|
|
swk - Majlis makan malam kumpul bekas pelajar SMK Limbang sejak 1962 bakal diadakan tahun ini
sbh - Kejayaan usahawan wanita Sahabat AIM cetus inspirasi
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ewon tinjau sendiri pemohon Rumah SMJ di Kadamaian
Januari 31, 2026, Sabtu - 3:59pm

TINJAU: Ewon semasa membuat tinjauan itu.
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick hari ini meluangkan masa sehari suntuk turun padang meninjau sendiri permohonan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dikemukakan kepada Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian.
Beliau berkata, lawatan berkenaan memberi peluang kepadanya untuk berjumpa secara langsung dengan keluarga-keluarga pemohon serta melihat sendiri keadaan kediaman semasa mereka.
“Hari ini, saya bersama UPPM Kadamaian meninjau sebanyak tujuh buah rumah di kawasan Kadamaian iaitu, Kg.Tombulion, Kg.Piasau, Kg.Rangalau, Kg.Bukid, Kg.Tegudon, Kg.Rangalau dan Kg.Kelawat Pekan bagi melihat sendiri keadaan rumah berkenaan.
“Sepanjang lawatan ini, terdapat beberapa rumah yang sangat daif dan sesetengah rumah dihuni lebih 10 orang termasuk ibu bapa, anak-anak serta cucu-cucu yang telah berkahwin.
“Ada anak-anak yang masih bersekolah dan keadaan rumah yang sempit serta uzur menjadi cabaran besar kepada mereka untuk belajar dan menyiapkan kerja sekolah,” katanya.
Sehubungan itu, Ewon menegaskan komitmen Kerajaan Sabah dalam menyediakan Rumah SMJ kepada keluarga yang benar-benar memerlukan.
Menurutnya, setiap kawasan Dewan Undangan Negeri diperuntukkan sebanyak 50 buah Rumah SMJ pada tahun ini, namun keperluan tambahan khususnya melibatkan keluarga yang mendiami rumah sehingga tiga generasi akan terus dibawa untuk pertimbangan kerajaan negeri.
“Bagi tahun ini, sebanyak 50 buah Rumah SMJ baharu akan dibina di kawasan DUN Kadamaian dan pelaksanaannya diharapkan dapat dibuat dengan segera.
“Sekiranya terdapat keperluan tambahan, sudah tentu menjadi tanggungjawab saya untuk berbincang dengan Ketua Menteri Sabah, memandangkan DUN Kadamaian merupakan antara kawasan yang amat memerlukan bantuan pembinaan rumah baharu,” katanya.
Sebagai ADUN Kadamaian, katanya, isu perumahan merupakan antara perjuangan peribadinya dalam mengangkat kesulitan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan itu.
“Program Rumah SMJ, telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu,” katanya dan menambah pembinaan Rumah SMJ turut disertakan dengan kemudahan utiliti asas seperti bekalan air dan elektrik.
“Namun, terdapat permohonan tambahan berkaitan pemasangan tiang serta sambungan elektrik ke rumah-rumah baharu yang terletak jauh dari sumber bekalan sedia ada.
“Perkara ini akan kita bantu sedaya upaya melalui peruntukan ADUN,” kata Ewon.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wee nafi dakwaan MBKS abai longkang runtuh di Lorong Rock 1
Januari 31, 2026, Sabtu - 4:08pm

Wee ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Hilo Cafe yang diusahakan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tabuan Jaya pagi tadi.
KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini tampil menafikan dakwaan pengabaian longkang runtuh di Lorong Rock 1 seperti didakwa Michael Kong, baru-baru ini.
Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng dalam kenyataan balas beliau menegaskan bahawa naratif tersebut tidak tepat dan tidak mencerminkan urutan sebenar tindakan serta usaha yang telah diambil oleh pihak majlis dan pegawainya.
“MBKS ingin menjelaskan secara mutlak bahawa dakwaan kononnya aduan awal diabaikan adalah tidak benar dan tidak menggambarkan proses sebenar yang telah dilaksanakan,” katanya kepada media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Khui Hian merasmikan Hilo Cafe yang diusahakan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tabuan Jaya, pagi tadi.
Menurut Wee, pada 8 November tahun lepas seorang ahli majlis bersama pegawai teknikal dan jurutera telah menjalankan pemeriksaan tapak di Lorong Rock 1 susulan maklum balas orang awam.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebimbangan struktur pada longkang terjejas dan perkara tersebut telah dirujuk untuk penilaian teknikal lanjut,” katanya.
Tambah beliau, satu lagi lawatan tapak telah dijalankan pada 11 November bagi menilai tahap kerosakan secara lebih terperinci dan menentukan skop kerja pembaikan yang sesuai.
“Penilaian ini mengambil kira aspek keselamatan, keperluan kejuruteraan serta integriti struktur jangka panjang,” katanya.
