|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
Tak ajk berubat ke atau suruh mne2 ostad tngokkn ang An tu tt? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak berubat kalau pesakitnya nggak ada? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bottombikini at 31-7-2015 10:49 AM
tengok gaya pun macam salah menuntut...pastu setan tu dok bisik2 kat tinge dia hasut macam2...suku sakat iblis la katakan memang gitu sifatnya
|
|
|
|
|
|
|
|
salah menuntut dah ditambah pulak sihir dari bekas mentua abg Abg An.. tu yg lagi parah tu. moga Allah beri pentunjuk dan melindungi keluarga abg An dan abg An jgk. |
|
|
|
|
|
|
|
sian abang an....kalau dapat jumpa dia cepat2 la bawak dia pegi berubat ye cik nana...banyak kes masalah mental sampai sanggup bunuh ahli keluarga sendiri....mintak simpang jauh2 untuk keluarga kita semua... |
|
|
|
|
|
|
|
mcm konfius sikit bila baca cerita. 😅 Abang An jd mcm tu sbb buatan keluarga bekas isteri ke sbb dia salah menuntut? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm schizophrenia pun ea jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adzyla at 2-8-2015 06:24 PM
moga abg dpt di pulihkan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak diketahui sebab apa Abg An jadi macam tu  |
|
|
|
|
|
|
|
Itu pun boleh jadi jugak. Mungkin sebab terlampau tekanan perasaan sampai effect macam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dua sihir bergabung meletup? |
|
|
|
|
|
|
|
Buat solat hajat semoga segala kekusutan yang melanda family cik Nana terungkai dan di beri petunjuk dari Allah agar ada jalan penyelesaian..
Jangan pernah putus asa,perbanyakkan DOA..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa abg an depress kot sebab masalah rumah tangga dia. Kesian btoi |
|
|
|
|
|
|
|
habeh dah baca...
crita hang nih nana oii,terbawak2 oiiii...sebab bahasa yg mudah difahami..hukhukkk..
sian abg an...
mana lah abg an ehh,sorg2 dlm keadaan diri dia cenggitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap ibu Abg An x putus asa berdoa semoga beliau sembuh sprt sediakala... Insya Allah, doa seorg ibu sagt ampuh... |
|
|
|
|
|
|
|
cik nana.. ade update ke? |
|
|
|
|
|
|
|
yg abg an kata wife dia pregnant ank org lain tu, anak yg sorang tu je la ye?
Kesiannya...
Salah menuntut pun ya jugak kan...
scary betul... |
|
|
|
|
|
|
|
pe citer abg An ko tu nana |
|
|
|
|
|
|
|
Meh nak update sikit cerita Abg An ni. Lepas ni kita tutup terus cerita dia sebab cik.nana malas dah nak ambik kisah pasal dia ni. Geram sesangat. Pasal apa geram? Haa... ni nak cerita.
Update Kisah Abg An (ending tahap penghabisan)
2 minggu lepas, Mama balik kampung dgn Acu. Saja nak balik kampung jenguk-jenguk. Mama pergi rumah salah seorang pak sedara dia (kira atok sedara aku la... ke salah?). Dan terbuka kisah makcik aku dan Abg An. Mama bebetul terkejut bila dengar cerita ni.
Alkisahnya, seminggu lepas kami balik ke KL lepas beraya tu, Abg An dah balik semula ke rumah. Balik rumah je, dia mengamuk-ngamuk kat mak dia. Sebab mak dia pakai minyak kasturi. Aku la yg bagi minyak kasturi tu. Minyak kasturi tu dah dibacakan ayat-ayat suci. Habis dia selongkar satu rumah cari mana makcik aku simpan minyak kasturi tu. Tak jumpa. Makcik aku pulak, entah macam mana, jadi berani sikit nak lawan cakap anak dia kali ni. Takde dah syahdu syahdan sedih-sedih anak dia jadi sewel. Kali ni Abg An mcm jadi batu api pulak, dok kata ke Mama dan makcik pakcik aku yg lain. Antaranya, Abg An kata Mama dan makcik pakcik aku kikis harta Tok Wan dia. Memang tak masuk akal la. Dah apa kejadahnya pulak Mama nak kikis harta ayah orang lain, kan?
Tapi satu yg telinga aku berasap dengar, Abg An kata Mama bomohkan makcik aku ni bagi makcik aku dengar kata Mama je. Amboi, sedap bebenor engkau mengata mak aku gitu ye. Aku sedar, yg berkata-kata tu mungkin bukan Abg An sendiri, tapi siapa je yg tak marah bila mak sendiri dikatakan buat kerja terkutuk tu kan? Even bila atok sedara aku ni pergi rumah makcik aku, Abg An dok jaja cerita Mama bomohkan mak dia ke orang lain. Siap cakap, kalau dia jumpa Mama, dia nak tikam Mama. Bukan kata Mama je dia nak tikam, dengan anak cucu Mama semua dia nak tikam. Atok sedara aku selamba je balas balik kat Abg An macam ni...
