CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satusembilan

LIVERPOOL FC ~ BaDi TiaNG, PaLaNG & PeNaLTi ~

   Close [Copy link]
Post time 31-1-2012 10:58 AM | Show all posts
persoalannya: nak ke torres masuk balik kt liverpool @ nak ke fan liverpool terima torres blk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 10:59 AM | Show all posts
Dalglish: No new senior players


Kenny Dalglish is adamant that Liverpool will conduct no busine ...
sudugaru Post at 31-1-2012 08:31



laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:01 AM | Show all posts
Penjaga gol Wales u19, Danny Ward yang dibeli Liverpool daripada Wrexham.
Ward akan dimaksudkan ke skuad muda Liverpool



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by RosesAre_Red at 31-1-2012 11:06

Kekalahan MU sukar diterima Ferguson

Sir Alex Ferguson memberitahu Manchester United tidak layak untuk tewas 2-1 kepada Liverpool dalam perlawanan Piala FA semalam.
Liverpool yang menyingkirkan Manchester City dalam Piala Carling minggu lepas kini berjaya mara ke pusingan Piala FA yang seterusnya melalui gol dari Kuyt dan Agger.
"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh tewas," kata Ferguson.
"Hanya satu kesilapan, anda boleh dihukum. Ia ibarat satu talian hayat dan ini telah terjadi kepada kami bertahun-tahun.
"Gol Kuyt bukan satu gol yang baik kerana kami tidak patut terima itu. Tetapi saya berpuas hati dengan pemain saya. Mereka bermain dengan baik dan menguasai perlawanan. Tetapi kami tidak patut kalah.
"Kami pasukan yang lebih baik dan itu hanya Piala FA."


*payah terima kenyataan kot

takotnye jumpe kt OT nnt, ada org ckp nanti siaplah liverpool kena belasah 8-2 mcm arsenal hr tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:08 AM | Show all posts
Kekalahan MU sukar diterima Ferguson



*payah terima kenyataan kot  

takotnye jumpe  ...
RosesAre_Red Post at 31-1-2012 11:05



   betul la tu..bila dah kalah,cakap la piala tu bagi kita..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:12 AM | Show all posts
betul la tu..bila dah kalah,cakap la piala tu bagi kita..
sudugaru Post at 31-1-2012 11:08



alasan cliche.. dah lama pegang piala (tp dlm ht berdukacita)
come on la brader, liverpool & arsenal yg dh lama kemarau piala rileks je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 11:16 AM | Show all posts
[quote]Cubaan ‘nakal’ Liverpool

LONDON: Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish sedia mendapatkan Carlos Tevez secara pinjaman - jika Manchester City membenarkan bintang memberontak itu meninggalkan kelab berkenaan sebelum tingkap perpindahan ditutup.

Kelab pimpinan Dalglish itu membuat pendekatan ‘nakal’ terhadap pemain Argentina itu yang mungkin bermain untuk mereka ketika Liverpool berusaha menduduki empat tempat teratas Liga Perdana di samping kedua-dua pertandingan Piala FA dan Liga.


Tevez yang berbalah dengan City, masih menaruh harapan untuk berhijrah ke AC Milan tapi kelab gergasi Itali itu dan semua pihak yang berminat terhadapnya enggan memberikan pemain itu perjanjian kekal.

Situasi itu menyaksikan Liverpool menyertai beberapa kelab yang menunjukkan minat meminjam Tevez, membayarnya gaji
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:44 AM | Show all posts
ini kan, kalo dia bermain mcm andy carol, harus baling telur busuk tak pun tembak gan senapang g ...
RosesAre_Red Post at 31-1-2012 11:16



   bagus la dia join liverpool..kat sana asyik2 kena tuduh..bergabung ngn bellamy..perghhhhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 01:01 PM | Show all posts
Kekalahan MU sukar diterima Ferguson



*payah terima kenyataan kot  

takotnye jumpe  ...
RosesAre_Red Post at 31-1-2012 11:05



kita nasihat lahh baik2 kat tok alex tu...
suh dia tumpukan sepenuh jiwa raga kat UEFA cup tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:44 PM | Show all posts
Kuyt tidak rela disisih


KUYT (tengah) dikerumuni rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kemenangan Liverpool ketika menewaskan United 2-1 pada pusingan keempat Piala FA di Anfield, Sabtu lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


LIVERPOOL - Dirk Kuyt berharap dia akan terus disenarai- kan dalam kesebelasan utama Liverpool musim ini.

