CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia

   Close [Copy link]
 Author| Post time 13-9-2010 06:51 AM | Show all posts
Misteri Kehilangan Sosilawati: Bunuh, bakar, buang


2010/09/13


      ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.


Abu mayat ditabur ke sungai bagi hapus bukti pembunuhan

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2010 06:52 AM | Show all posts

LELAKI yang dipercayai seorang peguam bergelar Datuk (kanan) yang menjalankan amalan guaman di sebuah firma di Banting dan tiga lagi suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Abdul Nazir Mohamed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2010 06:52 AM | Show all posts
KRONOLOGI: Kes bunuh, bakar Sosilawati dan tiga individu lain


2010/09/12
6 September 2010

Media melaporkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos lalu selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya.
7 September

Dua kereta BMW, masing-masing dengan nombor pendaftaran WTL 11 dan AAJ 5, milik Sosilawati dan Ahmad Kamil ditemui. Kereta Sosilawati ditemui di Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah, Subang Jaya; manakala kereta Ahmad Kamil ditemui di hadapan Hotel Dorsett di SS12, Subang Jaya.

Keluarga Sosilawati menafikan mangsa membawa wang RM4 juta.

8 September
Polis melaporkan Sosilawati dan tiga individu lain masih dalam negara. Sosilawati mengunjungi kedai Fazz Enterprise Kerepek House di Kampung Sungai Lang, Banting pada jam 4 petang, 30 Ogos lalu.

Noorhisham pula menghubungi isterinya untuk memaklumkan beliau tidak akan pulang tiga hari melalui telefon pada malam 30 Ogos.

9 September

Media melaporkan Sosilawati disembunyikan di lokasi rahsia oleh kumpulan tertentu kerana perselisihan perniagaan dan kewangan.

10 September

Kehilangan Sosilawati dilaporkan didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Polis menahan lima suspek berhubung kehilangan empat mangsa itu.

11 September

Polis menemui lokasi empat mangsa itu dibunuh dan mayat mereka dibakar di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting. Polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya.

Polis mengesahkan Sosilawati, Ahmad Kamil, Noorhisham dan Kamaruddin dipukul sampai mati, mayat mereka dibakar di Ladang Gadong, sebelum abunya dibuang ke dalam sungai. Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2010 08:36 AM | Show all posts
KRONOLOGI
Kes pembunuhan kejam di Malaysia

23 Julai 1993

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris hilang hampir tiga minggu sebelum ditemui mati dibunuh di Raub. Mayat tokoh politik dan ahli perniagaan itu ditemui dikerat 18 bahagian dan ditanam dalam stor di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong.

18 Jun 2003

Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.

25 Disember 2003

Mayat eksekutif muda dan model sambilan, Noritta Samsudin, 22, ditemui mati dengan kedua-dua tangan diikat ke belakang, leher dijerut, mulut disumbat dan kakinya juga diikat. Beliau disyaki dirogol sebelum dibunuh di rumah sewanya yang terletak di kediaman mewah di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas.

27 November 2006

Wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

17 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang melampau.

5 Januari 2010

Empat sekeluarga ditemui mati dalam keadaan mengerikan selepas dibunuh oleh cucu sendiri, Rasidi Ismail, 32, di dalam dua rumah di Kampung Batang Rokan di Gemencheh, Tampin. Mayat Atan Daud, 90, ditemui dalam keadaan putus tangan kiri di sebelah mayat isterinya, Sufiah Keatas, 80, yang putus tangan kanannya, selain menantu, Ismail Awang, 76 dan cucunya, Siti Khadijah, 22.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 09:18 AM | Show all posts
harap2 sosilawati punya kes tak masuk database sini isk isk
mala0n Post at 7-9-2010 10:27



    hmm...i spoke too soon

al fatihah utk keempat2 arwah
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2010 07:00 PM | Show all posts
macam macam kes terkeluar.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-9-2010 11:40 AM | Show all posts
Pemandu teksi dihukum gantung

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
[email protected]


Mohd. Fadzli Azri Jamil dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas ia dijatuhkan hukuman gantung di Mahkamah Shah Alam semalam. – Utusan/ Asmaruddin Jamaluddin

SHAH ALAM 22 Sept. – Tujuh bulan selepas Syafiah Humaira Sahari, 3, mati akibat ditendang dan dipijak, pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil hari ini dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh kanak- kanak itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki memutuskan demikian hari ini selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan melalui saksi-saksinya termasuk tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mohd. Fazli yang menerima hukuman mati sebagai ‘hadiah’ hari lahir ke-28 tahun hari ini dilihat bersahaja sebaik sahaja mendengar hukuman itu.

