|
nk wat cam ner...
dunia realiti susah nk dpt cam uzir..
so pe yg blh dbuat berangan jer la..
nk jgk epy ending |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #861 mijot's post
berangan free of charge tak dak sen pun yang kena bayar
mana n3 ni smiley |
|
|
|
|
|
|
|
n3 xde lg |
|
|
|
|
|
|
|
xde lg n3............... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyak!!!!
tadak n3 lagik ker???
baper lama mau pikir da fuyah.....
ke ko masih tak percaya lagik si uzir tu prposed ko... |
|
|
|
|
|
|
|
hari ni ade new n3 kan smiley ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #867 juliet80\ catat
confident betul kak juliet nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
x de lg ke n3 hari ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar ...kita rasa fuyah buat sembahyang istikarah tu...masih belum sampai 7 kali tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
internet problem la
sebab tu susah nak sambung
.........................................................................................
Alia dan Kak Liza duduk bersila di pangkin belakang rumah sambil mengunyah mangga muda. Pantas saja piring berisi buah dari pokok mangga belakang rumah jadi licin. Mangga muda di cicah dengan sambal rojak memang enak. Tambah pula dengan keropok dan teh O. Fuhhh!
" Woi... slow sikit lah makan tu. Kalah orang mengidam lah you all ni. Nanti sakit perut tengah jalan balik KL nanti, naya..." Fauziah memberi amaran sambil tangannya lincah mengupas dan menghiris sebiji lagi mangga. Tak sangka Alia dan Kak Liza sanggup datang untuk menjenguk Abah. Terharu rasanya. Macam macam buah tangan di bawa mereka; pau Tanjung Malim, limau Bali, sambal rojak. Dan macam macam cerita mereka. Sejak sampai pagi tadi macam bertih goreng mereka bercerita. Paling mengejutkan, Kak Liza telah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi dengan pilihan keluarga. Bukan main berseri mukanya bila bercerita tentang Ahmad Khair,walaupun baru sekali bertemu mata.
" Fuyah, kau kata Uzir ada datang? Bila dia balik? Apa jadi masa dia kat sini?" tanya Alia dengan mulut penuh. Belum di telan isi mulut , di capai sepotong lagi. Pelahap betul minah ni!
"Dia balik dua hari sudah. Lega aku. Tension betul kalau dia ada di sini. Rumah ni bukan besar sangat, asyik tengok muka dia saja. " Gumam Fauziah sambil menuang teh ke dalam cawan tetamunya. Kakinya di hayun perlahan di tepi pangkin yang mengadap dapur rumah. Di sinilah mereka adik beradik dan anak anak jiran bermain pondok pondok masa kecil. Matanya menala pada langit biru tak berawan. Nostalgic.... indahnya zaman budak budak berhingus . Alia menyiku Liza lalu keduanya tersengih.
" Cakap jer tension. Tapi aku rasa kau rindu lah. Asyik tersenyum sorang sorang macam orang angau. Jangan nak tipu kita orang ." Ejek Alia sambil mencubit peha Fauziah. Fauziah menepis tangan Alia lalu menginjak jauh dari jangkauan temannya itu.
" Eh... tolong sikit. Tak ada kena mengena dengan dia lah. Aku senyum sebab happy korang datang. Lagi pun Abah aku dah makin sembuh. Alhamdulilah"
" Tipu. Kau tu sengaja nak kaver. Apa yang susah sangat , mengaku sajalah. Dalam hati ada cinta" desak Alia sambil ketawa mengekek
Fauziah mengherotkan bibir. Alangkah mudah kalau aku macam Kak Liza yang menerima calon pilihan keluarga dengan hati terbuka. Aku tabik springgg! Seorang wanita berpelajaran tinggi, berkarier tapi mengekalkan identiti muslimah solehah. Bakal suami nya pun bukan calang calang orang, dia pensyarah kanan Fakulti Undang Undang Syariah di UIA. Orang yang bukan saja pandai tentang ilmu duniawi tapi juga segala hukum hakam agama. Kak Liza amat beruntung.
" Apa yang kurang pada Uzir? Apa kelebihan Acap? Aku tak fahamlah. Dulu kau punyalah kutuk tapi sekarang kau dah macam lalang." Alia menggeleng kepala melihat wajah Fauziah yang berkerut.
