|
|
[MERGE EDISI AJL] Tahniah Juara AJL27 Yuna & Aizat (konspirasi TV3 kah?)
[Copy link]
|
|
|
sepitsiput posted on 7-1-2013 12:16 PM 
konsep persembahan Amir Johari semalam tu tiru mtv lagu Gothye, pastu i baca kt twitter, manager dia ...
aiyoooo.. that was so gotye..kalau menang best performance saya mahu kutuk juri itu semua..please lah tgk skali pon tahu
even ombak rindu's performance was so redundant, and so boring.. bosan ok si aaron ajis jah modalnya..padahal pernah dipersembahkan di beberapa acara yang lain konsep mamat harun ajis muncul di pentas
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
addamnor posted on 11-1-2013 12:22 AM 
aiyoooo.. that was so gotye..kalau menang best performance saya mahu kutuk juri itu semua..please ...
tahu takpe, menampilkan AA dlm sesuatu persembahan adalah SOOOOO YESTERDAYYYYYY! 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CauPandin posted on 7-1-2013 02:32 PM 
Lagu + Anak Kampg best mlm td
klu persembahan terbaek tak memerlukan undi dr penonton ms ...
eh hello dik kauponen... anak kampung punya performance style sudah tak valid di arus muzik semasa.. zaman2 noraniza idris dengan masyarakat sekampung di atas pentas sudah berlalu..
by the way i selalu perasan peserta pertandingan juara lagu suka benar buat drama di atas pentas untuk memberi impak kepada persembahan sehingga mereka mengabaikan kekuatan sebenar sebuah lagu yang dipersembahkan adalah vocal dan penyampaian si penyanyi, siapa yang beri soul yang penuh pada lagu, maka dia layak dikira memenangi persembahan terbaik.. tak perlu gimik2..
i still adore ziana zain bawak lagu dingin di ajl 4 tahun yang lalu.. you will feel, "wow, she did very splendidly" walaupon diakui mok cik tuh choi jah sekarang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kakakmanis posted on 11-1-2013 12:30 AM 
tahu takpe, menampilkan AA dlm sesuatu persembahan adalah SOOOOO YESTERDAYYYYYY!
itu jerrrr konsep yg mampoo mereka pikir agaknyaaaa.....huhuhuhuhuhuhu....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 10-1-2013 11:19 PM 
Rahmat nyanyi mmg best mlm tu...dulo on dia perform kt aim pn best gak
Aris ariwatan ada dtg k ...
lorr yeke. kesian heols. patut lah muka cam terkejut je bila keluar tu. lagu heols kan lagu wajib karok, haruslah semua orang menjerit dan menyanyi sama.
alaa..takpe lah. iols suka versi AJL27 ni. walaupun lari tune tapi sedap dengar. iols kenyang betul malam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mixed posted on 11-1-2013 08:22 AM 
kheeen iols pn x kisah sgt psl aris tu mmg nmpk muka heol cuak
tp suara joey mmg hazabeda ...
suara joey mmg hazabedah dulu kini dan selamanya. supposedly heols bawak lagu harum subur di hati. rendah je tone. takde lah sampai keluar anak tekak bagai
aris penah dijemput nyanyi dlm event kat tempat kerja iols. heols mmg good looking at his age lah. dan suara heols lemak merdu buat iols kenyang.
Last edited by tapibukanaku on 11-1-2013 08:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Uji Rashid rasa diperkotak-katikkan
WALAUPUN kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) sudah empat hari berlalu namun perasaan yang bergolak dalam hati penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid apabila namanya digugurkan daripada membawakan lagu ciptaan dan dendangan Yuna, Terukir Di Bintang, pada majlis anugerah tersebut nampaknya masih belum reda.
Uji merupakan orang pertama yang mengetahui mengenai penarikan diri Yuna daripada AJL27 kerana Yuna sendiri menghubunginya untuk menggantikan dirinya membawa lagu Terukir Di Bintang pada majlis anugerah lagu tersebut.
