CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 18-2-2015 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mawibotak replied at 18-2-2015 10:04 AM
biar la jie mati...kesian dia...da mcm citer bkn puteri lindungan pulak...kan heroin dia larasati ai ...

Stay on for the update... btw ada persamaan dengan crite novel lain ke? Sedap nama larasati aisyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2015 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-6-2015 01:14 AM

Entah kenapa hati membara. Kalau saja Rayyan berada dihadapan mata pasti sepupunya menjadi mangsa buku lima. Ku Iz tak peduli ! Biar apa pun terjadi Rayyan harus diajar ! Ku Iz sedar Najiha bukan sesiapa dalam hidupnya namun wanita itu pernah bergelar isterinya. Walau hubungan mereka bukan seperti suami isteri normal, Najiha tetap miliknya satu ketika dulu. Ku Iz tak boleh berdiam diri melihat Jie disakiti.

Usai pintu rumah dibuka oleh pembantu rumah Rayyan pada perkiraannya, Ku Iz terus merempuh masuk. Mata terpandang kelibat Rayyan dan Khalid sedang berbual diruang tamu. Pantas saja Rayyan didekati. Satu pukulan padu mengenai muka Rayyan. Darah menyembur keluar dari hidung. Rayyan tunduk mengesat.

"Kau kenapa ini Iz?!"Khalid merenung marah ke arah Ku Iz. Sepupunya muncul tiba tiba dan terus saja menyerang Rayyan.

"Ini antara aku dengan abang kau !" Ku Iz segera menolak kasar Khalid. " Kau jangan masuk campur !"

"Aku tak tahu kenapa kau sanggup cederakan Najiha.. Apa dosa dia dekat kau?!" Ku Iz hilang sabar. Ikutkan hati mungkin lunyai Rayyan dikerjakan kaki dan tangannya !

"It was an accident Iz ! Aku saksi masa tu ! Jie tolak Mama aku ! Ray cuma pertahankan Mama !" Khalid perlu untuk bersuara bagi pihak abangnya. "Ray tak sengaja terlanggar Jie !" Memang itu sebenarnya yang berlaku.

Ku Iz beralih pandang ke arah Khalid. " Mama kau cuba nak pukul Najiha ! Najiha terpaksa melawan sebab tak nak kandungannya terjejas !  Dan kau... "  Mata beralih ke arah Rayyan. "Kau memang lelaki bacul biarkan Mama kau serang isteri kau sesuka hati ! Dia isteri kau ! Kau sepatutnya protect dia !" Bicara Ku Iz terhenti.

"Kau sendiri bunuh anak kau ! Aku menyesal lepaskan Najiha dulu kalau aku tahu dia akan pilih kau jadi suami ! Aku lebih rela dia hidup dengan Zack ! Sekurang kurangnya Najiha takkan disakiti !" Kesal sangat dirasakan. Kalau saja Ku Iz tak tunduk pada ugutan dulu pasti nasib Najiha tidak seteruk ini !

Rayyan yang masih lagi lembik tidak mampu bersuara. Hanya mendengar pertengkaran antara Khalid dan Ku Iz.

"Ini soal jodoh Iz ! Kau tak boleh nak kata macam itu !" Khalid tak bersetuju dengan sepupunya. Sudah tertulis jodoh Rayyan dengan Jie. Ku Iz tak ada hak untuk menghalang ! Hatta Zack pun sudah memilih Zeeta sebagai teman hidup.

"Jodoh ?!" Ku Iz senyum sinis. "Kau tanya Ray, apa yang dia dah buat untuk dapatkan Najiha. Kau tanya abang kau sendiri !" Satu sepakan mengenai kaki Rayyan. Rayyan makin lemah.

"Untuk pengetahuan kau , abang kau yang jadi dalang bergabung dengan Zarith Sofea untuk rosakkan majlis pernikahan kami ! Kau memang bijak Ray ! Aku tak sangka kau tergamak buat macam itu ! Kau yakinkan Zarith Sofea supaya rancang penculikan aku dan Najiha.. Kau suruh Sofea paksa aku ceraikan Najiha dan tandatangan semua perjanjian mengarut kau supaya aku dengan Najiha takkan berbaik semula. Sofea dah berterus terang dengan aku ! Tapi aku rahsiakan sebab aku fikir kau sepupu aku !" Ku Iz tak sanggup menyimpan rahsia itu lagi.

