|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
freddianza posted on 14-8-2012 03:20 PM
Nickiiiiiiii hang pi manaaa
Sambung siniiiii
ntah2 dia pi shopping baju raya anak dia ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 42
Shark tidak senang duduk. Dari tadi dia mundar-mandir dari kiri ke kanan. Sesekali menggosok-gosok rambutnya. Adakalanya melepaskan sumpah seranah dari mulutnya. Kemudian mengeluh dan menggelengkan kepala. Zidan hanya memerhatikan Shark sambil mengecilkan mata. Dia tahu kenapa Shark gelisah hingga begitu sekali. Berita mengenainya sudah terpapar di dalam media cetak arus perdana.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia menahan tujuh suspek termasuk empat warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta di Lembah Klang .
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 41 tahun itu membabitkan beberapa sindiket pengedaran dadah. Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Noor Rashid berkata penangkapan pertama membabitkan tiga lelaki termasuk satu warga Thailand di Bandar Sri Damansara kelmarin, kira-kira jam 11.15 malam.
"Pada mulanya kita tahan seorang lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Toyota Crown. Susulan itu polis menahan dua lagi rakannya di kawasan yang sama.
"Hasil pemeriksaan ke atas kereta itu, kita menjumpai 60 ketulan mampat dadah jenis ganja yang disembunyikan di ruang sulit khas pada bahagian kereta yang telah diubah suai," katanya.
Beliau berkata siasatan awal juga mendapati suspek aktif menyeludup masuk dadah dari Thailand untuk pasaran di sini sejak tiga bulan lalu.
Kes kedua di Lembah Klang ialah penangkapan tiga suspek warga asing termasuk seorang wanita pada 4.15 pagi tadi di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Duta di sini.
"Pada masa itu dua lelaki keluar dari kereta dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan. Turut ditahan seorang wanita yang berada di dalam kereta.
"Hasil pemeriksaan di dalam kereta, polis merampas dua beg galas yang berisi 29 ketul dadah jenis ganja dengan anggaran berat 28.1 kg," katanya.
Beliau berkata siasatan ke atas dua lelaki warga Nigeria dan wanita Thailand itu mendapati dadah tersebut dibawa dari Nigeria dan transit di Thailand sebelum dibawa masuk untuk pasaran di negara ini.
Selain itu, Noor Rashid berkata JSJN Terengganu juga berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penangkapan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun kelmarin.
"Pelbagai jenis dadah yang telah kita rampas iaitu 6,930 biji pil WY dengan nilai kira-kira RM173,250, lima botol heroin berjumlah RM5,000 dan wang tunai berjumlah RM31,000," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek kini ditahan reman dan semua kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - Bernama
*Berita di ubahsuai dari Harian Metro
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suratkhabar itu Zidan campakkan di atas meja. Sekali lagi memandang Shark yang mundar-mandir tidak keruan.
“Sial!” Entah berapa kali kata-kata kesat seperti itu keluar dari mulut Shark. Mukanya bengis.
“Macam mana polis boleh dapat tahu?” Zidan hanya mendiamkan diri, keningnya turut berkerut.
“Ah, Jedi” Sekali lagi Shark menyumpah lalu menjawab telefonnya yang berdering, melangkah agak jauh dari Zidan. Zidan hanya memerhati. Last edited by Nicki_Meow on 15-8-2012 10:02 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Shark” Garau suara lelaki itu menyapa.
“Jedi”
“Macam mana polis boleh dapat tahu?” Soalan diajukan kepada Shark.
“Aku tak tahu”
“Kau tahu berapa banyak yang kita dah rugi?” Sudah tentu Shark tahu, tapi dia tidak menjawab, hanya nafasnya yang turun naik.
“Selama ni kau tak pernah gagal. Jadi kau leka sampai polis dapat cari”
“Tak. Aku tak pernah leka. Tapi, serius, aku tak tahu macam mana polis boleh dapat tahu pasal tu”
“Itu aku tak peduli” Jedi membalas keras.
“Aku dah pernah bagi kau amaran sebelum ni. Kau dah lupa? Ataupun kau memang perlukan satu lagi peringatan?”