Atok Sedara: Hang ni, An, hang pi tikam tengok Mak Long hang tu. Kalau hang tak pi tikam, hang balik mai sini, aku tikam hang pulak!
Terus senyap Abg An, tak berbunyi dah pasal nak tikam sesiapa. Sekali tu, entah angin apa mari, Abg An pasang lilin dalam rumah. Sekeliling rumah. Mengamuk la makcik aku balik-balik dari kerja tengok lilin terpasang dalam sekeliling rumah. Terus dia call pak sedara dia suruh datang rumah, takut ada apa-apa jadi macam rumah terbakar ke kan. Yang pakcik (ayah Abg An) aku pulak boleh buat senyap je anak dia dok pasang lilin macam rumah takdak api padahal hari masih siang. Aku rasa pakcik aku tu dah serik nak bersuara lepas kena sembur 'setan tua taik pit' dengan anak dia. Tu dia buat diam je. Makcik aku amek air sebaldi siram anak dia.
Makcik: Hang nak mampoih ka dok cucuh lilin apa dalam rumah siang-siang hari!? Hang nak bakaq rumah aku ka!?
Makcik aku, bila tengok Abg An dok buat perangai sewel dia, dia dah takde berkasih sayang bagai dah. Dia hambur terus je, sebab dia kata bila keluar perangai sewel tu, tu bukan anak dia dah. Abg An pulak sengih-sengih je bila mak dia marah.
Makcik: Aku tau hang tu bukan anak aku. Hang tu setan! Sebab tu hang main api. Setan ja yg suka main api ni.
Atok sedara aku terus padamkan lilin-lilin yg Abg An nyalakan. Dalam rumah tu ada cucu makcik aku kot. Budah tu excited la tengok orang pasang lilin, nak main bunga api katanya. Adoila. Lepas kejadian tu, atok sedara aku nasihatkan makcik aku supaya lekas-lekasla cari orang untuk pulihkan semula Abg An. Kang lama-lama entah apa pulak dibuatnya.
Yang makcik aku pulak, orang sekeliling dah pesan, cari perawat biar yg betul berlandaskan Islam. Ni takkkkkk! Entah mana-mana dia cari perawat ni, tapi bila atok sedara aku bagitau apa yg perawat ni suruh buat, Mama dah tak sedap hati dah. Antara apa yg perawat ni cakap ialah:
- Dia takleh nak pulihkan Abg An sebab makcik aku pakai minyak kasturi.
- Dia kata makcik aku kena stop baca surah Al-Baqarah, solat hajat apa semua tu kena stop.
- Makcik aku cuma boleh solat 5 waktu dan beristighfar je, lain tak boleh.
Tengok 3 perkara tu pun, dah tau perawat tahap apa ni. Dan dia charge makcik aku RM 3000. Ye, RM 3000. Dan makcik aku bayar. Aku tak taula makcik aku ni dah terdesak sangat ke apa yg dia ikut semua cakap perawat bangang ni. Dia buang terus minyak kasturi yg aku bagi. Hangin betul aku bila dengar cerita Mama. Mama pulak, terus la call makcik aku tanya, kenapa dia bodoh sangat ikut cakap perawat tu. Makcik aku dengan bangganya kata Abg An dah takde mengamuk lagi dah, takde buat perangai sewel lagi dah. Abg An duduk diam-diam je. Mama tak boleh nak kata apa la. Lepas tu terus Mama tak ambik kisah dah. Cari penyakit sendiri, kata Mama. Aku setuju jugak.
Walaupun suami aku kata tak boleh biar makcik aku buat macam tu, sebab dah masuk kategori syirik, aku nak buat macam mana lagi. Aku call makcik aku, sepupu aku, semua tak jawab call. Baru ni atok sedara aku bagitau, perawat tu kata Abg An dah 'baik' dah, tapi benda tu lekat kat makcik aku pulak, kena berubat cara lain. Tu takde lain, nak ketuk duit makcik aku la tu. Tapi atok sedara aku pun tak kuasa dah nak masuk campur. Sebab makcik aku degil nak pergi kat perawat tu jugak. Well, cari penyakit sendiri la tu. Maka kita biarkan la Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kang dia lemas, pandai-pandaila dia mintak tolong.
TAMAT.
|
|
|
|
|
|
|
|
On a second thought, entah-entah makcik cik.nana ni percaya cakap Abg An yg Mama dah bomohkan dia?  |
|
|
|
|
|
|
| |
|