Dia masih sempat melemparkan senyuman kepada ahli keluarga dan saudara-mara yang hadir mengikuti prosiding.

Ibunya, Nur Haziah Yusof, 52, bagaimanapun tidak dapat menahan kesedihan dan terus meraung sekuat hati sambil memeluk erat tertuduh sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

“Kau tak salah, mama yang salah, biarlah mama mati,” raung wanita itu sebelum terduduk.

Suasana bertukar agak hiba apabila beberapa ahli keluarga yang lain turut menangis sambil berusaha menyedarkan Nur Haziah manakala sebahagian lagi saling mententeramkan antara satu sama lain.

Mohd. Fazli semasa dibawa keluar dari bilik bicara sempat menoleh ke arah petugas media sambil tersenyum dan berkata dengan nada sinis; “Terima kasih wartawan semua, terima kasih.”

Sementara seorang adik lelaki tertuduh memarahi jurugambar-jurugambar media serta memberi amaran agar tidak cuba merakamkan gambar ibunya yang sedang dipapah keluar.

Terdahulu, Mohtarudin berkata, penilaian secara maksimum beliau terhadap keterangan pembelaan mendapati cerita yang mendakwa mangsa jatuh dan kepalanya terhantuk di dinding tandas pada pagi hari kejadian tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

Katanya, kejadian itu tidak pernah dimaklumkan tertuduh kepada sesiapa yang dikenalinya, begitu juga dakwaan bahawa mangsa muntah-muntah selepas diberi ubat yang dibeli dari sebuah kedai jamu.

“Keterangan pakar patologi dan seorang lagi doktor mengesahkan bahawa kecederaan yang dialami mangsa tidak selari dengan kecederaan akibat jatuh daripada motosikal atau jatuh di tandas. Malah, cerita yang diberitahu adalah berbeza,” katanya.

Menurut Mohtarudin, fakta Mohd. Fazli mampu memandu teksi ke padang bola sepak dan memandu pulang ke rumah tidak konsisten dengan keadaan orang mabuk selain keterangan empat saksi pendakwaan jelas menunjukkan tertuduh adalah waras.

Katanya, kegagalan pihak pembelaan menyoal balas saksi-saksi itu tentang keadaan Mohd. Fazli semasa berada di padang bola sepak dianggap sebagai penerimaan fakta walaupun tertuduh mendakwa tidak ingat apa-apa selepas mengambil ganja dan dua botol minuman keras.

“Kedudukan undang-undang adalah jelas bahawa mabuk atau khayal secara sengaja atau akibat perbuatan sendiri tidak dianggap sebagai pembelaan.

“Perbuatan tertuduh menghempas pintu teksi, memijak mangsa dengan kasut bola tidak boleh diterima sebagai satu perbuatan yang tidak ada niat untuk membunuh,” katanya.

Mohtarudin turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak pendakwaan, pembelaan serta semua yang terlibat kerana dapat menyelesaikan perbicaraan kes tersebut dalam masa yang singkat.

Mohd. Fazli didakwa membunuh Syafiah Humaira di sebuah padang bola sepak, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat sini pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Dia yang diwakili peguam Gurbachan Singh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, Hanim Mohd. Rashid dan Zureen Eina Mohd. Dom.

Sejak kes itu dibicarakan mulai 7 Jun lalu, 33 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan. Sementara pihak pembelaan menampilkan tiga saksi termasuk Mohd. Fazli yang memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Sementara itu, ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, yang juga teman wanita tertuduh semasa ditemui pemberita memberitahu, dia tidak dapat menerima keputusan itu.

“Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang penyayang dan dia sayangkan Syafiah,” katanya.

Syafiah Humaira merupakan anak kedua Siti Nurhanim, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan membunuh.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:45 AM | Show all posts
Just wonder, nape ibu budak tu xnak kena tuduh sama... Kes bsubahat ngan ttuduh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-9-2010 03:16 PM | Show all posts
He spent his way to a jail term
0 Comments | New Straits Times, Jun 13, 2006

THE story in this paper about an accounts clerk who was charged in a Kuala Lumpur court on Friday with cheating his employer of RM41 million was mind-blowing.

According to the report, Ong Kheng Hoe, 37, was charged with 60 counts of using forged documents to cheat his employer, Meridian Asset Management Sdn Bhd, in the three years between June 20, 2002 and April 18, 2005.