Berdasarkan dua penilaian tersebut, pihaknya telah meneruskan proses dalaman termasuk penilaian teknikal, anggaran kos serta persediaan perolehan termasuk tender bagi kerja pembaikan yang akan dipanggil dalam masa terdekat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ujar Wee, MBKS turut menegaskan bahawa pihak berkuasa tempatan itu berdepan kekangan pembiayaan, khususnya bagi kerja penyelenggaraan infrastruktur.
“Peruntukan di bawah dana MARRIS tidak meningkat walaupun kos pembinaan semakin tinggi dan keperluan menaik taraf infrastruktur lama semakin mendesak,” jelasnya.
Beliau turut menempelak DAP sebagai sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan patut memainkan peranan dalam memastikan pembiayaan mencukupi bagi menangani isu infrastruktur.
“Kenyataan ini bukan bertujuan mengagihkan kesalahan, sebaliknya menekankan bahawa tindakan tepat pada masanya dan sokongan pembiayaan yang mencukupi adalah penting untuk penyelesaian isu secara mampan,” katanya.
Terdahulu, Kong selaku Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Padungan Chong Chieng Jen mendakwa MBKS mengabaikan aduan awal oleh orang awam berkenaan keretakan di sepanjang longkang di Lorong Rock 1 di sini..
Katanya, tinjauan mendapati berlaku kerosakan pada struktur parit dan mendakwa pengabaian itu telah mewujudkan risiko keselamatan yang serius kepada orang ramai.
Apa yang sepatutnya ditangani dengan pembaikan kecil kini telah meningkat menjadi masalah yang lebih besar dan lebih mahal, dakwa Kong.
Kong justeru menggesa MBKS dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak mengambil tindakan proaktif membaiki kerosakan sebelum ia bertambah buruk.
"Orang ramai berhak mendapat tadbir urus yang responsif, bukan alasan selepas kejadian," tekannya.
Menjawab isu sama, Wee menekankan bahawa kerja-kerja infrastruktur memerlukan penilaian kejuruteraan yang teliti serta pematuhan kepada peraturan perolehan dan keselamatan.
“Proses ini tidak boleh dipintas tanpa menjejaskan keselamatan awam dan akauntabiliti.
“Kenyataan yang menafikan usaha ini adalah tidak adil kepada pegawai di lapangan yang telah menjalankan tugas mereka dengan tekun,” katanya.
Wee turut menegaskan komitmennya untuk terus menjaga keselamatan awam dan memastikan situasi di Lorong Rock 1 ditangani secara profesional serta mampan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbh - Ewon tinjau sendiri pemohon Rumah SMJ di Kadamaian
swk - GPS berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa, bukan untuk pilihan raya: Fadillah
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceroboh rumah kosong, lelaki dipenjara 12 bulan
Januari 30, 2026, Jumaat - 2:30pm
KUCHING: Mahkamah Majistret pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah menceroboh masuk ke sebuah rumah kosong di Taman Matang Jaya di sini, Disember tahun lalu.
Iqmal Puniman, 29, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Ling Hui Chuan sebaik didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 9.30 pagi pada 12 Disember 2025 di premis tersebut yang terletak di Matang di sini.
Fakta kes mendedahkan seorang pengadu lelaki melihat seorang lelaki tidak dikenali telah memanjat pagar hadapan rumah jirannya untuk masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudiannya duduk di tepi pagar dalam halaman premis tersebut.
Tidak lama kemudian, lelaki tersebut menyedari bahawa dia telah diperhatikan dan seterusnya cuba melarikan diri dengan memanjat semula pagar rumah.
Berikutan itu, laporan polis dibuat dan hasil siasatan membawa kepada penangkapan tertuduh.
Siasatan lanjut mendapati pengadu melihat dengan jelas perbuatan tertuduh yang menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah milik jirannya, malah pengadu turut dilaporkan mengenali muka tertuduh semasa kawad cam.
Tertuduh juga mengaku telah masuk ke dalam kawasan rumah yang telah lama ditinggalkan dalam keadaan kosong tersebut namun tidak mencuri apa-apa barang.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki amang seksual fizikal kanak-kanak dipenjara, disebat
Januari 30, 2026, Jumaat - 2:22pm
MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Afidah Abdul Rahman selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh yang menjimatkan masa dan kos mahkamah, rayuan tertuduh, fakta kes, tahap keseriusan kesalahan serta kepentingan awam.
Tertuduh, 23, didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati melakukan serangan secara fizikal terhadap mangsa untuk tujuan seksual.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 3.30 pagi, 23 Januari lalu di sebuah kampung di Bekenu.
Dalam rayuannya, tertuduh memohon hukuman diringankan dengan alasan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Mahkamah memerintahkan hukuman berkuat kuasa daripada tarikh tangkapan tertuduh pada 23 Januari lalu.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara kelak serta mengikuti program pemulihan dan kaunseling semasa dalam penjara.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Sahrol Bahar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada pihak tampil buat tuntutan, 35 silinder gas diarahkan lupus
Januari 30, 2026, Jumaat - 2:20pm
MIRI: Mahkamah Majistret Lawas semalam memerintahkan 35 silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dilucuthakkan dan dilupuskan selepas tiada pihak tampil membuat tuntutan.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Ahmad Azroy Shafiq dan Paddril Peter, mengikut Seksyen 23A Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Bab 72) serta Seksyen 407A Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).
