|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
mulanku This user has been deleted
|
Reply #840 kyas's post
wahabi tak sesat...<br />
dan ada jugak syiah yg tak sesat<br />
yg membuatkan ia nampak seolah2 sesat adalah cara pembawaan ahli ikutan pahaman/mazhab tersebut.<br />
kebanyakan para salaf termasuk imam2 besar terdahulu pernah di penjara dan didera oleh pemerintah kerana menggugat pemerintahan mereka pada zaman tersebut dan sejak tulah terjadi banyak fitnah yg menyatakan mereka sesat, termasuk lah imam bukhari ,ibn taimiyah dan lain2. so jgn cakap sembarangan...<br />
<br />
banyak manakah ilmu kita berbanding mereka yg kita berani nak kata depa sesat ? akai ada..bole pikiaq ka ?
[ Last edited by mulanku at 5-3-2007 12:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 28-2-2007 21:41
Ikhwah,
sebenarnya ramai ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah dari 4 mazhab, termasuk mazhab Hanbali, yang telah menulis memperjelaskan kesesatan dan kekeliruan puak Wahhabi pengikut Ibnu 'Abdul W ...
Dah ana katakan, nii orang bisanye cuma surf internet and paste whatever he like. Ana ade lihat paste dari post si rainbow nii oleh si hafiz ghumari kalau tak salah...ulangan belaka . Dan ulama-ulama yang disebutkan oleh si raibow niii....bukanlah ulama. Cubalah sebutkan tazqiyah dari ulama besar Islam untuk ulama-ulama yang antum sebutkan itu . CONTOH: Ahmad Zaini Dahlan. Memang orang yang satu niii terkenal dengan permusuhannya dengan ahlussunah wal jamaah, dan amat memusuhi dakwah Syaikh Muhammad bin Abdulwahab. Dan dia banyak menulis buku ang berisi fitnah-fitnah dakwah salafiyah yang beliau labelkan dengan nama "Wahabi". Di lain pihak dia ini membiarkan orang-orang meminta-minta kepada kubur, thawaf kubur, bertawasul dengan orang mati, dan macam-macam kesesatan lainnya. Dia ini bukan ulama ahlussunnah, dan tak ada para ulama ahlussunnah dunia ini yang memasukkan dia ini kedalam jajaran ulama salaf, bahkan tak pantas di panggil ulama. Karena dia ini orang yang tidak ilmiyah. Dan ada tulisan dari syaikh Masyhur bin Hasan Salman bahwa beliau menggolongkan buku-buku tulisan orang ini adalah sesat menyesatkan dan SANGAT tidak ilmiyah, dan tidak bermanfaat. Betapa banyak orang-orang awam yang termakan akan isu lapuknya.
Dan juga ulama-ulama lain yang dipastekan si rainbow niii (yang pemahamannya tak seindah rainbow, tapi cloudy sangat ), macam habib-habib tuu. Jika antum teliti lagi rainbow...orang-orang yang antum bilang ulama niii adalah orang-orang yang banyak melakukan ibadah yang menentang sunnah dan pendukung kesyirikan. Bisakah dipercaya orang yang aqidah seperti INI?!?!?
Mengaku ASWJ, monkeypun bisa, cubalah antum atau konco-konco antum itu JELASKAN dulu apa itu ASWJ?!?!? Iniii tidak, ASWJ ajee tak tahu ape penjelasannya, sedap ajee bilang si Wahabi ini keluar dari manhaj ASWJ Its very funny. Seperti yang dikatakan dalam syair majnun Laila "orang banyak yang bilang laila cinta padanya, tapi sbenarnya Laila tidak mengenalnya" Sama dengan si rainbow, Abu Syafiq, Hafiz, Grave, etc yang sepaham dengan mereka ini, MENGAKU ASWJ tapi tidak mengetahui ape itu ASWJ. Duuuuhhh kacau beliau. Kalian ini perasan ajee sebenarnya, seakan-akan merasa diri sesuai ASWJ, padahal ASWJ ajee tak kenal dan tak dekat dengan kalian. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #841 mulanku's post
saya ckp sembarangan ke? apa yg saya ckp?
