CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

P/S: NOTA KAKI (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 1-3-2015 06:24 PM | Show all posts
PULANG dari klinik, Arisha dibaringkan atas katil. Dia sudah kelihatan sihat sedikit setelah diberi ubat. Conan pula segera menghubungi pengetua rumah anak yatim Limpahan Kasih memaklumkan yang mereka tidak dapat menghadiri majlis kesyukuran. Usai menelefon, Conan bergegas pula ke ruang dapur. Dia perlu masak bubur untuk Arisha. Dari tadi Arisha tidak jamah apa-apa makanan.

"Haih...apa aku nak masak ni?" Tergaru-garu kepala ketika ini. Dia bukan pandai sangat masak bubur. Nasi goreng boleh la. Takkan nak beri makan nasi goreng pada orang sakit?

Conan selongkar tempat letak bawang dan rempah. Terkial-kial dia mencari semua itu. Yalah, tak pernah ke dapur semenjak tinggal sebumbung dengan Arisha. Arisha yang selalu masak untuknya. Itupun jarang dia makan masakan Arisha. Lauk ayam pedas dan sayur kobis pun masih ada bawah saji. Tidak bersentuh.

"Apa aku nak masak ni?" Tergaru-garu lagi Conan di situ. Buntu dibuatnya.

Dia melayari internet di telefon pintarnya dan mula mencari resepi bubur. Satu persatu bahan-bahan untuk memasak bubur dicari di ruang dapurnya. Semua dikumpul di atas meja termasuk ikan bilis dan isi ayam.

"Hmm..semua dah ada. Tinggal nak masak je lagi." Conan senyum. Segera dia pakai apron.

Terus saja Conan mula memasak berpandukan resepi yang masih terpapar di atas skrin telefon pintarnya. Hampir sejam lebih dia memasak, akhirnya siap juga bubur nasi ala Conan. Senyum seketika bibirnya kerana berjaya menghasilkan semangkuk bubur untuk Arisha. Terus saja bubur itu dibawa ke bilik Arisha. Kelihatan Arisha sedang baring di atas katil. Perlahan Conan merapati katil Arisha.

"Arisha..meh makan. Saya ada masak bubur ni. Awak belum makan lagi.." Conan letak mangkuk bubur dan dia menolong Arisha bangkit dari baringnya.

"A..awak masak apa?" Arisha yang masih pucat mukanya bertanya lemah. Dia sandar di kepala katil.

"Bubur...tak tahu la sedap ke tak. Nah.." Conan ambil semula mangkuk bubur dan dihulur kepada Arisha.

Mangkuk bubur bertukar tangan. Arisha menyuap satu sudu ke mulut. Mukanya berkerut. Dikunyah juga bubur yang dimasak oleh Conan tadi.

"Sedap tak?" Beria Conan tanya.

Arisha pandang Conan dengan riak bersahaja. "Awak bubuh apa dalam ni?"

"Err..kejap.." Conan buka semula laman web yang dibuka tadi dari telefon pintarnya dan mula membaca satu persatu bahan-bahan untuk membuat bubur nasi.

"Cuba ulang lagi bahan-bahan tadi?" Arisha cuba mengukir senyum. Lawak pula melihat gelagat Conan yang terkial-kial membaca resepi di skrin telefon bimbitnya.

"Bawang putih, bawang besar, halia, ikan bilis, serbuk perasa.." Begitu yakin Conan mengulang baca bahan-bahan itu tadi.

"Serbuk perasa apa yang awak guna?" Tanya Arisha lagi. Masa dia makan tadi, rasa macam pahit.

"Err..entah saya ambik je dari almari dapur tu. Kenapa?" Conan pula tercengang.

"Pahit..cuba rasa?" Mangkuk bubur dihulur kepada Conan semula.

Conan menyuap satu sudu ke mulutnya. Terus tersembur! "Pahitnya!!"

"Saya tahu..entah-entah awak tersalah bubuh tak? Saya rasa awak bubuh soda bikarbonat ni sebab sama warnanya..dan awak ingat itu ajinomoto.." Arisha yang cuba menahan ketawa tadi meledak juga akhirnya.

Conan sengih. Mungkin la kut...

Arisha masih ketawa. "Awak...terima kasih sebab baik dengan saya. Bawa saya ke klinik..masak untuk saya walaupun tak sedap.."

