CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2012 11:20 AM | Show all posts
bila nak sambung ni niki????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2012 10:04 AM | Show all posts
Oh Nicki sayanggkuuuu..

Bila mahu kasi entriiii..

Rindu nak susuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:06 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 23-8-2012 11:20 AM
bila nak sambung ni niki????

Salam Babe. Amacam raya?

Cerita sambung petang-petang sikit ek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 10:08 AM | Show all posts
freddianza posted on 27-8-2012 10:04 AM
Oh Nicki sayanggkuuuu..

Bila mahu kasi entriiii..

Alamak...alamak.... Dia mai dah....

Err... cheq 'beraya' kat umah orang lain dulu eh........

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 10:10 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2012 10:08 AM
Alamak...alamak.... Dia mai dah....

Err... cheq 'beraya' kat umah orang lain dulu eh.. ...

Hahhahahaa.Jangan nak lari

Ramai orang dah tunggu nii
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 10:15 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2012 10:08 AM
Alamak...alamak.... Dia mai dah....

Err... cheq 'beraya' kat umah orang lain dulu eh.. ...

Akan ku tuntut janji mu ptg nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2012 10:15 AM | Show all posts
freddianza posted on 27-8-2012 10:10 AM
Hahhahahaa.Jangan nak lari

Ramai orang dah tunggu nii

Diorang tengah beraya kat rumah baru ler....

Moh le kita ke sana dulu. Petang-petang nanti baru datang sini - Hi Tea gitu.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 10:17 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2012 10:15 AM
Diorang tengah beraya kat rumah baru ler....

Moh le kita ke sana dulu. Petang-petang nanti ba ...

Tak pe kalau petang sat lagi tak de.

Cheq ligan hang sampai dapat.Hahhahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 11:03 AM | Show all posts
Salam Readers...

Amacam raya?

Sementara boss meeting, cheq update sikit dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 11:07 AM | Show all posts
Episode 44

Ajak terduduk sambil memegang perutnya. Senak! Bukan perutnya saja, hampir keseluruhan badannya juga menjadi sasaran. Di tumbuk, di hentak dan di terajang sesuka hati tanpa belas kasihan. Ajak menarik nafas, tersekat-sekat menahan kesakitan. Bukan dia tidak pernah bergaduh sebelum ini, tapi selalunya bukan dia yang menjadi mangsa.  

“Mana lu nak lari lagi mat?” Boon bertanya sambil menyeringai. Dia orang yang paling kuat membelasahnya. Jack hanya memerhatikannya tanpa sebarang riak di muka. Di antara ketiga-tiga mereka, Jack yang paling tidak banyak bersuara. Lando pula memandang simpati walaupun dia turut sama membelasahnya tadi.

“Kalau lu berani, bangunlah lawan” Boon sengaja mengapi-apikan Ajak sungguhpun dia tahu Ajak tak mungkin dapat melawan. Kaki Ajak yang terlunjur di sepak lagi.

“Blahlah Boon. Tiga lawan satu bolehlah lu cakap besar. Kalau lu anak jantan, jomlah fight one to one. Tengok lu boleh menang ke tidak. Gua takut lu lari balik rumah cari mak lu je..” Dalam kesakitan, Ajak sengaja membuat provokasi.

“Sial. Lu bangun sekarang!” Boon meludah lalu mencabar Ajak. Ajak hanya tersenyum sinis lagi. Dia memang tidak pernah baik dengan Boon sejak dulu kerana Boon memang kuat mengampu ketua mereka.

“Dasar anjing bajingan” Ajak membalas.

“Kurang ajar” Sebiji penumbuk singgah di muka Ajak.  Ajak meraba hidungnya apabila terasa ada cairan panas mengalir keluar. Darah. Ajak menyumpah Boon sekali lagi.

“Lu…” Boon mencekak leher Ajak, mahu menghadiahkan satu lagi penumbuk namun niatnya terhenti apabila Lando menahan.

“Cukuplah Boon” Lando berkata sambil memegang bahu Boon. Dia tidak mahu Ajak dibelasah dengan lebih teruk lagi.

“Dia ni memang nak kena dengan aku!” Boon bersuara garang. Nafasnya turun naik memandang Ajak yang terduduk di hadapannya. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja Ajak di belasah hingga hilang nyawa. Tak perlu tunggu arahan Shark.

