|
Reply #573 PrincessFiona's post
dah..amik tiket gi langkawi jan ni..return 88.67..then apr, gi kk return 150..ok la kot..saje je nak test air asia hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #577 stargate's post
hello kengkawan..
untuk stargate jangan beli dulu yang return tiket ..
sebab nanti kalau nak tukar tiket kena cas denda pertukaran tiket.. RM50 satu tiket per person.. pastu kena bayar perbezaan harga lagi.. mahal jadinya..
so tunggulah nanti biler dia dah bukak tempahan untuk julai dan ada promosi baru beli
dan untuk mummydaddy
tak perlu risau ttg bayi yang dalam kandungan tu.. nanti bila dah kuar baru amik tiket untuk dia.. tapi tiket untuk mummy nya perlu diambil awal bagi mengelakkan tiket menjadi semakin mahal.. tiket untuk infant atau bayi hanyalah insuran dalam rm30 jer..pastu harga dia memang tak da promosi.. jadi tak rugi kalau 2 atau 3 hari lagi nak naik flight baru amik insuran untuk bayi.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #580 labu0202's post
ooo, boleh ye nanti beli utk infant saja... ok tqvm |
|
|
|
|
|
|
|
eenaz pun dah booking gie langkawi feb29...total 267...oklah kot....(me.hubby,my son).... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 3-2-2007 03:02 AM
credit : tyrande_81
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=253629
AirAsia concept dan Malaysian attitude
Bleh dikatakan tiap2 bulan aku balik PEN ngan flight AirAsia. Sbb dah bias ...
Rasanya antara sbb dorang nak keluar awal ialah selagi kita ada dlm flight kita masih kena berwaspada, mcm yg terjadi bulan lepas , tak ingat kat mana ( luar negara) , flight dah landing, pastu terbakar, so sesapa yg lambat dlm bahaya. Ini cuma pendapat saya, tapi apa yg anda ckp tu memang benar. sumer nak berebut2, buat malu je. |
|
|
|
|
|
|
|
At Last:Air Asia X to Aus n China,Anytime Soon
to china ( tianjin chengdu)
to australia ( avalon,gold coast,newcastle)
komen? ada more latest news? |
|
|
|
|
|
|
|
aku d lama na g goldcoast, kalau betul dia org ada buat cheap flight...berbaris 3-4 hari pun aku sanggup...tp dia org pakai online bbooking ke? |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhhh...bape tambang? |
|
|
|
|
|
|
|
i had the video. announcement frm tony.. wish boleh paste kat sini.. tp too bad lah.. nak cilok frm d intranet pn tak leh.. |
|
|
|
|
|
|
|
stkt info aku tau..hrga dia kurg lebih mcm full airlines..seat di upgrade. first departute this yr. mana satu start dulu,bergantung kpd mana satu selesai paperworks berkaitan.
avalon( near melbourne)
g coast (near brisbane)
newcastle( near sydney)
hopefully pas ni ada ke,new zealand.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..interesting...cant wait for it.....hopefully affordable la... |
|
|
|
|
|
|
|
...bestnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat gold coast - mesti flight tu turun kat collongata |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 JFK's post
d 1st acrft yg sampai last sunday ni lease. for 6 yrs, frm AWAS (forgot la AWAS ni stadn for wat).
they're buying 15 A330-300. lagi aku tk ingt dah.. hehe...
nanti aku try carik pictures last sunday tuh n tampal kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by geenie at 18-9-2007 09:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
SEPANG: Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X, yang menerima pesawat Airbus A330 pertamanya kelmarin, kini bersedia meluaskan operasi dengan menyediakan perkhidmatan ke China dan Australia.
Mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 12.25 tengah hari kelmarin, pesawat itu adalah yang pertama daripada 15 unit yang dijangka dibeli AirAsia X daripada Airbus, bernilai RM7.2 bilion dalam tempoh lima tahun dengan opsyen mendapatkan 10 unit tambahan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani, berkata syarikat juga bercadang memperoleh pesawat Airbus A340 yang dilengkapi empat enjin, sebelum Jun tahun depan bagi menjayakan hasratnya menawarkan khidmat penerbangan tambang murah ke Britain.
