|
Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor berkata, parti itu akan melelong pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya kepada raja-raja yang terkaya di seluruh dunia jika Pas menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Sementara projek-projek lain yang dianggap sebagai projek mega pula, menurut beliau, akan disewakan.
''Pas akan berusaha mendapatkan raja-raja yang terkaya di seluruh dunia untuk membeli dan menyewa pusat pentadbiran Putrajaya, terutamanya kediaman rasmi Perdana Menteri, dan projek-projek lain yang membazir,'' katanya dalam ceramah politik di Kampung Surau, Utan Aji dekat sini malam tadi. Menurutnya, projek-projek lain yang dianggap membazir itu ialah litar Formula 1 dan bangunan Balai Seni Negara serta kemudahan jet dan helikopter.
ARKIB : 08/07/1999


|