Khalid tersentak dengan kebenaran yang baru didengari. Wajah abangnya ditenung. Tak sangka Rayyan bertindak senekad itu!

"Kau terkejut kan dengar semua ini?" Ku Iz menyoal sinis Khalid.

"Dan kau memang superb ! Kau tahu Zack sayangkan Najiha malah sanggup mati untuk dia ! Kau suruh Sofea culik Zack dengan kau sekali, untuk cover belang kau ! Kau tak libatkan Karl ! Sebab apa? Sebab dia adik kau ! Kau tak nak adik kau cedera tapi kau perjudikan Zack sekiranya keadaan tak terkawal ! Kau tak sedar yang Zack tu pun adik kandung kau ! Kau memang lelaki tak guna !" Kali ini leher Rayyan dicekak. Memaksa sepupunya berdiri.

"Thing jadi chaos bila Rizal dan Azim muncul ! Kau fikir mereka bodoh ! Dan disebabkan rancangan bodoh kau nak pisahkan aku dengan Najiha , Najiha nyaris mati kena tembak ! Nasib baik Zack sempat bunuh Azim." Ku Iz menarik nafas sebentar. Wajah sepupunya dipandang.

Seketika kemudian Ku Iz menyambung bicara.. "Kau dengan aku tak ada beza Ray ! Macam mana aku gunakan teknik kotor untuk rampas Najiha dari Zack.. Kau ulang taktik yang sama pada aku ! Malah kau lagi teruk ! Kau nyaris buat Najiha terbunuh ! " Nada suara Ku Iz mula menurun.

"Aku tahu aku tak layak untuk Najiha. Aku anggap mungkin ini kifarah dosa lampau aku ! Walaupun berat,  aku lepaskan Najiha untuk hidup bahagia.. Aku faham perasaan Zack bila terpaksa lepaskan Najiha sebab tak nak nyawa dia terancam.."

"Aku nampak Najiha bahagia hidup dengan kau.." Tak semena air mata jatuh di pipi Ku Iz. "Kau beruntung Ray ! Dia cintakan kau sepenuh hati dia ! Aku tahu dia betul betul cintakan kau ! Dia boleh saja kembali dengan Zack.. Tapi Najiha pilih kau.." Sebak mula terasa. Ku Iz tunduk.

"Tapi kau tak habis habis dengan sikap insecure kau !" Ku Iz kesal dengan sikap Rayyan. "Kau dah kahwini dia, kau dah miliki hati Najiha ! Tubuh badan dia semua milik kau ! Tapi kau memang tak pernah puas ! Mungkin kau dah terbiasa berfikir sebagai CEO so kau takkan senang hati selagi kau tak eliminate competitor kau !"

" Even kau tahu Zack adik kau, kau sanggup perangkap dia supaya kahwini Zeeta." Riak wajah Rayyan berubah mendengar kata kata sepupunya.

"Kau terkejut kan?" Ku Iz senyum sinis ke arah Rayyan. " Kau letak pil tidur dalam minuman Zack supaya dia tak sedarkan diri. Bila dia terjaga dia nampak Zeeta tidur disebelahnya. Zack fikir dia dah rosakkan Zeeta ! Sebab itu dia kahwin dengan Zeeta. Sedangkan ini semua rancangan kau dengan Zeeta ! Kau memang licik Ray ! Aku terpaksa mengaku kau memang bijak ! Aku tak terfikir sanggup kau khianati adik kandung kau sendiri semata mata takut dengan bayang bayang kau !"

Rayyan hanya tunduk. Sedar semua yang keluar dari mulut sepupunya adalah benar belaka. Tak sanggup menambah penipuan lagi. Rayyan bertindak begitu semata mata mengikut desakan hati ingin memastikan Jie kekal miliknya.

"Untuk pengetahuan kau, Najiha dah lama tahu kaulah dalang punca Zack dan Zeeta berkahwin. Tapi dia diam sebab dia cintakan kau! Najiha juga tahu semua rancangan kotor kau dulu." Ku Iz menghela keluhan panjang.