He was accused of siphoning funds which were allegedly from investments by Malaysia Assurance Alliance Life, Malaysia Assurance Annuity and Kumpulan Wang Amanah Pencen.

What makes the case so riveting is the amount of money involved. It makes us wonder about so many things and the underlying possibilities.


But the trial has yet to begin, and until it is over, it would be unfair and out-of-place to raise anything that could amount to prejudging the case.

The episode, however, brings back memories of a starkly similar - and certainly more colourful - story that occurred about 16 years ago, also in Kuala Lumpur.

It concerned a 25-year-old bank officer named Aman Shah Ahmad, who faced seven charges of siphoning RM4.01 million from Hock Hua Bank.

He was accused of dishonestly instructing the Bank Negara fund and transfer system (SPEEDS) to transmit the money into his account in Bank Bumiputra.

The most bizarre thing about the case was the testimony on how Aman Shah had led such an extravagant lifestyle. This playboy image easily gave him away.

He bought seven luxury cars worth RM3.118 million within three months - a Mazda Savanna worth RM105,000; a Mercedes Benz 300E (RM182,000); a Porsche 928 S4 (RM638,000); a Lamborghini Countach (RM1.272 million); a Porsche Carrera 4 (RM350,000); a Mercedes Benz 300 SL24 (RM502,500); and, a BMW 320i (RM68,000).

All the cars, except the BMW 320i, were registered under his name. And all the cars, except the Porsche, were paid for in cash. The Lamborghini Countach, Porsche Carrera 4 and Mercedes Benz 300 SL24 were specially flown in from London.

To give a better perspective on these purchases, a Proton Saga at that time cost only about RM30,000.

Aman Shah was eventually found guilty by the Sessions Court and sentenced to five years' jail.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 07:57 AM | Show all posts
Penganggur bunuh model sambilan dihukum mati


2010/09/29

ALOR SETAR: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah membunuh seorang model sambilan di Bandar Amanjaya, Sungai Petani, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani A Rahim ketika menjatuhkan hukuman itu semalam, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

Tertuduh, Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 26, di rumah nombor 180, Jalan Anggerik 1/7, Bandar Amanjaya, Sungai Petani antara jam 12.01 pagi hingga 7.15 pagi pada 4 Mei 2004.

Zamani berkata, dalam keterangan membela diri tertuduh mendakwa dia menikam Mohamad Azhary akibat terkejut, panik dan marah kerana mangsa cuba meliwatnya ketika sedang tidur pada malam kejadian di rumah berkenaan.

Katanya, tertuduh mendakwa pada malam kejadian dia tidur di rumah itu sebelum mendapati mangsa memegang perutnya dan merapatkan badan kepadanya hingga dia dapat merasakan ketegangan pada kemaluan mangsa.

“Mangsa kemudian melucutkan seluar yang dipakai Ismawi hingga menampakkan bahagian punggungnya menyebabkan tertuduh panik lalu mengambil sebilah pisau rambo dan berlaku pergelutan.

“Tertuduh mendakwa dia tidak sedar apa yang berlaku ketika itu,” katanya.
Zamani berkata, berdasarkan hasil bedah siasat terdapat 27 kesan kecederaan pada badan si mati, termasuk dua kesan tikaman pisau rambo yang dalam pada dada mangsa.

Katanya, mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan memutuskan tertuduh bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sebaik saja hukuman dijatuhkan Ismawi yang berseluar hitam dan berkemeja-T putih menundukkan muka.

Tertuduh diwakili peguam C P Ang, manakala pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2010 07:58 AM | Show all posts
Reply 850# Syd


Penganggur bunuh model ke tali gantung Oleh SHAH NIZAM OMAR
[email protected]

ISMAWI dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Azhary (gambar kecil).



ALOR SETAR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam apabila dia didapati bersalah membunuh seorang model sambilan di Sungai Petani enam tahun lalu.

Ismawi Ishak, 25, dituduh membunuh Mohamad Azhary Mohamed Osman, 32, pada 4 Mei 2004 di antara pukul 12.01 hingga 7.15 pagi di rumah bernombor 180, Jalan Anggerik 1/7, Bandar Aman Jaya, Sungai Petani.

Ketika Hakim Datuk Zamani A. Rahim membacakan keputusan tersebut, tertuduh dilihat menundukkan kepala dan kelihatan tenang manakala kakak tertuduh pula menangis

teresak-esak.