Penambahan laluan ini selaras peningkatan permintaan serantau terhadap perkhidmatan penerbangan tambang murah dan AirAsia X mahu memberi keupayaan kepada lebih 600 juta penduduk Asia menjelajah dunia.
"Kami akan memulakan perkhidmatan ke China dan Australia sebaik saja memperoleh Sijil Pengendali Perkhidmatan Udara daripada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA). Kami akan bermula dengan lima penerbangan ke China dan empat ke Australia seminggu.
"Ini hanya permulaan dan kami merancang memperkenalkan destinasi baru seperti ke Britain, India, Korea, Jepun dan Bahrain serta Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Asia Barat," katanya kepada Berita Harian pada majlis sambutan ketibaan pesawat A330 itu, kelmarin.
Hadir sama menyambut ketibaan pesawat yang diterbangkan dari Louisianna, Amerika Syarikat menerusi Honolulu dan Guam oleh Kapten Omar Shuib itu ialah Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Tony Fernandes serta kira-kira 30 kakitangan AirAsia.
Pesawat yang dipajak daripada Ansett Worldwide Services (Awas) untuk enam tahun itu dinamakan Semangat Sir Freddie sempena Sir Frederick Alfred Laker iaitu bapa perkhidmatan penerbangan tambang murah yang mengasaskan Laker Airways pada 1966.
Pesawat dengan cogankata `Now Everyone Can Fly Xtra Long’ tertera pada sisinya itu dijangka membuka peluang kepada golongan berpendapatan sederhana melancong ke destinasi lebih jauh tanpa berbelanja besar.
Azran berkata, pelancong di Asia kini boleh menggunakan penerbangan AirAsia untuk datang ke sini bagi mendapatkan perkhidmatan AirAsia X untuk perjalanan jarak jauh, malah penduduk golongan pertengahan Australia dan China juga kini mampu melancong ke Malaysia.
"Keupayaan AirAsia X menjimatkan kos operasi membolehkan kami menawarkan tambang murah dan pendekatan syarikat menggunakan Airbus saja dalam angkatan pesawatnya mengurangkan kos penyelenggaraan serta alat ganti.
"Pesawat biasa A330 hanya mempunyai 315 kerusi tetapi A330 yang digunakan AirAsia X diubah suai bagi memuatkan lebih 390 penumpang dan ini menjimatkan kos serta membolehkan tambang dikurangkan sehingga 50 peratus lagi," katanya.
Kelas ekonomi pesawat A330 lazimnya mempunyai masing-masing dua kerusi pada baris sisi dan empat kerusi di barisan tengah tetapi A330 milik AirAsia X diubah suai kepada tiga barisan masing-masing dengan tiga kerusi.
Azran menjelaskan, A320 hanya boleh digunakan bagi destinasi yang masa penerbangannya empat atau lima jam manakala keupayaan penerbangan A330 ialah antara lapan hingga sembilan jam dan A340 pula boleh digunakan untuk penerbangan jauh memerlukan lebih 12 jam.
Katanya, selain mengurangkan kos operasi, AirAsia X juga meningkatkan kekerapan masa penerbangan selama antara 17 hingga 18 jam bagi setiap pesawat berbanding 12 jam yang ditetapkan syarikat penerbangan biasa.
Sementara itu, Fernandes yakin AirAsia X mampu berkembang berdasarkan permintaan bagi penerbangan tambang murah dan kesungguhan kakitangan syarikat itu merebut peluang pasaran. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so tahun depanlah boleh beli ticketnyer?baru jer kapal terbang yg diperkenalkan....tempahan ticket belum bole di buat lagi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 geenie's post
bukan beli kot..dorg pajak tu..kalo x leh bayar...depa gadai CEO depa..kuihkuihkuih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|