"Pesanan Najiha sendiri, dia minta kau lepaskan dia secara baik atau dia akan heret kau ke muka pengadilan. Doktor yang merawat Najiha sanggup jadi saksi untuk lawan kau di mahkamah. Kau takkan menang Ray ! " Bahu Rayyan ditepuk.

"Kalau aku jadi kau , aku akan lepaskan dia.. Najiha deserves someone better bukan kau !" Usai berkata begitu Ku Iz berpaling untuk berlalu. Puas sudah hatinya.

Namun Ku Iz berpaling semula ke arah Rayyan. Minda teringat sesuatu.

"Oh ya, aku jumpa Najiha dengan bakal suami baru dia tadi. Iskandar Zulkarnain nama lelaki itu ! Handsome dan kaya ! Pilihan Daddy, Najiha ! Lagi cepat kau ceraikan Najiha, lagi cepat Najiha boleh bina hidup baru !" Ku Iz sengaja mahu membuat Rayyan gelisah. Biar padan muka sepupunya !

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:27 PM | Show all posts
x sangka ZACK cmtue...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 03:47 PM | Show all posts

err...zack ke rayyan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh83 replied at 18-2-2015 03:47 PM
err...zack ke rayyan?

Rayyan bukan Zack.. Zack mangsa sajo
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 04:12 PM | Show all posts
a'ahlah salah...

x sangka RAYYAN camtue...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2015 04:15 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-2-2015 07:09 AM
Entah kenapa hati membara. Kalau saja Rayyan berada dihadapan mata pasti sepupunya menjadi mangsa bu ...

aku terkejut part zack dan zeeta je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 18-2-2015 04:15 PM
aku terkejut part zack dan zeeta je.

Yela..  link balik kenapa Zarith Sofea culik Ku Iz masa nikah.. mestilah rancangan keluarga / org terdekat.. so suspect is Rayyan ! Simple ! Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2015 04:49 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-2-2015 08:42 AM
Yela..  link balik kenapa Zarith Sofea culik Ku Iz masa nikah.. mestilah rancangan keluarga / org  ...

Tak.suka rayyan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 18-2-2015 04:49 PM
Tak.suka rayyan.

Suka ke tak suka Rayyan? Confuse den
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2015 10:22 PM | Show all posts
elia201 replied at 18-2-2015 09:00 AM
Suka ke tak suka Rayyan? Confuse den

tak suka.……
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2015 11:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:06 PM

Walaupun lembik gara gara 'sakit misteri' dan baru saja dibelasah Ku Iz, Rayyan terpaksa gagahkan diri untuk merayu kepada Daddy mertuanya.

Tak sanggup berdepan kenyataan terpaksa melepaskan isteri yang dicintai untuk dikahwini lelaki lain. Kata kata Ku Iz terngiang ngiang. Iskandar Zulkarnain ! Bakal suami baru Najiha..  Pilihan Daddy Najiha.. Rayyan tak pernah kenal sesiapa yang bernama Iskandar Zulkarnain.

"Daddy.." Rayyan menebalkan muka merayu untuk kali yang entah ke berapa. " Ray rindukan Jie ! Ray nak jumpa isteri Ray sekejap pun jadilah.." Wajah Dato' Hanafi  direnung untuk meminta simpati. Rayyan tak kisah dihalau lagi. Hati takkan senang selagi tak bertemu isterinya.

" Ray simpan sajalah rindu Ray tu. Jie dah tak perlukan Ray dalam hidup dia. Daddy tak nak anak Daddy terseksa lagi. Ray ceraikan dia secepat mungkin !" Memandang wajah Rayyan pun Dato' Hanafi tak sudi. Mujur Rayyan anak kepada kawan baiknya kalau tidak mungkin Dato' Hanafi akan menghalau lelaki dihadapannya seperti anjing kurap !

Sakit hati melihat anaknya diperlakukan sesuka hati oleh suami dan Mama mertuanya. Walau Jie tak pernah mengadu Dato' Hanafi tahu Tengku Safiah selalu memberi tekanan kepada anak bongsunya. Acapkali Viana bercerita kepadanya layanan buruk Tengku Safiah terhadap Jie.

