|
[MERGED] Guru yang Bermasalah - Update: Moral Guru Makin Membimbangkan
[Copy link]
|
|
Reply #59 teacher_shakira's post
tak heran .. kalau ngko tengok zaman kegelapan di eropah dahulu ...
orang mengganggap saintis .. sebagai ahli sihir ... dan patut dibunuh...
dan orang2 zaman tu masih ade lagi zaman ni ... bukan tang saintis ...
tang yg berfikiran statik, tidak pandang jauh .. serta cetek.
Cam sape ek?... camna la anak murid minah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by annoy_you at 1-3-2009 09:34 AM
aku mintak anak dia yang kena langgar dengan kereta dia sendiri.
kronologi peristiwa macam ini:
sibel nak pegi kerja ( kerja bawak lori IWK saja), dan hantar anak dia yg lembam k ...
wow!!!! are u siyes?
wa ka ka....
aku pun harap macam tu juga.
nak tengok reaksi dia macam mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #64 geng_tx's post
untuk pengetahuan bebudak yg belum bersunat eh ...
bende yg diperbincangkan bukan bertujuan menang atau kalah ...
tetapi kalau dah rasa cam kalah aje .. nampak sangat nawaitu tu tak betul..
dark and sinister ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 sibel's post
hehehehe...aku saviour guru-guru? mungkin yea mungkin tak..dan bukan aku sorang jer. semua cikgu kat sini pun macam tu dan sesiapa sahaja yang bukan cikgu sekalipun tetapi tahu siapa cikgu tu.tambah pula apabila ada makhluk tuhan yang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, kerjanya nak menjatuhkan guru, memandang buruk guru dan sebagainya melalui semua postingnya. Malahan aku juga lakukan perkara yang sama kalau orang jatuhkan anggota keselamatan terutama tentera sebab aku juga sebahagian daripada mereka walaupun sekadar anggota wataniah. so apa masalahnya kalau pertahankan bidang yang kami sendiri ceburi berbanding orang yang sering timbulkan masalah atau isu yang memang dengan niat nak jatuhkan cikgu.
Hehehe...walaupun nyawa dah melayang..tapi kalau betul hang kata tajuk thread sedemikian sesuai..mengapa tak jadi tajuk utama dalam akhbar? dalam buletin utama? malahan depa boleh buat tajuk lelaki pembunuh, pemandu bas pembunuh dan sebagainya setiap kali ada kemalangan membabitkan nyawa. dah tau dah hang punya akal.....saja ja nak bagi imej negatif kat guru.
tak yah la berdolak dalik dari segi besar kecik kenderaan
la...bawa jer motor dari UPM sampai ke port kelang utk membawa diri..tapi tak tahu pasal isu jalanraya. yang besar kalau langgar yang kecil, % utk yang besar disabitkan kesalahan adalah tinggi. contoh kalau lori langgar kereta, lori yang mungkin disabitkan kesalahan dan begitulah juga kalau basikal langgar orang jalan kaki, basikal yang mungkin tinggi % disalahkan...lepas tu baru tgk faktor lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 sibel's post
Kalau ko jadi cikgu .. ko jangan la ikut kepala otak cikgu2 senior yg sezen cam charliedale tu ... tak de kemajuan langsung!. Patut cikgu2 ni ade ujian tahap kefahaman subjek. Kalau tak ... tiap tahun hidang anak murid ngan bende sama ... xde inovasi .. yg ade kaedah basi dan lesu
.hehehehe..terima kasih dan tahniah .. ada juga orang veterinar jadi "nazir" atau "pegawai pendidikan" dok nak nilai aku macam mana ...bila join nazir nie??? sezen ke..apa ka...sapa hang nak nilai aku...at least GB atau penyelia yang datang sekolah aku pun tak pernah kata macam hang..hehehe. kot boss hang kot yang kata hang macam tu.
Mily lani dia puji hang la..one day kena la hang balik tak kena betul pun, tempias tetap kena dulu, kini dan selamanya....
anyway..boleh tgk..siapa yang emo...memang sah la masih berstatus Mr Lonely lagi ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 arasham's post
entah, setahun 300 kot cikgu bunuh budak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>sibel</i> at 1-3-2009 06:14 PM <
doktor2 tak de pena komplen .. yg banyak komplen .. cikgu2 je ni ..
yeker doktor tak pernah komplen...lupa kot? isu kerja lebih masa, kerja dengan swasta dan sebagainya....
apa pun sekadar nak tunjuk yang orang dalam sektor kesihatan pun ada juga komplen-komplen depa...
