|
[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan
[Copy link]
|
|
Originally posted by zairizain at 6-3-2009 10:17
guru harapan...lepas ni syaratkan setiap guru/cikgu/pensyarah jalankan ujian air kencing. WAJIB!!. dan sesekali buat spotcheck...
member aku cerita, masa kat maktab dulu, tiap tiap sem ada UTest.
patutnya, diteruskan sampai kerja.
tiap tiap tahun ada Utest.....
member aku, SK* hilir, ada digantung tugas sebab kes dadah. akhir bulan ni masuk court. |
|
|
|
|
|
|
|
"ayah kencing berdiri anak kencing berlari" kena tukar...."Guru kencing berdiri murid kencing berlari" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikemi83 at 6-3-2009 10:30 AM
aha! asyik spotcheck student saja ek
terlepas pandang guru yg dipandang mulia ni
btul 2..
zmn skang ni..guru ramai dh x mullia..huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
janganlah expect guru tu berkelaukan perfect semata |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu Jadamm jahanam
Guru edar syabu dicekupKUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila seorang guru antara lima individu yang ditahan ketika serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Kuala Lumpur, Jumaat lalu dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.
Difahamkan suspek berkenaan, bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah di Selangor, dua lagi suspek penganggur manakala dua suspek perempuan adalah teman wanita suspek berkenaan.
Ketika serbuan jam 5.45 petang di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di sini, polis menahan lima suspek terbabit sedang membungkus dadah.
Dalam serbuan itu, polis merampas lapan peket besar plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 253 gram dan mengikut nilai pasaran semasa mencecah hampir RM110,000.
-----------------------------------------------------------------
kalau dulu anggota polis sentiasa dikaitkan dengan duit kopi dll .. time tu mmg la gaji polis ni kecik dah le bergadai nyawa.
Berlainan kesnya dengan situasi neh. Setau aku gaji cikgu ... cukup dah .. tapi nape laaa nak jadi pengedar neh ..
Rosak betul laa .. cuba la cikgu2 yg ada kat forum ni cakap .. ape gaji cikgu ciput lagi kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
tak gne pny cekgu..
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@
de jgk kan cekgu cetu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ler... bwk keta slow pon cikgu disalahkan jugak..
aku kalo smpai area skolah aku mmg bwk slow gile supaya bile tetibe ade student berlari lintas jalan ke apa ke..
tp td ade student dtg jumpe aku semata2 nk cakap pakcik die cakap "sape la bwk keta terhegeh2 nih.. nih yg aku nympah org lesen P nih.."
kecik ati aku.. huhu tp tkpela.. tk kisah la apa org cakap.. yg ptg kene hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>sibel</i> at 6-3-2009 22:28 <
kalau dulu anggota polis sentiasa dikaitkan dengan duit kopi dll .. time tu mmg la gaji polis ni kecik dah le bergadai nyawa.
Berlainan kesnya dengan situasi neh. Setau aku gaji cikgu ... cukup dah .. tapi nape laaa nak jadi pengedar neh ..
Rosak betul laa .. cuba la cikgu2 yg ada kat forum ni cakap .. ape gaji cikgu ciput lagi kaa?.
hehehe..ye ker polis dikaitkan dengan rasuah @ duit kopi kerana gaji kecil?..ni mungkin yang hang pikir tapi cuba baca ni sikit...awat lani masalah duit kopi di kalangan anggota polis dah selesai ke ?... gaji pun dah sama macam cikgu gak.... kalau dah manusia ni jenis ikut nafsu...memang jadi la benda macam ni...rasuah, dadah, rogol, cabul,salahguna kuasa, dan memacam lagi...jadi tak kan tak leh fikir lagi mengapa masalah sedemikian terjadi?
Gaji kecil bukan punca polis rasuah
Dec 23, 08 7:52pm
Gaji kecil anggota polis bukan penyebab timbulnya gejala rasuah di kalangan pasukan keselamatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
"Bukankah gaji sudah naik, mahu naik apa lagi? Gaji yang kita terima sekarang cukup, tidak timbul isu rasuah kerana dakwaan gaji polis kecil.
"Kasihan pada kerajaan... kita sepatutnya bekerja lebih keras dan tunjuk usaha kita, bukan asyik meminta gaji lebih," Musa dipetik berkata hari ini.
Beliau mengulas kenyataan senator Datuk Gooi Hue Hin semalam yang mendakwa gaji kecil dan tidak setaraf dengan perjawatan lain menjadi antara faktor berlakunya gejala rasuah dalam perkhidmatan awam termasuk polis.
