Edited by nafizzz at 16-9-2025 10:59 AM
Kenali pokok kebangsaan MalaysiaUntuk pengetahuan, sejak 23 Ogos 2019, pokok Merbau telah dipilih sebagai pokok kebangsaan Malaysia.
Merbau atau nama saintifiknya, Intsia Palembanica dipilih sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan kekayaan biodiversiti negara.
Idea pokok kebangsaan telah dicetuskan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
Harapan mereka agar ia dapat membangkitkan semangat cintakan khazanah hutan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ia merupakan spesies daripada keluarga Fabaceae dan turut dikenali sebagai Malacca teak, borneo teak, moluccan ironwood, ipil, kwila dan mirabow.
Ciri-ciri pokok MerbauPokok terbabit bersaiz sederhana besar hingga besar dan berbatang lurus serta tumbuh hingga 50 meter tinggi. Ia juga berakar banir hingga 4 meter tinggi.
Merbau juga tumbuh di hutan tanah pamah terutamanya di pinggir sungai hingga ketinggian 1000 meter dari atas laut.
Menariknya Merbau merupakan pokok kayu keras tropika yang berkualiti tinggi. Manakala, spesiesnya pula boleh didapati secara meluas di seluruh Malaysia.
Di samping itu, kayunya juga tahan lama dan kalis serangan anai-anai.
Ketahanannya turut terbukti melalui penemuan artifak-artifak purba yang diperbuat daripada kayu merbau yang berusia hampir 900 tahun dan masih berada dalam keadaan kukuh di Gua Ago Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah.
Kayu pokok dijadikan pelbagai produkSelain itu, pokok tersebut juga digunakan sebagai bahan untuk membuat lantai seperti lantai kolam renang kerana ia tidak mudah rosak dan tahan kereputan.
Ia juga sangat sesuai dijadikan sebagai produk hiasan serta kelengkapan rumah seperti meja, kerusi dan hiasan taman kerana mempunyai bintik-bintik berwarna emas di sepanjang ira kayu.
Ingatlah, pokok Merbau adalah simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri, ekonomi serta kesejahteraan negara. Sama-sama kita menjaganya.
Sumner : Siakapkeli
|