beta_carotene posted on 14-1-2013 07:24 AM
zz nyanyi lagu dingin dolo aku hanya fokus kat suara dia yang sumbang tuh jah..
kaum2 pondan jah ...
Sheols mmg ada sumbang mambang terpeleot sana sini, tapi teknik kawalan pentas, penyampaian sheols sampai dengan baiknya pada telinga pendengar.. Hasilnya persembahan beliau was quite standing.. Iol yang anti ZZ neh pon kagum
Kenyataan TV3 & Pengurusan Yuna Terhadap Isu Uji Rashid
20 Jan 2013, 03:32pm | Li Ee Kee
Seperti yang telah dimaklumkan GUA pagi tadi, Melodi hari ini membawa secara eksklusif kenyataan dari pihak TV3 mengenai isu pengguguran Uji Rashid dari Anugerah Juara Lagu ke 27 baru-baru ini.
Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Operasi Media Prima TV Networks membuka bicara dengan terlebih dahulu memohon maaf pada pihak Uji Rashid, menjelaskan bukan niat pihak TV3 untuk melukai atau menghina sesiapa.
Memaklumkan bahawa keputusan memilih artis terletak pada peserta, Ahmad Izham memberitahu peranan pihak TV3 sebagai penganjur adalah untuk memberi pendapat dari segi penilaian teknikal, selain apa yang perlu diperbaiki untuk mendapat persembahan terbaik.
"Kami akur pada pilihan peserta. Pihak Yuna membuat keputusan untuk memilih Aizat. Tetapi perkara itu telah disalah tafsir, dikatakan pihak TV3 yang gugurkan (Kak Uji).
"Itu keputusan yang diambil bersama. Dalam penilaian semasa sesi latihan, saya tak nafikan kami ada beri cadangan. Kami ingin membuat yang terbaik untuk semua dari artis, peserta dan penonton AJL. Apa yang penting, kami mengambil berat keadaan kesihatan Kak Uji."
Ahmad Izham turut menjelaskan berita pengguguran Uji disampaikan kepada penyanyi veteran tersebut di bilik perbincangan yang hanya dihadiri orang-orang yang berkenaan sahaja.
Pengarah muzik AJL 27, Dato' Ramli MS bila ditanyakan komennya, menafikan Uji telah disingkirkan sepertimana yang telah diperkatakan di laporan-laporan media dan blog.
"Pihak media tidak patut ambil kesempatan, guna ayat disingkirkan tanpa usul periksa. Dia bukan disingkirkan tetapi digantikan."
Ramli MS memberitahu sebagai pengarah muzik AJL 27 dia perlu bertanggungjawab atas soal bunyi. Ketika sesi latihan, diakuinya ada masalah teknikal dari segi level bunyi suara Uji.
"Saya faham dia sakit, baru keluar hospital. Bunyi yang keluar itu rasanya yang paling kuat (dari Uji). Memang tidak cukup. Selepas 'rehearsal', pengurusan tanya saya apa 'consequences', jadi saya beritahu 1, 2, 3, 4."
Pihak Yuna yang diwakili pengurusnya, Wawa memaklumkan bahawa perkara ini sudah 'settle', dimana dia dan pihak TV3 telah berjumpa dengan Uji dan meminta maaf.
Tambah Wawa, disebabkan masalah vokal Uji, mereka bimbang dia tidak dapat membuat persembahan yang terbaik pada malam AJL 27. Namun pada mulanya, Yuna tidak mahu menggantikan Uji kerana percaya beliau boleh 'deliver'.
Tetapi setelah melihat prestasi Uji selepas beberapa sesi latihan dan didapati tidak menepati piawaian serta mendapat maklum balas dari mereka yang lebih arif dalam muzik, mereka membuat kata putus untuk mencari pengganti.
"Saya bagi pihak Yuna ingin meminta maaf jika Kak Uji tersinggung. Tak pernah terlintas pun nak memalukan beliau," ujar Wawa.