Ironinya, Uji juga merupakan orang terakhir yang diberitahu tentang pengguguran namanya daripada menyanyikan lagu tersebut.
Kepada Kosmo!, Uji meluahkan perasaannya mengenai perkara tersebut.
Kosmo!: Bolehkah komen mengenai isu nama anda digugurkan daripada menyanyikan lagu Terukir Di Bintang pada AJL 27?
UJI: Saya berasa terkilan dan rasa kejam sangat mereka lakukan perkara ini kepada saya. Perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi ke atas saya. Bukan kita yang bermasalah. Saya tetap beri komitmen walaupun ketika itu saya tidak sihat.
Kenapakah anda tidak sihat? Adakah anda sakit?
Cuma kurang oksigen. Saya kena masuk wad selama empat hari tetapi bila diminta menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, saya minta kebenaran doktor untuk keluar hospital.
Siapakah yang meminta anda untuk menyanyikan lagu Terukir Di Bintang?
Yuna sendiri yang meminta saya menyanyikan lagunya. Malah dia juga ada mengatakan jika saya menolak, dia akan menarik diri menyertai AJL 27.
Bilakah anda diberitahu sudah digugurkan nama daripada membawakan lagu itu pada AJL 27?
Pada 2 Januari lepas saya datang untuk latihan. Sepatutnya pada 4 Januari juga saya perlu datang untuk latihan penuh tetapi pada 3 Januari, pihak TV3 meminta saya datang untuk satu mesyuarat tetapi sebenarnya untuk mengatakan saya telah digugurkan untuk membawakan lagu itu.
Sedangkan ketika itu, Aizat sudah datang untuk latihan dan pihak media sendiri sudah tahu Aizat menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Saya pula baru diberitahu selepas semua orang sudah tahu. Rasa macam diperkotak-katikkan pula.
Khabarnya anda digugurkan kerana ketika latihan anda tidak mampu menyanyi lagu tersebut? Benarkah?
Siapa mereka yang boleh menilai saya mampu nyanyi atau tidak. Saya masih boleh menyanyi. Cuma, saya ada beritahu Datuk Ramli MS semasa latihan yang saya baru keluar hospital dan dalam keadaan yang masih lagi belum pulih. Sebagai orang lama dalam industri seni suara, saya sendiri boleh menilai sama ada saya mampu menyanyi atau tidak. Jika saya tidak mampu menyanyi kenapa sehingga kini saya masih lagi dipanggil untuk persembahan.
Khabarnya persiapan juga sudah diaturkan, malah pakaian untuk anda malam itu juga sudah disiapkan?
Ya. Hatta Dolmat sudah menyiapkan dua helai baju saya, malah solekan artis juga sudah ada. Siapa mahu bayar kerugian mereka?
Siapakah sebenarnya yang menggugurkan nama anda? Adakah pihak TV3 atau Yuna sendiri?
Saya dipanggil oleh pihak TV3 dan yang bercakap mengenai nama saya yang digugurkan itu juga adalah daripada pihak TV3. Mereka mengatakan ia adalah hasil perbincangan dengan pihak atasan.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Uji mengaku kecewa 'disingkirkan' dalam AJL
Oleh TENGKU KHALIDA TENGKU BIDIN
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Penyanyi wanita popular era 70-an dan 80-an, Uji Rashid mengaku sangat kecewa dengan 'penyingkirannya' dalam Anugerah Juara Lagu ke-27 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu.
Menurut Uji, beliau kecewa bukan kerana tidak dapat menyampaikan lagu Terukir Di Bintang sepertimana yang dikehendaki oleh komposernya,Yunalis Zarai atau Yuna.
"Sebaliknya saya kecewa dengan cara mereka 'menyingkirkan' saya tanpa adab dan sopan seperti sepatutnya. Saya hanya diberitahu tiga hari sebelum majlis anugerah berlangsung.