utk mengelakkan kesamaran spt yg rainbow kabo di atas
saya tolong ulangkan soalan mr. Hang di atas
"dalam kitab Ibnu Taimiyah yang mana, dalam kitab Ibnu Qayyim yang mana, dalam kitab Ibnu Wahab yang mana, tertulisnya aqidah mereka yang menyatakan Allah berjisim ?"
cuma saya ringkas kan soalan tu supaya tiada kesamaran
[ Last edited by kyas at 5-3-2007 02:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
mulanku This user has been deleted
|
Originally posted by kyas at 5-3-2007 01:30 PM
saya ckp sembarangan ke? apa yg saya ckp?
utk mengelakkan kesamaran spt yg rainbow kabo di atas
saya tolong ulangkan soalan mr. Hang di atas
"dalam kitab Ibnu Taimiyah yang mana, ...
kyas,
saya tak cakap kat awak...saya cakap kat sesapa yg mengkafirkan dan menyatakan wahabi dan syiah itu tak betul.
disebabkan kita yg bermazhab dan berpahaman lain..kenapa takleh terima pandangan orang lain ?
ini belum saya jelaskan tentang sah kalo ayam bole dijadikan korban hari raya haji.
masalahnya ngan kita ni telah menjadi keuntungan oleh agama lain terutamanya kristen yg telah mendedahkan orang ramai tentang kepincangan dan perpecahan dalam agama islam itu sendiri.
kalo camni la...orang yg nak masok islam pon takot..takot nak masok mana satu yg betoi....smua pihak dok menuding jari antara satu sama lain. banyak yg masuk agama kristen sebab ni la..dah tak yakin ngan agama islam yg banyak berpecah...
disebabkan ilmulah manusia berpecah..masing2 igt dah cukop pandai utk menghukum antara satu sama lain.
patutnya ..berlainan mazhab or pendapat tu tak menjadi masalah asalkan dia mengucap dua kalimah syahadah...
[ Last edited by mulanku at 5-3-2007 04:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
betul mulanku... setuju sgt dgn tuanhamba... itu yg hamba cuba sampaikan dlm post #831 |
|
|
|
|
|
|
|
Penularan Mazhab Wahabi gugat masyarakat Islam Thailand
Oleh ROSLAN ARIFFIN dan MD NASIR RANI,Bernama
- Tidak cukup dengan tekanan pihak berkuasa Thailand, masyarakat Islam di selatan negara itu kini berdepan pula dengan penyebaran mazhab Wahabi yang ditolak oleh kebanyakan umat Islam di Narathiwat.
Penularan mazhab Wahabi, yang antara ajarannya terdapat yang bertentangan dengan amalan ahli sunnah seperti haram melagukan bacaan Al-Quran dan azan serta tidak boleh mengadakan perayaan agama, dikhuatiri boleh mencetuskan bibit-bibit perpecahan di kalangan penduduk Islam di sini, kata seorang pegawai Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN).
Beliau memberitahu Bernama bahawa terdapat pihak tertentu cuba mengembangkan mazhab Wahabi sehingga menimbulkan kecelaruan dan konflik di kalangan majoriti penduduk Islam di sini yang telah lama berteras kepada mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Kita tahu fahaman itu sengaja disebarkan oleh musuh Islam dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan Islam di sini," kata pegawai itu.
Katanya strategi golongan anti-Islam ini mula menunjukkan kejayaan kerana telah terdapat tanda-tanda perpecahan antara dua kumpulan Islam itu apabila golongan muda yang lebih didedahkan kepada mazhab Wahabi mula berani cuba menafikan amalan-amalan sunat yang dijalankan oleh golongan ahli sunnah.
"Kumpulan pengamal Wahabi mula menganggap banyak amalan dan perlakuan ahli-ahli agama yang lama sebagai bidaah hingga timbul rasa kurang senang," katanya.
