarab. Nazrin akan menjadi milik ku.

“ Aku tak tahulah kenapa kau kemaruk sangat dengan si Nazrin tu. He is only a lecturer, bukannya jutawan. Bukannya tokoh korporat atau royalty. Nak kata hensem, boleh tahanlah. Tapi ramai yang lagi hensem. Lagi pun setakat muka hensem boleh kah beli beg Gucci dan mekap Mac kau tu? ”  Juliana mengasak. Kepalanya bingung memikirkan Fifi. Terlalu obsess dengan lelaki yang pernah mencintai nya. Macamlah tak ada lelaki lain di dunia. Sampai sanggup pergi ke ulu mana entah untuk dapatkan bantuan bomoh yang kononnya paling “ terror”. Hai… ini sudah kes kurafat. Fifi  sudah melampau. Keluhan kecil terlepas dari bibir Juliana.

“Pasal duit aku tak heran. Sewa kondo yang Raziman bagi kat aku pun tak habis makan. Tapi aku nakkan Nazrin. Apa aku nak, aku mesti dapat. Dia cinta pertama aku. Selama ni aku tak pernah lupakan dia. Lagipun dia masih single. Kalau setakat bertunang tu… eleh..apalah sangat. Bukannya tentu dia akan kahwin dengan minah tu. Aku confident dia akan lebih bahagia dengan aku.“

“Well, aku tak nak cari gaduh dengan kau. Tapi kau tahu kan ,pakai ubat guna guna ni dosa besar. Tak cium bau syurga nanti. “

“Eh, kau tu baik sangatkah? Pergi cermin muka kau tu dulu. Tiap tiap malam keluar dengan jantan pergi clubbing, ada hati nak nasihat orang” tempelah Fifi. Dia melangkah keluar dari bilik. Pintu depan rumah teres dua tingkat itu di banting  hingga jiran sebelah menjengukkan kepala.

……………………………………………………………………..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 04:18 PM | Show all posts
Dari susur keluar Lebuhraya  NKVE, Nazrin memandu ke arah Bangsar Utama. Perasaannya berbolak balik. Ada saat saat ingin saja dia membatalkan rancangan ini. Bagaimana kalau Fifi bertindak di luar jangkaan? Macam mana kalau aku hilang sabar? Kalau di ingat kembali segala yang dia telah lakukan memang rasa nak tempeleng terus. Aah… Azlin dan Shauki kan ada. Mereka boleh leraikan keadaan. Tapi masih ada suara kecil terngiang ngiang. Bagaimana pula kalau Fifi bomohkan aku? Cuma Allah yang boleh tolong. Ayatul kursi dan doa pendinding di bacanya berulang kali.

Apa muslihat Fifi memilih untuk berjumpa di Restoran Rasyid di Bangsar Utama? Hatinya tertanya. Padahal ada berpuluh lagi tempat makan di Bangsar yang terkenal. Ah… aku tahu.  Restoran Rasyid tempat yang selalu di kunjungi Hani dan staf Persada Construction untuk makan tengahari. Kalau tak makan di situ pun, mereka kena lalu  kaki lima kedai. Fifi… Fifi. Mesti dia nak Hani nampak aku dengan dia makan berdua. But sorry to say, Hani tak kerja hari ini. Kau silap taktik Fifi. Nazrin bermonolog sambil mencari tempat memakir kereta. Sudah dua pusingan di sekitar sana, masih tak ada tempat kosong. Dia menghantar SMS pada Shauki  menanyakan keberadaan mereka. Risau juga kalau kawan kawannya belum sampai.

Akhirnya dia memakir kereta di stesen LRT. Nasib baik ada tempat yang baru di kosongkan. Jam menunjukkan pukul 12.50. Masih ada 10 minit lagi. Janganlah si Fifi  lambat pula. I want to get this over and done with. Lagi cepat lagi bagus. Walaupun aku ikhlas membantu Fifi kerana aku kasihan padanya tapi yang penting aku tak mahu di ganggu lagi. Aku tak nak hubungan aku dan Hani renggang kerananya. Aku dah letih mententeramkan keadaan setiap kali Fifi buat kecoh.

Nazrin terus ke Restoran Rasyid untuk menunggu di sana. Shauki dan Azlin dalam perjalanan dengan LRT. Tak banyak meja kosong sementelahan waktu makan tengahari pekerja pejabat sudah mula. Bagus juga Fifi pilih tempat ini. Kalau apa apa terjadi senang aku nak minta tolong. Dia memesan Nescafe “kaw”  untuk membasah tekak sekaligus mencelikkan mata. Tak boleh lalai atau culas bila berdepan dengan Fifi.
…………………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 04:19 PM | Show all posts
apasal si fifi tu...
jgnla si nazrin terpedaya
smbg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 04:23 PM | Show all posts
Uwaaahhh udah guan menderem lah si fifi ni......:@ In buat kita geram teknik kotor ..pengecut:@

Hu hu nazrin kena kuat semangat klu tidak hanyut lah bersama fifihmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2009 04:24 PM | Show all posts
“ Woi Jo, minah tu lah. “  Atan menyiku teman di sebelahnya. Matanya mengikut gerak langkah perempuan berbaju putih dan berseluar cokelat cair yang baru keluar dari bangunan Persada Construction. “ Dia datang… jeng jeng jeng… dengan lenggang lenggoknya… dia datang” Atan menyanyikan lagu irama Malaysia dengan girang.