“Apa kau nak buat? Bunuh aku?” Shark menyoal kembali. Suaranya agak lantang. Tetapi Jedi hanya ketawa sinis.
“Kau tahu aku boleh bunuh kau dalam sekelip mata kalau aku mahu” Jedi membalas.
Bodoh. Makian itu hanya bergema dalam hati Shark.
“Tapi aku takkan bunuh kau. Sekurang-kurangnya, buat waktu ini. Kau dah banyak berjasa pada aku” Shark menarik nafas berat.
“Tapi kau kena ingat, Shark. Ini amaran dari aku. Jangan leka”
“Yalah” Shark menjawab, agak kasar.
“Lagi satu, aku dah pesan kau tak boleh percayakan orang-orang kau seratus peratus. Perhatikan mereka. Aku syak, ada yang jadi tali barut polis”
“Kau jangan nak tuduh sembarangan Jedi. Diorang tak pernah bawa masalah pada aku” Shark membantah.
“Tak pernah bawa masalah? Jadi, macam mana dengan Ajak? Mana dia?”
“Ajak” Shark menggetap bibir.
“Nasib kau baik sebab aku tak suruh kau ganti balik semua duit tu” Shark merengus.
“Ingat Shark. Perhatikan orang-orang kau. Dan ini amaran terakhir aku. Kalau kau gagal lagi selepas ini, kau tahulah nasib kau” Shark tidak menjawab. Walaupun mendatar saja suara Jedi, Shark tahu yang Jedi benar-benar maksudkannya.
“Lagi satu” |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah dia akan ugut fifi untuk dapat duit |
|
|
|
|
|
|
|
“Apa?”
“Aku tahu kau masih cari perempuan tu kan?” Sekali lagi Shark merengus. Dia tidak pernah memberitahu Jedi tentang perkara itu tapi macam mana Jedi boleh tahu?
“Jadi?” Shark menjawab dengan soalan.
“Lupakan dia. Perempuan tu akan menyusahkan hidup kau saja”
“Hal aku dengan perempuan tu, kau tak payah masuk campur. Tak ada kena mengena dengan kau!” Keras Shark menjawab, hatinya semakin panas. Jedi tidak membalas, hanya ketawa sinis kedengaran sebelum talian di matikan.
Huh, bangsat! Shark menyumpah untuk kesekian kalinya.
“Shark” Zidan memanggil lagi. Shark hanya memandang, bengis sebelum kembali duduk di kerusi. Telefon bimbitnya dicampakkan di atas meja.
“Apa dia nak?”
“Warning”
“Huh. Kerja semua kita yang buat, ada hati lagi nak warning?” Zidan membalas, jengkel. Shark tidak memperdulikan soalan dari Zidan.. Dia tahu, Zidan tidak pernah sebulu dengannya kalau perkara berkaitan dengan Jedi.
“Jedi cakap, ada anjing polis dalam geng kita” Shark berkata lagi.
“Anjing polis?” Shark mengangguk.
“Tak mungkin” Zidan meningkah.
“Then, boleh lu explain macam mana orang-orang Markus boleh kena tangkap?” Shark menengking. Zidan mengerutkan kening.
“Ajak…” Zidan menjawab perlahan.
“Tapi dia dah hilang. Macam mana dia boleh dapat information pasal orang-orang Markus?”
“Hilang tak bermakna tak ada” Zidan seolah-olah berkias.
“Lu pun rasa Ajak?” Zidan mengangguk.
“Tak mustahil kalau dia sengaja jadi anjing polis sebab nak lepaskan diri dari lu” Zidan berkata lagi, seperti sengaja mengapi-apikan Shark.
“Bangsat. Mana dia sekarang?” Shark menyumpah lagi.
“Boon!”
“Boon!” Boon melangkah masuk setelah terdengar laungan Zidan.
“Lu orang dah jumpa Ajak?” Shark pula bertanya.
“Belum” Boon menjawab. Pandangan matanya bertukar antara Shark dan Zidan.
“Lu orang cari pakai hidung ke mata?” Boon mengeluh sendiri. Di herdik sesuka hati memang sudah biasa di terima dari Shark dan Zidan. Baginya, kedua-dua mereka itu sama saja perangainya. Kuat memerintah. Namun sama ada Boon atau yang lain-lain, tidak berani membantah apa saja arahan mereka, kalau tidak mahu mencari nahas. Tapi itu semua di telan bulat-bulat kerana wang yang di terima cukup lumayan dan kerjanya senang walaupun penuh risiko.