“Sudah. Kita bawa dia jumpa Shark” Lando berkata lagi. Boon akhirnya menurut. Leher belakang baju Ajak di tarik, memaksa Ajak berdiri. Mahu tak mahu, Ajak terpaksa mengikut. Ajak mengangkat muka  memandang Lando. Walaupun tidak berkata apa-apa, Ajak berharap yang Lando memahami yang dia amat berterima kasih. Lando menganggukan kepala sedikit kepada Ajak.

“Lu tahulah nasib lu kejap lagi” Boon menolak Ajak ke depan, memaksanya berjalan. Dalam kesakitan, Ajak terpaksa menurut. Ajak mengeluh kerana tidak tahu apa nasibnya selepas ini.

*******************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 11:37 AM | Show all posts
apa ni ... tak cukup la .. ..

neeeeexxttt ....

selamat hari raya nicki ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 11:40 AM | Show all posts
hotmum posted on 27-8-2012 11:37 AM
apa ni ... tak cukup la ..  ..

neeeeexxttt ....

Hi Mum, selamat hari raya.

Dah habis pantang le gamaknya ni... Hahahahhaha

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 11:45 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2012 11:40 AM
Hi Mum, selamat hari raya.

Dah habis pantang le gamaknya ni... Hahahahhaha

udaaahh .... ...

rasa sembab je nak masuk keje ... sian plak kat baby yg kene tinggal kat nursery .... huhuhuhu ..

ceh ceh ceh ... fifi and fandi raya di mana? ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 11:47 AM | Show all posts
hotmum posted on 27-8-2012 11:45 AM
udaaahh ....  ...

rasa sembab je nak masuk keje ... sian plak kat baby yg kene tinggal kat ...

Kat Kluang le ..Hahahaha....

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 11:49 AM | Show all posts
amboi ambooiii ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 11:52 AM | Show all posts
Ajak duduk terhenyak di dalam kereta. Dia memang tidak dapat melarikan diri kali ini kerana di kawal ketat oleh Jack di sebelahnya. Apatah lagi dengan kecederaan yang di alami akibat di belasah tadi, jangankan hendak berlari, hendak berjalan pun dia tidak mampu. Matanya sekejap terpejam, sekejap terbuka. Walaupun ada ketika pandangannya menjadi kabur, Ajak tahu ke mana dia di bawa. Pastinya ke markas Shark yang terletak di Petaling Jaya. Sebuah banglo lama di kawasan yang agak terpencil.

Ajak sendiri tidak pasti banglo itu kepunyaan siapa. Sama ada Shark menyewa atau membelinya, dia pun tidak tahu. Tetapi, banglo ini memang telah dijadikan tempat mereka berkumpul sejak dulu lagi. Dari luar, banglo lama itu kelihatan usang dan tidak terjaga. Terletak di lot paling hujung, tiada siapa yang akan terfikir ada penghuni di banglo itu. Dua buah rumah bersebelahan juga tiada penghuni. Manakala penduduk berdekatan juga jarang mengambil kisah dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Ajak juga tahu, Shark tidak tinggal disini. Banglo ini hanya menjadi tempat persinggahan untuk mereka berjumpa sekiranya dipanggil.

Nafasnya di hela walaupun payah. Perut dan dadanya masih terasa senak dan sesak. Ajak mengeluh. Sedikit sebanyak dia menyesal kerana melibatkan diri dengan geng Shark. Pada mulanya, Ajak hanya menjual heroin secara kecil-kecilan di kelab-kelab malam, sekadar menambahkan wang poket untuk menampung kehidupan. Dengan gaji sebagai peon, manalah cukup untuknya menampung kehidupan di kota lumpur ini. Di tambah dengan sikapnya yang suka menghabiskan masa berpoya-poya di kelab-kelab malam, memang tidak cukup. Perkenalan secara tidak sengaja dengan Jack, membuatkan matanya semakin gelap. Wang dan perempuan boleh didapati dengan hanya memetik jari.

Bodoh! Ajak teringatkan seseorang lalu menyumpah dirinya sendiri. Jika tidak kerana lelaki itu, sudah lama dia meninggalkan Kuala Lumpur, balik ke kampung halamannya di pantai timur. Sudah pasti geng Shark tidak dapat mencarinya. Namun, di sebabkan amaran dari lelaki itu, Ajak terpaksa menurut. Dia tetap bersembunyi di Kuala Lumpur hingga akhirnya tertangkap. Ataupun dia memang di perangkap? Ah, kalaulah dia tidak mengendahkan lelaki itu, pasti sekarang ini dia hidup dengan aman di kampung bersama ibunya.     