Conan hanya sengih. Dia bawa mangkuk bubur ke dapur semula. Semua bubur nasi dalam periuk kecil itu dibuang. Dia mula menghubungi Nayla, mungkin Nayla boleh masak untuk Arisha.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 06:24 PM
Sampai dua kali postingnya

Iya Conan dgn Arisha oi. Terimalah seadanya.

Hahahaha... Biasalah @Nicki_Meow... Keypad ni kecik sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:26 PM | Show all posts
aylanins replied at 1-3-2015 06:18 PM
Ya, sampai bila dia harus menunggu Aylanins yang sudah menjadi tunang Malik sedangkan dia sudahpun ...

ko jadi bni aku no2 nak?? jadi bini gelapku...



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 06:24 PM
PULANG dari klinik, Arisha dibaringkan atas katil. Dia sudah kelihatan sihat sedikit setelah diberi  ...

Conan... Sangat gentlemen... Keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:32 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 06:21 PM
Conan... Arisha... Terimalah hakikat yg kamu memang berjodohan... Jangan menidakkan takdir Allah ke  ...

Tu diaaa... gigih Zamzam nak suruh Conan & Arisha terima hakikat, sampai 2 kali posting tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki n Dr Harlina
Conan n Arisha
Ipo n Hanna
Alif n Nayla

Ayla n Malik Muzaffar n Linda Amir errr?? ada yg single lg ke oh ya Hani... dah happy ending gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2015 06:52 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 06:26 PM
ko jadi bni aku no2 nak?? jadi bini gelapku...

*hmpphhh... flipped tudung again*






pssttt Conan... ko nak citer ni sampai Bab 100 ke?
Kang aku cakap setuju, sampai raya tahun ni, jumpa lagi raya tahun depan, Ipo tak siap-siap taip citer ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 07:00 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 1-3-2015 06:40 PM
Nicki n Dr Harlina
Conan n Arisha
Ipo n Hanna

wah speku Nay...banyak yg kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2015 07:02 PM | Show all posts
aylanins replied at 1-3-2015 06:18 PM
Ya, sampai bila dia harus menunggu Aylanins yang sudah menjadi tunang Malik sedangkan dia sudahpun ...

berdoalah banyak2..semoga jodohmu dengan malik jadi..
ko jangan gatal plak kalau conan ajak nikah..tinggalkn malik sorang2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 07:05 PM | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 07:02 PM
berdoalah banyak2..semoga jodohmu dengan malik jadi..
ko jangan gatal plak kalau co ...

tapi...






Conan hencem lagi dari Malik, cemane?




larikkkkkkkkkkkkk




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 08:26 PM | Show all posts

kau ni tamak gak ek?

malik kau nak..conan kau nak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 09:10 PM | Show all posts

Ok...nak cepatkan plot...kita main lompat2 k.. cepat sikit habisnya..

BAB 38



SEBULAN berlalu. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Conan dan Arisha semakin baik hubungan mereka walaupun masih belum tunaikan tanggungjawab yang satu itu. Mereka hidup bahagia walaupun seperti sahabat dan Arisha pula sudah mula boleh terima Conan. Dia sedar yang Nicki sudah ada pengganti dirinya, seorang gadis yang putih, cantik malah seorang bekerjaya hebat. Dia hanya mampu berdoa semoga Nicki menemui kebahagiaan dengan Dr. Harlina. Kerap kali juga dia terserempak dengan Nicki bersama doktor muda itu. Dia buat-buat tak nampak saja. Padanya, dia harus hormat dan patuh pada suami sendiri walaupun dia juga berharap satu hari nanti dia dan Conan akan menjadi pasangan suami isteri yang bahagia dalam erti kata sebenar.

Ipo pula masih bekerja di makmal bersama Hanna. Sekali sekala mereka berdua keluar bersiar bersama dengan Danish, anak Hanna yang sudah menginjak usia enam tahun. Hanna pula hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat saja, tidak lebih dari itu. Dia tidak kisah kerana  dia bukanlah jenis yang suka memaksa tambah lagi Hanna bukan muslim. Namun, dia akan cuba berdakwah dengan caranya sendiri sehingga Hanna kenal apa itu Islam. Walau tidak berjodohan sekalipun, sekurang-kurangnya Hanna terbuka hati untuk menerima agama suci ini.  Jauh di sudut hatinya, masih mengingati Pretty Sofea. Memang selama ini dia masih mengharap yang suatu hari nanti, dia akan bertemu jodoh juga dengan gadis itu.