"Ketika itu mereka sudah memilih Aizat menggantikan tugas saya, sedangkan pelbagai persediaan sudahpun saya lakukan sebelum itu," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.
Terukir Di Bintang yang disampaikan oleh Aizat Amdan muncul sebagai Juara AJL ke-27 itu.
Aizat dipilih oleh penganjur pada saat-saat akhir, meskipun komposer dan penyanyi asalnya, Yuna sendiri telah memberikan mandat itu kepada penyanyi idolanya, Uji Rashid.
"Saya anggap ini penghinaan kepada artis lama seperti saya. Sepanjang 38 tahun menyanyi, detik-detik ini adalah sesuatu yang paling mengecewakan saya," katanya dalam genangan air mata.
Yuna tidak dapat menyampaikan sendiri lagu popular itu kerana berada di Amerika Syarikat bagi sesi rakaman album barunya bersama komposer popular antarabangsa, David Foster.
Kenyataan penuh Uji Rashid boleh dibaca dalam ruangan Hits Mega, Utusan Malaysia keluaran esok. - UTUSAN
Sumber : Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
xabih2 lg kecewanya...sepatutnya redha aje lah dgn ketidakupayaan itu.........tp masih mnidakkan jugak....tp kena phm jugak kan...org2 tua ni hatinya mudah tguris.....biorkan jelah.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian la..tak wajar TV3 buat mcm tu.
entah pape. bermoral lah skit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian kt kak uji, nanti abp dptla tu award khas.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sbnr nya nk dgr jgk uji rashid nyanyi lagu tu....manala tau lg sodap ke...klu x napa yuna pilih dia..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku isunye skang ni, kebiadaban pihak tv3 & team AJL tu sendiri.....uji dipanggil utk diberitahu yg die digugurkan, dan pada masa yg sama aizat dh pun memulakan latihan....what the helllllllll, org terakhir tahu kekdahnye...
katenye, pas tu berjam juge uji nangis di satu sudut kat stadium tu...
yuna & mak die sendiri personallly jumpe uji, pujuk uji utk nyanyi lagu tu sbab pada mulanya uji x yakin, at the end bile org tu dh bersedia 100%, macam ni plak jadinye...
sape yg x sentap woiii...harusla meratib makan tahun
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 11-1-2013 09:57 AM 
bagi aku isunye skang ni, kebiadaban pihak tv3 & team AJL tu sendiri.....uji dipanggil utk diberitah ...
uji boleh saman tv3
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora posted on 11-1-2013 10:57 AM 
bagi aku isunye skang ni, kebiadaban pihak tv3 & team AJL tu sendiri.....uji dipanggil utk diberitah ...
tp at least tv3 ada buat mensyuarat nak declare pd uji rashid... lgpon masa dh suntok, aizat perlu jugak buat latihan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa mereka yang boleh menilai saya mampu nyanyi atau tidak. Saya masih boleh menyanyi. Cuma, saya ada beritahu Datuk Ramli MS semasa latihan yang saya baru keluar hospital dan dalam keadaan yang masih lagi belum pulih. Sebagai orang lama dalam industri seni suara, saya sendiri boleh menilai sama ada saya mampu menyanyi atau tidak. Jika saya tidak mampu menyanyi kenapa sehingga kini saya masih lagi dipanggil untuk persembahan.
- statement mcm sedikit angkuh... boleh menyanyi tk semestinya boleh menyanyi dgn baik makcik oii... lgpon tv3 kena juga jg imej sebab ni bukan pertandingan karaoke... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
3
tak kisah la uji nyanyi sedap ker tak.. tapi cata TV3 mmg agak biadap la... sian kak uji... biar jer kak uji nyanyi sepatutnya klu nyanyi teruk kak uji gak yg dikritik nanti  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tue2 takyah nyanyi la makcik ooi..malu ngan orang muda2.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|