|
Kelantan Lupus Cukai Hiburan Ke Atas KAFA
February 7, 2013
KERAJAAN Kelantan hari ini bersetuju untuk melupuskan cukai hiburan yang dikenakan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi tahun lepas yang dianggar berjumlah RM300,000. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Datuk Ab Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak mengenakan cukai itu kepada Kafa bagi tahun ini. |
|