CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putr@polo

[Tempatan] LIWAT 2- Rayuan Kes Liwat Anwar: Keputusan Ditangguhkan(UPDATE)

[Copy link]
 Author| Post time 7-11-2014 07:41 PM | Show all posts
Liwat II: Prosiding Selesai, Keputusan Diumum Kemudian

Diterbitkan: Jumaat, 7 November 2014 4:03 PM
Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
[email protected]



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat selesai mendengar rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukuman penjara lima tahun kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan menetapkan satu tarikh yang akan diberitahu kemudian untuk mengumumkan keputusan terhadap rayuan tersebut.

Rayuan yang berlangsung selama lapan hari selesai selepas mahkamah mendengar hujah daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Prosiding pada hari kelapan itu bermula pukul 3 petang dan berakhir kira-kira 50 minit kemudian.

Panel hakim yang mendengar rayuan Ketua Pembangkang itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2014 07:43 PM | Show all posts
Mahkamah tangguh, tunggu tarikh keputusan

WARTAWAN SINAR HARIAN
7 November 2014




PUTRAJAYA - Keputusan rayuan akhir Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan itu selepas selesai mendengar hujahan akhir Peguam Utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram selepas lapan hari mendengar perbicaraan rayuan.

Anwar Ibrahim mencabar keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan lapan tahun lalu.

Anwar, 67, diwakili 14 orang barisan peguam dengan empat daripada berhujah mengambil masa tiga hari.

Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pihak pendakwa raya juga mengambil masa tiga hari untuk menghabiskan hujahan.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia meminda
keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.

Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara Kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Rayuan pendengaran, pada mulanya ditetapkan dua hari bermula 28 Oktober telah berlarutan sehingga lapan hari kerana kedua-dua pihak mengemukakan hujah yang panjang lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 07:44 PM | Show all posts
Anwar ucap terima kasih sokongan 8 hari

RAZIATUL HANUM A.RAJAK
7 November 2014



Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan pengikut dan pimpinan PR.

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan pengikut dan pimpinan PR sepanjang lapan hari berlangsungnya prosiding rayuan akhir kes liwat II di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Berucap selepas mahkamah menangguhkan kes tersebut, Anwar turut melahirkan rasa syukur ekoran masih diberi semangat dan kekuatan berdepan segala dugaan.

"Hari ini saya beritahu pada Azizah (Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebelum solat Jumaat, keputusan pada hari ini, sama ada bebas atau masuk penjara.

"Saya syukur Alhamdulillah masih diberi semangat dan kekuatan. Azizah ada, begitu juga teman-teman yang setia.

"Semalam saya dah beritahu perasaan saya dari mana kekuatan saya datang daripada doa kawan-kawan," katanya kepada semua penyokong-penyokong yang menanti sejak jam 2 petang tadi.

Dalam ucapan sama, Anwar turut menyentuh soal sokongan tanpa henti dari pimpinan DAP dan Pas.

"Rakan-rakan DAP, semua ada. Setiap hari, tak pernah putus. Pas, hampir semua (datang) tapi kadang-kadang yang nampak yang tak datang, yang ramai datang itu tak nampak.

"Jadi, saya ucap terima kasih kepada semua," katanya.

Anwar kelihatan tiba di mahkamah pada jam 2.15 petang lengkap bersongkok dengan kemeja biru selepas berarak dengan penyokong-penyokongnya dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin usai menunaikan solat Jumaat.

Diiringi laungan 'reformasi', Anwar sempat melambai dan bersalaman dengan penyokong-penyokongnya sebelum melangkah masuk ke dalam mahkamah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2014 07:46 PM | Show all posts
Anwar puas hati prosiding berjalan lancar

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
7 November 2014




Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan perjalanan prosiding rayuan terakhir berhubung sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Menurutnya, lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan kes ini telah mendengar dengan teliti setiap hujahan yang dikemukan oleh barisan peguamnya.

"Saya tidak sedikit pun berasa bimbang kerana barisan peguam yang dahulunya diketuai oleh mendiang Karpal Singh dan kini Datuk Seri Gopal Sri Ram telah melakukan tugasan dengan baik," katanya ketika ditemui di luar kamar mahkamah petang tadi.

Beliau berkata, segala dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwa berjaya dipatahkan oleh barisan peguam bela.

Peguam bela, Ram Karpal Sigh berkata, perbicaraan yang memakan masa lapan hari ini mungkin rayuan paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di luar mahkamah menyifatkan kes liwat II sangat rumit apabila terdapat banyak isu sampingan yang diketengahkan oleh pihak pembelaan.

