BungaSaffron posted on 17-1-2014 12:17 AM
kan... rasanya ramai yang berminat ni, mesti dapat sambutan punya walaupun jual ikut 'jalan senyap ...
bayanganku berkembang jauh. Senyap2 ada yg cetak t-shirt trs. Ramai2 kita beli secara underground. Then one day, tetiba saja muncul sekumpulan manusia 1M (ala2 demo gitu), ramai2 memakai t-shirt kangkung, menari gabra dn menyanyi lagu lenggang kangkung beriringan kompang. Apakah personel penguatkuasa akan terkejut beruk? Semua yg memakai akan diarah menanggalkan baju trs, baju dirampas. Berlenggenglah lelaki2nya tapi tak terbayang pula kpd wanita2nya. Kemudian keluarlah arahan mengharamkannya, no t-shirt kangkung, no mckangkung, no kangkung what soever. Agak2 berlaku tak perisitiwa mcm tu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan 'kangkung' sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.
"Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung...(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.
"Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip 'supply and demand' (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu 'kangkung' yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.
Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.
Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.
"Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.
"Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.
Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan. - BERNAMA
member aku cerita- konsert sekolah anak dia - secara kebetulan dah plan buat tarian medley lagu2 lama...adalah lagu lenggang kangkung....
gurubesar suruh buang........
BungaSaffron posted on 17-1-2014 01:43 PM
hmm... saya boleh bayangkan perkara tu terjadi...
sedangkan orang yang buat video kangkung tu p ...
Iyakah kena tangkap? Being kreatif pun kena tangkap? Salahnya di mana? Ini dah tak adil. Sekali lagi undang2 M'sia akan jadi bualan di dunia. Lupalah sejenak isu kalimah Allah dn isu hangat harga bn, isu kangkung diutamakan, isu2 lain dikamuflagkan. Bijak, bijak.