CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2015 10:35 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 1-3-2015 10:39 PM

MALAM ITU, Aylanins tidak lena tidur. Surat yang baru dibaca tadi sudah terasa satu ancaman buatnya. Dia tidak boleh ambil ringan semua itu. Esok, dia perlu jumpa Ana Dahlia dan berbincang. Pengirim surat itu tentu benar-benar maksudkan apa yang ditulis dalam sekeping kertas itu, seolah seperti nota kaki. Hanya ada satu ayat pendek saja dan semuanya berulang pada setiap surat yang dihantar tanpa setem. Bermakna pengirim itu tahu rumahnya di mana dan kenal dirinya. Bimbang keadaan itu berlarutan nanti, Aylanins perlu siasat apa yang sebenarnya berlaku.
Telefon berdering kuat. Aylanins pandang skrin telefon pintarnya. Nama Malik tertera di skrin. Dia segera menjawab. Agak lama dia berbual sebelum talian putus. Aylanins kembali baring. Bantal dipeluk erat. Entah kenapa rasa risaunya semakin kuat dan debaran jantungnya turut  berlagu sama. Bagai dipam kuat.

"Kenapa dengan aku ni?" Aylanins sentuh dadanya dan jelas degupan jantung berdetak kuat. Rasa berdebar setiap kali mendengar suara Malik. Makin berdebar bila bertentang mata. "Ah, aku sudah jatuh cinta ke apa?"

Dia kembali menarik selimut. Malik berkeras juga ingin datang ke Kuala Lumpur esok, nasihatnya tidak diendahkan. Bukan dia tidak mahu berjumpa Malik tetapi surat yang dibaca tadi yang membuatnya merasa tidak senang duduk. Lampu kecil ditutup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 10:47 PM | Show all posts
Setiap ada kamu.. mengapa jantungku ini
Berdetak lebih kencang..seperti genderang mau perang  
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 10:35 PM
MALAM ITU, Aylanins tidak lena tidur. Surat yang baru dibaca tadi sudah terasa satu ancaman buatnya. ...

@Ipo... Apa kandungan surat tu? At least bglah kami tau isi kandungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak oii.. Dari nota tgn ke Surat pastu apa plak..banner ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 11:39 PM
@Ipo... Apa kandungan surat tu? At least bglah kami tau isi kandungannya...

Isi Surat tu..I love u kot..he he Dari malik..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 01:27 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 10:47 PM
Setiap ada kamu.. mengapa jantungku ini
Berdetak lebih kencang..seperti genderang mau per ...

awat ko girang sangat ni?..
suka ke Ayla dah tangkap cintan ngan Malik?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2015 01:28 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 11:39 PM
@Ipo... Apa kandungan surat tu? At least bglah kami tau isi kandungannya...

Zam..sori...tertidur depan pc..mata tak leh buka..
ni baru sedar..terkebil2 lagi...
kekgi ipo reveal apa isi kandungannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 01:29 AM | Show all posts
kakZue replied at 2-3-2015 12:26 AM
Mak oii.. Dari nota tgn ke Surat pastu apa plak..banner ke?

banner besor sangat kak..
dari jauh dah boleh nampak..

tapi mana tahu kan..pengirim tu bengap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2015 01:55 AM | Show all posts
PAGI lagi Aylanins sudah ke tempat kerja. Tadi, sebelum keluar dari rumah, sempat dia berpesan pada ibu supaya kunci pintu dan tidak berada di luar kawasan rumah. Sempat juga dia mengintai surat dari peti surat jika surat seperti malam tadi ada lagi di situ. Fail di atas meja dibelek seketika. Fail kes rompakan yang diserahkan kepadanya untuk menyiasat. Satu jam meneliti kes itu, Aylanins mula buka semula surat yang diterima malam tadi dari ibunya. Satu persatu isi kandungan itu dibaca lagi. Isi surat yang bertaip itu jelas menunjukkan ianya datang dari seorang yang dengki dan inginkan pernikahannya dibatalkan. Benar, dia sudah mendapat ugutan dari pengirim itu.

Aylanins bingkas bangun dan bersama surat berupa nota kaki itu, dia melangkah menuju ke bilik Ana  Dahlia. Nota kaki itu perlu diberikan kepada bos mudanya untuk disiasat kerana dia sangat yakin dan pasti ia ada kaitan dengan kes mawar hitam. Dia melangkah masuk setelah mendengar suara Ana Dahlia menyuruhnya masuk. Tabik hormat diberikan segera sebelum melabuhkan punggung di kerusi.

"Ada apa Ayla?" Ana Dahlia mula bertanya. Riak Aylanins  sudah lain.

"Puan, saya nak serahkan nota kaki ni. Saya rasa ia ada kaitan dengan kes mawar hitam yang Puan siasat sekarang ini. Mungkin ianya boleh membantu dalam menyelesaikan kes ni." Surat itu dihulur kepada Ana Dahlia.

Ana Dahlia membaca satu persatu nota kaki yang dimaksudkan oleh Aylanins tadi.

'Batalkan pernikahan, kalau tidak Malik akan mati!'