Amalan kumpulan Wahabi yang didakwa bertentangan dengan ajaran asal Islam antaranya ialah berzikir, bertahlil dan menyambut Maulidul Rasul.
Pengamal Wahabi juga mengharamkam foto, muzik dan peralatannya, nyanyian malahan video termasuk perlakuan pengebom berani mati.
Wahabi menentang kesemua perkara itu kerana mendakwa perkara itu tidak dibuat semasa pemerintahan Rasullullah dan para sahabat baginda yang mewarisi pemerintahan Islam.
Pegawai MAIN itu berkata mazhab Wahabi yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat Arab khususnya di Arab Saudi cuba dikembangkan di sini bertujuan untuk menimbulkan perbalahan di kalangan masyarakat Islam Thai yang keseluruhannya bermazhab Sunni.
"Kekuatan utama umat Islam di selatan Thailand ialah mampu bersatu padu dengan fahaman Islam yang satu hingga tidak boleh digugat sejak beratus-ratus tahun dulu. Sebab itu musuh Islam sekarang berusaha hendak musnahkan Islam dengan menggunakan Islam itu sendiri setelah pelbagai cara lain gagal," katanya.
Beliau berkata MAIN telah banyak kali mengeluarkan ingatan supaya masyarakat Islam di sini berwaspada terutama terhadap berkembangnya mazhab Wahabi kerana ia boleh menimbulkan perbalahan antara mereka.
Kira-kira 90 peratus daripada enam juta penduduk di Selatan Thailand terdiri daripada umat Islam yang secara tradisinya telah menetap di tiga wilayah utamanya iaitu Yala, Pattani dan Narathiwat sejak Islam berkembang di rantau ini sejak berkurun-kurun lagi.
Wilayah di selatan Thailand juga unik berbanding dengan kawasan lain Thailand kerana majoriti penduduknya lebih selesa menggunakan bahasa Melayu yang seakan-akan sama dengan loghat Kelantan dalam perbualan harian sesama mereka dan bukannya bahasa Thai, yang menjadi bahasa wajib di semua sekolah.
Imam Masjid Al Muhammadiah di Bacho di sini, Abdul Rahman Nassir, 63, ketika ditemui berkata pengamal fahaman Wahabi mula meluas sejak beberapa tahun lepas setelah dibawa oleh pelajar-pelajar Islam yang balik dari Arab Saudi.
Katanya amalan Wahabi sukar diterima sepenuhnya oleh masyarakat Islam di sini kerana ia seolah-olah menafikan peranan ulama dan amalan-amalan sunat yang dijalankan sebelum ini.
"Adakalanya berlaku perpecahan (antara golongan agama tua dan muda) kerana ada perbezaan pandangan antara ahli Sunni dan Wahabi. Tapi sehingga ini kita dapat selesaikan," kata Abdul Rahman.
Beliau menasihati masyarakat Islam supaya menghindarkan diri daripada bertelingkah pendapat kerana ia boleh meretakkan perpaduan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #846 yangkhadijah's post
Pengamal Wahabi juga mengharamkam foto, muzik dan peralatannya, nyanyian malahan video termasuk perlakuan pengebom berani mati.
????? |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abu_syafiq at 6-3-2007 01:07 PM
Assalamu'alaikum.
TIDAK ADA MANFAAT MENGHADIRI MAJLIS MENSYIRIKKAN DAN MENGKAFIRKAN SERTA MEMBID'AHKAN ORANG ISLAM.
golongan Wahhabi sering membuat program 'ilmiah ala pembid'ah' demi meria ...