Subject: Elaun Khas Patut Di Fikir Untuk PPP Di Klinik Kesihatan di Sarawak. Mon May 19, 2008 10:33 pm
Alasannya:
1. Semua kes di kendalikan tak kira Kes kecemasan,Kes Orthopaedik,Kes Renal,Kes EENT,Kes O&G tanpa bantuan dari Dr.
2. Incharge Penuh Klinik Kesihatan.
3. On Call sepenuh masa.
Pihak kesatuan / persatuan harus bawa usul ini bila mesyuarat. Ini yang ada pos basik aja ada elaun bagaimana pula yang kerja "sapu abis"... tolong fikir tuan.....tolong tengok tuan...... "ELAUN SAPU ABIS" tak ada ke tuan
BERHAKKAH PPP MENERIMA ELAUN SPT GURU
by WReig on Sat 16 Feb - 19:29
Saya ingin bertanyalah pada pendapat kawan2 mengenai elaun yang telah diberikan kepada guru iaitu ianya dikira mengikut lokasi tempat kerja. P1- rm1500, jauh d pedalaman, P2,- rm 1000 kaw. pertengahan dan P3- rm 500 kaw. berdekatan dengan bandar.
Mengapa saya membangkitkan isu ini dan bawa kawan2 berunding mengenainya,,? jika kta lihat, dimana ada sekolah, disitu adalah Klinik,, Jika tugas guru di pedalaman mengajar murid, kita pula merawat pesakit, kita juga bekerja dan bukannya duduk goyang kaki saja. Patutkah kita membawa isu ini ke pihak berkenaan,.. Ini bukan kerana wang semata-mata, tetapi biarlah ianya adil,, kita org kerja dengan kerajaan juga,, sama dengan guru,, cuma bidangnya saja yang lain...Jika rakan2 banyak setuju dengan isu ini,, maka patutlah kita bawa isu ini ke tengah,,, k Bye...Selamat bekelala,selamat betemu baru, minta ampun angka bisi salah silap tauka pekara ti ngasuh ati bala kitak nda nyamai ati..
Lagi doktor kerajaan terkilan imbuhan rendah
Utusan Online
SAYA merupakan seorang pegawai perubatan yang baru berkhidmat di Malaysia selama setahun. Sebelum ini saya telah berkhidmat dengan Kerajaan Ireland selama dua tahun.
Memang perkara pertama yang saya rasakan semenjak bekerja di sini ialah kami tidak dihargai oleh kerajaan.
Percayalah, saya amat memahami apa yang dirasai oleh Doktor Terkilan dalam ruangan Forum, Khamis lalu. Saya lagi terkilan.
Bukan hendak berbohong tetapi motivasi kewangan amat berkesan sebagai pendorong kami bekerja yang mengatasi pekerjaan orang orang yang normal.
Bayangkan kami bekerja tidak berhenti selama lebih kurang 34 jam. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, itu tidak termasuk di waktu hujung minggu. Kami layak untuk dihargai dengan imbuhan/gaji yang berbaloi.
Hendak membandingkan dengan kerajaan Ireland. Apabila kami bekerja pada hujung minggu, bayaran kami digandakan dua kali - contohnya: Sejam kami dibayar lebih kurang 20 euro jikalau cuti umum - kami dibayar tiga kali ganda sejam. Maka tidaklah kami terasa begitu terkilan sekiranya kami bekerja hujung minggu ataupun pada Hari Raya.
Apakah nilai cuti hujung minggu atau cuti Hari Raya contohnya mendapat hanya 20 ringgit? (150 hari biasa/170 hari hujung minggu dan cuti awam).
Kepada pesakit di luar sana, janganlah terkilan sekiranya kami bersikap acuh tak acuh ketika merawat anda. Fahamilah yang kami kepenatan dan terkilan dengan hak kami yang diberi keadilan.
Jika anda benar-benar inginkan perkhidmatan yang betul-betul mesra, pergilah ke hospital swasta. Doktor di sana baik-baik kerana mereka bahagia dengan suasana pekerjaan yang begitu selesa di samping gaji yang lumayan.
Kami doktor muda, memang tidak sabar-sabar hendak lari ke swasta (atau kembali ke luar negara) sekiranya kami terus dilayan bagai orang yang tidak berhak meminta dan bersuara.
LAGI TERKILAN
Kuala Lumpur |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 sibel's post
tambah lagi... kononnya doktor tak pernah komplen...
Semak kadar elaun tugas lebih masa doktor
APA yang saya paparkan di sini hanyalah luahan hati saya dan sebahagian kecil doktor yang bertugas di satu daerah di Pantai Timur. Kerjaya sebagai doktor seringkali dipandang sebagai hebat tetapi realitinya tidak ramai yang mengetahui pahit-maung kehidupan kami.
