CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rinafarha1709

umrah II

 Close [Copy link]
Post time 12-6-2008 10:43 AM | Show all posts

Reply #832 lemons's post

lemon... bawa budak2 ni memang seronok. kadang2 menguji kesabaran jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 10:47 AM | Show all posts


1 bungkus 1 riyal, mewahkan. Kalau kat Malaysia 1 biji roti RM0.60
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:56 AM | Show all posts

kenalan baru

assalamualaikum semua,
saya silent reader kat sini..hari2 mesti nak visit thread ni..baik siang mahupun malam...
terima kasih pada semua yg aktif berkongsi cerita, pengalaman & gambar2..
terima kasih byk2.

insyaAllah saya & suami akan menunaikan umrah buat pertama kali tak lama lagi..
memandang saya mengandung 2ndtrimester, dr tak bagi suntik, hanya surat pengecualian dikeluarkan.
gynae (muslim) pulak tak galakkan pergi, khuatir kena penyakit di sana.
Tapi saya nekadkan jua, agar dipermudahkan sepanjang beribadah nanti.

bahaya ker kalau pergi tanpa suntikan?
ada masalah tak nanti kat airport jeddah/hotel?

mamakim
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 12-6-2008 08:45 AM


Terima kasih Mas, Hanni lupa nama perkiburan tuh. Jabal Rummah tu, tempat pasukan pemanah masa Perang Uhud tu kan? Jap hanni dh mula konfius Hanni pun naik gak Jabal tu, tapi ha ...



Jabal Uhud tu lg tinggi....kira setentang ngan Jabal Rummah...
saya beli buah hawa kat area sini laa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #799 Hanni's post

kepala saya pun kena....sebab ada org cakap nk minta doa pjg2 sujud ja..kalau derang tgk kita berdoa sambil duduk, cepat ja derang halau keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:01 AM | Show all posts

Reply #811 aziefa's post

kak azie ...ada pembetulan..Jabbal Rummah...tu tempat pasukan pemanah..
Jabal Rahmah tu mmg pertemuan Adam dan Hawa....tp tak dpt dipastikan kesahihannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2008 11:05 AM | Show all posts

Reply #843 mamakim's post

salam perkenalan....

Alhamdullillah.....mama dan suami dijemput Allah..lemon doakan semoga semuanya akan berjln dgn baik...
tapi tentang suntikan tu lemon memang tak pasti kalau kita tak amik ada apa2 side effect tak?

Tapi lemon cukup yakin dgn ungkapan ini"Sesungguhnya Allah yg telah menjemput kita dan tentunya sesekali Dia tidak akan menyusahkan hambanya..InsyaAllah"
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:14 AM | Show all posts
Originally posted by Hanni at 12-6-2008 09:57 AM
hanni nk mintak bantuan, sesiapa yg blh citerkan tentang tempat atau kisah2 sejarah masa zaman nabi.

1. Berkaitan Masjid Quba..
2. Peperangan Uhud (citer ttg pasukan pemanah, dan syahidnya Sa ...



Hanni....saya terkilan la....sebab saya tk bawa tape recoder...kalau tak senang nk citer...nk buat catitan lambat.....
Perang Uhud tentera Islam syahid 76 org kalau tak salah. Saidana Hamzah bapa saudara Rasululah mati dlm peperangan ni di bunuh oleh Wasyhi ke nama dia di upah oleh Hendon, dada di belah, hatinya di ambil. @ org tu akhirnya memeluk Islam, tp Rasulullah tak suka kepada Wasyhi (betul kan saya kalau sapa tau nama betul dia).

Jabal Rummah yg menjadi pasukan pemanah tu mmg bukit yg kecik tu....

(kena buka buku sejarah balik ni....)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by mamakim at 12-6-2008 10:56 AM
assalamualaikum semua,
saya silent reader kat sini..hari2 mesti nak visit thread ni..baik siang mahupun malam...
terima kasih pada semua yg aktif berkongsi cerita, pengalaman & gambar2..
terim ...

emmm...bestnya kat sini..kita ada byk mama...mama_twins...mama kim...kita ada mama rina..oopsss...untie rina..hee..heee
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #846 Mas916's post

Memang betul...
Jabal Rummah tu memang tempat atau bukit tempat Pasukan Pemanah Pemanah..
Jabal Uhud itu ialah  kumpulan atau kawasan bukit bukit disitu..termasuk Jabal Rummah.
Saya sebut keseluruhannya Bukit or Jabal Uhud.
Betul lah Mas..

[ Last edited by  aziefa at 12-6-2008 11:23 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:28 AM | Show all posts
Saya paste kan di sini mengenai perang uhud. harap ianya boleh membantu.

Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud.

