CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: telracs

Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah

 Close [Copy link]
Post time 16-9-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2025 11:44 AM | Show all posts

Alhamdulillah
Sedang menjalani kehidupan seperti biasa...

Tapi... sakit gigi dah 4 hari...
Tunggu reda sikit baru g klinik...
Sebab kalau sedang sakit, doktor pun tak boleh buat apa...
Biasanya dia bagi ubat tahan sakit je dulu untuk seminggu...
Saya dah ada ubat tahan sakit, so makan yang sedia ada sahaja...

InsyaAllah, Khamis baru g kilinik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2025 11:46 AM | Show all posts

Dah siap masak tapi belum makan...

Masak untuk emak sahaja...

Saya belum mampu nak makan... sakit gigi belum reda...

Minum oat + koko panas sahaja... yang tak perlu dikunyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2025 11:46 AM | Show all posts
TTun_Teja replied at 16-9-2025 10:54 AM
Breakfast apa semua pagi ni?

Susu omega eahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangunan apartmen terbesar di dunia adalah di China menempatkan 20,000 orang.
????Lidah Hitam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kata sanggup jual organ demi iPhone.
Tapi bila buah pinggang rosak, kos rawatan jauh lebih tinggi daripada harga sebuah telefon.

Dua buah pinggang kecil ni kerja siang malam tapis darah, buang toksin, kawal tekanan darah, seimbangkan air dalam badan.Bila ia mula gagal, hidup kita berubah sepenuhnya.

#fblifestyle

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Malam ini, ada orang tidur dengan bantal baru, gebu dan wangi.
Tapi ada juga yang masih peluk bantal lama, warnanya pudar, sarungnya koyak, baunya bercampur peluh bertahun.

Pernah dulu mak marah,
“Bantal ni dah kotor sangat. Mak buang je.”

Dan suatu hari, memang betul mak buang.
Kita menangis, kemudian diam-diam korek balik dari bakul sampah.
Kita sembunyikan di bawah selimut, peluk erat-erat seolah-olah kalau hilang bantal itu, hilang separuh jiwa kita.

Kerana bagi kita, itu bukan sekadar bantal.

Bantal lusuh itu pernah temankan kita masa kecil, ketika takut tidur seorang diri. Ia pernah jadi tempat muka kita tenggelam bila air mata tak berhenti. Ia pernah menyerap segala rindu, kecewa dan rahsia yang tak pernah kita cerita pada sesiapa.

Dan ada yang lebih istimewa, bantal itu pernah diberi oleh orang tersayang. Ada yang sudah tiada, ada yang jauh entah ke mana. Setiap kali kita peluk, seakan ada pelukan mereka yang kembali walau sekejap cuma.

Psikologi menyebut ini sebagai transitional object. Otak manusia cipta comfort object untuk kita bertahan. Kajian menunjukkan benda lusuh seperti ini boleh menurunkan stres, menenangkan jantung, malah membantu tidur lebih lena. Itu sebab walaupun buruk atau orang lain geli untuk menyentuhnya, kita tetap mencarinya setiap malam.

Kadang kita pelik dengan diri sendiri, kenapa susah benar nak lepaskan. Tapi bila peluk bantal itu, kita rasa masih ada rumah. Kita rasa masih ada mak. Kita rasa masih ada seseorang yang pernah jaga kita dulu. Ia tak wangi, tak cantik, tapi setiap benang yang lusuh membawa memori yang buat kita masih bertahan sampai hari ini. Bukankah itu lebih berharga daripada apa-apa yang baru di kedai.

Jangan pernah malu kalau anda masih ada bantal lama yang anda tak sanggup lepaskan. Kadang, benda yang paling usang di mata orang lain adalah yang paling kuat menjaga hati kita dari pecah.

Malam ini, sebelum tidur, pandang bantal itu sekejap. Di luar mungkin lusuh, tapi di dalamnya penuh kasih sayang yang tak terganti.

Apa comfort object anda yang masih setia menemani sejak dulu?

#PublicHealthMalaysia #fblifestyle

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tak bila pandang rambut anak-anak sekarang, kita terfikir…
“Eh, apa gaya macam ni? Kepuk ke depan… ada yang macam brokoli pula.”

Kita ketawa kecil, rasa pelik. Tapi mungkin kita lupa kita pun pernah ada zamannya dulu. Rambut pacak keras kapak penuh gel, atau belah tengah ala Nick Carter Backstreet Boys yang masa tu kita rasa paling hebat.
.

Bezanya, dulu rambut pelik kita hanya jadi bahan gurau dalam album keluarga. Hari ini, rambut pelik mereka boleh jadi bahan tular di media sosial. Tekanan yang mereka hadapi jauh lebih berat, dan kadang menjejaskan keyakinan serta mental health.

Sebab itu, bagi remaja sekarang, rambut bukan sekadar fesyen. Ia adalah identiti. Bahasa untuk mereka tunjuk siapa diri, dan cara untuk rasa diterima. Bila kita terlalu cepat mengkritik, tanpa sedar kita lukakan keyakinan yang sedang mereka bina.