Nicki semakin mesra dengan Dr. Harlina namun dia masih merasa sangsi untuk menjadikan hubungan itu serius kerana dia sedar dia tidak sepadan dengan gadis itu. Berkali juga Dr. Harlina ingin kenalkan dengan keluarganya tetapi ditolak dengan baik. Dia harus mencari masa yang sesuai dan juga mencari kesesuaian dengan doktor muda itu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Serik rasanya bila elok saja berkasihan, tiba-tiba buah hati disambar orang. Kali ini biarlah dia merasa yakin dan pasti dulu, jika semua itu sudah tersemat dalam hati, dia akan terus saja menikah. Tak ada tunang -tunang.

Amir dan Alif menjalani kehidupan seperti biasa dan Amir sudah boleh menerima Linda seadanya. Dia sedar, Nayla bukan untuknya kerana gadis itu seperti pasrah dengan jodoh bila mengetahui neneknya pentingkan keturunan. Dia pula merasa rendah diri kerana dia bukan sesiapa jika itu yang dimahukan oleh nenek Nayla. Lebih baik dia sambut cinta Linda yang begitu setia menunggunya. Tambah lagi Alif, abangnya sendiri juga menaruh hati pada Nayla. Tidak mungkin dia berebut seorang gadis dengan abang sendiri. Malah abangnya juga seperti sudah pasrah dengan jodoh sendiri.

Dan ketika ini, Aylanins lah yang paling sibuk. Sebulan lagi majlis nikahnya akan berlangsung. Semua barang hantaran sudah hampir siap digubah, dia mencuri masa untuk membuat semua gubahan itu memandangkan dia begitu sibuk dengan tugas sebagai seorang polis walaupun dia tidak terlibat dalam siasatan kes mawar hitam. Mujurlah Malik faham situasinya yang sentiasa sibuk dan kadang kala tidak dapat bersiar bersama dengan Malik jika Malik datang ke Kuala Lumpur. Kasihan juga melihat Malik yang seperti kecewa, yalah, datang jauh dari Terengganu, alih-alih boleh jumpa di rumah saja, ditemani mak sekali. Dating apa namanya tu? Tapi bagus juga, tak lah jemu nanti. Orang kata masa bertunang darah manis, kena jaga pergaulan.

Kes mawar hitam masih dalam siasatan polis. Aylanins yang sudah digugurkan dari pasukan menyiasat itu tidak pernah merasa terpinggir, malah dia boleh mengikuti kes itu juga walaupun hanya sekadar maklumat. Dari siasatan ketuanya, Detektif Ana Dahlia, siasatan itu kini sudah semakin menemui jawapannya. Sudah banyak maklumat yang dikumpul walaupun Aylanins masih tidak tahu maklumat itu kerana itu adalah rahsia sulit pihak polis. Dia hanya boleh bertanya kes Malik saja memandangkan Malik adalah tunangannya. Setakat ini, Malik masih menjadi ancaman mawar hitam.

"Ayla..menung panjang nampak?"

Aylanins mendongak. Dia mengukir senyum. Ibu sudah menapak masuk ke dalam biliknya dan duduk di birai katil sebelahnya. "Tak adalah mak..Ayla fikir pasal kes rompakan saja. Nak kena settle. Ada apa mak?"

"Tadi maklong telefon mak, katanya keluarga belah lelaki nak cepatkan pernikahan ni. Err...Ayla tak cetak lagikan kad kahwin?" Tanya mak.

"Belum mak. Ayla nak jemput kawan, jiran dan saudara dekat saja. Nak buat majlis kesyukuran saja. Sederhana saja mak. Emm..kenapa nak cepatkan?" Aylanins sudah menggelabah.

"Entahlah..Malik yang minta nak cepatkan. Maklong cakap, Malik tu risau sebab dia kat Terengganu, Ayla pulak kat sini. Jadi, dia minta cepatkanlah. Emm..nanti, Ayla tukar kerja ke sana ke lepas nikah nanti?"

"Kenapa pulak nak tukar kerja ke sana?" Aylanins tercengang.