“Lu dengar sini baik-baik, Boon. Lu panggil Jack dengan Lando, pergi cari Ajak sampai jumpa. Kalau tidak, berkecai kepala lu” Shark memberi arahan beserta amaran. Boon hanya mengangguk lagi lalu keluar dari situ secepat mungkin. Shark hanya memerhatikan Boon hingga hilang dari pandangan.
Zidan juga turut memerhatikan Boon yang melangkah keluar. Pandangan itu beralih kepada Shark yang sedang menundukkan kepala ke bawah, lalu bibirnya terukir sedikit senyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 15-8-2012 10:07 AM
Adakah dia akan ugut fifi untuk dapat duit
Jeng Jeng Jeng
Towards the end, Yes.....
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 15-8-2012 10:07 AM
Adakah dia akan ugut fifi untuk dapat duit
Salam.
Auntie blur-blur ni.... Siapa,yg akan ugut fifi? Ikan atau watak dlm boiboyboy?
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 15-8-2012 10:25 AM
Salam.
Auntie blur-blur ni.... Siapa,yg akan ugut fifi? Ikan atau watak dlm boiboyboy?
Salam Auntie...
Jawapannya = Ikan
Menjawab bagi pihak Fred....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 10:30 AM
Salam Auntie...
Jawapannya = Ikan
Amboi..amboi..amboi... Si ikan ni dah melampau ni.... Karang auntie masak buat shark's fin soup, baru dia padan muka.... Hehehe... Mcm ler auntie ni pandai masak! Berangan tul nak buat shark's fin soup, masak soup biasa pun kecundang! Hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 10:17 AM
Jeng Jeng Jeng
Towards the end, Yes.....
Arghhhh..tidakkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 10:30 AM
Salam Auntie...
Jawapannya = Ikan
Hahahahah.Ikan
|
|
|
|
|
|
|
|
ada halimunan?
Last edited by sarizu on 15-8-2012 11:07 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 15-8-2012 10:33 AM
Amboi..amboi..amboi... Si ikan ni dah melampau ni.... Karang auntie masak buat shark's fin soup, b ...
baru nak mintak resepi shark's fin tadiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony posted on 15-8-2012 10:33 AM
Amboi..amboi..amboi... Si ikan ni dah melampau ni.... Karang auntie masak buat shark's fin soup, b ...
Shark's Fin soup? My favourite, tapi dululah. Sejak tengok video camna diorang bunuh ikan jerung untuk dapatkan sirip tu, terus tak lalu makan....
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 15-8-2012 11:06 AM
ada halimunan?
Hang ni tak abes2 dgn halimunan
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 43
Tok Tok.
Pintu di ketuk namun tiada jawapan. Fandi menarik nafas. Sebentar tadi Datin Haryati mengadu yang Sofea kembali mengurungkan diri sepanjang hari. Tidak mahu keluar dari bilik, tidak mahu makan. Bila di tanya, langsung tidak mahu menjawab.
Tok Tok. Pintu di ketuk lagi. Masih tiada sahutan.
Klik. Pintu bilik di buka lalu Fandi melangkah masuk. Fifi sedang duduk di atas katil, tidak perasan kehadirannya. Lama Fandi memerhatikan Fifi tanpa suara.
_______________________________________________________________________________________
“You nak apa lagi call I, Shah?”
“I miss you sayang”
“Miss me? You dah gila?”
“Yes, I do. Still crazy for you”
“Bullshit! You dah hina I macam-macam, you buang I macam sampah, you campak I macam kain buruk, sekarang you cakap you sayangkan I?”
“I sayang you. Please, I know I’ve hurt your feeling. I tahu salah I. Dan you bukan sampah. I yang sampah sebab buat you macam tu”
“Sudahlah Shah, leave me alone”
“Don’t tell me you don’t love me anymore?”
“Love? No! I hate you. Lepas apa you dah buat pada I, you ingat senang-senang I nak maafkan you. Sorry!”
