|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Senang je trik buat slh fhm. Ada software yg korang blh download. Sangat berguna klo korang nk bls dendam. Lets say, ko nak buat a dan b gaduh. Ko download software tu kat mobile then hanto mesej kat org tu-TETAPI,orang tu ingat ianya nombor dari org dikenali! Ada caranya! So aku rsa, trick tu diguna dlm bab ni. klo nak, ko kna gigih cri.nma software tu, aku lupa la derr. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 08:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 17-2-2015 08:27 PM
Senang je trik buat slh fhm. Ada software yg korang blh download. Sangat berguna klo korang nk bls ...
Haha... we will see my dear |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 17-2-2015 09:08 PM
"Jie !!!!" Kek ditangan Viana terlepas. Terkejut melihat keadaan adiknya yang terbaring berlumuran darah. Viana mendekati Jie. Dato' Hanafi yang berada dibelakang Viana juga memberi reaksi serupa.
"Jie.." Dato Hanafi segera mengangkat anak bongsunya menuju ke kereta. "Sabar sayang.. Daddy bawa Jie pergi hospital.." Hati sedih melihat keadaan Jie namun airmata ditahan dari jatuh.
"Daddy... " Jie bersuara lemah. "Baby Jie... Selamatkan anak Jie !" Wajah Jie semakin pucat. Lalu tidak sedarkan diri.
"Baik sayang.." Dato' Hanafi sebak. Maznah terus menuruti langkah suaminya. Hati tak keruan memikirkan anaknya.
Viana sempat berpaling ke arah Rayyan sebelum berlalu. " Ingat Ray, apa apa jadi dekat adik I, I takkan maafkan you sampai mati ! You pun sama Karl !" Sayu makin menyesak didada. Masih terngiang di cuping telinganya keceriaan suara Jie memberitahu perkhabaran kandungannya yang kini berusia 2 bulan. Viana hanya mampu berdoa dan berharap agar Jie dan bayi dalam kandungan selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok kisoh klo ko gelak speku aku. aku agak jeeeeee..klo slh, pdn muka aku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa jie tak bgtaw ray? adoii..=_= |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 17-2-2015 09:43 PM
"I nak follow Viana pergi hospital.." Khalid bingkas bangun mengejar isterinya. Rasa bersalah kerana hanya berdiam diri dari tadi.
"I ikut you ! Kita naik satu kereta.." Zack pantas saja mengikut langkah Khalid. "You Ray.. Mama ?" Wajah abang dan Mamanya direnung.
"Mama follow dari belakang.." Tengku Safiah berfikir sejenak sebelum memberikan persetujuan. Rasa malu untuk berdepan dengan Maznah dan Dato Hanafi.
Fikiran Rayyan kosong. Mata tertangkap satu kotak berbungkus cantik terletak di atas meja. Just for my beloved husband , Rayyan Hardy.. Hati tergerak untuk membuka balutan hadiah. Kotak panjang itu dibuka. Upt berjenama Clearblue dikeluarkan. Tulisan yang tertera dibaca. Pregnant ! Nota kecil terselit dibaca. Surprise future Papa ! Rayyan terduduk.
"Kenapa Ray?" Khalid hairan melihat Rayyan yang terduduk lemah. Abangnya hanya menghulurkan upt ditangan.
"Jie mengandung? So darah ini.." Khalid tak jadi meneruskan kata katanya. Mata merenung darah yang masih melekat dilantai.
"Najiha mungkin bleeding atau keguguran.." Zack menyambung tanpa diminta. "Apa pun kita doakan semua selamat." Malas bertangguh lagi Zack terus keluar menuju ke kereta.
Rayyan hanya menurut. Menyesal kerana bertindak mengikut amarah sebentar tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dato Hanafi masih lagi sibuk menenangkan isterinya dan Viana. Buntu untuk memujuk. Hati dan fikirannya sendiri tak tenteram memikirkan Jie yang masih lagi mendapat rawatan. Berharap agar Jie dan cucu yang dikandungnya selamat. Kehadiran Rayyan tidak diendahkan. Menantu tak guna ! Kalau ikutkan hati yang marah, mahu saja disuruh Rayyan pergi dari situ. Benci menatap wajah lelaki itu. Rayyanlah punca anaknya terlantar sekarang.
"Boleh saya tahu siapa keluarga Puan Nur Najiha?" Seorang Doktor yang baru keluar dari bilik rawatan mendapatkan Dato Hanafi.
"Saya Daddy dia. Macam mana keadaan anak saya Doktor?" Dato Hanafi menyoal bimbang.
