CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hasribus

BOLATALK 1st GATHERING ~ FIELD REPORT (Diari Hasribus:page 33, 35 dan 45)

 Close [Copy link]
Post time 7-11-2006 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by MengkuduMasam at 7-11-2006 09:28 AM



ngan haku takmo jumper ker :kerek:


aku lagi hensem dari hasri cuma kurang jambu compare to dollah laaa


bukan nak jumpe yg ensem....nak jumpe yg badan yg xde potongan jek....:nyorok::nyorok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 09:56 AM | Show all posts
aduh...tergelak aku baca diari si bus nie....
bukak la bro...
leh jadik blogger terkenal...
mana tau ken a interview ngan Shebby...takpon kat ESPN...
kamek tumpang bangga....

:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:21 AM | Show all posts
Originally posted by hasribus at 6-11-2006 05:42 PM
Aku bangun...agak lewat. Jam 9.30 pagi, haku masih letih kerana melayan forum malam sebelumnya.Mummy haku baru siapkan breakfast...megi goreng pedas (pakai kari). Favourite haku, mummy knows best.  ...



tergelak kak chah membacanyee...:bgrin:
jilid 2 bila nak kuar pulak nihh...:clap:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:36 AM | Show all posts
aku mati2 ingat ni enche hasribus kite tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:40 AM | Show all posts

Reply #844 pacubob's post

gambo sapo la tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:48 AM | Show all posts

Reply #844 pacubob's post

:lol aku 1st tgk pon dah tau bukan gambor sebenor
itu hongkong punye actor.. pemes gak.. Daniel Wu..

[ Last edited by  conan at 7-11-2006 11:02 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2006 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by epitome at 7-11-2006 10:40 AM
gambo sapo la tu?


aku cilok kat mamat tu punye friendster...:nyorok::nyorok:

sori yek enche bus....
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by conan at 7-11-2006 10:48 AM
:lol aku 1st tgk pon dah tau bukan gambor sebenor
itu hongkong punye actor.. pemes gak.. Daniel Wu..


ade iras2 kot....lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by nizam_muse at 7-11-2006 03:19 AM
best jer dengar korang jumper...aperkan daya ...aku jauh,...bila korang nak buat kat utara lak ...lol



aku tunggu neh..utara geng..




[size=-2]Grow old along with me

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 6-11-2006 11:37 PM
hanya pada yang hadir gathering bola talk
Epitome
Hasribus
Dollah
Motol6
Jpl_Fan
Topeng
Mengkudu
sila quote posting aku ni
tanda penghargaan dari aku atas kesungguhan korang..



thx mod anakomar...sori lambat..bz sikit....:ting:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by conan at 7-11-2006 10:48 AM
:lol aku 1st tgk pon dah tau bukan gambor sebenor
itu hongkong punye actor.. pemes gak.. Daniel Wu..



:setuju::setuju:....aku suka semua pilem dia ....:love:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by pacubob at 7-11-2006 11:04 AM


ade iras2 kot....lol

tang cuping telinga ader la iras2 :lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 6-11-2006 11:37 PM
hanya pada yang hadir gathering bola talk
Epitome
Hasribus
Dollah
Motol6
Jpl_Fan
Topeng
Mengkudu
sila quote posting aku ni
tanda penghargaan dari aku atas kesungguhan korang..


:ting:
haku btol btol ingat kawan topeng ko tu ko...maklumler geng meriam :bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 12:00 PM | Show all posts

Diari Hasribus...part 2

Berdentum! Bunyi pintu keretaku ditutup. Haku berjalan melangkah masuk ke dalam restoran Haji Samuri yang memang terkenal dengan sate kajangnya itu. Memang sudah banyak berubah tempat ini. Sejenak, haku terbayang kenangan silam 10 tahun lalu ketika kali pertama aku merasa sate kajang di restoran ini bersama sama dengan Dream Team MPA, Kolej Kediaman Pertama Universiti Malaya sessi 1996/1997. Di restoran ini jugalah aku pernah berdating dengan beberapa jelitawan, aktres dan model yang gersang, menagih cinta dari haku, seorang insan kerdil yang serba kekurangan. Aku tersenyum bila mengenangkan nasib gadis gadis itu, yang mungkin kempunan seumur hidup kerana tidak dapat hidup dengan belaian cinta dari seorang jutawan muda, kacak, digilai ramai wanita, mempunyai wawasan yang jauh, mempunyai skill bolasepak yang tinggi dan fasih berbahasa Peranchis.

Aku memerhatikan sekeliling restoran. Sangkaanku kudu akan berkumpul di tingkat atas. Aku sempat memerhatikan beberapa orang gadis jelita berhenti mengunyah sate mereka, terbeliak biji mata mereka memandangku, terpegun melihat keindahan paras rupa makhluk ciptaan Tuhan. Hidup ini indah, walau hanya di alam fantasiku.

Dari jauh haku ternampak Esah. Wajahnya begitu fotogenik, saling tidak tumpah seperti di dalam gambar gambarnya yang pernah haku skodeng di Friendster nya. Untuk mendapatkan kepastian, haku menelefon Lina. Ternampak Lina menjawab telefon. Sah! Di meja itulah beradanya rakan rakanku, yang akan haku ketemu buat pertama kalinya.

Wajah pertama yang menyambut pandanganku ialah Lina @ MotoL6. Pernah ku bertemu gadis ini beberapa bulan lalu atas urusan kerja. Sungguh unik namanya, Linanorawati. Bertuah sungguh jejaka yang bakal menjadi pasangannya. Lina bukan sahaja seorang wanita muda yang manis dan mempunyai tarikan intelektual  yang tinggi, malahan ada 3 lagu yang boleh ditujukan kepadanya supaya boleh poyo poyo romantis. Lagu Lina (Datuk Shake), Nora (Latif Ibrahim), dan Di Ambang Wati (Awie).