Selain memohon tidak dipanjangkan lagi isu ini, Wawa sempat menjelaskan apa yang telah digembar-gemburkan sesetengah pihak tidak pernah wujud sama sekali, malah pihak pengurusan Yuna Records tidak pernah menyalahkan pihak TV3.
achik2009 posted on 20-1-2013 07:14 PM
Kenyataan TV3 & Pengurusan Yuna Terhadap Isu Uji Rashid
20 Jan 2013, 03:32pm | Li Ee Kee
Betapa busuknya hati sesetengah pihak yg mengembar gemburkan, mensensasi, membesar2 isu yg dah settle sehingga membuat pihak Uji Rashid terasa hati dgn ramai pihak! Isk....isk....isk!!
Yuna memberitahu isu melibatkan penyanyi Uji Rashid tidak perlu lagi
dipanjangkan kerana menganggap ia telah pun selesai apabila pihak
TV3 tampil memberikan penjelasan untuk menjernihkan suasana.
KUALA LUMPUR: Penyanyi bertaraf antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna menganggap kemelut yang berlaku membabitkan penyanyi veteran Uji Rashid yang kecewa kerana digugurkan pada saat-saat akhir untuk mempersembahkan lagu Terukir Di Bintang bagi menggantikan dirinya pada Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) pada 6 Januari lalu selesai.
Yuna, 27, berkata, isu tersebut tidak perlu dipanjangkan selepas pihak TV3 memberikan penjelasan dalam program Melodi yang disiarkan pada Ahad (semalam).
"Rasanya perkara itu tidak perlu lagi dipanjangkan kerana saya rasa ia telah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana.
"Malah saya tidak mahu melihat perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang negatif dan pastinya ada hikmah disebalik," ujarnya ketika ditemui pada majlis kesyukuran lagu Terukir Di Bintang yang dinobatkan sebagai Juara Lagu di AJL 27 pada Ahad malam.
Sebelum ini, pengguguran Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al-Rashid itu telah digantikan oleh Aizat dan Uji mendakwa perbuatan TV3 itu tidak berhemah kerana mereka telah memalukan beliau di depan orang ramai.
Dalam pada itu, Yuna berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi lagu Ku Ingin Di Samping Mu itu malah katanya dia ada berhubung dengan Uji untuk bertanya khabar.
Malah Yuna memberitahu, dia ada menjemput Uji ke majlis kesyukuran itu namun penyanyi berkenaan tidak dapat hadir kerana mempunyai undangan nyanyian.
Yuna teruja dengan pembikinan album terbarunya di Amerika
Syarikat selain dapat bekerjasama dengan gitaris
kegemarannya iaitu Mike dari kumpulan Incubus.
"Sebelum ini saya ada berbual-bual dengannya untuk bertanya khabar dan kami berbual seperti biasa tanpa sebarang masalah.
"Malah dia memahami kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan saya kerana tiada di Malaysia," jelasnya.
Tambah Yuna, pada awalnya dia memang memilih Uji untuk menyanyikan lagu tersebut di AJL 27 kerana menyukai suaranya yang mempunyai elemen klasik namun terpaksa akur dengan situasi dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pengurusnya, Wawa dan pihak TV3 untuk mencari pengganti Uji pada saat akhir.
Sementara itu, Yuna berkata, dia kini sedang dalam proses awal merakamkan album pertamanya bersama syarikat rakaman The Verve/Universal Music dan memberitahu teruja dapat bernaung di bawah sayap komposer dan penerbit terkenal, David Foster.
Menurut Yuna, menerusi syarikat rakaman barunya itu, dia berharap dapat memperluaskan lagi kerjaya seninya apabila album tersebut dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini di seluruh dunia.
"Sebenarnya David telah lama ingin mengambil saya bernaung di bawah label itu tetapi ketika itu dia bukan presiden syarikat berkenaan namun apabila beliau mengambil alih The Verve, hasrat itu terus disampaikan ke pihak pengurusan saya selepas mengetahui kontrak saya bersama The Fader telah pun tamat.
"David memberi kebebasan kepada saya untuk berkarya dan menentukan genre muzik yang ingin saya bawa dan setakat ini saya telah merakamkan tiga buah lagu ciptaan sendiri," jelasnya.