" Puan Nur Najiha stabil. Cuma impak hentakan kuat telah menjejaskan kandungannya. Saya minta maaf kandungan Puan Nur Najiha tak dapat kami selamatkan. Kami dah cuba sedaya upaya." Doktor lelaki muda itu hanya mampu bersimpati.
"Boleh saya jumpa anak saya?" Walau sedih menerima berita itu namun Dato Hanafi bersyukur anaknya selamat.
Doktor muda itu hanya mengangguk. "Buat masa ini emosi Puan Nur Najiha mungkin tak stabil. Jangan beri tekanan kepada patient." Sempat mengingatkan sebelum berlalu.
Dato' Hanafi hanya mengangguk , tanda faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 17-2-2015 10:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 03:53 PM
Jie merenung jauh. Perutnya disentuh. Maafkan Mommy sayang ! Mommy tak dapat lindungi anak Mommy ! Air matanya gugur. Rasa bersalah kerana gagal mempertahankan janin yang mula bercambah di rahimnya. Kedengaran pintu dibuka dari luar. Jie pantas menyapu air matanya. Cuba berdepan hakikat anaknya sudah tiada.
" Jie.." Viana terus memeluk adiknya. " Be strong Jie ! Vee akan support Jie go thru all this pain."
"Thanks Vee !" Jie senyum hambar. Pelukan Viana dieratkan.
"Mommy dengan Daddy jangan risau. Jie redha ! Mungkin bukan rezeki Jie." Walau hatinya sendiri remuk, Jie tak sanggup menambah beban Maznah dan Dato Hanafi. Biarlah kesedihan ini ditelan sendirian.
"Mommy tahu Jie sedih ! Mummy ada sayang.. Mommy janji Mummy akan sentiasa temankan Jie !" Maznah kenal anak bongsunya. Jie pandai menyembunyikan kesedihan yang dialami. Jelas dimatanya kesakitan yang ditanggung Jie.
" Daddy pun sama Jie ! Daddy janji akan selalu ada untuk Jie.. Daddy tahu princess Daddy kuat ! Kalau Jie nak something, Daddy akan sentiasa ada untuk princess Daddy.." Dahi anaknya dicium. Tanpa sedar airmata mengalir. Walaupun Jie sudah bergelar isteri orang, Jie tetap anak bongsunya yang akan dilindungi selalu.
Jie mengesat air mata di pipi Dato Hanafi. "Daddy jangan risau ! Jie ok !" Bibir cuba mengukir senyum walau pahit.
"Mommy.."Jie memanggil Maznah. "Jie rasa mengantuklah. Nak tidur ! Good night semua !" Mata dipejamkan. Seketika kemudian Jie terlena dibuai mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
oh kesian pulak kat Jie..
awat Rayyan tu emo sakan?..tak bawa bincang dulu?
hehheh..aku plak yang sibuk..
|
|
|
|
|
|
|
|
salah jie.sapa suruh diamkn..org bgtaw awe awe.kan dah kena..padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ray hrp je bdn sasa tapi mcm perempuan otak dia. =_= |
|
|
|
|
|
|
|
Ray hrp je bdn sasa tapi mcm perempuan otak dia. =_= |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 03:55 PM
"Macam mana keadaan Puan hari ini? Sihat?" Dr Zulkarnain yang merawat Jie memantau keadaan pesakitnya. Hati rasa simpati dengan nasib yang menimpa wanita dihadapannya.
Kalau saja tidak bertentangan dengan etika kedoktoran dalam berhubungan dengan pesakit, mungkin saja Zulkarnain tak segan silu mengusap air mata yang mengalir di pipi itu. Dari jauh dia perhatikan air mata Jie menitis.
Tak tahu siapa gerangan suami yang sanggup mengasari isteri yang dinikahi sedangkan isteri itu sedang mengandung zuriatnya. Mungkin saja suami Jie jenis lelaki tak guna ! Sempat lagi Zulkarnain membuat kesimpulan dalam hati.
Jie senyum. Hambar. "Tak payah you nak berpuan puan dengan I ! Macam you tak kenal I ! Just call my name !" Jie kekok dipanggil Puan.
Tambahan pula Zulkarnain bukan orang lain tetapi adalah kenalan Jie sewaktu zaman persekolahan. Zulkarnain juga berkawan rapat dengan Ku Iz dulu. Tak sangka mereka dipertemukan semula dalam suasana begini. Doktor dan pesakit.
Zulkarnain cuma senyum. "Masalahnya sini hospital. Nak tak nak terpaksalah I jadi formal dengan you ! Anyway kakak you apa khabar? Makin cantik I tengok dia.." Zulkarnain pernah menaruh hati pada Viana masa zaman sekolah dulu. Sayangnya Viana tidak sudi untuk membalas cintanya.