Fauziah menjungkit bahu sambil memandang jauh ke arah langit yang sudah mula di bias warna jingga. Aku dengan Acap banyak persamaan, kira kamceng lah sebab dari kecil dah kenal. Kawan kawan dia kawan aku juga. Wavelength kami sama, latarbelakang pun serupa. Tapi boleh kah aku terima Acap sedangkan Wani yang menjadi pilihan pertama nya dulu? Lagipun Acap tu masih berdarah muda lagi, masih tergedik gedik kalau tengok perempuan lawa. Senang berubah hati. Belum masa untuk dia settle down, tak macam Uzir. Tapi dengan Uzir pula, aku terlalu banyak perbezaan. Macam langit dengan bumi. Aku susah nak percayakan Uzir. Takkanlah tak ada perempuan lain yang lebih sesuai untuk dia buat bini. Macam tak percaya pula dia boleh jatuh cinta dengan minah kampung macam aku. Pertama kali aku jumpa dia... mak aihh, sombongnya. Kali kedua dia tengah mengurut peha awek dia si Natasha... meluat betul! Masa aku mula kerja dulu, asyik buli aku jer. Tapi di depan Mak dengan Abah , pijak semut tak mati. Aku akui Uzir matang, penyabar dan pandai mengambil hati. Yang pasti dia seorang yang romantik. Jarinya bermain dengan cincin pemberian Uzir yang di jadikan loket. Malu nak pakai di jari, mesti kena perli sakan!
" Fuyah dah buat solat istikharah?" tanya Kak Liza. Fauziah menggeleng. Bukannya dia tak pernah terfikir tapi belum ada masa. Lagipun.... perlukah?
" Buatlah. Insyaallah dapat petunjuk. Jodoh bukan perkara main main. " Liza menasihatinya " Akak pun buat juga dulu sebelum terima calon pilihan keluarga."
Fauziah cuma mengangguk. Takut pun ada juga; macam mana kalau jawapan berpihak pada Acap dan bukan Uzir? Atau orang lain? Saspennnnn....
" Woi... tiga dara pingitan. Masuklah dalam. Dah nak Maghrib" laung Kak Long yang menjenguk dari tingkap dapur. Mereka bertiga tersengih sumbing. Punyalah syok berborak sampai tak sedar masa yang berjalan.
" Eh... jomlah. Lepas Maghrib , kita kena balik. Aku dengan Kak Liza takut drive lewat malam. Macam macam cerita hantu highway aku dengar" getus Alia sambil menyusun segala bekas makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan pada kemusykilannya sudah di perolehi. Alhamdulillah , Fauziah memanjat syukur. Tiga kali dia menunaikan solat istikhara', dan yang samar menjadi nyata. Hatinya tenang kini. Cuma perlu meluahkan apa yang sudah tersurat dan tersirat. Itu yang membuat jantungnya berderap macam drumroll pasukan pancaragam sekolah.
" Apahal senyap saja ni?" Alia mengilas pandang pada temannya yang membisu sedari tadi. Selalunya perjalanan mereka dari rumah ke ofis di serikan dengan jenaka dan tawa Fauziah. Tapi pagi ini cuma celoteh Pak Nil dan Din Beramboi di ERA mengisi ruang kereta.
"Hmm... aku tengah fikir ni. Macam mana nak cakap kat Uzir" desis Fauziah.
" Is it a Yes or a No?" soal Alia penuh teruja. Riak wajah Fauziah susah di telah.
" Rahsia" Jawapan selambanya mengundang dengusan Alia.
" Mangkuk lah kau ni ! Dengan aku pun nak berahsia. Nanti aku tak nak tolong buat bunga telur kau" gertak Alia.
" Woi... traffic light dah hijau. Jalanlah" gesa Fauziah. Hon kereta di belakang mula bingit. Cittt... tak kasi chan langsung. Pagi ini trafik tak banyak, mungkin sebab mereka keluar awal. Alia ada meeting awal pagi dan dia sendiri ingin menggunakan peluang untuk melangsaikan kerja yang tertunda. Muka si Ain mesti monyok sepanjang minggu lepas.