Bukan ke yang ni dah dibincangkan di thread berikut. Bagus diteruskan reply kepada reply. Takkan nak start balik. Bendanya sama jugak... ekkkk.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=246631&extra=page%3D1 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 6-3-2007 13:16
Bukan ke yang ni dah dibincangkan di thread berikut. Bagus diteruskan reply kepada reply. Takkan nak start balik. Bendanya sama jugak... ekkkk.
http://forum.cari.com.my/viewthread. ...
thread tu mula2 dah ok bila sherry cuba berdiskusi... tapi bila pak ikhwan Indon masuk jadi carca marba thread tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #850 jingaros's post
thread tu mula2 dah ok bila sherry cuba berdiskusi... tapi bila pak ikhwan Indon masuk jadi carca marba thread tu...
thread ni lagi carca marba. layan jer.
hari tu aku dah splitkan thread dan sekarang dia ada 2 page sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
tak perasan pulak sama ada syafiq jawab balik respon sherry tu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mulanku at 5-3-2007 15:19
kyas,
saya tak cakap kat awak...saya cakap kat sesapa yg mengkafirkan dan menyatakan wahabi dan syiah itu tak betul.
disebabkan kita yg bermazhab dan berpahaman lain..kenapa takleh terima ...
Pak Mulanku, perpecahan ini memang sudah sunatullah. Nabi Muhammad, Nabi kita yang terkasih pernah meminta tiga hal, dua hal dikabulkan dan satu hal yang tidak dikabulkan Allah, yaitu permintaan agar umatnya tidak terpecah. Dan perpecahan ini juga telah di peringatkan amat sangat oleh Nabi, beliau bersabda:"Berkaitan dengan ini Rasul Shallallahu 慳laihi wa sallam bersabda:
揝esungguhnya orang-orang yang hiudp dari kalian akan melihat perselisihan yang banyak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jingaros at 6-3-2007 14:11
thread tu mula2 dah ok bila sherry cuba berdiskusi... tapi bila pak ikhwan Indon masuk jadi carca marba thread tu...
Hehehe...masha Allah. Bila orang macam abu syafiq niii bertemu dengan orang yang sefahaman dengannya, tentu damai damai ajee lah thread ini dengan kesesatannya. Ketika ana masuk, ana membanah pemahaman sesat orang ini, tentulah ada perdebatan. Dan disinilah terlihat hujjah siapa yang paling benar, dan Rasulullah bersabda "sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, dan sbaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shalallahu alaihi wasallam". Maka dari itu kewajiban yang membaca adalah melihat dalil dan bukan kepada individunya. Ada orang yang mngerti masha Allah dan mengambil manfaat dan ada orang yang tak mengerti. Inilah dakwah, ada yang menerima dan ada pula yang menentang. Ana hanya teringat sabda Nabi "Jika ada orang yang mendapat hidaya melalui perantaramu, itu jauh lebih baik daripada seekor unta merah". Demi Allah, jika mereka berdalil dengan QUran dan sunnah, tentu ana yang lemah ilmu ini akan mengikutinya.
Tapi sayangnya, yang ana lihat hanyalah kebencian dan dendam kesumat. Benarlah kata-kata ulama, bahwa Ahlul bid'ah (Lawan dari ahlussunnah) akan senantiasa menghalangi dakwah yang haq ini, Dan sebenar-benar AHLUSUNNAH WAL JAMAAH bukanlah yang mengikuti banyaknya manusia, tapi yang mengikti dalil Quran dan sunnah dengan pemahaman umat terbaik Islam, yaitu pemahaman para sahabat radhiallahu anhum. Karena itu ASWJ yang sebenarnya itu minoritas dan bukan mayoritas. ASWJ yang sebenarnya itu SEDIKIT dan tidak banyak, Nabi bersabda "Islam ini pada awalnya asing, dan akan kembali menjadi asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing". Kenapa Nabi bilang Islam pada awalnya Asing?!? Karena manusia jahiliyah yang tak pernah mengenal Islam sebelumnya dan ini terasa asing tuk mereka. Dan Nabi bilang AKAN KEMBALI MENJADI ASING. Mengapa?!?!? Mengapa Islam bisa kembali menjadi asing? Yaitu karena satu kata, yaitu bid'ah (sesuatu yang tidak pernah diajarkan dan dilakukan Nabi dan para sahabat) yang tumbuh subur, sehingga sunnah yang benar menjadi asing kecuali untuk orang-orang ang mau mempelajari ISlam ini dengan meruju' kembali kepada dasar awalnya, yaitu Quran dan sunnah. Jika suatu zaman tumbuh bid'ah dengan subur, maka sunnah akan asing. TAPI tetap Nabi bersabda "Maka bahagialah orang yang asing" KArena inilah yang dimaksud Al Jamaah diatas.