Dalam menyokong permohonan itu, Timbalan Pendakwa Raya Ronald Felix Hardin memaklumkan bahawa kesemua silinder LPG bersubsidi tersebut disita pegawai berkuasa daripada UKPS dan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dalam beberapa operasi pada November 2025.
Menurutnya, sitaan dilakukan berikutan lesen permit bagi pengagihan dan penjualan runcit LPG bersubsidi MyGaz di Sarawak tidak diperbaharui sejak akhir 2023.
Beliau berkata, selepas tamat tempoh yang ditetapkan dan tiada pihak tampil menuntut barangan sitaan tersebut, barang kes berkenaan diserahkan untuk tindakan lanjut mengikut Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Bab 72).
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edar syabu, buruh dipenjara 30 tahun 12 sebatan
Januari 30, 2026, Jumaat - 11:27am
SIBU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun berserta 12 sebatan terhadap seorang buruh atas pertuduhan mengedar syabu seberat 72.52 gram, tiga tahun lepas.
Hakim Wong Siong Tung yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Jeffry Lepa, 43, turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditahan, 26 November 2022.
"Setelah menimbangkan hujahan peguam bela tertuduh dan Timbalan Pendakwa Raya, setelah menilai semua faktor mitigasi dan pemberatan yang relevan, keseluruhan keadaan kes ini, khususnya jumlah dadah yang terlibat serta pertimbangan utama kepentingan awam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tertuduh, yang menurut Seksyen 3 Akta Keadilan Jenayah 1953 ditakrifkan sebagai penjara selama 30 tahun, berserta 12 sebatan.
"Tempoh pemenjaraan tersebut hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penangkapan tertuduh iaitu 26 November 2022," ujarnya ketika membacakan keputusan kes, hari ini.
Menurut Wong, di akhir kes pendakwaan dan setelah keterangan saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan dinilai secara maksimum, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh.
Jeffry terdahulu didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu 72.52 gram Methamphetamine pada 26 November 2022, kira-kira jam 3 petang di tempat letak kereta Lorong Tun Ahmad Zaidi serta didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2), akta yang sama.
Seksyen 39B(2) ini membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 15 kali, jika sabit dengan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto terdahulu memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal dimana hukuman mati kekal sebagai hukuman yang sesuai dan berkadar dalam keadaan kes ini.
"Setelah mengambil kira keseluruhan keterangan dan faktor-faktor pemberatan yang dibuktikan, ini merupakan suatu kes yang berada pada tahap keseriusan yang tertinggi.
"Tertuduh juga telah gagal mengemukakan sebarang mitigasi yang mempunyai berat yang mencukupi untuk mengurangkan tahap kesalahannya secara signifikan.
"Apabila faktor-faktor pemberatan ditimbang berbanding mitigasi terhad yang dikemukakan, pihak pendakwaan berhujah bahawa imbangan tersebut jelas memihak kepada hukuman paling berat yang dibenarkan oleh undang-undang," ujarnya.
Mark turut menambah ini merupakan suatu kes yang memerlukan hukuman yang mencerminkan kecaman paling tegas oleh masyarakat, melindungi kepentingan awam, serta memenuhi objektif hukuman dan pencegahan.
Ketika prosiding hari ini, Jeffry diwakili oleh peguam dilantik iaitu Jacob Wong dan Jessie Wong.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rokok seludup RM95,000 ditemui dalam kereta di Semporna
Februari 1, 2026, Ahad - 7:30am

RAMPAS: Antara rokok seludup yang ditemukan dalam operasi berkenaan.
SEMPORNA: Tindakan licik menyeludup rokok dengan menyembunyikannya di dalam sebuah kenderaan terbongkar apabila pasukan keselamatan merampas rokok seludup bernilai lebih RM95,000 dalam satu operasi di sini, Sabtu lalu.
Dalam Operasi Intra/Inter Agensi (Op Taring Alpha 1), pasukan risikan Task Force Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menahan sebuah kereta bersama seorang pemandu lelaki di hadapan pondok bas.
Menurut kenyataan Batalion 22 PGA Kunak yang dimuat naik di Facebook semalam, pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemukan kotak serta bungkusan rokok pelbagai jenama disimpan padat di dalam bonet dan tempat duduk penumpang belakang.
“Pegawai risikan tujuan pemeriksaan sebelum menemukan rokok seludup berkenaan yang dipercayai disusun rapi bagi mengaburi pandangan serta memaksimumkan muatan.
“Susulan penemuan berkenaan, suspek bersama barang rampasan ditahan sebelum diserahkan kepada Cawangan Jenayah IPD Semporna bagi siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM95,320 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.
“Risikan akan diteruskan bagi mengesan rangkaian serta individu lain yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok di daerah ini,” katanya.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|