"Hmm...jadi awak rasa mawar hitam yang hantar nota ni?" Ana Dahlia pandang semula ke arah Aylanins yang masih duduk di hadapannya.

"Ya puan! Malik adalah sasaran terakhir mawar hitam. Jadi, saya syak pengirim tu adalah mawar hitam puan!" Aylanins berkata tegas.

"Kalau tengok pada sampul surat ni, tak ada setem dan tak ada tarikh apa-apa, bermakna surat ni dihantar by hand. " Ana Dahlia belek sampul surat. Hanya ada nama Aylanins saja. Alamat pun tidak disertakan.

"Ya..ibu saya yang beri pada saya malam tadi. Surat tu diletakkan dalam peti surat di hadapan pagar rumah saya." Ujar Aylanins lagi.

"Hmm...baiklah. Saya akan simpan semua ni. Saya rasa awak kena hati-hati." Pesan Ana Dahlia. Dari siasatannya, Aylanins juga diancam bunuh oleh mawar hitam, tambah lagi dengan surat yang diterima Aylanins ini.

"Baik Puan! Saya akan berhati-hati." Aylanins mula bangun dan memberi tabik hormat sekali lagi sebelum menapaka keluar.

Dia kembali ke biliknya. Kertas siasatan rompakan yang ditelitinya tadi dibuka semula dan dikaji segala modus operandi dan tindakan seterusnya. Setakat ini tiada seorang pun lagi dapat ditangkap. Semua keterangan saksi sudah diambil termasuk kakitangan bank. Namun, Aylanins masih tidak dapat menumpukan pada kes itu, otaknya ligat memikirkan nota kaki yang diterimanya. Bimbang juga kalau apa-apa jadi pada Malik. Walaupun Malik adalah jodoh aturan keluarga tetapi sejak akhir-akhir ini hatinya bagai ada satu rasa untuk lelaki itu.

"Ah...rindu ke aku?" Aylanins mengukir senyum. Masa bersama Conan dulu, dia tidaklah seperti itu. Ah..mengenangkan Conan, jiwanya kembali terusik. Segera ditepis dan dibuang jauh-jauh rasa yang masih berbaki dalam hatinya.

Jam lima petang nanti, Malik akan jumpanya di lobi Hotel Le Meridien. Jadi, hari ini dia perlu siapkan kerjanya dengan cepat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 02:26 AM | Show all posts
TEPAT jam lima petang, Aylanins bergegas keluar dari bilik pejabatnya. Malik sejak pukul dua belas tengahari tadi lagi sudah sampai di Kuala Lumpur. Pelawaan Malik untuk makan tengahari bersama terpaksa ditolak kerana dia perlu siapkan banyak kerja yang sudah tertangguh. Laporan kes perlu dihantar kepada ketua. Kereta dipandu laju menuju ke hotel Le Meridien. Malik akan selalu singgah di hotel itu yang terletak di sebelah KL Sentral saja. Di situ, banyak kemudahan katanya. Tidaklah terperap saja dalam bilik hotel.

Sampai di lobi hotel, Aylanins menunggu di set sofa yang disediakan di lobi hotel. Dia pandang jarum jam di pergelangan tangan. Sudah lima setengah petang. Kelibat Malik masih belum kelihatan di situ. Aylanins sedikit merengus. Kelam kabut dia keluar dari balai dan kelam kabut juga dia memandu ke situ, ingatkan Malik sudah ada menunggunya di lobi itu. Ini, dia pula yang terpaksa melangut di situ.

"Assalamualaikum.."

Aylanins menoleh ke belakang. Dia menjawab salam. Malik sudah tersenyum di situ. Ah..sudah terasa debaran jantungnya ketika ini. Terasa sudah melekat matanya ke wajah lelaki itu.

"Hai..tengok saya macam nak makan je?" Usik Malik yang sudah mula duduk di sofa.

"Err..aa..." Aylanins tunduk. Dia luku kepalanya sendiri. Apa kena dengan kau ni Ayla? Kenapa sungguh tak sopan kau pandang Malik? Kenapa kau tak ada rasa malu ke dengan lelaki? Bertubi soalan menerjah mindanya saat ini.

Malik hanya senyum. Hilang sudah rasa rindunya pada tunang tersayang. Sungguh dia merasa bersyukur kerana dikurniakan jodoh seperti Aylanins. Walaupun ada ketegasan dalam bicara, gadis itu dilihat, kadang-kadang ada kelucuan dalam tingkahnya, kadangkala pula ada kemanisan dalam setiap tutur katanya.

"Err..awak nak jumpa saya ni ada apa?" Aylanins mula kembali bersikap biasa. Tadi, ketara sangat dia menggelabah.

"Takkan tak boleh jumpa tunang sendiri? Jauh saya datang tau, semata-mata nak tengok wajah manis dan lucu ni.." Usik Malik lagi.

"Sudahlah awak..saya ni kasar tahu tak. Tak reti nak bersolek. Tak macam perempuan lain, ayu, sopan, bergaya.." Aylanins merendah diri. Memang betul apa. Itu juga yang selalu Conan cakap padanya dulu.

"Awak cantik asli..natural beauty mat saleh cakap." Malik semakin mengusik.