Pendakwaan terhadap Ismawi dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Zamani berkata, semasa tertuduh memberi keterangan membela diri, dia gagal membuktikan dia berada dalam kemarahan yang melampau atau tindakannya itu kerana cubaan untuk membela diri.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2010 03:39 PM | Show all posts
sedih gler baca pasal Juliana...alfatihah buat arwah..

btw..ni kes bila ek..dah dapat tangkap ke  ...
dujuan Post at 5-9-2010 19:01



    kes ni dah selesai...pesalah dah dijatuhi hukuman gantung...bole pegi ke link blog kawan arwah http://sazwan57.blogspot.com/search/label/ArwAh%20jULIAnA ttg perjalanan kes, wajah arwah serta wajah si pembunuh..memang sedih
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 03:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by clavriene at 1-10-2010 14:38

menarik untuk dikongsi...tadi saja2 masuk youtube dan cari berita tv3..x sangka dpt snippets of old news psl tragedi2 di malaysia yg di sebut spanjang thread ni..

Kebakaran Kilang Light Sparkles (1991)

http://www.youtube.com/watch?v=9sqP6J8TDS4&feature=related

Tragedi Terminal Feri Runtuh (1988)
http://www.youtube.com/watch?v=-RPCL6570nI&feature=related

Tragedi Helikopter Terhempas Di Damansara (1997)
http://www.youtube.com/watch?v=c5tfuDdsWWs&feature=related

Tragedi Highland Towers (1993)
http://www.youtube.com/watch?v=_SxMfNejrzU&feature=related

Nahas Pesawat MAS di Tawau (1995)
http://www.youtube.com/watch?v=SvEW84SrMao&feature=related

Bencana Ribut Greg (1996)
http://www.youtube.com/watch?v=Ow9c4jmZuV0&feature=related

Banjir Lumpur Di Pos Dipang (1996)
http://www.youtube.com/watch?v=adznKhlzvWI&playnext=1&videos=ulMNHVJUr5s&feature=mfu_in_order

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 06:04 PM | Show all posts
CPO Terengganu: Peguam Negara arah inkues kes bunuh jururawat
July 05, 2010

KUALA TERENGGANU, 5 Julai – Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata satu inkues akan diadakan dalam tempoh terdekat berhubung kes bunuh seorang jururawat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) lima tahun lepas.

Beliau berkata inkues itu dibuat selepas mendapat pandangan dan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya yang meneliti kertas siasatan kes tersebut.

“Semasa inkues itu nanti ramai saksi akan dipanggil termasuk keluarga mangsa, rakan sepejabatnya serta enam orang yang pernah ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang antara lain memetik keluarga Norhayati Awang sebagai mendakwa polis telah menutup kes pembunuhan jururawat itu.

Menyangkal dakwaan tersebut, Mohd Shukri berkata pihaknya tidak pernah berbuat demikian, malah telah menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji semula siasatan kes itu.

“Polis telah melakukan siasatan sebaik mungkin mengikut peruntukan undang-undang,” kata beliau.

Katanya sepanjang siasatan kes itu polis telah menahan reman enam orang berdasarkan maklumat yang diberikan oleh keluarga dan orang awam, namun tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tersebut.

Dalam kejadian pada 13 Ogos 2005 lepas, Norhayati, 29, ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan lehernya dikelar dan ditikam berkali-kali selepas dipercayai bergaduh dengan kenalan lelakinya di pekarangan hospital berkenaan.

Mayatnya yang berlumuran darah ditemui di tempat duduk sebelah pemandu kereta Perodua Kancil pada pukul 9 malam.

Sementara itu, mengulas mengenai bilik media tersebut, Mohd Shukri berkata ianya bertujuan memberi keselesaaan kepada petugas media yang datang membuat liputan di IPK selain melambangkan hubungan erat antara media dan polis.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan media agar membuat laporan yang seimbang berkenaan tugas polis agar masyarakat lebih menghormati pasukan itu dan tidak hanya tertumpu kepada isu-isu sensasi. – Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:26 PM | Show all posts
CPO Terengganu: Peguam Negara arah inkues kes bunuh jururawat
July 05, 2010

KUALA TERENGGANU, 5  ...
cik_Sally Post at 3-10-2010 18:04



    ade pernah bace kes ni kt paper..x silap Kosmo masuk front page..tp kes ni senyap trus after berita die kuar..xde sape yg kene arrest
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 12:37 PM | Show all posts
On Aug 13, 2005, staff nurse Norhayati Awang was murdered inside a car within sight of the guardhouse at the Kuala Terengganu hospital. She died from a 4cm-deep slash wound on the neck, which severed an artery. Until today, the case has not been solved. Norhayati's mother Zainun Harun, 56, a housewife in Kampung Limbong, Paka, tells RIDZWAN FERNANDEZ what happened that fateful night, and the family's hope for closure.