Tidak semena-mena, Ajak teringatkan ibunya yang sakit di kampung. Apa bakal terjadi kepadanya sebentar nanti? Tidak banyak sedikit, perkara itu membuatkan dirinya terasa gentar. Kasihan ibunya. Kalaulah ibunya tahu kegiatannya, pasti orang tua itu yang mati dulu darinya.

MATI? Ajak menelan air liur. Inikah nasibnya? Beginikah pengakhiran hidupnya? Ajak mengira waktu. Dalam diam dia berdoa kepada TUHAN. Sesuatu yang telah lama dia lupakan, hanya dibuat sejak akhir-akhir ini apabila hidup dalam persembunyian.

Kereta yang dinaiki berhenti. Lamunan Ajak turut terhenti. Sudah sampai. Nafas Ajak menjadi tidak teratur. Nasibnya akan di tentukan sebentar lagi. Pintu kereta di buka. Leher bajunya dicekak dari belakang, memaksanya keluar. Ajak terfikir untuk melarikan diri namun tiada ruang untuk dia berbuat begitu. Badannya di tolak dari belakang memasuki perkarangan banglo itu. Last edited by Nicki_Meow on 27-8-2012 10:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2012 12:10 PM | Show all posts
“Shark!” Shark mengangkat muka apabila di panggil. Ketiga-tiga orang suruhan berada di depannnya. Ajak ada bersama dengan mereka. Shark tersenyum, bengis .

Badan Ajak di tolak lagi. Akibat di belasah sebentar tadi, Ajak tidak mampu untuk mengimbangi dirinya lalu jatuh tersungkur. Perlahan-lahan Ajak memaksa dirinya bangkit lalu terduduk. Ajak mengangkat muka, memandang Shark yang sudah berdiri di depannya. Pandangannya berubah pula kepada Zidan yang sedang duduk, juga sedang memandangnya tanpa apa-apa reaksi.

Sial! Ajak menyumpah sendiri.

“Mana duit tu?” Keras nada suara Shark bertanya. Ajak hanya mendiamkan diri.

“Gua tanya, mana duit tu?!!” Kali ini Shark bertempik. Bahu Ajak di tendang lalu Ajak terjatuh lagi. Dia memang sudah tidak berupaya mempertahankan diri.

“BANGUN” Shark mengarah. Dalam kepayahan, Ajak menurut arahan.

“Kenapa lu rembat duit Jedi?” Sekali lagi Shark menyoal.

“Aku…aku nak pakai duit. Mak..mak aku sakit” Ajak menjawab, tergagap-gagap.

“Itu duit Jedilah bodoh!” Shark berkata lagi, melepaskan amarahnya. Kerana Ajak, Jedi sudah mula hilang kepercayaan kepadanya. Di tambah pula pihak polis sudah mula menggangu kerja mereka, makin menambahkan bara di hatinya.
Ajak hanya memerhatikan Shark. Betul kata Zidan, walaupun Shark tampak bengis, namun dia takutkan Jedi. Segala maklumat tentang Jedi ada di tangan Shark dan Shark tidak pernah mahu memberitahu sesiapa mengenai Jedi. Tapi kenapa? Kenapa Shark takutkan Jedi? Seperti yang lainnya, Ajak tidak mempunyai jawapan.

“Aku perlukan duit Shark! Mak aku sakit”

“Kalau mati pun, gua peduli apa dengan mak lu!

“Mak…mak lu jangan sebut, Shark!” Ajak menjerit. Dia menggetap bibir dan menyumpah dalam hati. Pantang baginya ibunya di sebut-sebut begitu.

“Hei!” Rambutnya di tarik ke belakang, Ajak terdongak, kesakitan. Muka bengis Shark begitu hampir dengannya.

“Mana lu sorok duit tu?”

“Aku dah guna”

“Lu jangan nak cari pasal lagi. Mana duit tu?”

“Betul. Aku dah guna semuanya. Tolonglah Shark. Aku nak pakai banyak duit. Sebab itu aku ambil duit Jedi” Ajak menjawab, suaranya tertahan-tahan.

“Huh” Rambutnya di lepaskan. Kepala Ajak tertunduk ke bawah.

Shark merenung Ajak dengan tajam. Bukan itu sahaja yang menjadi kemarahannya, tindakkan Ajak menjadi tali barut polis juga membuatkan hatinya semakin panas.