Yuna turut memberitahu dia mengikat kontrak dengan label tersebut untuk tiga buah album dan menyangkal dakwaan sebelum ini bahawa dia dibayar USD1 juta (RM3 juta) untuk bersama syarikat tersebut.
Tambahnya lagi, dia juga cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengan gitaris kumpulan Incubus yang cukup diminatinya sejak dibangku sekolah iaitu, Mike Einziger untuk album berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Yuna berkata, dia juga baru selesai merakamkan sebuah lagu runut bunyi untuk filem animasi terbitan Dream Works iaitu The Croods berjudul Shine Your Way.
Filem berkenaan dibintangi oleh Nicolas Cage, Ryan Reynolds, Catherine Keener, Emma Stone, Clark Duke, dan Cloris Leachman dan akan ditayangkan pada Mac tahun ini.
Yunalis Zaraai yang balik ke Malaysia untuk meraikan kejayaan beliau dan Aizat di AJL 27 baru-baru ini memberitahu pihaknya menjemput Uji Rashid ke kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Aizat malam semalam.
Memberitahu pihak wartawan, Yuna yang ditemui anggun berbaju kurung biru nyata terkilan dengan isu yang dibangkitkan mengenai kejayaan lagunya “Terukir Di Bintang” setelah penyanyi veteran itu disingkirkan dari membawakan lagu tersebut.
Dia turut memberitahu bahawa ada menjemput Uji Rashid untuk sama-sama meraikan kenduri kesyukuran tersebut namun ditolak baik oleh Uji kerana terdapat persembahan yang perlu dipenuhi.
“Saya ada menjemput kak Uji untuk malam ini namun dia tidak berkesempatan untuk datang kerana ada show pada hari yang sama”
“Hubungan saya dan Kak Uji yang juga merupakan idola saya sejak kecil lagi baik sahaja, tiada persengketaan antara kami kerana isu tersebut bukanlah datang dari saya”
Yuna yang berusia 27 tahun ini turut memuji penyanyi veteran tersebut mempunyai suara yang klasik dan dia amat berbersar hati jika diberikan peluang untuk bekerjasama dengan beliau untuk masa akan datang.
Walaupun pelbagai spekulasi dan andaian yang diberikan dari pelbagai pihak, Yuna ternyata begitu positif di dalam menangani isu yang datang kerana padanya karier seninya yang kini semakin meningkat di Amerika Syarikat perlu diberi perhatian penuh.
“Saya baru sahaja menandatangani perjanjian bersama rekod label dibawah David Foster dan kini sibuk di studio rakaman oleh yang demikian masa saya banyak dihabiskan di sini”
Bagi mereka yang mungkin tidak tahu, Yuna turut meminjamkan suaranya untuk lagu tema bagi filem animasi Dreamwork berjudul The Croodz.
Antara kejayaan yang patut dibanggakan untuk anak muda seperti Yuna! Tahniah diucapkan kepada beliau.
parasitology posted on 26-1-2013 05:49 PM
ehemm dah ramai tu yang mendoakan
Not only us... punyala panjang berjela artikel ditulis.. ayat yang ala2 gossip gak yang keluar
YUNA AKUI AIZAT NAMPAK ROMANTIS
Tiada siapa boleh menidakkan kehebatan Yunalis Zarai atau Yuna dalam penciptaan lagu apabila Terukir Di Bintang akhirnya diangkat sebagai Lagu terbaik Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) malam kelmarin. Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS yang memimpin orkestra pada malam itu sendiri mengakui mutu lagu Yuna sangat berkualiti dan sangat universal terutama dari segi susunan muzik dan vokalnya dalam versi asal.
"Lagu itu boleh dinyanyikan dalam pelbagai bahasa kerana sifat lagu itu sendiri yang sangat universal. Ia boleh menjadi lagu Melayu, Cina, Perancis, Itali dan Sepanyol. Itulah yang saya anggap karya Yuna sangat hebat," katanya pada Harian Metro pada majlis 'post-party' AJL27 sejurus acara kemuncak selesai.