Mataku meliar. Memang gadis yang duduk dihadapan Lina ialah Esah @ jpl_fan. Pernah suatu masa dahulu dia menjadi perhatian apabila membuka sebuah benang kontroversi lagi intelektual bertanyakan antara David Beckham, Roberto Carlos dan entah siapa seorang lagi, siapa yang lebih bagus. Terpinga pinga otai otai bolatalk, sehingga hari ini jawapannya masih belum diketahui.

Tetapi siapakah dua jejaka yang lain itu? Haku terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan lelaki yang duduk disebelah Lina. Memang tidak dapat dinafikan dari raut wajahnya, dan juga lelaki yang duduk di sebelah Esah; mereka terkejut besar melihat penampilanku. Malahan terkejut beruk. Sebabnya? Haha. Biarlah menjadi rahsia haku dan mereka, sekurang kurangnya buat ketika ini.

Sambil memperkenalkan diriku, haku dikejutkan apabila jejaka pertama itu memperkenalkan dirinya sebagai hasripompey. Hasripompey? Mamat poyo yang bergaduh denganku seminggu lepas?! Terasa ringan tangan kananku, tanpa kusedari buku lima telah ku genggam sebagai langkah berjaga jaga. Maklumlah, Pompey baru disayurkan dengan tiga gol malam sebelumnya. Dalam seribu satu persoalan yang kelibat di dalam benakku, haku juga tidak dapat lari dari menunjukkan reaksi terkejut beruk versi haku. Beza terkejut beruk kedua jejaka itu dengan terkejut beruk haku ialah versi haku lebih kacak sedikit. Sedikit sahaja, tidak banyak ketara.

Mujurlah hasripompey kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai epitome. Terasa bengong haku seketika, kerana tidak dapat mengecam sepupuku sendiri. Lagi lagi dia sebangsa dengan haku, orang Peranchis. Nampaknya haku sudah lufe daratan, harus haku kembali ke pangkal jalan bila ada kelapangan nanti.

Perhatianku beralih kepada jejaka kedua. Wajahnya seperti pernah ku lihat. Otakku berfikir pantas. Wajahnya mirip pelakon Astana Idaman, Syed Aiman yang memegang watak mamat poyo Arman, suami kepada janda kayu Maria Farida. Jejaka itu memperkenalkan dirinya sebagai kudu. Tak ku sangka antara rakan rakan yang mendampingiku saban hari di dunia siber kini berada dihadapanku, jelas dan nyata. Kacak juga kudu ini, tapi sayang sebab kemunculanku telah meletakkan takhta terkacak itu milikku.

Haku melihat jam tanganku. Sudah terlewat rupanya haku. Lebih kurang 5.30pm. Haku pon memulakan sessi meminta maaf yang semenangnya rutin. Sangkaanku, haku tentu kelihatan cute dengan alasan alasan poyoku dan rakan rakan pasti akan bertambah sayang.

Haku melihat sedikit kekejangan yang berlaku di antara kelima lima kami yang sedang duduk semeja itu. Mungkin simptom malu, ataupon malu malu kucing. Tapi tak mungkin, sebab haku memang muka tak tau malu. Malu tidak wujud di dalam kamus hidupku, yang ada hanyalah kemaluan. Haku cuba untuk memecahkan air batu dengan borak merapu rapu, menceritakan asal usul nama hasribus dan selagi macam topik yang terlintas di kepala otakku.

Tidak lama kemudian, dua jejaka muncul. Kami bersalaman. Sekali lagi adegan terkejut beruk berlaku apabila salah seorang daripadanya memperkenalkan dirinya sebagai Dollah. Dollah? Abg Dollah? Dollah MUFC ke Dollah Bedwi ke Dullah Reader? Haku menyangkakan seorang mamat buruk ala ala spastik yang akan muncul, kerana kami diberitahu itulah rupa dirinya.Soalan cepumas pertama haku kepadanya adalah tentang umurnya. 30 tahun jawabnya. Hidup hidup kami tertifu, mati mati kami percaya. Tipah tertipu tertipu tipu tertipah!

bersambung...

[ Last edited by  hasribus at 7-11-2006 12:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by MengkuduMasam at 6-11-2006 09:34 PM
tau dek opis boy ko nih has... mesti die kecik ati... ko telah memperkotak katikkan identiti dia...lol


apa lak, lepas nih dia senang carik makan...
ala...macam kes din beramboi dedulu tuh.... :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:07 PM | Show all posts

Reply #854 hasribus's post

mesti semue tgh menghayati cerita ni sepenuh hati dan jiwa....:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by toaster at 7-11-2006 08:16 AM
congrat sbb korg b'jaya together-gether last weken...

hasribus...dasat la....pasni bulih la jd penulis sepenuh masa...aku cadangkan ko wat buku cerita kanak2 dulu..hehe...


makasih...tapi buku kanak kanak takleh, sebab tak dapat double meaning... :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:13 PM | Show all posts

Reply #854 hasribus's post

ini sudah syok sendirik nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2006 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by pacubob at 7-11-2006 12:07 PM
mesti semue tgh menghayati cerita ni sepenuh hati dan jiwa....:lol


bob, ko ada antar msg kat YM haku ke apa ke? ke friendster nye...haku terdelete kot? hantar balik...thanks :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:14 PM | Show all posts

Reply #854 hasribus's post

rajinnnyer ko bus..:lol
A+ utk karangan ko tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.063178 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list