Musa berkata pendapatan yang diperolehi anggota polis kini dapat menampung perbelanjaan seharian.
"Nasihat saya pada anggota agar jangan sesekali meniru gaya hidup orang lain dan sepatutnya mengukur baju di badan sendiri.
"Kalau tahu bagaimana menjaga ekonomi dalam perbelanjaan seharian, ia sudah cukup dan memadai tetapi kalau boros dan berbelanja mengikut nafsu, bergaji RM10,000 pun tidak tentunya cukup," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Justeru Musa meminta pegawai dan anggota polis agar tidak mendesak kerajaan menaikkan lagi gaji berikutan kemelesetan ekonomi sekarang.
"Ramai lagi rakyat miskin yang memerlukan bantuan justeru anggota polis khasnya perlu bersyukur dengan jumlah pendapatan yang dinikmati mereka sekarang," katanya.
Gaji baru yang distruktur semula bagi jawatan konstabel - sebelum ini hanya kira-kira RM600 - kini mencecah RM1,500 dicampur dengan imbuhan tetap, katanya.
Dengan pendapatan yang setimpal itu tidak sewajarnya anggota polis terbabit dengan gejala rasuah dan PDRM akan bertindak tegas terhadap individu yang terlibat dalam gejala rasuah, tambahnya.
Gooi ketika sesi perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dewan Negara semalam mendakwa gejala tersebut akibat gaji yang kecil sehingga sukar ditangani.
psal gaji cikgu cukup ke tak...bagi saya memang cukup kalau tak ikut nafsu..masalahnya kalau orang belanja ikut nafsu..memang la gaji besar mana pun tak cukup..bukan cikgu jer, doktor, hakim, pegawai polis, kastam just nyatakan sahaja..sesiapa pun pasti terjebak kalau dah jenis ikut nafsu jer..bukan ikut akal fikiran apatah lagi mereka manusia. ini bukan sebab nak bela atau apa..tapi kalau dah sah "cikgu" ni salah, buang sahaja dari jawatan.penjarakan dan hukum gantung sahaja. bukan saya sahaja..semua cikgu yang ada di sini malah sesiapa sekalipun tak suka perkara sedemikian terjadi...malahan selama saya masih lagi bergaji GST (Guru sandaran terlatih) pun yang gajinya sama macam gaji aku masa kerja cashier carrefour dengan overtime sikit satu masa dulu (dalam lingkungan RM800) saya survive jer dok KL..tak da pun saya nak pergi jual dadah ka...lagi pergi kutip tin aluminium kosong jual ada la..tu pun berapa sen sangat. semua tu atas diri sendiri la.. |
|
|
|
|
|
|
|
benarkah polis rasuah sebab gaji kecil?..kata Sibel la...
Dua pegawai polis, seorang pegawai kastam antara lima didakwa rasuah
Mstar
Koperal Fadzil Bon, 43, dan Lans Koperal Shahuri Mohmad Zin, 34, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor mengaku tidak bersalah meminta suapan RM2,000 daripada pemilik kedai telefon, Thor Lay Chin sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Thor yang dikatakan memiliki telefon bimbit curi.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di A & K Telecommunication, No: 25, Tingkat Bawah, Taman Kem, Pelabuhan Klang di sini, kira-kira pukul 7 malam, 16 Sept 2005.
Sementara Cif Inspektor Abdul Aziz Harun, 43, yang juga bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor minta dibicarakan atas tuduhan memperoleh suapan RM1,000 daripada Thor di tempat letak kereta perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Selangor, Kuala Selangor dekat sini, kira-kira pukul 3.30 petang, 19 Sept 2005.
Bagi kes keempat, Cif Inspektor Ahmad Rambli, 37, mengaku tidak bersalah meminta suapan RM5,000 daripada K.Thiagu sebagai dorongan untuk mengurangkan berat dadah jenis heroin dan mengurangkan tempoh tahanan adik Thiagu, K. Vimraj yang disiasat bagi kes dadah.
Ahmad didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Siasatan Narkotik, IPD Klang kirakira pukul 7 malam, 5 Feb 2007.
Dia juga minta dibicarakan atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM3,000 daripada Thiagu di Restoran AlBidayah, 34, Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas di sini, kira-kira pukul 11.30 malam , 20 Feb tahun lepas.