Sepuluh minit kemudian, Alia menurunkan Fauziah berhampiran ofisnya. Rindu juga aku kat ofis ni, detik hatinya bila melihat signboard Tapis Engineering terpapar gah. Eleh... rindu kat ofis atau rindu kat Uzir? Nadinya mula berdetik pantas. Ketenangan yang di rasa tadi mula tergugat. Adoyaiii... aku kena tulis skrip dulu macam mana nak bagi jawapan pada Uzir. Meremang bulu roma.
" Fuyah!" CC melaung. Gadis itu mempercepatkan langkah hingga bersaing dengan Fauziah. Mereka berbalas senyuman.
" Apa khabar your father? Dah okay?" tanya CC
Fauziah mengangguk " He is getting better. Doc kata boleh discharge minggu ni. Tapi kena buat fisioterapi 3 kali seminggu. Dia kena pakai wheelchair dalam sebulan camtu. Pastu kena pakai tongkat." Nasib baik Uncle Farid pinjamkan Bibik Sutri untuk membantu Mak. Ringan sedikit beban Mak.
" Anything interesting yang berlaku semasa I cuti?"
" Tak adalah. Cuma boss bad mood sikit dua tiga hari ni. Tension lah, I think." jawab CC sambil menguak pintu masuk utama. |
|
|
|
|
|
|
|
Terlakar cuak di wajah Fauziah sebaik saja sampai ke tempatnya. Kenapa kubikel aku ni macam ada yang tak kena? Laci yang tidak berkunci terus membuat degup jantungnya kencang. Aku lupa kunci laci sebelum cuti atau ada pencuri masuk? Fauziah menarik laci atas untuk memeriksa kalau ada benda yang hilang. Chequebook dan dokumen sulit masih ada di tempat biasa, tidak terusik. Fuhh...Lega. Dia memandang komputer yang sudah di hidupkan. Skrin Microsoft Excel dengan cashflow bulan lepas sedang terpapar. Siapa yang tahu password dan filename selain aku dan Uzir?
" Assalamualaikum" Suara yang memberi salam biasa di dengarnya. Fauziah pantas menoleh.
" Waalaikumsalam. Kak Suria! Apa Kak Suria buat kat sini?" Jerit Fauziah seraya memeluk sifu nya. Hampir tertumpah Nescafe dalam mug di tangan Suria.
" Fuyah ni tak banyak berubah, cuma makin manis" gelak Kak Suria. " Ha.. akak dah puji ni. Jangan lupa belanja lunch tau"
Fauziah meleraikan pelukannya dari wanita yang memakai pantsuit biru dan skaf sedondon itu lalu menarik kerusi beroda dari tempat Ain.
" Nak belanja lunch? Boleh, no problem. Duduklah Kak Suria. Akak dah tak tinggal di Kerteh lagi? Apa khabar suami dan anak anak?"
" Semua sihat. Branch office suami akak tu kena tutup sebab business very slow jadi dia terpaksa pindah balik ke head office. Kira good timing lah juga. Uzir offer akak kerja sebab Fuyah nak berhenti. Seronok nya awak, dapat sambung belajar" Kak Suria mencubit manja pipi anak didiknya itu.
Berderau darah Fauziah. Uzir nak halau aku ke? Sampai hati. Tak tunggu pun jawapan aku. Sekarang baru aku sedar betapa " ikhlas" nya dia. Nak tak nak terpaksalah aku berhenti hujung bulan. Ini kes yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran. Mana pula aku nak cari kerja ni? Headline suratkhabar NST di meja yang bertajuk" 10,000 expected to be retrenched" membuat perutnya kecut.
" Kenapa muka Fuyah monyok saja ni? Tak suka Kak Su kerja sini balik?" tanya Suria sambil menghirup Nescafe yang masih berasap tipis.
Cepat Fauziah memaniskan muka, bimbang Kak Su berkecil hati. Uzir seorang boss yang professional. Dia tak akan biarkan kerja tergendala. Apapun, Tapis Engineering comes first. Habis aku ni....?
" Apa pula tak suka. Fuyah terlebih suka sebab tak payah nak susah payah ajar Kak Su. Kak Su dah expert. Dua minggu ni , Fuyah goyang kaki makan gaji buta lah nampaknya" jawabnya dengan nada mendatar walaupun dadanya mula sesak.