Menurutnya, adalah perkara biasa apabila hakim mengambil masa untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada panel hakim untuk menentukan tarikhnya dan Ia ( keputusan) boleh jadi minggu depan atau dua minggu lagi, " katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:51 PM | Show all posts
hai...lamanye keputusan... IN PRISON ATAU BEBAS...tgk gambo ketum senyum sokmo...bebas ke?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:53 PM | Show all posts
kalau ada kes liwat III...mampos masuk tanah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2014 07:56 PM | Show all posts
yg menggelarkan anwar dgn nama al-juboori pun sekarang dok senyap2 jahhh.   apa khabar dia?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 07:56 PM | Show all posts
"saya adalah mangsa.".....kelakar bunyi nya.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 08:07 PM | Show all posts
betul kata org kt malaysia dna air mani yg bertitik2 boleh dijumpa, tapi kapal terobang sobosar banglo xleh dijumpa, inilah malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 08:26 PM | Show all posts
Soalan paling asas skang ni..mcmana bole liwat sepol kalau xde penembusan??tgk harini pn shafee x sentuh soalan tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 08:58 PM | Show all posts
sapa jd mangsa sapa sebenonye...berthn2 nuwart mangsa sepol juboq....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak jd lah demo mega ahad ni ye...aisay..tarak masyuk la mcm tu...makan ubi kayu jelah gamaknya. Last edited by Anak_Nogori on 7-11-2014 09:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:20 PM | Show all posts
roy3 posted on 7-11-2014 08:26 PM
Soalan paling asas skang ni..mcmana bole liwat sepol kalau xde penembusan??tgk harini pn shafee x se ...

1998.. cam mana boleh liwat ? kondo pun tak siap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
roy3 posted on 7-11-2014 08:26 PM
Soalan paling asas skang ni..mcmana bole liwat sepol kalau xde penembusan??tgk harini pn shafee x se ...

jubur sexsepul cukup hot gamaknya hinggakan macai2 sexsepul defend sampai x bole beza benda logik ke tak logik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 09:44 PM | Show all posts
tak silap aku kat buletin utama tv3 ada minta maaf tadi pasal kes anwar kononya didapati bersalah lepas tu tarik balik kenyataan .aku tertengok sekejap ja..kebetulan ke memang dirancang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 09:55 PM | Show all posts
Anwar Ibrahim: Najib, Hentikan Lah Ini Dakwa-Dakwa Orang, Sudah Lah!  


* semalam, pendakwaraya kata, ' hari ini kita pakukan paku terakhir 'keranda' DSAI '
   hari ini.. paku pun takdakk,.. keranda pun takdakkk

   

Last edited by bluemenx on 7-11-2014 10:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 10:01 PM | Show all posts
saiful yang benci kat anwar sampai gelar dia munafik, suka puji bn dan bergambar dgn pemimpin pemimpin bn tetiba secara KEBETULAN sanggup bekerja dengan anwar.
dalam dok kerja dgn anwar tetiba secara KEBETULAN pergi jumpa najib.
dua hari lepas tu KEBETULAN kena liwat dgn anwar..KEBETULAN masa tu dia bawak KY jelly..

rupanya anwar ni pandai dalam tipu helah politik sahaja tapi tak boleh nak baca perangkap yang orang set up untuk dia.. btw orang macam anwar ni selepas bebas dari penjara ari tu aku rasa 24/7 orang sb dok perati dia. kenapa tak serbu masa dia buat kerja dgn china doll dan saiful ni? boleh jer kalau nak kenakan dia cought red handed with the pant down... tapi....
sekarang terpaksa la AG guna khidmat 'top lawyer' dan 5 hakim untuk bicara kes dia,KEBETULAN kerajaan sanggup berbelanja besar untuk membela buntut saiful.. negara kita will be respected more kalau kerajaan berusha bersungguh sungguh untuk selesaikan kes atlantuya atau Mh370 dan 17 atau fight betul betul dalam kes batu putih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 10:40 PM | Show all posts
bluemenx posted on 7-11-2014 09:20 PM
1998.. cam mana boleh liwat ? kondo pun tak siap lagi

Macai kata kesilapan teknikal..cer cek blk thread dlu macai2 bangang pertahan anwar meliwat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2014 10:45 PM | Show all posts
April posted on 7-11-2014 09:24 PM
jubur sexsepul cukup hot gamaknya hinggakan macai2 sexsepul defend sampai x bole beza benda logik  ...

Soalan paling asas kat macai pertahan bntot sepol..ada ka x meliwat ni??penembusan ke bntot pn xda??kite lihat peguam2 cari macai pertahan bntot berhujah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.228737 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list