|
Nicki_Meow posted on 29-3-2013 11:26 AM
Baik hang letak Aaron Aziz....kekar, macho tapi....
Tak boleh blah tengok dia dalam Fear F ...
okey kita tukar beto jadi aaron.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya tak tahu. Tapi saya rasa kasihan sangat dengan Eddie. Jadi saya nak cuba. ”
“Bukan senang lelaki gay nak pulih. Jangan buang masa.” Kata-kata Rahul membuatkan aku terhenti. Aku pandang ke wajahnya.
“Kalau dia memohon pertolongan dari Allah, saya yakin Allah akan bantu dia.” Tuturku penuh optimis.
“Hmm... positive thinking! Tapi jangan terlalu berharap Jiha.” Rahul masih mahu memperlekehkan niat murni aku.
“Saya sekadar mencuba. Tak salah kalau saya berharap kepada Allah.”
“Gay mungkin boleh pulih bila dia mula menerima kehadiran wanita dalam hidupnya.”
“Maksud awak?”
“Bila dia mula menyintai seorang wanita, mungkin dia akan meninggalkan cara hidup songsangnya. Tapi kebarangkalian untuk dia jatuh cinta dengan kaum berlainan jantina tu... mungkin terlalu kecil.”
Mindaku terus berputar-putar mengingatkan Eddie. Seorang mangsa liwat yang akhirnya terus terpengaruh dengan budaya songsang. Bermula dengan paksaan, akhirnya menjadi kegemaran. Hmmm.... Aku melepaskan keluh yang panjang.
“Kalau awak betul betul nak mengenali gay, ikut saya pergi gym. Saya boleh tunjukkan siapa gay, siapa straight. Bukan setakat ke gym, saya boleh bawa awak ke kelab kaum ini melepak.”
Aku membuang sengih. Ada ke aku nak pergi ke kelab para gayah? Kelab orang-orang normal pun aku tak pernah jejak.
“Kenapa? Tak berani nak pergi? Kata nak kenal sangat.” Rahul seperti mencabar aku. Aku menggeleng. Rahul mentertawakan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 11:36 AM
“Saya tak tahu. Tapi saya rasa kasihan sangat dengan Eddie. Jadi saya nak cuba. ”
“Bukan senan ...
huarghhhhhhhhhhhhhhh club cik gayahhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-3-2013 11:26 AM
Baik hang letak Aaron Aziz....kekar, macho tapi....
Tak boleh blah tengok dia dalam Fear F ...
...mcm kurang minat plak tgk dia ni..nak nak bila dlm fear factor..huhu..
citer kerat 14 tu usu tengok kurang 1/2 jam...kendian tutup...
tp dlm citer nora elena tu cam ok la plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 11:50 AM
hang nak pi tak? Rahul ajak tu
hahhahahaa.bolehhhh ajerr.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku terbayang hok ni eddie nye
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 29-3-2013 12:21 PM
aku terbayang hok ni eddie nye
ok gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
hok ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 29-3-2013 12:37 PM
hok ni??
eeeuuwww....tanak...
walopun usu bkn team eddie...
|
|
|
|
|
|
|
|
beto tu kecik benor le.. nmpk cekeding... |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-3-2013 12:31 PM
Awat? Hang ada gayometer ka?
Sesuweii la tu!
Sebab Eddie di gambarkan sebagai kekar dan macho...kenalah cari yang nampak jantan gituh....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 29-3-2013 12:37 PM
hok ni??
errkk??? Tercekik Jiha..
-----
“Awak dah biasa pergi?”
“Yup!” Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali. Lama aku merenung wajahnya dengan mata yang bundar.
“Awak... gay ke straight?” Aku menyoal naif.
“Awak rasa?” Soalnya pula. Renungan tajamnya masih dijatuhkan ke wajahku.
Aku menggigit bibir. Sukar untuk mengagak. Rahul masih memerhatikan aku sambil menunggu jawapan dari aku.
“Awak gay!”
“You really really want me to kiss you. Don't you?” Pantas dia menarik tangan aku namun sempat aku mengelak wajahnya dari jatuh ke wajah aku.
“Awak!!!” Terketar nada suaraku. Kemudian dadanya kutampar kuat. Sengaja dia memerangkap aku rupanya. Aku benar-benar terlupa akan amarannya semalam.
“I've warned you yesterday. So, it's not my fault.” Sebaik dia menuturkan kata-kata itu, tanpa sedikit rasa bersalah pun dia berlari meninggalkan aku. Aku menarik nafas panjang. Aku enggan mengikutinya lagi. Sakit sungguh hati aku. Baru saja mahu menaruh harapan dia akan membantu aku mengenali dunia cik gayah, dia sudah membuat onar pula. Cancel!
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku langsung tak ceria sepanjang perjalanan balik ke rumah Dona. Dona pula begitu rancak bercerita dengan abangnya. Duduk sendirian di bahagian belakang kereta membolehkan aku mengelamun jauh. Macam-macam yang aku fikirkan.... tentang Fahmi, tentang Eddie.. Malah juga tentang temu janji aku petang nanti bersama Lili.
Disebabkan insiden tadi, hati aku jadi tawar untuk tinggal di rumah Dona lebih lama lagi. Aku rasa mahu balik sekarang juga. Namun sebaik sahaja insiden tadi menerjah ke ruang mata, pipiku rasa panas membara. Bahkan hati aku rasa tak menentu. Aku dapat merasakan jantungku berdegup laju. Aku cuba mencari ketenangan diri. Namun jantungku kian berdegup sebaik sahaja aku terpandangkan sepasang mata tajam sedang merenung aku dari cermin kaca yang tergantung di ruang hadapan kereta. Lekas-lekas aku menundukkan pandangan aku kembali. Hatiku kian resah.
Ah! Kenapa jantung aku berdegup? Semakin aku cuba menjauhi lelaki ini, semakin rapat pula kami. Semakin aku cuba membenci, semakin tak keruan perasaan di hati... Anehnya perasaan yang menerjah ini.
“Rahul, petang nanti aku dengan Jiha nak pergi tengok movie. Kau nak join?” Tiba-tiba Dona mempelawa abangnya untuk sama-sma menonton wayang.
Ah, sudah! Dona suka buat rencana sendiri. Aku merungut-rungut dalam hati.
“Err.... Dona, aku baru teringat aku ada hal lah. Sorry ye, aku tak dapat pergi petang nanti.” Lekas-lekas aku memberi alasan. Secara sekilas aku terpandangkan mata Rahul lagi. Segera aku berpaling. Dia tengok aku atau aku yang tengok dia? Haisshhh!
“Pulak! Kau memang tau... Kau dah janji...” Dona pantas menoleh ke belakang. Wajahnya yang tadi ceria bertukar cemberut.
“Aku ada temu janji dengan Lili.” Segera aku memberi alasan. Memang dah janji pun tapi bukannya aku nak pergi. Sorry Dona. Aku terpaksa bohong sunat!
********** |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|