Hakim Zunaidah membenarkan Fadzil dan Sahuri, masing-masing diikat jamin RM2,500, Abdul Aziz diikat jamin RM3,000 dan Ahmad diikat jamin RM6,000 dan menetapkan ketiga-tiga kes disebut semula pada 4 Mac.
Kelima-lima mereka yang kini digantung tugas didakwa mengikut Seksyen 16, Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan bagi kesemua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah Wong Poi Yoke.
Pegawai Kanan Polis Terima Rasuah RM75,000 Ditahan BPR
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis dari Ibupejabat Polis Dearah (IPD) Gombak dekat sini ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor petang tadi kerana disyaki menerima suapan kira-kira RM75,000 daripada seorang anggota sindiket curi kereta.
Pengarah Siasatan Ibu pejabat BPR Datuk Shukri Abdul berkata pegawai kanan berusia lingkungan 50an itu ditahan pukul 1 petang di IPD berkenaan dan terus dibawa ke pejabat BPR Selangor untuk siasatan.
Beliau berkata pegawai kanan itu disyaki menerima suapan bagi tidak mengenakan tindakan ke atas sindiket curi kereta tersebut.
"Kita akan menahannya selama 24 jam bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.
Beliau berkata sekiranya selepas 24 jam dan siasatan mendapati pegawai itu perlu disambung penahannya, BPR akan mendapatkan perintah tahanan reman di bawah 117 Kanun Acara Jenayah esok.
Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SAC II Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
-- BERNAMA
Semua peringkat tu....bukan yang gaji kecil je....
Suruhanjaya terima aduan amalan rasuah semua peringkat polis
Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima aduan orang ramai tentang amalan rasuah yang melibatkan anggota polis di semua peringkat.
Pengerusi suruhanjaya itu Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah berkata penemuan itu dibuat berdasarkan daripada 26 Inkuiri Awam yang telah diadakan di seluruh negara dan 21 taklimat daripada jabatan, badan-badan profesional, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik yang telah mengemukakan memorandum kepada suruhanjaya itu.
"Banyak aduan yang diterima mendakwa amalan rasuah ini kerap berlaku di Bahagian Jenayah Perdagangan, Cawangan Trafik, Jabatan Narkotik, Bahagian Logistik, Bahagian Penempatan dan Kenaikan Pangkat PDRM dan Jabatan Siasatan Jenayah Unit D7 (Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap)," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari Isnin. |
|
|
|
|
|
|
|
Dituduh bekal ubat batuk
Berita Harian, Isnin - 22 Februari 1999
Kota Bharu, Kelantan (Malaysia) - Seorang doktor sebuah klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan, membekalkan cecair dipercayai ubat batuk untuk bukan tujuan rawatan. Beliau didakwa membekalkan tujuh botol cecair perang kehitaman Procodrine Syrup [SIC] seberat 120ml setiap satu, enam botol cecair kehitaman Promedyl Lintus [SIC] seberat 60ml setiap satu dan tujuh botol cecair kehitaman Phencodryl Lintus [SIC] seberat 120ml setiap satu.
Doktor pun ada gak tu..swasta lagi..agak-agak gaji kecil ke tu? rasa yang kerja swasta lagi bagus gaji ..mau tak cukup gak gamaknya..gaji kecil..ciput... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 rianz's post
mmg pun .. cuma yang mentaliti kelas ke tiga aje masih pandang tinggi cikgu2 ni .. hinggakan ape diorang buat ..tutup mate aje |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #804 CharlieDale\ catat
Salam perpaduan..
1. pada saya gaji bukan penyebabnya..
2. Mereka yang terlibat tidak berpegang kepada etika kerja masing-masing...
3. Tidak menganggap tugas itu satu amanah yang patut di jaga penghormatannya.
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Antara thread kelakar yang aku baca minggu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sibel at 4-3-2009 19:14
owh... komplen tu tak seteruk cikgu .. susah sikit dah komplen ..doctors keje 20 jam sehari .. 3 atau 4 jam je rehat ... mmg patut komplen .. esp bebudak houseman .... tetapi cikgu ... gi skolah ...
brp ramai cikgu yg "suka" komplen tu? apa yg ditakrifkan "susah sikit"? tlg jgn sewenangnya buat justifikasi berdasarkan kelompok kecil. mana2 bidangpon akan ada kelompok yg x mencerminkan identiti profesyen. rasanya en sibel slalu bercakap pasal profesionalisme. pd hemat sy, bersikap profesional lebih baik dr bercakap. bak kata mantan pengetua sy, sy cuma akan komen ttg sst isu hanya selepas sy meletakkan diri sy ditempat awak. itu yg terbaik. bukan memberi komen dr sudut yg berbeza semata2 tanpa meletakkan diri di tempat org tu.