Tidak pernah sesekali kami menyesali memilih kerjaya ini yang memikul tanggungjawab berat berhubung hidup dan mati pesakit-pesakit kami.
Tekad kami adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira kaum dan agama. Namun, seringkali kami merasakan ganjaran yang kami peroleh tidak setimpal dengan beban kerja dan tanggungjawab lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang bekerja di sektor swasta atau di luar negara.
Masalah ini juga seringkali menjadi sebab utama penghijrahan doktor-doktor di hospital kerajaan ke hospital swasta. Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai dalam Utusan Malaysia, 28 April lalu juga mengakui bahawa faktor gaji yang rendah di negara ini menyebabkan ramai pakar perubatan lebih cenderung untuk berkhidmat di luar negara kerana gajinya jauh lebih lumayan.
Baru-baru ini, iaitu berkuat kuasa pada 1 Februari 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan elaun bayaran insentif klinik untuk kecemasan ringan selepas waktu pejabat daripada RM30 sejam kepada RM80 sejam.
Kami tumpang gembira dengan berita ini kerana nasib sebahagian rakan-rakan kami yang bertugas klinik kesihatan dan Jabatan Kecemasan sekurang-kurangnya terbela.
Namun bagaimana dengan nasib kami doktor-doktor yang berkhidmat di wad hospital kerajaan yang kadangkala bekerja berterusan tanpa henti selama 33 jam?
Itulah rutin kehidupan seorang doktor jika bertugas atas panggilan aktif (oncall). Bermula seawal jam 8 pagi, kami akan membuat rondaan wad dan melakukan tugas-tugas wad seperti mengambil darah dan spesimen, melakukan pelbagai prosedur dan seterusnya berkejar pula ke klinik untuk melihat pesakit-pesakit yang mendapat rawatan susulan. Seringkali, kami bekerja melangkaui masa rehat tengah hari dan ada kalanya tidak sempat untuk berehat atau makan.
Kes-kes
Petangnya pula, kami akan melihat kes-kes yang baru dimasukkan ke wad, kes-kes rujukan oleh jabatan lain dan memberi rawatan yang sewajarnya sehinggalah ke pukul 5 petang. Sekiranya oncall pada hari tersebut, kami akan terus bekerja sehinggalah ke pukul 8 pagi keesokan harinya dan rutin seharian kami diteruskan sehingga pukul 5 petang.
Kami yang bertugas atas panggilan aktif (berada di hospital) melebihi 16 jam sehari secara berterusan ini akan dibayar pada hari bekerja penuh dan separuh pada kadar RM150 semalam, manakala pada hari cuti minggu dan hari cuti am RM170 semalam (berkuatkuasa 1 Jun 2005).
Sekiranya bertugas atas panggilan pasif iaitu bersedia di rumah dan dipanggil bertugas selama lebih empat jam pada hari bekerja penuh dan separuh, kadarnya ialah RM90 semalam manakala hari cuti minggu dan hari cuti am RM100 semalaman.
Jika bersedia di rumah dan dipanggil bertugas selama kurang daripada empat jam atau jika tidak dipanggil bertugas pada hari bekerja penuh dan separuh, kadarnya ialah RM50 semalaman dan pada hari cuti minggu dan hari cuti am RM55 semalaman.
Jelas di sini, bekerja lebih masa selama dua jam di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan dan merawat kes kecemasan ringan akan dibayar RM160 (2 jam x RM80). Tetapi kami yang bekerja 16 atau 24 jam berterusan dan merawat pelbagai kes termasuk kes ringan, semikritikal atau kritikal hanya dibayar RM150 atau RM170 sahaja.
Perkara ini tidak sewajarnya berlaku dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk kadar elaun tugas lebih masa ini disemak semula.
DOKTOR TERKILAN
Kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CharlieDale at 1-3-2009 01:39 PM
uiks..jangan..dia tu "nazir" tak pun " pegawai pendidikan" tak bertauliah..tgk la..dia dah observe aku..nanti dia observe hang plak kata hang pun sezen.tak menepati standard dia.mana bagus cikgu ...
lupa plak...hehhe kalo dia jadi nazir abis la cikgu2 di mesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #73 CharlieDale's post
owh... komplen tu tak seteruk cikgu .. susah sikit dah komplen ..doctors keje 20 jam sehari .. 3 atau 4 jam je rehat ... mmg patut komplen .. esp bebudak houseman .... tetapi cikgu ... gi skolah sket komplen .. ubah silibus sket komplen ... seme nak senang ..... nak senang sangat ... apply la keje kerani |
|
|
|
|
|
|
|
Guru BI disimbah asid
Oleh Zulhilmi Hat
[email protected]
MANGSA cedera mata kanan dirawat di PPUM, Kuala Lumpur semalam.