Kita sudah lalui zaman kita. Kini giliran mereka pula. Yang penting, kita sebagai ibu bapa perlu faham ruang itu penting untuk mereka membesar dengan yakin.
.

Dulu rambut anda fesyen apa? Pacak? Belah tengah? Atau gaya lain yang buat anda senyum bila ingat semula?

#fblifestyle

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:05 PM | Show all posts
Lanun Wanita Islam Digeruni Sepanyol.

Ramai yang kenal lanun terkenal dalam filem Hollywood Pirate Of the Caribbean, tapi korang mesti tak pernah dengar nama Sayyida Al Hurra. Ratu lanun yang hebat dan juga penguasa samudera Mediterrinean.

Kehebatan lanun wanita ini tersangat la sedikit diceritakan dalam lipatan sejarah, namun masih ada yang sudi menceritakan bagaimana kehebatan lanun yang digeruni oleh musuh ketika itu.

Dilahirkan sekitar 1485 di Granada, Sepanyol, nama penuh Sayyida adalah Lalla Aicha. Merupakan seorang ratu yang memerintah daerah Tetouan, Morocco.

Beliau melarikan diri ke Morocco selepas kejatuhan empayar Islam di Sepanyol, pada usia 16 tahun, beliau berkahwin dengan seorang governor yang berkhidmat disana.

Beliau mewarisi pemerintahan di Tetouan selepas kematian suaminya, masih terkenang didalam mindanya kekejaman tentera yang memaksa beliau melarikan diri.

Dendam kesumat menyebabkan beliau mengumpulkan bala tentera lanun dan beliau bekerjasama dengan lanun terkenal, iaitu Barbarossa.

Bersama-sama barbarossa, beliau memulakan peperangan diantara sepanyol dan portugis ketika itu, menengelamkan sebilangan besar kapal angkatan sepanyol dan portugis.

Anak kapal ditawan dan harta harta didalam kapal turut dijarah, malah tawanan turut dijadikan tebusan. Sayyida Al hurra berjaya menakluk sebahagian besar barat lautan Mediterranean manakala Barbarossa di timur.

Pada 1541, beliau telah menerima pinangan dari Raja Morocco yang bernama Ahmed Al Wattasi. Beliau memerintah selama hampir 30 tahun dan digulingkan oleh menantu sendiri pada 1542, harta dan kuasanya dirampas, malah beliau dibuang ke Chefchaouen dan meninggal disana pada 14 Julai 1561.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts


“Hak muslim” adalah perintah yang dituntut untuk dikerjakan, benar-benar ditekankan dan jangan sampai ditinggalkan. Hak ini mencakup wajib ‘ain, wajib kifayah, dan perkara yang hukumnya sunnah.

“Ada enam” tidak menafikan penyebutan lima perkara dalam hadits lain. Sebagaimana kaidah dalam ilmu ushul “al-‘adad laa mafhuuma lahu”, jumlah di sini tidak dijadikan patokan karena hak sesama muslim itu banyak sekali. Hak sesama muslim itu tercakup dalam sabda Nabi ﷺ,

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidaklah beriman seseorang di antara kalian sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (HR. Bukhari, no. 13 dan Muslim, no. 45; dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu).

Islam adalah agama kasih sayang dan mengajarkan untuk memperhatikan hak terhadap sesama.

Muslim yang dimaksudkan dalam hadits yang ditunaikan haknya di sini adalah muslim yang bersyahadat laa ilaha illallah dan tidak melakukan hal-hal yang membatalkan keislamannya.

Sumber: ????️ https://rumaysho.com/17362-bulughul-maram-adab-enam-hak-sesama-muslim.html

???? @wlingimengajiofficial x @thequran_path

#wlingimengaji #hak #muslim #reminder

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:23 PM | Show all posts
Zheng He adalah Cheng Ho


Sebut sahaja nama Zheng He maka ramai terpinga pinga siapakah gerangan beliau? Tapi kalau disebut Cheng Ho maka ramai lah kata 'Oh Laksamana Cheng Ho'. Sebenarnya Zheng He dan Cheng Ho merupakan orang yang sama.

Beliau berasal dari China, dilahirkan pada 1371 di satu daerah bernama Kuyang di Yunnan China pada Dinasti Yuan, nama sebenar beliau adalah Ma He dan merupakan seorang Muslim. Nama Zheng He atau Cheng Ho ini menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia kerana nama beliau terpahat kerana hubung kait dengan kesultanan Melaka.

Ada kajian menyatakan bahawa Zheng He lah orang yang menemukan Amerika. Jom kita kupas macam mana hebatnya pelayaran beliau sehingga armada Christoper Colombus yang dikatakan hebat dan megah itu kelihatan terlalu kecil bagi armada dari negara tembok besar ini.

Pelayaran yang mahsyur beliau menuju ke lautan Hindi tahun 1405 hingga 1433, Zheng He merupakan orang yang mengepalai rombongan besar tersebut. Sebanyak 7 kali perjalanan yang dibuat oleh beliau, armada hebat nya terdiri dari 317 buah kapal dan lebih dari 30,000 orang. Salah satu kapal hebatnya berukuran 135 meter kali 55 meter, lebih kurang seluas 1 padang bola sepak,lebih 2 kali besar dari kapal Christoper Colombus.