mmg skrg org slalu highlight isu cikgu2. tp selalu juga isu yg ditimbulkan melibatkan pihak ke2 dan ke3... ibubapa dan masyarakat tetapi pihak ke2 dan ke3 ditenggelamkan dr isu. sy percaya en. sibel org berpendidikan, justeru sy berharap pandangan diutarakan lebih bersifat ilmiah. bkn dgn prasangka, bkn melontarkan pandangan yg boleh menimbulkan syakwasangka. mana2 isu yg samar2... cubalah elakkan dr perkara2 yg akhirnya menjuruskan org lain membuat kesimpulan melulu yg slalunya bersifat berat sebelah. rasa bertanggungjawab. bertanggungjawab atas setiap kata dan perbuatan. sepertimana cikgu2 mesti bertanggungjawab dgn profesyennya, maka ibubapa dan masyrakat juga btanggungjawab dalam membina pelajar cemerlang dan disiplin sifar.
mcm thread ni pon... bkn niat nak menyokong ckgu tu x salah. tp kekaburan ttp ujud dan cara tajuk ditulis menampakkan seolah2 itu nature org yg terlibat. cth kes yg pernah terjadi pada kawan sy sendiri. dia pandu kereta slow, dpn skolah. tiba2 seorang pelajar berlari melintas jalan dan melanggar keretanya. wp sempat brek, tp pelajar tu tergolek bawah kereta. patah kaki. by law, memang dia salah kerana accident melibatkan pelajar sekolah. itu jelas, polispon cakap. tp adakah sesuai sy buka thread "cikgu mencacatkan pelajar!". dan tidak pula saya ceritakan pelajar itu yg melanggar dan beliau sendiri memandu perlahan. sudah tentu ia bersifat provokasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 halimi78's post
aku tak tau la ko kat skola time ko student dulu tu .. ade tak ambik bahasa melayu.. tak pun bahasa malaysia. kalau ade .. kalau cikgu bahasa tu tak tido .. dia akan ajar camna menulis karangan untuk tujuan diterbitkan di suratkhabar. Tang topik tu, selalu mengunapakai perkataan yang orang mudah alert .. atau teruja untuk baca .. atau membangkitkan rasa nak baca. Ni dipanggil eye catching technique. Bukan topik itu yang penting .. tetapi intipati karangan itu yang sebenarnya menerangkan topik. Takkan perkara remeh cam ni pun nak ajar ko .. dah la ko terpelajar dan sibuk mengajar. Ape ko ajar pun aku tak tau.
Seken thread ni saja je .. tengok camna emosi bebudak cikgu yg trauma dek thread yg lepas2 .. wuuii banyak kat atas tu ..
Third gemar gak nak bercorak ilmiah .. tetapi ini adalah forum yang mana mungkin idea atau konsep dilontarkan tanpa perlu sangat kepada sokongan fakta dan kajian. Sedap guna perkataan ilmiah tu. Tetapi amat tidak berakal untuk mengilmiahkan sebarang perbualan atau komunikasi tidak formal, seperti yang berlaku di dalam forum ini.
Okla cikgu yg bijaksana cuma nak tau la .. aku tak tau ape sebenarnya fungsi cikgu? atau cam ni .. refresh soalan ... ape beza cikgu dengan komputer atau kalau in future ada robot dan lain2 alat bantu ? Segala input fakta dll .. tu mudah dan sangat mudah dimasukkan ke dalam alat bantu atau lain2 perkakasan mengajar.
Lagi satu cikgu .. pembentukan manusia yang cemerlang bukan dibahu ibubapa itu sendiri ... yg lawak tu .. disiplin sifar.. orang nakkan manusia berdisiplin tinggi .. dia nak disiplin sifar. Elok la cikgu camni ... nakkan anak murid xde disiplin.
Pembentukan manusia cemerlang banyak faktor terlibat .. dan sebahagian besar adalah tanggungjawab ibubapa. Sebagai contoh, menyediakan rumah untuk perlindungan. Menyediakan makanan berkhasiat supaya bijak dan cerdas. Menyediakan hubungan atau komunikasi yang baik di dalam keluarga bagi mengelakkan timbul perkara2 negatif akibat pertelingkahan antara ibu dan bapa. Menyediakan sumber kewangan yang mencukupi bagi memastikan yuran skola bayar .. yuran pibg bayar .. pakaian dan peralatan sekolah cukup. Memastikan anak ke sekolah. Memantau kegiatan anak semasa di rumah.