“Berapa banyak upah lu dapat jadi anjing polis?” Shark bertanya, lebih kepada menyindir.

“Anjing polis?” Kening Ajak berkerut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2012 12:15 PM | Show all posts
“Mana ada? Aku tak ada kena mengena dengan polis” Ajak menjawab kuat. Sekali lagi memandang Zidan yang merenungnya tajam.

“Kalau bukan lu, macam mana orang Markus boleh kena tangkap?”

“Aku..aku tak tahu. Sumpah aku tak tahu!” Ajak menguatkan suara, menafikan tuduhan Shark.

“Lu jangan nak kencing gualah sial!”

“Betul Shark. Aku tak tahu. Mana…mana… aku.. ada masa nak pergi jumpa polis”

“Lepas lu rembat duit Jedi, lu ingat gua nak percaya cakap lu?”

“Tak..bukan aku. Bukan aku!Yang sebenarnya…” Ayatnya terhenti apabila satu lagi tumbukan singgah dimukanya. Ajak tersungkur lagi.

“Bangun!” Ajak menopang badannya dengan kaki, terduduk melutut. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh bertahan lagi di belasah begini. Ajak mengangkat muka. Dia nampak Zidan sudah berada di depannya sambil menyeringai. Dalam hati dia menyumpah lagi.

“Kau…memang...”  Ajak cuba menghabiskan ayat tetapi kata-katanya terhenti apabila melihat Zidan sudah mengeluarkan pistol.

“Kau cakap…kau cakap….” Ajak tergagap-gagap dan kemudian terdiam.

“Aku cakap apa?” Zidan menghalakan pistol ke arah kepalanya. Saat ini, tiada perkara lain berada dalam fikiran Ajak, kecuali mati.

“Settlekan dia kat luar” Shark sudah menjatuhkan hukuman. Di dalam mahkamah ciptaannya, tertuduh tidak akan mempunyai ruang untuk membela diri.

“Shark…tolong Shark. Jangan bunuh aku. Bukan aku yang beritahu polis. Bukan aku Shark!” Ajak menjerit merayu nyawanya. Shark tidak mengendahkan, hanya memandang Ajak dengan bengis. Dia tidak peduli sama ada Ajak benar-benar bersalah atau tidak. Dia cuma mahu melepaskan geramnya.

“Shark! Bukan aku Shark. Yang buat semua ni…”

“BANGUN!” Zidan bertempik, memotong cakap Ajak.

“Zidan…tolong aku Zidan. Jangan bunuh aku. Kau kata…kau kata…” Zidan menarik kolar bajunya ke atas. Ajak turut bangkit berdiri.

“Tak ada sesiapa yang akan percaya cakap kau” Zidan mendekatkan mulutnya ke telinga Ajak dan berkata perlahan, hanya dapat didengari oleh mereka berdua sahaja. Ajak menelan air liur.

“Jalan” Zidan mengarahkan. Namun Ajak hanya terpaku di situ. Rasa gerun mula menerjah kembali. Kalaupun dia memberitahu perkara sebenar, Shark tidak akan percaya. Shark lebih percayakan Zidan dari dia.

BANG! Serentak dengan bunyi itu, terdengar jeritan yang kuat. Ajak meraung apabila peha kirinya di tembak.

“Zidan!” Lando menjerit, dia hendak meluru ke arah Zidan tetapi langkahnya terhenti apabila pistol di tangan Zidan di acukan kepadanya pula.

“Kau nak gantikan dia?” Zidan bersuara garang. Lando tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Rasa simpati yang di rasai di telan sahaja. Dia pun takut mati.

Nafas Ajak turun naik. Mungkin ini pengakhiran hidupnya. Wajah ibu, wajah keluarganya bermain di minda. Nampaknya, dia tidak sempat mengucapkan selamat tinggal. Kolar belakangnya di cekak kuat, memaksa Ajak berdiri. Dalam kesakitan, dia di heret keluar dari situ. Last edited by Nicki_Meow on 17-9-2012 11:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 12:59 PM | Show all posts
berdebarnye... ape lagi pasni Nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 03:27 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-8-2012 10:06 AM
Salam Babe. Amacam raya?

Cerita sambung petang-petang sikit ek...

salam.. raya cam biasa la. dah tua-tua ni takde apa yang meriah pun. next please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.392016 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list