Mata nyaris buta akibat diserang depan pintu pagar sekolah
KUALA LUMPUR: Seorang guru Bahasa Inggeris nyaris buta mata kanan selepas disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh lelaki yang menunggang motosikal di luar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya di sini, petang kelmarin.
Mangsa, 25 tahun yang tidak mahu namanya disiarkan terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Malaya (PPUM) selepas mata kanannya dimasuki cecair itu.
Ketika kejadian jam 4 petang itu, mangsa sedang menunggu suami untuk pulang ke rumah, bersama beberapa pelajar sekolah.
Katanya, ketika itu seorang lelaki menaiki motosikal jenis Honda, berpakaian hitam dan memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke kawasan sekolah.
"Saya ingatkan dia sedang mencari anaknya. Dia kemudian memberhentikan motosikal berhampiran saya dan mengeluarkan botol mineral mengandungi cecair berwarna merah dan menuangkannya ke dalam cawan plastik sebelum mencurahnya ke arah muka saya. Dia kemudian melarikan diri menaiki motosikalnya.
"Saya terkejut dan meraung kesakitan selepas cecair itu memasuki mata dan terkena muka. Terasa pedih amat sangat seperti terbakar, selain sesak nafas.
"Saya berlari masuk dan mencuci muka. Malah, baju saya juga berlubang akibat terkena cecair itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Akibat kejadian itu, kornea matanya 70 peratus terbakar, manakala kulit bawah matanya turut melecur.
Beliau tidak menolak kemungkinan menjadi mangsa keadaan.
Katanya, kira-kira seminggu lalu, berlaku salah faham antara sekumpulan pelajar dengan seorang guru lain di sekolah itu.
Katanya, kejadian itu mungkin menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pelajar terbabit dan mengambil tindakan sedemikian seperti membalas dendam.
"Selama satu tahun dua bulan mengajar di sekolah ini, saya tiada musuh atau memarahi sesiapa yang boleh mengakibatkan timbul perasaan tidak puas hati.
"Saya tak tahu motif sebenar tetapi kes ini sudah dilaporkan kepada polis," katanya.
"Doktor yang merawat memberikan cuti kecemasan dan perlu mendapatkan rawatan pakar mata dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, polis akan menyiasat motif serangan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22742222.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090304233432/Article/index_html
|
|
|
|
|
|
|
|
bior Allah sahajalah yg menentukan..
baik buruk pekerjaan seseorang itu bukan terletak pd title tugas tersebut,,tp nilai hati budi dan keikhlasan menjalankan sesuatu tugas..namun nuha tetap bangga dpt cikgu2 yg mendidik nuha sehingga menjadi org yg berjaya dengan izin Allah..alhamdulillah..terima kasih cikgu!! |
|
|
|
|
|
|
|
Guru edar syabu dicekup
Guru edar syabu dicekup
KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila seorang guru antara lima individu yang ditahan ketika serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Kuala Lumpur, Jumaat lalu dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.
Difahamkan suspek berkenaan, bertugas sebagai guru Bahasa Malaysia di sebuah sekolah di Selangor, dua lagi suspek penganggur manakala dua suspek perempuan adalah teman wanita suspek berkenaan.
Ketika serbuan jam 5.45 petang di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di sini, polis menahan lima suspek terbabit sedang membungkus dadah.
Dalam serbuan itu, polis merampas lapan peket besar plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 253 gram dan mengikut nilai pasaran semasa mencecah hampir RM110,000.
Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata semua suspek yang ditahan berusia 23 hingga 36 tahun dan aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak tiga hingga enam bulan lalu.
“Siasatan awal mendapati suspek dari pantai timur dan datang ke ibu kota untuk mengambil bekalan dadah untuk pasaran di negeri berkenaan.
“Suspek menjadikan hotel berkenaan sebagai pusat operasi sementara untuk membungkus dadah sebelum diedarkan,” katanya.
Selain rampasan dadah, polis turut merampas wang tunai RM2,776, enam telefon bimbit, alat penimbang dan sebuah kereta jenis Honda Civic dipercayai digunakan suspek berkenaan.
Ujian air kencing dijalankan ke atas suspek menunjukkan semua mereka positif dadah dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
moral anak murid & guru sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
guru harapan...lepas ni syaratkan setiap guru/cikgu/pensyarah jalankan ujian air kencing. WAJIB!!. dan sesekali buat spotcheck... |
|
|
|
|
|
|
|
aha! asyik spotcheck student saja ek
terlepas pandang guru yg dipandang mulia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|