“Tipu, I know you still love me”
“I benci you!”
“But, we have a child together. You mengandungkan anak I”
“Baru sekarang nak mengaku anak?”
“Sayang, please. If you give me a chance, I swear that I will take care of you. We can raise our kid together”
“What? Our kid? Jangan mimpilah Shah. Ini anak I, bukan anak you”
“Kalau you tak buat dengan I, mana nak dapat anak tu…”
“Shut up”
“Sayang…dengar dulu”
“Tolonglah Shah. Jangan ganggu I lagi. I…I dah kahwin”
“Dengan pak sanggup tu? You sure ke dia sayangkan you?”
Last edited by Nicki_Meow on 15-8-2012 04:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“ I tahu you kahwin sebab nak tutup malu. Belum tentu lagi husband you tu sayangkan you macam mana I sayangkan you”
“I dapat malu pun sebab you, tahu tak? Kenapa sekarang baru you nak cari I? Kenapa bukan dari dulu lagi?”
“I tahu I silap. I tak patut buang you macam tu. I sayang you”
“You sayang I?”
“Yes”
‘Bohong’
“Tak sayang. I tak bohong. I masih sayangkan you”
“Sudahlah Shah. I dah ada suami”
“Sayang, mana ada orang yang sanggup nikah dengan perempuan mengandung anak luar nikah, melainkan ada sebab tertentu. You pernah tanya dia kenapa dia nak kahwin dengan you?”
“I..I….tak pernah tanya. Tapi dia baik”
“Okay, fine. Dia baik. Tapi you mesti pernah dengarkan, lelaki baik untuk perempuan yang baik. Kalau dia baik, dia takkan nak kahwin dengan orang macam you kan? I don’t think he loves you”
“Stop it, Shah”
“Why, you tak percaya cakap I?”
“Shah, tolonglah”
“Does he love you like I love you? Does he touch you like I touch you? The way he kiss, the way he…”
“Diam!”
“Listen to me. I nak you balik pada I. You suruh husband you ceraikan you and we can get back together”
“Shah, I rayu pada you, I mintak pada you, jangan cari I lagi. I dah taknak ada kena mengena dengan you. Just let me go”
“No sayang, I won’t let you go”
“Enough! Tolong jangan call I lagi” Talian dimatikan.
Fifi duduk termenung sambil bersandar di atas katil. Kata-kata Shah yang terakam berputar di minda. Fifi memejamkan mata lalu air matanya gugur lagi. Kalau dia tahu nombor itu adalah nombor Shah, sudah pasti dia tidak akan menjawab. Sungguh dia tak mengerti, apa perlunya lelaki itu mengganggunya. Setelah maruahnya diletakkan di bawah tapak kaki, setelah dirinya di hina seperti sampah, Shah ingin kembali semula. Kenapa?
Apakah yang ingin TUHAN tunjukkan kepadanya?
“Kalau kita diuji dengan sesuatu, tetapkanlah hati dan bersangka baiklah dengan Allah. Ujian tu tandanya Allah sayang”
Kata-kata Fandi pula berganti di fikiran. Tapi dia bukan diuji. Dia sedang menerima hukuman di atas kesalahannya sendiri. Dan dosa-dosa itu bagai menghambat hari-harinya sehingga dia lelah dan lemah. Ya, memang dia telah melakukan dosa. Hingga adakalanya dia terasa takut untuk mengadap TUHAN. Takut seandainya cubaan untuk membersihkan dosa tidak diterima. Ada ketikanya juga dia terasa tak mampu lagi untuk bangkit berjuang. Semua itu ditelan sendiri, tidak mahu perasaannya di pertontonkan kepada sesiapa. Fifi menarik nafas. Air matanya dibiarkan menitis.
Last edited by Nicki_Meow on 23-8-2012 08:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 15-8-2012 01:21 PM
“ I tahu you kahwin sebab nak tutup malu. Belum tentu lagi husband you tu sayangkan you macam mana ...
Common fifi you can do it.InsyaAllah DIA akan selalu ampunkan hambanya yg ingin kempali ke pangkal jalan.
Lagipun fandi mesti tolong.diakan sayg fifi.
NEXXXXXXTTTTTTTTTTTTTTTTT
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|