" Fuyah nak keluar beli suratkhabar kejap ya. Kak Su nak kirim apa apa?" tanya Fauziah. Kena beli suratkhabar STAR sebab nak cari kerja kosong. Iklan dalam NST dan suratkhabar lain tak banyak. Adakah lagi company yang mencari pekerja sekarang ni? Fauziah berjalan menonong menuju lif dengan mata yang berair.
" Watch it! Kenapa ni? Tak nampak orang ke?" suara lantang Uzir mengetuk gegendang telinga. Fauziah pantas melangkah ke belakang memberi laluan padanya. Matanya tetap menekur lantai.
" Sorry..sorry Encik Uzir" Fauziah meloloskan diri ke dalam lif yang hampir tertutup. Wajah bossnya tidak di pandang sekilas pun. Haru! Kepalanya di sandarkan ke dinding lif. Adakah aku terlambat memberi jawapan? Tapi deadline nya hari ini. Hadoyaiii! Habis bercelaru semua agenda.
......................................................................................................................................
" Fuyah, boss nak jumpa" ujar Ain " Cepat sikit , mood dia kurang baik"
Fauziah mengangkat muka dari menyemak Letter of Offer untuk pekerja baru. Akhirnya , dapat juga aku bersemuka dengannya. Sepanjang hari Uzir sibuk... atau buat buat sibuk? Sengaja tak nak jumpa aku agaknya? Mungkin dalam masa dua tiga hari ini dia dah fikir semula " tawaran" nya. Huh... kalau Uzir dah ubah fikiran, macam mana? Dia menghela nafas panjang sambil mengetuk pintu bilik Uzir. Jaga gengsi, Fuyah.
" Yes boss? Anything?"
Wajah Uzir memandangnya tidak beriak. Seolah tiada apa yang berlaku di antara mereka. Okay, aku pun boleh buat derk... desis hati Fauziah. Matanya di tumpu pada meja Uzir yang berselerak.
" Dah siap Offer Letter untuk Nik Anissa dan Michael? I nak sign sebelum pergi meeting dengan Petronas."
" Dah siap, tapi I tengah check. 5 minit lagi I bagi." jawab Fauziah ringkas lalu mula berundur ke arah pintu. Langkahnya terhenti bila Uzir bersuara
" Malam ni CIMB buat dinner untuk SMI di Mandarin Oriental. I want you to come along. Its good for networking. Lagipun ada banyak benda yang nak discuss dengan Rifdi. " tegas Uzir sambil menaip sesuatu di laptopnya.
" Er... kenapa tak ajak Kak Suria? Dia akan ganti tempat I" teragak agak suara Fauziah. Macam ada batu tersekat di tekak. Malasnya aku nak pegi dinner dinner ni. Problem nak cari baju, nak cari transport. Tapi mungkin ada peluang nak cari kerja baru. Mana tahu kot kot ada CEO yang berkenan kat aku.
" I belum sempat nak brief dia pasal discussion dengan Rifdi. Its better if you come along. I jumpa you di sana pukul 8.30."
Fauziah bertingkah....kalau kena pergi balik sendiri naik teksi malam malam aku cuak juga. Tapi Uzir tak offer pun nak jemput aku. Memang sah dia kena sampuk masa di kampung aku dulu. Sayu hati Fauziah.
"Okay" jawabnya dengan anggukan. Pantas dia meninggalkan bilik Uzir sebelum matanya mula berair. |
|
|
|
|
|
|
|
la pesal lak nie...
nanti letak n3 pepanjang lagi k... |
|
|
|
|
|
|
|
dah uzir lak jual mahal...mesti dia nak test Fuyah jer tu... asyik dia jer yg nampak terhegeh2 kat Fuyah..mesti egonya tercabar gak..betul tak smiley??? pepandai jer wat spekulasi nih...
sambung lg yek tuan umah...thanks 4 the n3.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala..tgk syok baca dah stop plak..
baru nak sedih2 ngan fuyahh |
|
|
|
|
|
|
|
bawa bersabar fuyah uzir sajer testing jer tue |
|
|
|
|
|
|
|
lorrrr....apa sudah jadik neh???
uzir, takkan da give up kot....
fuyah.tula ko pikir lama sangat....
kan sendri dah susah... |
|
|
|
|
|
|
|
alalallalallaa.. sambung laa lg... tgh syok layann nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|