Penyerang antarabangsa Belanda itu mengakui, dia melalui 'detik sukar' apabila tidak diturunkan selaku pemain utama dalam skuad bimbingan Kenny Dalglish.

Kuyt yang masuk sebagai pemain gantian, meledak gol kemenangan The Reds ketika membenam Manchester United 2-1 pada aksi pusingan keempat Piala FA, Sabtu lalu.

Jaringan Kuyt itu adalah yang pertama buat Liverpool sejak September lalu dan kini, dia berharap untuk beraksi lebih kerap bermula dengan pertemuan liga menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi esok.

"Ia menjadi sangat sukar," kata Kuyt yang masih belum memenangi sebarang trofi sejak berpindah ke Anfield pada Ogos 2006.

"Saya adalah seorang pemain yang mahu kerap diturunkan. Sebelum ini, saya sering kali diturunkan dalam setiap perla- wanan.

"Lebih banyak saya bermain, saya berasa lebih baik. Saya te- lah bermain dengan kerap sejak 10 tahun terakhir dalam karier saya. Itu adalah sesuatu yang saya perlu buktikan di padang dan latihan.

"Sudah tentu, saya mahu bermain dalam setiap perlawanan dan meyakinkan pengurus setiap kali saya bermain.

"Apabila keadaan tidak berjalan dengan baik, kamu perlu terus bekerja keras dan itulah yang saya lakukan."

Skuad The Reds berjaya melayakkan diri ke final Piala FA selepas menewaskan City dengan agregat 3-2 sebelum menempah slot ke pusingan kelima Piala FA.

Bagaimanapun, Liverpool ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang menghuni tempat keempat Liga Perdana England selepas gagal memenangi kesemua tiga perlawanan pada tahun 2012. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:06 PM | Show all posts
bagus la dia join liverpool..kat sana asyik2 kena tuduh..bergabung ngn bellamy..perghhhhh..
sudugaru Post at 31-1-2012 11:44


tp dia prefer AC Milan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:08 PM | Show all posts
kita nasihat lahh baik2 kat tok alex tu...
suh dia tumpukan sepenuh jiwa raga kat UEFA cup tu ...
adbrutals Post at 31-1-2012 13:01



suruh dia belajar terima hakikat
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:32 PM | Show all posts
Carroll tolak spekulasi ditukar dengan Tevez

LIVERPOOL - Penyerang Liverpool, Andy Carroll menolak spekulasi kononnya dia bakal meninggalkan Anfield selepas mengharungi 12 bulan pertama yang kurang memberangsangkan bersama The Reds.

Carroll, 23, yang dibeli dengan bayaran 35 juta pound (RM167 juta) daripada Newcastle musim lalu, menjadi sasaran spekulasi bahawa dia akan keluar dari Merseyside, malah pernah dikaitkan dengan kepulangan ke Newcastle.

Minggu lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City menawarkan satu perjanjian kepada Liverpool untuk menukar pemain antarabangsa England tersebut dengan penyerang bermasalah, Carlos Tevez.

Liverpool enggan mengulas mengenai berita tersebut, sebaliknya menegaskan, mereka tidak pernah membuat spekulasi mengenai perpindahan pemain dan Carroll sendiri menegaskan bahawa dia tidak ambil pusingan dengan laporan seperti itu.

"Kelab melayan saya dengan baik dan semua orang di luar kelab juga sangat baik terhadap saya, ia membuatkan saya benar-benar gembira berada di sini. Semua orang menyokong saya dan mahu membantu saya.

"Saya telah menandatangani kontrak dengan Liverpool, maka inilah kelab saya dan di sinilah saya akan bermain,'' ujar Carroll.

