|
Alaaaaaaa... mesti bunga tu
si Rusdi biang keladi tu yg anto.
mudah2an xada apa2 yg pelik
kena k ...
uda08_za Post at 27-12-2010 15:45
mesti lah ada pelik nya... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo…esok I ikut u pergi BPR k, boleh I report BPR esok.” Usik Lisa dengan sisa tawa nya.
Sori faszz.......
skrg BPR dah dipanggil SPRM
Shah ni kena soal siasat oleh Bhg Siasatan le gamaknya.
Apalah laporan palsu yg dibuat dek Rusdi tu ntah.
Dia yg xada intergriti saja nak menjahanamkan masa depan org lain
benci benci:@ |
|
|
|
|
|
|
|
ooo…esok I ikut u pergi BPR k, boleh I report BPR esok.” Usik Lisa dengan sisa tawa nya.
Sori ...
uda08_za Post at 28-12-2010 12:37
thanks uda.. fazss khilaf tuan rumah... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti rusdi wat pedajal sapai syah kena soal siasat ngan sprm |
|
|
|
|
|
|
|
suspen ni ape la tuduhan thadap shah ni nanti |
|
|
|
|
|
|
|
apa lah muslihat rusdi nak pekenakan
shah ni.......banyak betul idea jahat dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
wah..fazs...baru sempat jenguk arini..da dpt baby boy ye..bestnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk la rusdi ni! baik kau cari jalan nak baik ngan mastura tu.................. |
|
|
|
|
|
|
|
adeh ada saja prob shah dan lisa... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau Shah tak salah..tak kemana fitnah Rusdi tu...
mcm ye2 je ni kerja rusdi..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
ini mesti si Rusdi punya angkara..kesian En Hubby.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua... ini buah tangan baru untuk anda... hehehe
************************************
Hari demi hari, kehidupan mereka makin sibuk. Tapi yang paling nyata, Shah semakin sibuk. Pagi2 dia akan turun bersama Lisa seperti biasa, namun pulang nya agak lewat. Kerap kali juga Lisa perlu menelefon pemandu Mak Yah untuk mengambilnya di butik.
Ada juga hikmah butik nya berdekatan dengan pejabat Shah, hubungan mereka tidak terasing walaupun masing sibuk.
Air hujan turun dengan lebat nya. tanah yang telah basah kini semakin basah. Jika tidak ada rumput2 di halaman yang kosong pasti sudah berlopak halaman rumah itu. begitu lah idea di minda Lisa bergerak, semakin lama semakin banyak.
Lisa menanti Shah di ruang laman. Adam dibiarkan lena dengan Kira di ruang tamu. Mak Yah tiada, pergi menziarah Lina dan keluarga. Rindu kan cucu la tu.
Kunjungan jambangan bunga bertali arus tidak bernama. Apa yang pelik, budak penghantar berbeza2. Makna nya, setiap hari kedai yang di beli itu berlainan. Susah untuk kita menyiasat secara terperinci, bijak.
Kes arwah Karina pula kini semakin hangat. Masing2 ada spekulasi sendiri. Polis sendiri menjalankan siasatan mereka. Bagi Lisa, tunggu dan lihat sahaja.
Melihat kereta Shah muncul, Lisa tersenyum. Kesian En Hubby, pukul 7 baru sampai rumah.
“dear..nak minum petang ke?” Lisa sengaja mengusik sebetulnya Shah berjanji untuk minum petang bersama tadi. Shah tersengih.
“nak dinner apa malam ni?” Lisa bertanya, Shah yang asyik mengomol Adam dan Kira.
“tak masak lagi?” Shah tersenyum, macam tahu dahaga.
“thank you” Shah tersengih mencapai segelas air tembikai, terus di teguk. Lisa menggeleng melihat cawan yang tadi penuh tinggal kosong dengan sekali nafas.
“masak apa?”
“ala..lupa nak masak”
“itu la mama ni kan Adam, berangan kat luar tu sampai tak masak dinner..” Shah mengusik. Adam seolah faham tersengih bila di sergah.
“mesti la berangan… berangan sambil tunggu pakwe”
“pakwe??” Shah sudah menghampirinya, pura2 mencekiknya.
“u la dear…” Lisa pura2 tercekik, datang lah penyelamat wanita datang naik ke belakang papa nya.
“sedap tak dear..” Lisa menambah lagi nasi di pinggan En Hubby, ini sudah masuk 2 pinggan.
“super…u dah pandai buat gulai ikan masin. Good.” Shah sempat menaikkan isyarat ibu jari tangan nya. Lisa senyum puas. |
|
|
|
|
|
|
|
Kali kedua Shah perlu menghadap kakitangan SPRM. Hatinya tidak berasa gundah. Dia sudah berjanji menceritakan apa yang di ketahui termasuk maklumat sulit yang sepatutnya hanya dia sebagai pemilik tunggal yang tahu.
Ada gunting dalam lipatan. Itulah rumusan Shah. Namun semua masih samar walaupun hanya ada beberapa sahaja kemungkinan yang sedang berlaku. Di pihak Shah, hanya Lisa dan dia sendiri yang tahu apa yang di bicara kan di kamar SPRM. Orang lain tidak penting.