Pelayaran ini merupakan salah satu usaha Dinasti Ming untuk meluaskan pengaruh kuasa kerajaan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta memperkenalkan China kepada negara luar. Dalam rombongan tersebut, beliau telah membawa barangan mewah dari China seperti kain sutera, tembikar,emas dan pelbagai barangan mewah untuk diberikan kepada raja disetiap tempat beliau lawati termasuklah Melaka yang menjadi tempat persinggahanya.

Malah raja raja yang dilawati juga telah memberikan harta mewah mereka ada yang berikan seekor Zirafah untuk dibawa balik ke China untuk dipersembahkan kepada raja China. Pelayaran sulung nya bermula pada tahun 1405 hingga 1407 dimana beliau dikatakan telah menewaskan lanun terkenal di Selat Melaka.

Beliau telah melawat lebih kurang 30 buah negara dalam tempoh 28 tahun tersebut, dan pada tahun 1421, beliau dikatakan telah menjumpai Amerika lebih awal dari pelayar Eropah iaitu Christoper Columbus malah lebih menarik lagi apabila beliau dikatakan manusia pertama yang mengelilingi bumi sebelum Ferdinand Magellan.

Satu kajian telah dibuat oleh Gavin Menzies sekitar 90 an menemukan tahun 1421 yang mengatakan Zheng He telah sampai ke Amerika terlebih dahulu. Dari hasil kajian tersebut beliau mula menulis buku yang bertajuk 1421 The Year China Discover America yang dikatakan menjadi kontroversi, ramai yang tidak percaya tentang isu ini kerana beranggapan Christopher Columbus merupakan orang pertama yang menjumpai Amerika. Beliau telah memberikan bukti dan fakta malah dari sudut DNA akan tetapi masih lagi menjadi perdebatan hangat sehingga kini.

Kalau anda perasan penduduk di Kutub Utara muka nya seolah olah macam orang cina, mata nya sepet, berbanding penduduk disekitar diambil contoh orang Russia. Langsung tidak sama! Cuba cari gambar kaum inuit (Eskimo) dalam google dan anda boleh lihat semacam orang cina.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
????✨ “Tersembunyi 300 meter di bawah bumi, Naica Crystal Cave Mexico menyimpan keajaiban berusia 500,000 tahun — kristal gergasi yang tidak pernah kita bayangkan wujud di planet ini. Ditemui hanya pada tahun 2000, ia adalah bukti bahawa masih banyak rahsia bumi menanti untuk diterokai.”

#NaicaCrystalCave #Discovery #KeajaibanAlam #HiddenWorld #EarthTreasures

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasihat Bapak:

"Meski orang bersedia, jangan biasakan meminjam barang lain. Usahakan membeli sendiri walaupun butuh waktu yang lama."
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki Yang Jaga Mak Ayah, Hidup Dia Takkan Tersasar Lama

Kau tak perlu cari ‘mentor jutawan’ dulu. Cukup kau belajar tunduk, cium tangan mak ayah, banyak pintu rezeki akan terbuka sendiri.

1. Bila Kau Dengar Cakap Mak Ayah, Walaupun Kau Dah Dewasa Hidup Kau Jadi Berkat. Kau tak jadi lemah bila dengar nasihat orang tua. Kau jadi kuat sebab kau pilih redha mereka dulu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
2. Bila Kau Gembirakan Mereka, Allah Akan Balikkan Kegembiraan Tu Pada Hidup Kau. Bila mak ayah tersenyum sebab kau, insyaAllah rezeki kau akan buat kau tersenyum juga.

3. Bila Kau Belanja Duit Untuk Mereka, Allah Akan Ganti Dengan Lebih Dari Apa Kau Bagi. Jangan takut duit kurang sebab belanja mak ayah. Yang kau bagi tu sikit je, tapi pulangan dari langit.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
4. Bila Kau Sabar Jaga Mereka, Allah Akan Hantar Orang Yang Sabar Jaga Kau Nanti. Apa yang kau buat pada ibu bapa, akan jadi blueprint hidup kau sendiri.

5. Bila Mak Ayah Redha, Jalan Hidup Kau Akan Jadi Luar Biasa Lancar. Kadang masalah kita bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak jaga hubungan dengan dua insan yang paling mulia tu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki lelaki ada pada redha ibu dan ayah. Bukan pada ramai like, bukan pada follower. Tapi pada satu “terima kasih” dari orang tua.

Kalau kau nak jadi lelaki yang berjaya dunia akhirat follow Bang KN. Kita belajar jadi lelaki yang tahu dari mana datangnya berkat.

#BangKN
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki tak selalu datang ikut jalan yang kita rancang. Kadang gagal satu pintu, Allah buka pintu lain yang lagi luas. Yang penting jangan berhenti berharap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 09:29 AM GMT+8 , Processed in 3.981985 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list