Biarpun masih gagal mempamer permainan memberangsangkan sejak ketibaannya pada Januari tahun lalu, namun Carroll terus dipertahankan oleh pengurus Reds, Kenny Dalglish.

Masalah kecederaan menjejaskan separuh musim pemain itu, dan sehingga hari ini dia masih belum mengembalikan prestasi terbaik atau berada dalam kesebelasan utama pasukan secara tetap. Dia hanya menjaringkan enam gol daripada 36 penampilan.

Bagaimanapun pemain tinggi lampai itu diturunkan sepanjang 90 minit perlawanan ketika Liverpool menyingkirkan musuh ketat, Manchester United 2-1 dalam pusingan keempat Piala FA di Anfield, Sabtu lalu.

Tandukan pemain pertahanan, Daniel Agger menyumbang gol pembukaan Liverpool dalam perlawanan itu. Agger tiba-tiba melompat tinggi untuk menanduk sepakan sudut kapten, Steven Gerrard hingga gagal dikesan penjaga gol United, David de Gea.

Biarpun United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Park Ji-sung tidak lama selepas separuh masa kedua disambung, Dirk Kuyt muncul wira dengan melepaskan rembatan dari sebelah kanan pintu gol, dua minit sebelum tamat permainan untuk membawa Liverpool ke pusingan kelima.

"Saya fikir saya telah melakukan tugas dengan baik sama seperti orang lain dalam perlawanan itu, tetapi saya sedar saya perlu bekerja lebih keras dan saya percaya ia (aksi baik) akan datang tidak lama lagi.

"Saya rasa semua orang bermain baik (ketika mengalahkan United) dan kami benar-benar berhak meraih kemenangan. Kami melakukan apa saja yang perlu untuk mendapatkan penamat yang baik. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:46 PM | Show all posts
tp dia prefer AC Milan kan?
RosesAre_Red Post at 31-1-2012 14:06



   ntah la...x taw la macam mane..sampai esok pukul 8 pagi tak de berita..mmg kita x de player baru la..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:52 PM | Show all posts
ntah la...x taw la macam mane..sampai esok pukul 8 pagi tak de berita..mmg kita x de player ...
sudugaru Post at 31-1-2012 14:46



takpe la, redha je kalo KD dh konfiden sgt gan team yg sedia ada nie huhu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:47 PM | Show all posts
kene tukar topik thread nih.. ke tak abih lagi muka senyum lepas menang 2 kali ngan tim manchester?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 03:52 PM | Show all posts
takpe la, redha je kalo KD dh konfiden sgt gan team yg sedia ada nie huhu
RosesAre_Red Post at 31-1-2012 14:52



   KD mesti ada helah..sabar jelah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 05:43 PM | Show all posts
Walaupun Kenny Dalglish mengatakan bahawa kemungkinan tidak ada pemain baru namun begitu segala-galanya belum pasti memandangkan kuasa pembelian pemain bukan terletak di tangan Kenny Dalglish saja
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 05:43 PM | Show all posts
‎Liverpool FC berjaya mendapatkan Luis Suarez pada tahun lepas .. dan beliau akan start bermain pada 6Feb iaitu menetang Tottenham Hotspur ..
Kita berjaya dapatkan khidmat suarez balik ! YNWA !
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 05:44 PM | Show all posts
RUMOUR TERAKHIR !!!!!!

Senarai pemain yg '' paling berpontensi '' dibawa masuk LIVERPOOL FC sblum tarikh tutup perpindahan pemain sehingga pukul 8 : 00 pagi waktu malaysia
( kurang 18 jam ) dari sekarang..

Carlos Tevez ---------- Manchester City (Loan )
Luca Barrios ----------- Borussia Dortmund
Marko Marin ----------- Werder Bremen
Demba Ba ------------- Newcastle
Alsandre Hleb --------- Barcelona
Edison Cavani --------- Napoli
David texiera ---------- fc Groningen
Gaston Ramirez ------ Bologna
eden hazard ---------- lille
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051115 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list