Sekalipun digantikan dengan penyanyi Aizat Amdan kerana Yuna tidak dapat membuat persembahan gara-gara terikat dengan komitmen tugas di Los Angeles (LA), lagu itu tetap unik apabila disampaikan penyanyi lagu Sungai Lui berkenaan. Dalam gaya lelaki Eropah persis dalam filem The Artists dan tidak kurang menganggap ia seperti Michael Buble, Aizat berjaya mengalunkan lagu itu dengan bersahaja diiringi barisan pemuzik kumpulan Paluans yang sering mengiringi Yuna.
Kerinduan terhadap Yuna, 27, hilang seketika apabila penonton melihat rakaman aksi Yuna yang memberikan ucapan dan tersenyum dalam visual di skrin LED ketika Aizat menyanyi.
Ternyata, keaslian lagu Terukir Di Bintang berjaya menawan hati barisan juri sehingga menewaskan 11 lagu lain yang bertanding pada penganjuran edisi ke-27 itu, sekali gus membolot trofi dan wang tunai RM35,000.
Ketika dihubungi Malaysia Hari Ini (MHI) iaitu pengacara Ally Iskandar secara langsung menerusi Skype dari Los Angeles (LA), pagi kelmarin (waktu Malaysia), Yuna berkata, dia dan semua petugas team Yuna Room Records sangat bersyukur dengan kemenangannya pada malam itu.
"Saya mendapat tahu kemenangan ini menerusi emak yang menelefon saya sebanyak 11 kali pagi tadi. Syukur, Alhamdulillah, lagu saya menang. Selepas persembahan, Aizat ada hubungi saya untuk beritahu kemenangan ini.
"ada malam sebelumnya, saya sudah mendoakan yang terbaik buat Aizat dan barisan pemuzik pengiring di laman sosial Twitter. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Aizat yang sudi menyampaikan lagu itu pada saat akhir. Saya sangat berbesar hati dengan bantuannya sekeluarga.
"Saya juga berasa terkilan kerana tidak dapat membuat persembahan pada malam AJL27 dan kemenangan ini juga tidak disangka," katanya.
Diminta komennya mengenai persembahan Aizat, kata Yuna, dia gembira kerana penyanyi itu menyampaikan lagu Terukir Di Bintang dengan sangat baik pada malam yang bertemakan Ekspresi Seni itu.
"Antara bahagian kegemaran saya ialah ketika Aizat menyanyi sambil pegang cawan. Dia dan pemuzik pengiring juga nampak gembira dan terhibur apabila di pentas. Aizat juga nampak cukup romantis.
"Saya juga ada beri sedikit sentuhan pada persembahan malam itu dengan beri sedikit 'footage' video ketika di Paris kepada Aizat. Ia konsep Melayu klasik yang ada suntikan Perancis sikit," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kerjasamanya dengan David Foster, Yuna berkata, dia kini bernaung di bawah syarikat penerbit dan komposer terkenal dari Amerika Syarikat itu.
"Saya masih bernaung di bawah syarikat rakaman Universal. Sebenarnya, saya bukan kolaborasi dengan David, sebaliknya dia adalah bos baru saya sekarang. Album kedua saya di Amerika Syarikat juga akan keluar pada tahun ini juga," katanya.
Bagi Aizat, dia bersedia menyahut cabaran Yuna untuk menyampaikan lagu Terukir Di Bintang walaupun menjadi penyanyi gantian pada saat akhir. Aizat juga menyampaikan lagu itu dengan versi yang berbeza tapi tetap menawan hati juri dan penonton yang membanjiri stadium pada malam itu.
"Bayangkan saya hanya buat persiapan untuk menyampaikan lagu ini dalam tempoh 52 jam saja. Saya juga sudah tahu melodi lagu ini dan percaya lagu perempuan juga dekat dengan lelaki. Ia seperti saya letak coklat di atas sebuah kek.