Jie bukan anak yatim piatu ! Daddy dan Mommynya masih hidup untuk mempertahankan Jie !  Maznah dan Dato' Hanafi sebulat suara bertekad untuk bersemuka dengan Tengku Safiah  dan Tan Sri Isa untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga anak bongsu mereka sekiranya Rayyan tetap berkeras untuk tidak menceraikan Jie. Dato' Hanafi ingin tahu kesalahan besar yang dilakukan Jie sehingga Tengku Safiah begitu membenci anak bongsunya.

Seandainya perbincangan kedua belah pihak tetap menemui jalan buntu, Dato' Hanafi akan membiarkan mahkamah membubarkan perkahwinan Rayyan dan Jie. Dato' Hanafi tak kisah reputasi atau kredibilitinya dimata umum sekiranya kes anaknya berlanjutan dimahkamah. Baginya yang penting sekali adalah kebahagiaan anak bongsunya.

"Daddy tolonglah ! Ray merayu sangat sangat ! Ray cintakan Jie ! Ray janji takkan sia siakan hidup Jie lagi!" Rayyan tak segan silu melutut. Biarlah staff Dato' Hanafi memandang sinis ke arahnya. Rayyan tak ambil kisah lagi. Asal saja Jie kembali padanya. Rayyan rasa boleh mati dari berterusan hidup begini.

Dato' Hanafi senyum sinis. " Mana pergi cinta Ray masa Ray cederakan anak Daddy?  Sudahlah Ray ! Daddy ada meeting nak kena attend. Ray baliklah dulu. Apa apa hal pasal perceraian Ray dan Jie, Ray boleh suruh peguam Ray untuk liase dengan peguam Jie." Dato' Hanafi terus saja berlalu meninggalkan Rayyan yang masih lagi tunduk melutut. Simpati terhadap menantunya tiada. Biar saja anak muda itu rasa ! Kesakitan yang ditanggung Rayyan tak sepedih derita yang dialami anak bongsunya !


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 12:06 AM | Show all posts
elia201 replied at 18-2-2015 03:47 PM
Walaupun lembik gara gara 'sakit misteri' dan baru saja dibelasah Ku Iz, Rayyan terpaksa gagahkan di ...

Sudahlah Ray. aku bengang dengan Ray.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:08 PM

Sunyi mula bertandang. Rasa seperti isteri dan anaknya masih disini. Entah kenapa Zack rindukan belaian mesra dan gelak tawa Zeeta. Sudah menjadi rutin untuk Zeeta menyambutnya pulang dari kerja. Kini Zack rasa kosong tanpa Zeeta. Adakah cinta mula berputik terhadap isterinya? Zack keliru. Namun yang pasti hati begitu inginkan Zeeta untuk berada disampingnya saat ini.

Zack terasa bodoh kerana mensia siakan cinta dan kepercayaan Zeeta terhadapnya.Bila Zeeta sudah merajuk dan tak ingin berjumpa, barulah Zack terhegeh hegeh memujuk. Lumrah manusia yang hanya tahu menghargai sesuatu bila sudah kehilangan. Sekarang Zack sedar betapa Zeeta memainkan peranan penting dalam hidupnya. Makan minumnya semua dijaga baik oleh Zeeta. Malah Zeeta sanggup mengorbankan  kerjayanya semata mata untuk memberi Zack zuriat. Kenapalah Zack buta menilai selama ini. Tega membiarkan diri diulit kenangan cinta Najiha sedangkan wanita itu sudah dimiliki abangnya.

Kerap juga Zack berkunjung ke rumah mertuanya untuk menemui Zeeta namun isterinya tetap tidak sudi untuk menunjuk muka. Segala panggilan dan mesej dari Zack diabaikan oleh isterinya. Lebih sebulan juga rumah tangga mereka berantakan seperti ini.

Otak buntu untuk mencari jalan penyelesaian. Zack sayangkan isteri dan anaknya. Tak sanggup lagi menanggung rindu. Kalaulah Zeeta sanggup menerimanya semula, Zack bersumpah takkan sesekali melukakan hati Zeeta.Telah dipasak dalam hati untuk mencintai Zeeta sepenuh hati. Zack pasti kali ini dia inginkan Zeeta dalam hidupnya dan rela melepaskan kenangan bersama Najiha.