"Laa....budak ni. Takkan sorang duk Terengganu, sorang kat KL. Kenalah tinggal sekali, serumah. Polis kan boleh minta tukar? Malik tu, takkan dia nak tinggalkan resort dia tu. Siapa yang nak jaga nanti? Kan elok Ayla saja pindah sana."

Aylanins diam. Bukan dia tidak mahu tetapi bukan mudah untuk seorang pegawai polis bertukar tempat. Kalau ada kekosongan barulah boleh tukar. Bukan main tukar ikut suka hati saja. "Mak..susah mak. Belum tentu Ayla boleh tukar ke sana.."

"Kalau macam tu, berhenti sajalah jadi polis. Mak pun tak berkenan sangat Ayla jadi polis ni. Selalu dalam bahaya. Malik tu dah ada resort sendiri, boleh tanggung makan pakai Ayla."

Aylanins diam. Dia serba salah sebenarnya.

"Ni...siapa yang hantar? Mak selalu jumpa dalam peti surat rumah kita tu.."

Aylanins pandang beberapa sampul surat  dihulur ibunya. Sampul berwarna coklat kecil itu dilihat seketika. "Err..surat apa ni mak?"

"Entah..kan nama Ayla tu. Mak tak buka pun. Mana tahu surat cinta dari Malik."

Aylanins senyum melihat ibunya gelak tadi. "Tak ada maknanya surat ni mak..zaman sekarang ni dah guna sms, Whatsapp, telegram, facebook dah mak. Taip je terus sampai.."

"Manalah mak tahu..zaman mak dulu, surat macam nilah penghubung kasih selain telefon. Dah, majlis nikah Ayla nanti, dua minggu dari sekarang. Maklong dah pesan tadi."

Aylanins hanya melihat ibunya berlalu pergi. Dua minggu lagi??? Aylanins semakin menggelabah, rasanya dia belum cukup ilmu rumahtangga lagi. Terasa semuanya masih baru. Matanya kembali pada surat yang dihulur ibu tadi. Pelik pula melihat surat itu. Rasanya tidak ada satupun kawannya yang rajin sangat nak tulis surat. Malah, ada juga yang malas nak balas mesej tak kiralah di facebook ke, group whatsapp ke.

"Surat apa pulak ni?" Perlahan Aylanins buka.

Terdiam kaku dia di situ sebaik membaca isi kandungan surat itu. Dibuka lagi surat lain, juga sama isi kandungannya. Kali ini semua surat itu dibuka dan dibaca. Semua sama. Aylanins menelan liur. Sekarang ini dia merasa benar-benar keliru. Buntu. Terasa dugaan semakin berat. Terketar-ketar tangannya memegang surat itu dan dibaca berkali-kali.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 09:11 PM | Show all posts
aylanins replied at 1-3-2015 06:52 PM
*hmpphhh... flipped tudung again*

kesian Arisha..kena bermadu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
aylanins replied at 1-3-2015 06:32 PM
Tu diaaa... gigih Zamzam nak suruh Conan & Arisha terima hakikat, sampai 2 kali posting tu :l ...

Terlebih vitamin hr ni @aylanins...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 1-3-2015 09:10 PM
Ok...nak cepatkan plot...kita main lompat2 k.. cepat sikit habisnya..

BAB 38

Makin suspens plk @Ipo punya plot ni... Surat apa tu? Sampai ayla tak perasan ada kt mailbox dia?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2015 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk alohhh.. aku ke yg anto surat cinta terlarang itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2015 10:09 PM | Show all posts
Mak aih....Punyalah cut short.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 10:20 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 1-3-2015 09:19 PM
Makin suspens plk @Ipo punya plot ni... Surat apa tu? Sampai ayla tak perasan ada kt mailbox dia?

Ayla sibuk sampai tak sempat nak check mailbox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 10:21 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-3-2015 09:29 PM
Huk alohhh.. aku ke yg anto surat cinta terlarang itu

memang ko ni...tak reti nak undur diri..Ayla dah nak nikah..
dah tak ingat kat ko lagi dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2015 10:22 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 1-3-2015 10:09 PM
Mak aih....Punyalah cut short.

betul apa...aku bercerita kisah dorang..
pasni..aku bercerita saja tanpa dialog..cepat la habisnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.158113 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list