"Konsep pegang cawan pula kerana saya teringat Cikgu Adnan Abu Hassan yang beritahu minum kopi untuk buat persembahan.
"Saya juga tidak terfikir pun untuk menang kerana saya tidak melihat ia satu pertandingan. Sebagai penyanyi dan kawan, sudah pasti, saya tumpang gembira apabila lagu ini menang kerana Yuna memang layak untuk muncul sebagai juara," katanya.
Apapun, kata Aizat, dia memang sudah lama ingin bekerjasama dengan Yuna untuk menghasilkan lagu sebelum ini.
"Yuna adalah sumber inspirasi saya. Jika nak diikutkan sudah lama saya nak buat lagu dengannya tapi dia ada komitmen yang lebih berat dan terikat di sana. Jika ada permintaan, saya juga tiada masalah untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang dengan versi lelaki selepas ini," katanya.
Vokal Hafiz belum ada tandingan
Hafiz yang mengungguli dua kategori iaitu Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik menerusi lagu Ku Akui ciptaan Ajai pula berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM22,000.
Walaupun pernah menang AJL termasuklah Vokal Terbaik pada tahun sebelumnya tetapi ia tidak membuatkannya tertekan.
"Setiap kali berada di pentas AJL, saya akan melihatnya sebagai cabaran baru dan berusaha melakukan yang terbaik kerana ia adalah satu amanah.
"Kemenangan lagu Ku Akui bukan saja pada kualiti vokal tetapi pada lirik yang menceritakan perjalanan anak seni. Tidak mudah orang luar nak memahami penat lelah orang seni yang bekerja tidak tentu masa termasuk kekasih sendiri. Selalu timbul salah faham dan fitnah.
"Sebagai penyanyi, saya sudah memberikan yang terbaik untuk kedua-dua persembahan pada AJL27 termasuk duet dengan Adira. Menang atau kalah perkara kedua, apa yang lebih penting, usaha untuk melaksanakan tanggungjawab itu," katanya.
Sementara itu, Black berkata, dia terpaksa akur dengan kemenangan lagu Terukir Di Bintang walaupun lagu yang pernah mencetuskan kontroversi iaitu Teman Pengganti diramalkan ramai pihak akan menang pada malam itu.
"Saya akui ramai yang ramal Teman Pengganti yang menang tetapi saya percaya mungkin yang cakap itu peminat saya. Peminat finalis lain yang bertanding pada AJL27 pun boleh ramal lagu penyanyi pilihan mereka yang menang. Saya dan RJ tetap bersyukur kerana lagu ini menang kategori Persembahan Terbaik," katanya.
Kekecewaan Black dan rakan rappernya, RJ (Rapper Jambang) sedikit sebanyak terubat apabila lagu dendangan mereka mengungguli kategori persembahan terbaik dan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10,000.
Naib juara AJL27 dimenangi Azlan & The Typewriter pula membawa pulang trofi dan wang tunai RM15,000.
Lagu lain yang turut bertanding ialah Patah Seribu (Shila Amzah), Amir Jahari (Tanpamu), Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees), Pelangi Senja (Stacy), Andai Ku Bercinta Lagi (MOJO, Lagu (Bedroom Sanctuary) dan Simetri (Hazama & Amy Search).
AJL27 turut memperkenalkan kategori baru, Anugerah Juara Mobile X-Pax yang dimenangi lagu Ombak Rindu ciptaan Nurzaidi Rahman dendangan Hafiz dan Adira.
Barisan juri profesional yang mengadili AJL27 ialah ketua juri, komposer Azmeer, Aubrey Suwito, Helen Yap, Eddie Marzuki, Acis, Yasin Sulaiman, Ramli Sarip, Edrie Hashim, Ad Samad dan penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang.
Gandingan pengacara yang menceriakan majlis pada malam itu ialah Faizal ismail dan Cheryl Samad.
Oh ya.. majlis kesyukuran tu buat kat rumah Aizat.. perghhh, ingatkan hotel mana, siap ada swimming pool kat tengah2 rumah.. rghuper2nyer umah Aizat.. kaya kaya kaya