Lalu apa kewajiban kita sekarang agar kita termasuk kepada "Al Jamaah" yang dimaksud Nabi?? Nabi bersabda
|
|
|
|
|
|
|
Druss This user has been deleted
|
Assalamu alaikum
That was great brother Ikwanindo.
Unfortunetly I can speak the language to explain so well. |
|
|
|
|
|
|
mulanku This user has been deleted
|
teruskan usahamu ikhwando...jgn ada sifat hasad dan dan riak sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
Hati-Hati Karangan Hamka
Ikhwah, di Nusantara wujud ramai pembela, penyokong, pengikut, pengkagum Wahhabi, terutama sekali mereka yang termakan dakyah mereka sewaktu derasnya duit minyak Saudi. Antara yang termakan dakyah Wahhabi dan Ibnu Taimiyyah ialah Dr. Hamka, Allahyarhamhu. Beberapa sahabat dari Seberang menyatakan di akhir umurnya, dia rujuk kembali kepada pendapat ulama Sunni Syafi`i sehingga penyokong-penyokongnya dari kalangan Muhammadiah menuduhnya sebagai nyanyuk. Dr. Hamka sendiri dalam "Tafsir al-Azhar"nya menyatakan bahawa dia tidak berpegang dengan mana-mana mazhab, ertinya "La mazhabiyyah" (golongan tidak bermazhab). Dalam bukunya "Tasauf Perkembangan Dan Pemurniannya", dia menyambung fitnah Rasyid Redha yang dikaguminya terhadap Sayyidi Ahmad bin Zaini Dahlan rhm. Pada mukasurat 226, dia menulis:-
- "Jago" yang berjasa besar membela Kerajaan Turki dan membusukkan Wahabi dan memfitnahkannya, sampai menuduh bahwa Muhammad bin Abdil Wahab itu adalah keturunan Musailamah al-Kazzab, sebab dia lahir di Wadi Yamamah di Nej adalah Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar di Mekkah Syaikh Said (baca: Syed) Zaini Dahlan.
Jelas racun fitnah Wahhabiyyah telah ditelan bulat-bulat oleh Dr. Hamka sehingga dia menuduh "Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar" di Mekkah adalah seorang tukang fitnah. Berfikirlah dengan rasional, adakah ini sifat Syaikh dan Alim Syafi-iyah yang besar ???? Bukankah ini tujuannya men"discredit"kan ulama kita.
Benarkah Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan benar-benar menyatakan bahawa Ibnu Abdul Wahhab itu keturunan Musailamah atau yang dikatakannya ialah kabilahnya sama dengan kabilah Musailamah al-Kadzdzab itu ??? Tuduhan yang dimuatkan oleh Dr. Hamka dalam buku tersebut yang dikarangnya tahun 1952. Tidak tahulah sama ada di akhir umurnya dia rujuk kembali daripada pendapatnya.
Untuk makluman lanjut, seorang lagi ulama kita yang di"marahi" oleh Dr. Hamka ialah Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, sebabnya kerana polemik dan tentangannya terhadap Ibnu Taimiyyah, Wahhabi dan Muhammad Abduh. Membaca karangan-karangan Hamka, kita akan mengetahui bahawa dia adalah pengkagum Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.
Oleh itu berhati-hatilah apabila membaca karangan-karangannya, jangan jadi Radio IKIM saban hari mengulang-ulang puisi Anisah Mai yang dipetik dari buku "Tasauf Modern" karangan Hamka, tidakkah mereka tahu bahawa Anisah Mai itu adalah seorang Kristian. Dr. Hamka sendiri menyatakan demikian dalam bukunya tersebut, ini mesti kes baca tak habis, main petik-petik je. Allahu .... Allah.