"Sorry Zul ! I tak nak jadi posmen karat you lagi ! Cukuplah zaman sekolah dulu." Jie pantas menolak. "Kakak I dah kahwin dengan cousin kawan you, Tengku Hafiz. Dah ada satu anak dah pun." Jie menerangkan status Viana supaya tidak timbul salah faham dikemudian hari.
"I tahu.. I nampak semalam." Zulkarnain pernah mengenali Khalid sewaktu belajar di UK dulu. Tak sangka Khalid dan Viana berjodohan. Cuma mungkin Khalid maupun Viana tidak cam dirinya.
"Dah tahu tanya lagi." Jie senyum. "Anyway thanks sebab tolong I semalam. I tak tahu macam mana nak balas jasa you !" Sungguh Jie rasa terhutang budi dengan doktor muda itu.
"Not a big deal lah ! Memang tugas I pun. By the way kalau you nak medical report untuk filekan summon ke atau charge violence against your husband, I boleh provide untuk you." Zulkarnain menawarkan pertolongan. Benci melihat keganasan rumahtangga yang berleluasa sekarang.
Jie segera geleng. "It's ok ! I tahu husband I tak sengaja." Mustahil Jie akan mendakwa Rayyan ke muka pengadilan. Semua yang terjadi sudah tertulis. Jie tahu Rayyan tidak sengaja.
"But may be I need the report untuk filekan fasakh kalau husband I tak willing nak ceraikan I." Buat masa ini Jie rasa itu jalan terbaik. Tak sanggup lagi hidup dengan 'pembunuh' anaknya. Tak kira apa alasan Rayyan, lelaki itu telah membunuh janin dalam kandungannya !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 18-2-2015 08:52 AM
Bab 48
Sehingga kini Jie masih lagi enggan bertemu dengan Rayyan. Isterinya juga sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraian mereka. Perkara yang paling Rayyan takuti sudah berlaku. Jie meminta dirinya dilepaskan ! Malah melalui peguamnya Jie memberi Rayyan kata dua. Sama ada Rayyan menjatuhkan talak dengan rela hati atau Jie akan menuntut fasakh supaya mahkamah membubarkan perkahwinan mereka. Rayyan mati akal. Isterinya nekad untuk berpisah !
Badan masih lagi rasa tak sedap. Sudah lebih sebulan Rayyan berdepan dengan penyakit misteri ini. Kadangkala kepala pitam tiba tiba. Ada masa tekak mual. Bila berjumpa doktor jawapan yang diterima hanyalah salah makan atau keracunan makanan. Ubat tahan muntah yang ditelan tak mampu menahan mual yang dirasakan. Beberapa kali juga Rayyan terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi. Manakan tidak setiap kali makan atau minum kerap kali tekak Rayyan menolak semua keluar. Kalau keadaan ini berterusan Rayyan rasa lama lama boleh jadi gila !
Sudahlah tekanan kerja yang melambak. Masalah dengan isterinya yang masih belum selesai. Ini ditambah pula dengan penyakit yang ditanggungnya. Rayyan tak tahu sampai bila boleh bertahan.
Semak dan berkecamuk dirasakan. Rayyan tidak betah berlama lama di pejabat. Pantas saja langkah diatur keluar. Ingin pulang ke rumah berehat. Sempat pesanan ditinggalkan kepada Juwita supaya membatalkan semua meeting dan temu janji. Mood tiada untuk melayan semua ini. Rayyan hanya mahu tidur sepuasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 20-5-2015 11:23 PM
Ku Iz tak sangka bertemu teman lamanya disini. Paling membuatnya terkedu melihat Jie yang turut sama berada disamping kawannya. Pasangan itu tampak mesra sekali. Seperti suami melayan isteri. Tanpa berfikir panjang terus saja langkah diatur menghampiri mereka.
"Iskandar Zulkarnain?" Zulkarnain berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Senyum menghadap Ku Iz.
"Hafiz !" Pantas sahabat lamanya dipeluk. "Apa khabar?" Menoleh ke arah Jie. "Rasanya aku tak perlu kenalkan siapa ini. Kau still ingat junior zaman sekolah kita , Najiha? Confirm kau kenal ! Abang ipar dia cousin kau ! Apalah aku ini." Zulkarnain ketawa. Teringat Ku Iz pernah menaruh hati pada Jie dizaman sekolah dulu. Sama seperti dirinya dan Viana. Ku Iz hanya bertepuk sebelah tangan.
"Aku sihat ! Kau apa cerita sekarang?" Ku Iz menyoal sambil mata merenung Jie yang seperti tidak selesa dengan kehadirannya.