Kunci kereta dicapai. Zack nekad untuk menemui Zeeta. Tak kisahlah andai Zeeta masih lagi membencinya, Zack takkan mengalah.  Biar apa pun terjadi akan dipastikan dirinya,  Zeeta dan anak mereka kembali bersama dibawah satu bumbung sebagai sebuah keluarga !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 02:04 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:15 PM

Datin Zilla simpati melihat menantunya. Lebih sebulan anak tunggalnya merajuk. Selama itu jugalah Zack tidak jemu menjenguk muka dengan harapan untuk memujuk Zeeta kembali. Sayangnya , Zeeta tetap berkeras untuk tidak memaafkan Zack. Puas juga Datin Zilla memujuk namun Zeeta tidak mahu mengalah.

Pada mulanya Datin Zilla juga marahkan Zack yang masih mengingati bekas kekasih sedangkan diri sudah beristeri dan memiliki anak. Namun setelah mendengar cerita dari mulut menantunya, Datin Zilla faham kedudukan sebenar. Menantunya cuma tidak pasti dengan perasaan sendiri. Atau mungkin keliru.

Tambahan pula setelah melihat kesungguhan Zack untuk memujuk Zeeta kembali. Sebagai orang yang lebih berusia, Datin Zilla yakin Zack sebenarnya mencintai Zeeta cuma terperangkap dengan masa lampaunya. Jika benar Zack masih menggilai Najiha seperti yang diperkatakan anak tunggalnya , pasti Zack akan mengambil kesempatan ini untuk menceraikan Zeeta.

Namun Zack bertindak sebaliknya. Setia memujuk Zeeta walau tidak diendahkan. Itu menguatkan lagi firasatnya bahawa rumah tangga anak gadisnya masih lagi boleh diselamatkan.

"Zeeta..." Datin Zilla menyapa lembut anak tunggalnya. "Zafrey ada dekat bawah. Cukup cukuplah merajuk tu sayang. Zafrey pun dah sedar kesilapan dia. Dia janji dengan Mama dia akan buang semua yang berkaitan Najiha. Zafrey juga mengaku dekat Mama dia cintakan Zeeta dan nakkan Zeeta kembali. Zeeta maafkan Zafrey ye sayang.." Bahu anaknya disentuh.

Zeeta hanya mengeluh. "Setakat cakap saja dia tu Mama ! Dulu pun Zafrey janji nak lupakan Najiha tu tapi end up dia simpan juga semua kenangan mereka. Sakit hati Zeeta Mama !" Remuk hati mengenang kembali gambar mesra Zack dan Jie yang dilihatnya.

"Please Darling, this time I will make it happen ! I promise you !" Zack terus saja mencelah. Isterinya dihampiri.

"Siapa suruh you masuk bilik I?! Keluar !!" Zeeta mula emosi. Bantal dicampak ke arah Zack. Mujur Zack sempat mengelak.

" Darling please.. I tahu I salah ! I tak appreciate cinta you. I biarkan diri I hanyut dengan kenangan Najiha ! Tapi sekarang I sedar I cintakan you ! I rasa hidup I tak complete bila you tak ada. I rindukan you ! You just bagi I peluang terakhir I janji I akan buat yang terbaik untuk you dan anak kita. Please Zeeta !" Zack tak segan merayu. Lebih sebulan tanpa Zeeta selama itulah hidupnya tidak terurus. Sungguh Zack cintakan isterinya !

" Kalau you mungkir janji macam mana? I tak nak you teruskan perkahwinan kita tapi hati you dekat perempuan lain." Zeeta memberi amaran keras.

"I promise takkan ada Najiha lagi dalam rumahtangga kita ! Swear to God ! You sajalah isteri I dunia akhirat. Tak kisahlah macam mana kita kahwin dulu yang penting I bahagia hidup dengan you !" Sememangnya Zack tidak menipu. Kehadiran Zeeta dalam hidupnya membawa sinar keceriaan.