"Hmm..kita ni dah melalut banyak. Ada apa sebenarnya awak suruh saya datang sini?" Aylanins cuba alih topik lagi. Merona merah mukanya kalau asyik dipuji berbakul-bakul.

"Hmm..pasal ni.." Malik hulur dua keping kertas yang berlipat yang ada dalam sampul surat juga berwarna coklat, sama seperti surat yang diterimanya.

"Apa ni?"

"Bacalah.."

Aylanins mula buka lipatan kertas yang bersaiz nota kecil itu. Tergamam sebaik sebaris ayat itu dibaca. Dia baca pula satu lagi surat. Juga mempunyai isi yang sama. Serupa dengan nota kaki yang diterimanya, yang berbeza, surat itu mengugut Malik dengan kematiannya.

'Batalkan pernikahan, kalau tidak Aylanins akan mati!'

Terdiam Aylanins di situ. "Si..siapa yang hantar?"

"Entah..saya jumpa di bawah pintu bilik pejabat saya di resort tu. Ayla..saya sayang awak. Saya akan tetap menikahi awak. Please, jangan ke mana-mana seminggu dua ni. Sebab tulah saya nak cepatkan majlis nikah. Saya nak awak selamat dengan saya.." Malik pandang Aylanins dengan wajah mengharap pengertian gadis itu.

"Maaf..mungkin selama ini saya menyusahkan hidup awak. Saya sedar, saya adalah sasaran akhir pembunuh tu dan saya syak..mungkin Muzafar atau Hani yang dendam dengan saya. Saya tak akan biarkan mereka apa-apakan awak Ayla. Please..minta perlindungan dari pihak polis. Awak kan polis? Lagi mudah untuk awak dapat semua tu.." Malik merayu.

Aylanins masih tunduk. Wajah bening dan sayu Malik cukup membuat hatinya semakin bergetar. Tak sangka, Malik juga terima surat ugutan yang sama. "Awak..saya akan jaga diri dan berhati-hati. Pasal majlis nikah tu..awak rasa tak cepat sangat ke?"

"Kenapa? Saya risaukan awak Ayla."

"Bukan macam tu..saya..saya.." Aylanins semakin menggelabah.

"Awak tak sudi ke nikah dengan saya? Awak dah ada orang lain ke?" Malik seakan merajuk. Riak Aylanins sudah berubah.

"Bu..bukan macam tu..saya cuma tak cukup ilmu lagi.." Aylanins tunduk.Perlahan suaranya kali ini.

Malik senyum. Itu rupanya. "Ilmu apa? Rumahtangga? Masak? Layan suami?"

Terdongak Aylanins mendengar perkataan terakhir Malik. Dia menelan liur. Sungguh dia malu! Rasa nak tutup saja mukanya ketika ini dengan nota kaki itu tapi yalah, nota kaki sekecil itu tidak mampu menutupi seluruh mukanya.

Malik senyum lagi melihat muka Aylanins sudah merona merah. Blushing..glowing..sweet sangat! Ah, dah angau kah aku ni?

"Err..awak, kita pergi makan nak? Lapar la.." Aylanins cepat-cepat merubah suasana. Malik tadi asyik memandangnya tidak berkelip.

"Ok..you choose.."

Aylanins senyum. Mereka berdua mula mengatur langkah menuju ke KL Sentral. Berjalan beriringan. Namun, mereka tidak sedar, gerak geri mereka diperhatikan seseorang di situ.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 02:27 AM | Show all posts
ok nak tido..dah rasa ngantuk..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kakZue replied at 2-3-2015 12:28 AM
Isi Surat tu..I love u kot..he he Dari malik..haha

Hahahahahahaa... Betullah tu kot sis @kakZue...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 01:28 AM
Zam..sori...tertidur depan pc..mata tak leh buka..
ni baru sedar..terkebil2 lagi...
kekgi ...

No problemo @Ipo... Saya sedia menanti di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Hhhmmm... Siapa yg si stalker tu @Ipo... Mcm pelik jer...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rajin bebenor mawar itam ulang alik kl ganu semata2 nak anta nota ugutan??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 09:36 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 02:26 AM
TEPAT jam lima petang, Aylanins bergegas keluar dari bilik pejabatnya. Malik sejak pukul dua belas t ...

Speku memang lebih menjurus pada Hani
x tau kenapa
sebab sebelum ni dia memang ada hati ngn malik


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mawar hitam superman ke ? KL teganu dia pi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 10:47 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-3-2015 01:27 AM
awat ko girang sangat ni?..
suka ke Ayla dah tangkap cintan ngan Malik?

errrkkkk.... alaaaaa.... lupaaaaaaaaaa pulok...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 10:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 2-3-2015 07:41 AM
Hhhmmm... Siapa yg si stalker tu @Ipo... Mcm pelik jer...

mungkin orang suruhan mawar hitam..atau mawar hitm sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2015 10:49 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 2-3-2015 09:24 AM
Rajin bebenor mawar itam ulang alik kl ganu semata2 nak anta nota ugutan??

tak pun orang suruhan mawar hitam yg duk teganu
jadi agen gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.810688 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list