Ape pula tanggungjawab cikgu? selain mengajar (kekadang syok sendiri kat depan anak murid ham jadah tak paham punnn). Kalau cikgu harap yg datang gi skolah tu sepesen aje .. seme jenis kepala otak mmg meant nak jadi leader di dalam negara, xde kenakalan remaja, xde masalah semua baik ..baik ko jadi lecturer. Sebab pembinaan dan pembentukan sahsiah di peringkat universiti bukan lagi keutamaan. Peringkat universiti adalah peringkat mengasah kebolehan berfikir dan menjana idea-idea yg dipandang oleh golongan otai sebagai idea gila .. tetapi praktikal. Sekolah rendah sekolah menengah adalah pembentukan sahsiah asasi. Di sini la bebudak tu belajar camna nak berfikir benda2 basic. Melihat di mana keupayaan diri. Melihat di mana best point atau kebolehan sendiri... menentu arah tuju sama ada nak join science stream .. golongan bebudak gile pk .. atau join sastera yg lebih kepada kreativiti dan kaki kapur (lawyer).
Kitaworang sedar .. korang sibuk dengan memberi input yg sebenarnya bebudak tu leh dapat kat mana2.. korang sepatutnya menjadi mediator yg mempermudahkan hidup bebudak tu .. dengan mempermudahkan subjek yg mungkin sukar untuk ebebudak tu faham. Itula cikgu sebenarnya. Benda komplikated yg korang paham dipermudahkan bagi membolehkan young minds tu faham ape bende yg komplicated tu. Tu cuma one part. Part lain adalah mengajar bebudak tu berfikir. Hinggakan kat univ ada satu subject satu sem .. critical thinking. Korang cuma perlu ajar sket demi sikit camna nak berfikir. Bermula dengan benda simple direct 1 tambah satu. Hinggala kepada basic calculus. Tu tak termasuk camna nak handle stress.. camna?? melalui sukan. So what kalau xleh lari 100 meter dalam tempoh 2 saat. Yg penting bebudak tu faham .. nak salurkan tensen dan rasa x best kat umah ke apa .. sukan la jawapannya. Sapa tau .. diorang berbakat dalam sukan..
panjang nak cerita pasal apa yg korang leh buat. Tetapi korang la pembina generasi hadapan. mangkuk dan hayunnya pemimpin akan datang .. bermula dengan pencorakan masa kini. Tengok sahaja generasi mahathir and the geng .. semua generasi yg dilatih dan diajar oleh guru2 yg passion tentang kemajuan bangsa. Takde nyer berfikir 2-3 kali nak mengajar di luar bandar. Ni hantar sikit ke sabah sarawak.. semua nak lari .. nak guna kabel .. tak termasuk sanggup kahwin (yg mana ok gak) untuk terus berada di tempat asal... yg mana so pathetic.. xde passion langsung!
The best part kalau sebut camni .. konon tempelak ni untuk semua cikgu. Kang tak berakal tu .. tak makan cili tetiba rasa pedas ... satu je jawapan kepada mereka yg ade fikiran cam ni ... iaitu ... bekas plastik yg letak kat dapur -----> mangkuk! |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.. sy mmg x cekap mengarang menggunakan tajuk yg eye catching. tp nak dikatakan topik x penting tetapi intipati menerangkan topik yg penting tu rasanya kurang tepat. sbb kandungan dan topik saling berkait. pepehalpon, sy bkn org bahasa, so xnak komenla. nanti dikata memandai2.idea atau konsep seharusnya didokong dgn fakta. mesti ada bukti yg menyokong idea/konsep. baru dikatakan perbincangan. bkn bersembang kosong. perbualan atau komunikasi tidak formal x semesti bersifat sembang kosong. kerana pembelajaran sendiri terbahagi kepada pembelajaran formal dan pembelajaran tidak formal. fungsi cikgu? beza dgn robot? sy rasa en. sibel mmg sedia maklum... cuma sekadar ingin bertanya. pada sy sendiri, cikgu sbg pemudah cara. dan sy x menolak bila en sibel mengatakan kbykn input tu pelajar boleh dpt dimana2.. pemudahcara membantu pelajar menyusun maklumat yg ada dmerata2, membentuk kerangka pengetahuan spy