"Ok ! This is the last chance ! Kalau you buat lagi, I takkan teragak agak migrate dengan Danish ! You takkan jumpa I atau anak kita forever !" Zeeta akhirnya mengalah. Tak dapat dinafikan hatinya rindu untuk bersama suaminya semula.

"I promise Darling !" Zack senyum lega. Akhirnya Zeeta sudi untuk memberi kemaafan. Zack bersumpah takkan mensia siakan peluang terakhir ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 02:45 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 20-5-2015 11:25 PM

Bab 49

Rayyan tiada pilihan lain. Walaupun tahu Viana mungkin akan memaki hamun dirinya namun dia sudah tak kisah. Bagi Rayyan yang penting dapat bertemu isterinya. Rindu dihatinya sudah tidak tertanggung. Nampaknya Viana masih lagi tidak sedar dirinya diekori. Rayyan pasti Viana bakal membawanya kepada Jie.

Kelihatan Viana berhenti di sebuah rumah dan keluar dari kereta. Buru buru wanita itu dilihat masuk ke dalam rumah. Rayyan hanya menjadi pemerhati. Setia mengawasi pergerakan disekitar.

Hampir setengah jam kemudian, mata Rayyan tertangkap kelibat sebuah kereta Audi R8 berhenti dihadapan rumah yang dimasuki Viana.  

Berderau darah Rayyan melihat seorang lelaki  keluar sambil memegang erat tangan isterinya. Mereka dilihat mesra berjalan seiringan seperti pasangan kekasih. Cemburu mula terasa. Sanggup Jie bermain cinta dengan lelaki lain sedangkan diri masih isterinya yang sah. Terfikir mungkin lelaki ini adalah Iskandar Zulkarnain yang dikatakan pilihan Dato Hanafi sebagai bakal suami baru isterinya.

Tak mahu buang masa Rayyan terus saja mendapatkan lelaki muda itu dan isterinya. Panas barannya cuba dikawal. Misi utama adalah untuk memujuk Jie.

"Sayang..." Rayyan menyentuh bahu isterinya. " We need to talk." Rindu dalam hatinya hilang sebaik saja dapat menatap wajah itu.

Jie tersentak dengan kehadiran suaminya. Tak sangka Rayyan berjaya menjejaki dirinya. " Talk to my lawyer. I tak ada masa nak layan you !" Pantas saja tangan Rayyan yang mendarat dibahu ditepis.

"Sekejap saja sayang... Please !" Rayyan tak putus asa merayu.

"I cakap I tak nak, I tak naklah ! You tak faham bahasa ke apa Ray?!" Jie makin hilang sabar dengan suaminya. "You baliklah ! I benci tengok muka you !" Emosi mula menguasai diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2015 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:18 PM

"Come on bro ! Najiha tak nak cakap dengan you. Jangan buat dia stress ! May be you jumpa dia lain kali." Zulkarnain yang hanya menyaksikan pertikaman lidah antara Jie dan lelaki yang tiba tiba muncul terpaksa bersuara untuk meredakan keadaan.

Keutamaannya adalah kesihatan Jie. Dalam situasi sekarang, emosi Jie masih belum stabil sepenuhnya. Sedikit tekanan mungkin akan memudaratkan wanita itu.

"You tau tak I siapa?!" I suami dia ! Apa hak you untuk halang I dari bercakap dengan isteri I sendiri ?!" Rayyan mula panas hati. Cuaca terik menambahkan lagi api kemarahan.

Zulkarnain senyum kemudiannya. " So youlah lelaki  tak guna tu !" Rayyan direnung sinis.  "Listen here.. Isteri you baru lepas keguguran anak you ! Keadaan dia masih lemah. Emosi pun tak stabil lagi. Kalau you sayangkan isteri you , leave her alone ! You hanya akan pressure dia kalau you ada dekat sini !" Sebagai doktor, Zulkarnain hanya ingin melindungi pesakitnya.

Rayyan merenung ke arah isterinya. Jelas kelihatan lesu dan tidak bermaya. Lelaki dihadapannya tidak menipu.

"Siapa you ?! Apa hubungan you dengan isteri I?" Namun Rayyan masih lagi tidak puas hati selagi tidak mengetahui gerangan lelaki yang berada disamping isterinya.