"Aku macam inilah ! Kerja tak tentu masa ! Still bujang and available." Zulkarnain sekadar bergurau.
"Jiha.. you okey tak?" Teruja berjumpa Ku Iz membuatkan Zulkarnain terlupa Jie turut berada disampingnya. " Kalau tak ok I hantar you balik." Risau pula melihat Jie yang diam dari tadi.
Namun, Jie hanya menggeleng. "I pergi ladies kejap. You boraklah dengan Ku Iz." Pantas saja Jie mencari alasan untuk lari dari bertentang mata dengan Ku Iz.
"Tak apa I teman you." Zulkarnain bingkas bangun. Tangan Jie dipimpin untuk memastikan wanita itu larat untuk berjalan. Jie adalah tanggungjawabnya. Amanah dari Dato Hanafi.
"Aku teman Jiha dulu. Kau nak ikut ke atau lepak sini? Join kitaorang lunch ke.." Zulkarnain berharap Ku Iz sudi menyertai mereka untuk makan tengah hari bersama. Boleh berbual panjang.
Ku Iz memikir sejenak. Lantas mengangguk setuju. Banyak soalan ingin ditanyakan kepada Zulkarnain.
|
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya dugaan JIE... |
|
|
|
|
|
|
|
biar la jie mati...kesian dia...da mcm citer bkn puteri lindungan pulak...kan heroin dia larasati aisyah tu mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-2-2015 10:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 15-3-2015 02:32 PM
Kak Anita terkejut melihat Rayyan yang pucat lesi. Tak sangka majikannya pulang awal. Sejak isteri Rayyan merajuk dan tidak ingin pulang ke rumah jarang sekali Rayyan balik awal. Masanya banyak dihabiskan diluar rumah. Kadang rasa simpati dengan lelaki itu namun Kak Anita tak tahu bagaimana untuk membantu. Sementelah Kak Anita juga tidak tahu kisah sebenar.
Setakat yang diketahui , isteri majikannya keguguran dan menyalahkan Rayyan di atas kehilangan bayi mereka. Mungkin saja Jie kecewa. Kak Anita tahu wanita itu begitu mengharap untuk memiliki anak sendiri. Sayang, hajatnya tidak kesampaian.
"Tuan kenapa ini?" Kak Anita terpaku melihat muntah yang bertaburan di lantai. Bau tidak menyenangkan terhidu dihidungnya.
"Entahlah Kak !" Rayyan menyandar badan ke sofa. " Saya rasa tak larat sangat ! Dari tadi kalau makan muntah. Kepala pula macam nak pitam." Matanya dipejamkan. Tak bermaya.
"Kak Nita rasa dah lama Tuan macam ini.." Kak Anita diam sebentar sebelum senyum kemudiannya. "Tuan.. Kak Nita rasa Tuan alahan lah." Firasatnya mengatakan sakit yang menimpa Rayyan ada kena mengena dengan isterinya.
"Alahan?" Rayyan pelik. "Saya tak ada allergic apa apalah Kak." Pantas saja Rayyan menafikan. Sememangnya diri tidak pernah alah pada sebarang jenis makanan.
Kak Anita masih lagi senyum. Ternyata Rayyan gagal memahami maksudnya. "Kak Nita rasa Puan tak keguguran ! Cuba Tuan check betul betul. Sebab dulu suami Kak Nita pun kena alahan teruk. Pembawakan budak ! Yang peliknya Kak Nita pula tak ada rasa apa apa. Tau tau saja dah berbadan dua." Pembantu rumahnya ketawa. "Mungkin Tuan cinta sangat kat Puan sampai kena alahan teruk ini." Sempat Kak Anita berseloroh. Yakin Jie masih mengandungkan anak Rayyan.
Rayyan terfikir sejenak. Sakit pelik yang melanda dirinya bermula sebelum Jie disahkan mengandung.
Dari di Villa Safiah lagi selepas majlis cukur jambul baby Khalisha, kepalanya asyik pusing. Berterusan sehingga mengganggu rutin seharian Rayyan.
Pada hari yang sama mengetahui Jie mengandung, keadaan dirinya bertambah teruk. Mual dan muntah tak kira masa. Kadang pakej sekali demam dan pening kepala. Keadaan itu masih lagi kekal sehingga sekarang. Mungkin saja pembantu rumahnya benar !
Rayyan segera menghubungi satu nombor. Ingin meminta bantuan Khalid memujuk Viana supaya Rayyan dapat bertemu isterinya.
Sehingga kini Rayyan tak tahu dimana Jie menyembunyi diri. Puas sudah Rayyan mencari namun tidak ketemu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|