Pelbagai kes berlaku, kematian yang tidak di sangka semasa atau selepas siasatan. Semua tidak mampu di jangka. Sebagai pewaris utama hartanya, Lisa lah paling layak yang mengetahui segalanya supaya Lisa dapat melakukan apa yang perlu jika berlaku apa2.
Beberapa pegawai SPRM hadir ke pejabatnya. Selepas perbincangan kali ketiga, satu fail syarikat di bawa ke pejabat mereka. Projek Mahkota Square. Selaku subkontraktor tiada banyak yang perlu diragui, tapi entah mengapa SPRM lebih tertarik dengan nya berbanding Kontraktor Utama projek itu.
Dunia semakin bergelut. Laut yang bergelora pun tidak seteruk ini. jika terus begini, silap hari bulan maka tsunami di daratan la berlaku. Ramai yang lemas dalam oksigen. Mati beramai2 di tali gantung.
“dear..macam mana hari ini?” Shah mengeluh kecil, berat mulut nak mencerita lagi masalah yang semakin rumit.
“dear..” bahu Shah di rangkul mesra. Pipi itu di kucup. Tenang hati Shah. Lisa penguatnya. Lisa cahayanya.
“nothing much..same like before” Lisa mengangguk.
“maaf kan I sayang..” Lisa terkedu seketika. Tiba2 Shah bermohon maaf.
“kenapa?”
“I libat kan u pula memikir masalah ni” jelas Shah. Kendur rasa hati Lisa yang tegang tadi, ingat apa lah yang dah terjadi. Itu rupanya. Lisa menggeleng, senyum menggoda buat En Hubby. Bibirnya meraih bibir En Hubby .
“nak lagi..” keluh Shah. Lisa di tarik terduduk diribanya.
“not here..” Lisa mahu Shah melupakan sekejap masalah itu. Lisa memang tak mampu melenyapkan, tapi Lisa tahu dia mampu meringankan Shah. Agar Shah melaluinya dengan tenang.
Bulan berganti bulan. Sesi persekolahan baru menjelma, Adam yang galak nak berjalan pantang lepa hilang lah dia. Kira masih sibuk berbual dengan kawan2 nya. Lisa menanti Shah menguruskan pendaftaran dan pembayaran di kelas Kira.
“best yer mama dengan Adam ni bersantai” Shah memerli, kemeja yang dipakai sudah mula bertukar corak. Corak akibat peluh yang seperti air hujan mula bertimpa2. Lisa sengih melihat rupa Shah.
“dear…”
“yup…”
“seksi yer…” Lisa mengusik, Shah mencebik. Dia tahu Lisa mengusiknya.
“buat lah..malam nanti siap la, tak ada siapa nak tolong u sayang..” Shah mengugut.
“eleh..selama ini pun I siap kan..” tawa Lisa. |
|
|
|
|
|
|
|
“Adam kan ada…kan Adam kan..” Lisa mengacah Adam yang berjalan mendapatkannya.
Lisa menghampiri En Hubby yang termenung di balkoni bilik mereka. Shah agak terkejut dengan rangkulan Lisa. Lama sunyi bersama mereka. Saling diam dan menyepi. hanya menikmati saat2 bersama berdua.
“sayang..pagi tadi SPRM datang bagi report penuh tentang kes hari tu. Betul sangkaan I sayang. Ada orang dalam yang terlibat.”
“sapa?”
“pegawai kontrak I, melati. Kenal kan?” Lisa mengangguk. Wanita itu pernah ditemui beberapa kali tapi mereka jarang bercakap.
“tapi masih ada lagi yang dalam siasatan. Mungkin ada penangkapan baru lagi”
“apa kena mengena dengan Melati?”
“Melati yang dakwa I tentang projek tu, dia kata I ambik rasuah dalam material on site. I never do that. Dia claim I approve material yang lain dari BQ.” Shah mengeluh. Berat mana dia harus gagah.
“apa kepentingan dia buat macam tu?”
“itu I tak faham sayang..i tak berani nak cakap apa2 pada sesiapa” lisa faham situasi nya. terlalu sukar untuk menjangka hati manusia sekeliling kita.
“so sekarang?”
“buat masa sekarang mereka sedang siasat dia dalam diam. Mereka cuba merungkai semua ini. Polis yang siasat kes arwah telefon pula tadi tengah sibuk2 dengan pegawai tu. I suruh je la dia datang pejabat. Habis aje sesi dengan SPRM masuk pula polis.” Shah tergelak kecil mengenang kisah nya hari ini.
“hari ini, hari untuk pegawai kerajaan” Shah menambah, Lisa turut tertawa.
Perbualan mereka terhenti, ada ketukan pintu. Kira memanggil papanya, masa untuk tidor. Sebelum tidor mereka berdua akan membaca surah2 pendek bersama. Amalan baru untuk Kira semaikan dalam dirinya. Lisa turun mengangkat Adam yang terlena di bawah bersama Mak Som di bawa ke katil nya yang masih di bilik Lisa dan Shah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 852# fazusan
dalam siasatan.. nanti fazss tolong telek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 851# nallepooh
biasalah..semua ambik masa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 850# beena
heehehhe..sejuk2 ni agak beku skit minda.. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ada jugak n3... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply beena
heehehhe..sejuk2 ni agak beku skit minda..
fazss Post at 29-12-2010 11:33
tempat juliet ni pun sejuk....mendung tak hujan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|