“ Betul ke? Check balik gambar dalam henfon kau.” Jo memincing mata untuk melihat gadis yang berada kira kira 30 meter di hadapan mereka. Henfon di hulur. Betul lah, dia orangnya. Wajah, gaya rambut, saiz sama dengan dalam gambar yang di ambil di KLCC tempoh hari. Sudah tiga hari pencarian mereka tidak berhasil. Di tunggu di Sri Jelatek, bayang pun tak nampak. Di kawasan pejabat, kelibatnya pun tak jumpa. Hampir putus asa Jo dan Atan. Wang pendahuluan yang di terima sudah habis di meja judi dan kelab dangdut. Nasib baik hari ini dapat juga mereka menjejaki perempuan itu.

“ Nah… tengok. Betul kan? Jom, kita gerak.” tegas Atan. Adrenalin mula mengalir. Kacamata hitam di betulkan dan topi baseball di pakai. Begitu juga dengan Jo. Sudah lama mereka tidak berpeluang membuat kerja begini. Target yang di tunggu sudah tiba. Masa untuk bertindak. Botol yang mengandungi asid di genggam erat.
Duit RM3000 terbayang bayang di mata. Menjadi balaci Puan X memang berbaloi.

Jo melingas pandang sebelum menghidupkan enjin motosokal Suzukinya. Pekerja yang keluar makan berpusu pusu memudahkan “ assignment” mereka. Lebih senang melarikan diri bila ramai yang kecoh. Pak polisi pun tak ada. Line clear.
…………………………………………………………….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 04:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 5-11-2009 16:31

Muka Fifi masam. Pelan yang di atur sudah tercela sedikit. Moodnya terjejas bila receptionist Persada memberitahu yang Hani cuti. Kenapalah minah tu cuti pula hari ni?  Alangkah bagusnya kalau Hani nampak aku dan Nazrin berduaan. Padan dengan muka. Baru dia tahu yang Nazrin masih nakkan aku. Baru dia sedar sikit siapa dirinya. Sekadar pilihan Tok Putih. Ada hati nak jadi bini Nazrin konon. Lepas hari ini, jangan mimpi lah Nazrin nak tengok muka kau lagi.

Langkahnya di percepatkan sebaik melihat jam di tangan. Pasti Nazrin sudah lama menunggu. Sekali lagi dia meraba botol kecil dalam beg nya. Pesanan Bu Numi sudah terpatri di kepala. Baca jampi yang sudah di hafal. Sapu sedikit pada mana mana bahagian tubuh Nazrin dan letak tiga titik dalam minuman atau makanan. Yang kedua tu  susah sedikit. Macam mana aku nak buat tanpa di sedari oleh Nazrin. Aah… biarlah aku fikirkan nanti.

Dia tersentak bila sebuah motosikal berhenti di sisi birai jalan. Darahnya berderau. Pantas Fifi melangkah beberapa tapak ke belakang .

“ Assalamualaikum. Saudari , boleh saya tumpang tanya?” Si pembonceng motosikal bersuara. Tuturnya sopan dan teratur. Pakaian mereka juga kemas. Cuma topi menganggu penampilan kedua pemuda itu “ Kami baru sampai di KL. Nak tanya  sedikit. Jangan takut, kami bukan nak apa apakan saudari”

“ Apa korang nak?  Aku tak ada masa lah” Fifi mendengus

“ Saudari tahu di mana pejabat ini?” Secebis kertas di hulurkan. Tercatit nama Raksajaya Trading dan alamat. Fifi menjeling sekali harung.

“ Aku tak tahu… pergi tanya orang lain…. ARGHHHHHH!” Muka dan tubuhnya di simbah dengan cecair. Pedih dan membakar. Penglihatannya kabur. Suaranya terlekat di kerongkong. Fifi jatuh terjelepok di tepi jalan. Beberapa orang dari kedai berdekatan berlari ke arahnya. Motosikal tadi  di pandu laju entah ke mana……
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2009 04:28 PM | Show all posts
sorilah... smiley tak pandai tulis adegan aksi thriller ni

hehehehe .. harap semua dapat paham lah jalan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 04:38 PM | Show all posts
padan muka fifi...... teruskan n3 smiley....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 05:23 PM | Show all posts
laaa...ini kes salah orang ke? sebenarnya 2 org bermotor tu nak curah asid kat Hani ker?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 05:46 PM | Show all posts
nak lagiii....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 06:03 PM | Show all posts
yessssss....padan ngan muke fifi!!! nak mengenakan orang akhirnya sendiri terkena....

errrr betul ke conclusion aku nih???
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 07:11 PM | Show all posts
ala.....cepat la smbg smiley.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2009 07:53 PM | Show all posts
padan muka fifi...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 08:25 PM | Show all posts
aku tau aku tau
puan x tu mesti puan pora, mak syamil
nak kenakan hani, tp terkena fifi
pastu nazrin simpati kat fifi
hani salah sangka
hadoiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2009 08:25 PM | Show all posts
adekah itu asid?padan muke fifi...
i like smiley....
nak n3 lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 12:57 AM | Show all posts
thanks smiley..
next n3 bg byk2 ye.. tak puasla..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.196744 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list