Pihak Quraisy keluar dari Makkah dengan gerombolan tentera seramai 3000 orang termasuk para penyokongnya. Pihak Muslim pula keluar dari Madinah di bawah seliaan Nabi Muhammad s.a.w seramai seribu orang sahaja. Walau bagaimanapun, Abdulah bin Ubai (ketua suku Khazraj) bersama tiga ratus orang yang lain telah menarik diri di tengah perjalanan mereka.
Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.

Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.
Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud"
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by mama_twins at 12-6-2008 10:47 AM
http://i90.photobucket.com/albums/k266/mama_twins/roti.jpg

1 bungkus 1 riyal, mewahkan. Kalau kat Malaysia 1 biji roti RM0.60

aha...kat sana best kan mama_twins....roti dia besar2...

ada sekali tu mak lemon tak der selera nak mkn so dia suruh lemon belikan roti..
lemon pun turun bawah then beli la roti kat kedai tu..bila bawak balik mak punya la gelakkan lemon sebab roti tu sebesar bantal.....

kitaorg habiskan 3 hari 3 mlm roti ni...

Lagi satu kalau beli roti canai dia pun bestkan...kita cuma perlu beli kuah dia jer..pastu dia akan tanya kita nka roti berapa??5..10..15....free jer ....tak mcm kat sini beli roti dpt kuah free...kat sana beli kuah dpt roti free....

Murah betul harga tepung derang agaknya ya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #851 bayangan_rindu's post

terima kasih byk2 bay atas posting ni...kisah2 ni memang mengingatkan kembali sejarah2 para2 nabi dan sahabtnya....

Cerita ni ingat2 lupa la ...dah lama tak bukak buku2 sejarah islam ni...masa2 sekolah dulu jer...

Kene bukak balik buku nampaknya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #842 mama_twins's post

murah sebab roti adalah makan ruji orang kat sana. kat mesir pun sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #853 lemons's post

sama sama lemon.. cut & paste je maklumat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 11:52 AM | Show all posts

Reply #854 bayangan_rindu's post

tapi kat M'sia nasi makanan ruji...tapi beras mahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2008 11:54 AM | Show all posts

Reply #843 mamakim's post

Selamat berkenalan mamakin. kakak dulu begitu juga menjadi silet reader saja, malu nak masuk rumah ni.. Tapi bila dah mula masuk dan ramai yang sehati sejiwa, dah payah pulak nak berhenti.

Kita semua disini berforum umpama sebuah keluarga, sambil bercerita, bergurau, menjalin silaturahim dismping meperolehi ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:05 PM | Show all posts
saya ada terbaca dalam sebuah buku Kitab Sirah Rasulullah s.a.w terjemahan dari tulisan Syeikh Muhammad al Khudhori Bik Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al Athor terjemahan oleh Ustaz Hj. Mohd. Asri hj. Hasyim....

Rasulullah s.a.w boleh melihat pada malam hari sebagimana baginda melihat pada siang hari..... dan baginda juga boleh melihat orang yang berada dibelakangnya.

Sungguh hebatkan...  kerana baginda adalah orang yang terpilih oleh Allah s.n.t.

pasukan tentera sekarang akan mengguna peralatan "night vission" utnuk berperang di malam hari.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #851 bayangan_rindu's post

tq br.....

saya rasa sapa nk umrah tu elok baca sket pasal sejarah Islam...tak la blur2 mcm saya..terpaksa dok menegkor ustaz ja nk dgr story....

selalu ustaz igtkan , kita dtg ziarah bukan nk suka2, tp nak ambik pengajaran dr kisah2 Nabi dulu....

tgk Gua Thur' nun di atas sana...YA Allah..mcm mana la Asmah anak Saidina Bakar dok ulang alik naik hantar makanan...tinggi jugak tuh...

masa Sa'e uihshh...jauh jugak...teringat Siti Hajar ulang alik cari air....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2008 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by mamakim at 12-6-2008 10:56 AM
assalamualaikum semua,
saya silent reader kat sini..hari2 mesti nak visit thread ni..baik siang mahupun malam...
terima kasih pada semua yg aktif berkongsi cerita, pengalaman & gambar2..
terim ...


Salam perkenalan mamakim.
Lpsn ni aktif2kan lah diri kat sini ye. Kat sini, ramai yg berpengetahuan dan berpengalaman tentang ibadah umrah dan suasana di Tanah Suci. Kalo tanya, insyallah ada yg akan jawapkan soalan mama tu. Diorng ni sume x pernah lokek berkongsi pengalaman. Hanni pun dulu silent reader je. Tapi bila dh mula first posting, terus addicted dan melepak kat sini. Sehari x masuk, ibarat x lengkap hidup.. rindu dgn kaum kerabat kat sini

Insyallah hanni doakn ibadah umrah mama dan suami diberkati, dan dipermudahkan Allah. Pengalaman beribadah dan ziarah ke Tanah Suci mmg tak sama dgn pengalaman melancong kat tempat2 lain. Trust me...!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.109730 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list