ilmu yg ada dpt diaplikasi dlm kehidupan. dsamping membantu mengukuhkan nilai keperibadian individu.disiplin sifar.. bukan nak menghasilkan org yg x berdisiplin en. sibel. dsekolah target disiplin sifar ialah untuk mencapai tahap masalah disiplin paling minimum, sebolehnya sifar masalah disiplin. mudah sgt en sibel buat conclusion. tanggungjawab membina insan cemerlang, sekejap en sibel kata bukan dibahu ibubapa sekejap sebahagian besar tanggungjawab ibubapa. mana yg betul? sbb itu saya katakan sst idea yg dilontarkan mesti ada asasnya. bersifat objektif. bkn sekejap ya sekejap x. rasa bertanggungjawab, itu antara nilai yg wajib diterapkan kepada pelajar.mmg ramai beranggapan cikgu cuma mengajar even boleh sebut syok sendiri bila mengajar. tp betul ke cikgu cuma mengajar dan syok sendiri? betul ke cikgu cuma mengajar? apa yg di ajar? adakah sekadar mengajar kandungan subjeknya? tak perlu sy ulaskan panjang lebar sbb en sibel sebenarnya dah tahu.bkn kata sy berharap yg dtg sekolah semuanya sepesen... bkn kata x boleh adanya pelajar yg nakal, bermasalah. boleh. sbb itu tabii, fitrah kejadian manusia. cuma, setiap sesuatu ada had dan batasnya. kenakalan remaja hendaklah dalam kawalan. dan untuk mengawal, tanggungjawab bersama. justeru bila en. sibel kata tanggungjawab ibubapa hanya di rumah kurang tepat. dan sebagai seorang islam, ibubapa adalah guru yg pertama kepada anak2. cikgu sebagai ibubapa kedua anak2. jd dalam hal pendidkan anak2, kedua2 akan bertanggungjawab. pembentukan sahsiah dan disiplin anak2 peranan bersama.sy x reti sgt nak berbahasa.. cuma yg pasti, insyaAllah akan cuba saya kekalkan, sentiasa mengingatkan diri saya dan pelajar saya supaya sentiasa mengikut landasanNya. ilmu membantu akal berfikir, agama memandu arah pemikiran.. itu yg sy cuba capaikan selama ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 halimi78's post
pertama . kenyataan disiplin sifar adalah kenyataan term yg ko sendiri keliru ... sepatutnya masalah disiplin sifar .. bukan disiplin sifar .. bunyi sama tapi tak serupa ... tak tau la kalau disiplin sifar tu .. tanpa menyebut masalah disiplin .. bermakna sebagai masalah disiplin. Rasa budak darjah 3 tau beza..
"pemudahcara membantu pelajar menyusun maklumat yg ada dmerata2, membentuk kerangka pengetahuan spy ilmu yg ada dpt diaplikasi dlm kehidupan. dsamping membantu mengukuhkan nilai keperibadian individu"
berape lama nak karang ayat ni. Ape yg cikgu buat sebenarnya cuma bertindak sebagai transit ilmu. Cikgu2 membaca.. menghafal... pastu kuarkan bagi kat bebudak tu. Bukan transit? tang mana menyusun dan membentuk kerangka. Bende susun dan bentuk kerangka ni ... dah dibuat dek kementerian. Malahan tak ramai cikgu yg berani mengajar di luar kotak seperti mana yg tertera di dalam buku.
Berkenaan tanggungjawab .. betul.. sebahagian besar .. tetapi sebahagian besar bukan bermakna lebih 60% tanggungjawab tu dibahu mak pak. Sebahagian .. besar? sebahagian dari besar? pernyataan ini tidak diperhalusi sebenarnya. Mungkin lagi tepat sekiranya perkataan seperempat seperdua .. dll ..bukan bermakna sebahagian besar bermaksud portion part mak pak ni di dalam pembentukan sahsiah 60% , peers 30%10% cikgu.. banyak cantek.
Tak perlu ulas atau tak tau nak ulas?
Landasan camana... kalau ko buat gaya ko .. xde nak blend in dengan anak murid. Ingat jadik ke? kalau cakap ngan bebudak kelas ok .. boleh laa .. cuba ler cakap ngan kelas hardcore nuu ... bole jalan laaa
Pena pk balik..berapa ramai bebudak kelas hardcore tu yg cikgu dah bantu sehingga berjaya? hurmmm .. nampak cam xde je tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|