Read more: I REMEMBER WHEN... My daughter was slashed to death http://www.nst.com.my/nst/articles/a27haya/Article/#ixzz11MTpEj9c

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 10:38 PM | Show all posts
erk seramnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 01:28 PM | Show all posts
Reply 856# clavriene

I REMEMBER WHEN... My daughter was slashed to death

2010/07/04


On Aug 13, 2005, staff nurse Norhayati Awang was murdered inside a car within sight of the guardhouse at the Kuala Terengganu hospital. She died from a 4cm-deep slash wound on the neck, which severed an artery. Until today, the case has not been solved.

Norhayati's mother Zainun Harun, 56, a housewife in Kampung Limbong, Paka, tells RIDZWAN FERNANDEZ what happened that fateful night, and the family's hope for closure.




I REMEMBER the night of August 13, 2005 as if it was only yesterday.

I had completed my isyak prayers and was feeling worried as my eldest child, Norhayati Awang, was still not back from work in Kuala Terengganu.

Norhayati, 28 then, was attached to the Sultanah Nur Zahirah  Hospital and had been serving there for about a year since her transfer from Perak. She was the pride of the family and also the main breadwinner.

She held the family together. Her siblings looked up to her. We come from a poor family and were proud that she was holding a steady government job.

The eldest of 10 children, Norhayati was always bubbly and jovial, but she was a responsible daughter even from young. I have so many fond memories of her; she was always so committed to the family.

She once told me that she would not get married until she had put all her younger siblings through school. But all that is gone now. Norhayati is gone. All my dreams for her vanished  that night when two police constables from the Paka police station turned up at the house.

Norhayati had come back for the weekend and since she was working in Kuala Terengganu, she had offered to send her sister's car for servicing at the Perodua service centre there.

It was already 9pm when the police came knocking at our door. After confirming that Norhayati was our daughter, they told us that she had been involved in an accident and wanted us to go to the hospital immediately.

They told us to bring a kain batik (sarong). That was when my heart sank. I knew something terrible had happened to her, but the policemen just wouldn't say what.

My husband, Awang Muhammad (an odd-job worker), and several other family members left for Kuala Terengganu and two hours later, they called back with the heart-wrenching news.

Norhayati, the apple of my eye, was dead. She was found slumped in the co-driver's seat, murdered in her sister's Perodua Kancil, the very same car she had volunteered to send for servicing.

What made her murder baffling was the fact that it happened while there was still light,  about 7pm,  right at the hospital car park.

Our family cannot accept that to this day. Also, no one has been made to answer for Norhayati's senseless death although a suspect was caught. A security guard had even seen Norhayati and the suspect in a heated argument at the car park just before the incident.

(It was reported in the New Straits Times on Aug 15, 2005 that police detained a suspect in his early 30s, believed to be Norhayati's boyfriend, about two hours after the incident was reported by the hospital guard.)

And then there were the closed-circuit television cameras which ironically weren't working on that particular day. There was also a trail of blood to the Batu Burok mosque nearby.

All the evidence seemed to pin the murder on this person, but the suspect was eventually released.

According to religion, it is not right to accuse, but how can we not. It is all too clear. We, the family, know. In fact, we told the police who this person was, how he was harassing and threatening her on the phone. But they released him.

That decision gutted the family. And then, there was silence.

The first few years, we kept in touch with the police, asking them for developments, but they always came back with the same answers. They haven't got anyone.

We are still suffering from the loss. It's been five long years. A proper closure is what we need.

The Perodua Kancil is still with us, a grim reminder of the tragedy the family has gone through. We can't even sell it until the case has been solved. That's what the police told us.

My husband still  carries a picture of our beloved daughter in his wallet, and there are nights when I have seen him staring blankly at it.

He loved her so much. We all did. Insya Allah, there will be an answer one day.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 01:45 PM | Show all posts
Bunuh kenak-kanak: Bekas konstabel ke tali gantung
05/10/2010 11:47am

SHAH ALAM 5 0kt. - Bekas konstabel polis, Mohd. Nahar Abu bakar, 33, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak bekas Setiausaha UMNO Klang dan pengasuhnya tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.

Mohd. Nahar didakwa membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, 3 dan Siti Rohana Baharom, 34, di rumah No. 19, Tingkat 5, Flat Cempaka, Bandar Baru Klang dekat sini pada pukul 1 petang, 30 Disember 2003. -Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2010 01:51 PM | Show all posts
Reply 859# Syd


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.074929 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list