" Let me introduce him." Jie terus menyampuk sebelum sempat Zulkarnain membuka mulut. Tangan memaut mesra bahu Zulkarnain. " He is Iskandar Zulkarnain. My future husband !"

Rayyan terpana. "Tapi sayang I still husband you ! Takkan semudah itu you gantikan tempat I dengan lelaki lain?" Sukar untuk percaya Jie tergamak mencari pengganti dirinya sedangkan Rayyan masih lagi cintakan Jie. Malah masih berusaha untuk menawan semula hati isterinya sekaligus menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Soon you will become my ex husband ! I nak you ceraikan I secepat mungkin." Jie terus menarik Zulkarnain untuk berlalu. Tiada mood untuk menghadap muka Rayyan !

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2015 04:10 PM | Show all posts
padan muka Rayyan ni....tak pernah belajar dari kesilapan..
nak padankan juga muka tengku Safiah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 04:20 PM

Zulkarnain masih lagi ketawa. Lucu ! Jie disebelahnya bengang dengan telatah lelaki itu. Tangan ringan saja mahu melayangkan penumbuk ke arah Zulkarnain. Jie tiada mood untuk bergurau buat masa sekarang.

"Stop laughing Zul! " Zulkarnain tidak mengendahkan kata kata Jie. Masih lagi galak ketawa.

"Ke you teringin nak rasa penumbuk I baru you nak berhenti ketawa?!" Jie bengang. Wajah mula cemberut. Tak faham lawak antarabangsa apa yang menyebabkan Zulkarnain ketawa bagai disampuk itu.

"Jiha..." Tawa Zulkarnain mula reda. "You simpan sajalah penumbuk kecil you tu !" Beralih pandang ke arah Jie.

" Kelakarlah I tengok muka husband you tadi masa you introduce I as future husband. Macam orang kena sembelit !" Zulkarnain tak boleh lupa riak muka Rayyan. Tiada simpati dalam hati. Baginya lelaki yang mengasari isteri tak layak dikasihani !

Jie cuma diam. Tiada respon. Berharap Rayyan akan termakan kata katanya tadi dan menceraikannya seperti diminta.

Biarlah Tengku Safiah tersenyum puas dapat meruntuhkan rumah tangga mereka dan sekaligus berjaya menyingkirkannya dari hidup Rayyan.

Melihatkan reaksi Jie yang tidak bersuara, Zulkarnain mula serba salah. Terfikir kemungkinan Jie berkecil hati. "You marah I ke Jiha?" Tangan Jie disentuh.

"I'm ok !" Jie senyum tawar. "By the way you lepak dengan I ni tak terganggu ke schedule dengan patient you?" Sengaja topik diubah.

Zulkarnain cuma geleng. " I off hari ini. Just stand by on call in case of emergency." Kebetulan tidak bekerja Zulkarnain sengaja ingin membazir masa melepak.

"Jiha.." Wajah wanita disebelahnya dicuri pandang. " Apa plan you lepas ni? Maksud I lepas hubby you divorce you so your next plan?" Sekadar ingin tahu rasanya tak salah pada Zulkarnain.

Jie menghela nafas panjang. " Entah ! Just continue my life macam biasa lah.." Memang Jie tiada sebarang perancangan lagi. "Kenapa you tanya ?" Hairan dengan soalan yang ditanyakan.

Zulkarnain senyum. " I kan future husband you ! I nak setting time bila I boleh propose you.." Gelak besar kemudiannya. "Tak salah,kan?" Masih lagi ketawa.

Jie malas fikir. Tahu temannya hanya bergurau. Bukan baru sehari dua lelaki itu dikenali. Sudah masak dengan perangai Zulkarnain yang tak pernah serius !
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2015 10:47 AM | Show all posts
elia201 replied at 18-2-2015 10:37 AM
Stay on for the update... btw ada persamaan dengan crite novel lain ke? Sedap nama larasati aisyah

a'ah..larasati aisyah watak dlm citer bkn puteri lindungan bulan...kesian dier..hubby dier curang...last2 dier mati kalo x silap.. x pun ilang ingatan...heheh sorry off topik plak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.179568 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list