1. Saya bergaduh dengan isteri kerana sikapnya bak kera sumbang setiap kali pulang ke rumah orang tua saya.
2. Puding Roti Simple Buat Alas Perut.
3. Pemimpin perlu ada hati nurani untuk membantu rakyat terutama rakyat Sarawak yang bakal berhadapan dengan piolihan raya negeri akan datang.
4. Pasti ramai orang bersetuju jika kami katakan kebanyakan doktor tulisannya cakar ayam dan sukar difahami.
5. Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.
*Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan ALLAH swt, dipermudahkan segala urusan, perjalanan, diteguhkan silaturrahim sesama kita, dilimpahkan dengan rezeki yang bertambah dan sentiasa memperoleh rahmat dari Nya*
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di cari.com. semoga kita dapat mencari pahala sebanyak yang mungkin di bulan penuh barokah ini.
Semoga ramadhan kali ni membawa seribu kerahmatan dan keinsafan buat kita semua.
Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan. Bersihkan hati, jernihkan fikiran dan sucikan perbuatan.
Saya mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini. In shaa Allah dengan izinnya.
Mari kita menfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh keberkatan ini. Agar kelak kita menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan. Aamiin.
Marhaban Ya Ramadhan. Tingkatkan taqwa, refleksi diri dan eratkan silaturahim antara kita semua.
Happy Ramadhan Kareem.
selamat menyambut ramadhan al mubarak pada semua rakan2 yg mengenali mira
maaf jika ada salah dan silap
semoga puasa kita kali ini dipermudahkan oleh Allah swt
dan semoga semua puasa dan kebaikkan yg kita lakukan dibulan yg mulia ini
diberi pahala yg berlipat kali ganda
Amin ya rabal alamin
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem kepada semua warga Forum CARI.
Semoga amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas.
Semoga Allah swt mengangkat COVID 19 dari muka bumi ini supaya kita dapat
menjalani kehidupan seperti dulu malah lebih baik lagi.
Amalkan bersederhana semasa kita menyediakan juadah berbuka supaya pembaziran
dapat dikurangkan.