Mudah-mudahan Allah mengampuni ketergelinciran Buya Hamka. Nak hadiah Fatihah ke tidak, lupa pula apa pendapat Buya Hamka, kalau tak silap dia kata tak sampai. Kalau tak sampai tak payah hadiahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 9-3-2007 01:54 PM
Hati-Hati Karangan Hamka
Ikhwah, di Nusantara wujud ramai pembela, penyokong, pengikut, pengkagum Wahhabi, terutama sekali mereka yan ...
Bukankah artikel di atas rainbows pastekan dari bahrushofa.blogspot yang juga mempromosikan buku yang menyebarkan akidah sesat Nur Muhammad...
kat bawah ni aku paste akidah Nur Muhammad yang sesat yang cuba dipromosikan itu....
- dari bahrusshofa.blogspot tu...
Di sini aku nak nukilkan sedikit tulisan Imam ini berhubung Nur Muhammad s.a.w., di mana dinyatakan pada halaman 16:-
Dan telah diriwayat bahawasanya Nabi Adam a.s. pernah mendengar Nur Junjungan Rasulullah s.a.w. bertasbih di tulang belakangnya (di sulbinya yakni pada ketika itu Nur Muhammad atau roh Junjungan Nabi s.a.w. berada dalam sulbi Nabi Adam a.s.) seperti bunyi kibasan burung. Maka tatkala Siti Hawa mengandungkan puteranya Nabi Syits alaihimas salam, nur itu berpindah kepada Siti Hawa, kemudian kepada Nabi Syits a.s. pula. Kemudian berterusan nur tersebut berpindah-pindah kepada sulbi-sulbi yang suci dan rahim-rahim yang cemerlang, sehingga lahir Junjungan Rasulullah s.a.w. daripada (pernikahan) kedua ibubapa baginda yang mulia. Tidaklah pernah terkena Junjungan Rasulullah s.a.w. akan sesuatu kekotoran jahiliyyah dan kekejiannya, walaupun ketika itu berlaku pada kalangan mereka (yakni kalangan umat-umat terdahulu) pernikahan-pernikahan yang dianggap batil, maka Allah telah mensucikan baginda daripadanya, sebagaimana disabdakan baginda 'alaihis sholatu was salam: "Aku dilahirkan daripada nikah dan bukan daripada perzinaan."
Sayyidina Ibnu 'Abbas r.'anhuma dalam mentafsirkan firman Allah ta`ala:[size=180%]الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ
menyatakan bahawa maksud ayat tersebut ialah berpindah-pindahnya (nur/ruh) Junjungan Nabi 'alaihis sholatu was salam daripada sulbi seorang nabi kepada nabi yang lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Syits dan Nabi Adam 'alaihimus salam. Dalam hal ini (yakni dalam hal berpindah-pindahnya nur/roh Junjungan Nabi s.a.w. daripada sulbi seorang nabi kepada sulbi nabi yang lain) tidaklah ada khilaf padanya.
َ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 9-3-2007 03:51 PM
Bukankah artikel di atas rainbows pastekan dari bahrushofa.blogspot yang juga mempromosikan buku yang menyebarkan akidah sesat Nur Muhammad...
kat bawah ni aku paste akidah Nur Muhammad ya ...
wahabi ajer yg kata sesat....sebab tu dlm bahrusshofa diberikan dalil mengapa ia dikatakan tdk sesat...
naper kau nk sesatkan tuanpunya blog tu lak ker ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 9-3-2007 04:07 PM
wahabi ajer yg kata sesat....sebab tu dlm bahrusshofa diberikan dalil mengapa ia dikatakan tdk sesat...
naper kau nk sesatkan tuanpunya blog tu lak ker ??
Apakah Imam Abul Hassan Asya'ari mengajarkan akidah konsep NUR MUHAMMAD? Dalam kitab beliau yang mana beliau ajarkan akidah NUR MUHAMMAD ini? |
|
|
|
|
|
|
| |
|