|
Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)
[Copy link]
|
|
cik.nana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca thread ni! Terima kasih la sudi singgah dan memeriahkan thread tak seberapa ni.
cik.nana sebenarnya nak share kisah seorang sepupu cik.nana ni, tapi masih ragu-ragu dengan kes dia ni. cik.nana start cerita sikit-sikit dulu la ye. Dari background, sejarah hidup dia apa. Uolls sabar la sikit ye kalau rasa kisah ni slow bebenor.
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part I)
Sepupu aku ni baya aku, lelaki, yg kami panggil Abg An. Dia anak sulung kepada salah seorang makcik aku, ada 3 adik -- seorang lelaki, 2 orang perempuan. Adik-adik dia yg perempuan dah menikah. Adik yg lelaki, anak bongsu masih bujang. Abg An ni pun dah berkahwin sebenarnya. Tapi baru aje bercerai. Baru sebulan lepas Abg An bercerai. Anak ada sorang, anak lelaki. Aku terkejut sebenarnya bila aku dengar khabar yg Abg An nak bercerai dengan wife dia. Benda tu memang macam tunggu masa je nak jadi pun. Bukan aku mintak ke apa, tapi Abg An ni dok bekerja kat selatan tanah air sementara wife dgn anak dia duduk di utara. Wife dia ni anak tunggal, so parents dia macam tak bagi la dia duduk jauh-jauh.
Abg An ni aku kenal dari kecik sampai ke besar, memang budak yg baik dan mendengar kata. Ayah dia ada, tapi ayah dia ni jenis keluar masuk pusat pemulihan, jadi kebanyakan masa membesar, ayah dia kejap ada kejap takde. Abg An as anak lelaki sulung banyak tolong mak dia, jaga adik-adik apa semua. Walaupun kami sebaya, aku tetap panggil dia Abg An sebab dia punya tahap matang tu dah macam orang tua dah. Kadang-kadang aku panggil dia 'orang tua' pun ya. Abg An ni, dia punya sayang gila kat mak dia. Apa mak dia cakap, semua dia ikut. Nama nak tinggi suara kat mak tu, memang takdela. Kalau nak pakai duit, memang dia tak minta kat mak dia. Dia sanggup kerja dari mintak duit kat mak dia. Yuran sekolah, tusyen apa semua dia bayar guna duit dia kerja. Kerja-kerja kampung kebanyakan Abg An buat.
Masa tahun nak ambil SPM, Abg An jual burger tiap-tiap malam untuk tampung duit tusyen. Abg An ni tak la berapa pandai, tapi dia rajin. Kita fast forward bila Abg An dah dewasa, dah pandai main cinta. Abg An perkenalkan girlfriend pada family, aku gelarkan Zya je. Abg An cakap kat aku, dia nak peristerikan Zya secepat mungkin. Duit dia kumpul dah ada 10k, nak kumpul sikit lagi nak masuk meminang Zya. Lain ceritanya dengan family Abg An. Mak dan adik-beradik Abg An kurang bersetuju sebab dgn pilihan hati Abg An. Sebab? Sebab Zya anak tunggal, mak Zya sangat-sangatla mengawal pergerakan anak dia dan mak Zya sebenarnya tak berkenan dengan Abg An sebab Abg An tak berpelajaran tinggi (setakat SPM) dan Abg An bukan orang bergaji besar. Mak Zya sendiri mengaku depan makcik aku dia tak berkenan dengan Abg An.
Jadi makcik aku pun jadi kurang setuju bila Abg An kata nak kahwin dengan Zya. Abg An pulak tetap dengan keputusan dia nak kahwin dgn Zya. Tanpa pengetahuan family dia, Abg An buat personal loan 20k dan semua duit tu, dia bagi pada Zya. Makcik aku dapat tahu pun bila surat bank sampai kat rumah. Bila tanya mana duit pinjaman, baru Abg An mengaku dia bagi semua pada Zya. Makcik aku marahlah, tanya kenapa bagi pada Zya. Bila ditanya, Abg An tak dapat jawab. Dia diam je tunduk pandang lantai. Dari situ kami dah macam dapat kesan ada perubahan pada Abg An. Tapi bagi kami, biasalah orang bercinta ni, jadi buta dan bengap. Abg An tak dapat sesen pun duit loan tu, tapi dia yg dok pulun bayar duit loan tu bulan-bulan. Aku pernah sound Abg An, tak fair la gitu. Abg An diam je tak kata apa.
Fast forward lagi, Abg An bagi kad jemputan kahwin dia dengan Zya. Walaupun dua-dua family kurang bersetuju, menikah jugakla Abg An dan Zya. Mak Zya langsung tak tunjuk muka di masjid masa nikah. Kenduri belah perempuan pun, mak dia duduk je dalam rumah. Kenduri belah lelaki, memang mak dia tak datangla kekdahnya. Dah kahwin, Abg An tinggal kat rumah mertua dia. Rupanya, salah satu syarat yg diletakkan parents Zya, Abg An tak boleh bawak Zya keluar dari rumah parents dia. Abg An yg kena duduk di rumah Zya. Awal-awal lepas kahwin, tak sekali pun Abg An balik rumah mak dia menjenguk. Sekadar SMS bertanya khabar. Punyalah sedih makcik aku ni, tiap-tiap minggu call Mama mengadu.
Pernah sekali, makcik aku demam sampai tak boleh bangun. Adik Abg An pun call Abg An suruh balik rumah tengok mak. Pagi call, dah nak tengah malam baru sampai. Itu pun Abg An datang seorang diri. Duduk tak sampai 5 minit, mak mertua dia dah call suruh balik. Macam lembu dicucuk hidung, menonong je Abg An nak balik. Menitis air mata makcik aku tengok anak dia balik tak menyempat-nyempat. Salam tangan mak pun macam nak tak nak je. Lepas tu, memang tak nampak dah muka Abg An. Tak lama lepas tu, Abg An beritahu dia ditukar tempat kerja ke selatan. Dia pergi ke sana seorang diri, Zya tak ikut sebab mak mertua dia tak kasi. Marah lagi makcik aku. Iyalah, tempat isteri kan di sisi suami. Kalau nak hidup sorang diri, baik takyah kahwin, kata makcik aku pada Abg An. Macam biasa, takde reaksi dari Abg An.
Aku bila jumpa Abg An, aku perli-perli dia, tanya hidup bujang best tak. Abg An senyum kelat je. Aku pun jadi menyampah jugak sebenarnya dengan perangai Zya ni. Dia langsung tak nak pergi ke selatan, suruh suami dia yg ke utara kalau nak jumpa. Balik-balik dengan alasan mak dia tak bagi. Mama tegur Abg An, tak boleh macam tu. Tapi Abg An buat macam angin lalu je. Kemudian, makcik aku mengadu lagi. Zya beli kereta guna nama Abg An. Zya guna kereta, Abg An bayar tiap-tiap bulan. Dah duit loan 20k pun Abg An bayar, duit kereta pun Abg An bayar. Dah Abg An tak kisah, siapa la aku nak bising kan. Aku biar mak dia je bebel.
Setahun kemudian, dapat anak sorang. Dah dapat anak pun, Zya masih duduk dgn mak dia. Start masa ni, aku nampak Abg An macam dah memberontak sikit dengan wife dia. Abg An call aku kadang-kadang, mengadu Zya degil tak nak pindah duduk dgn dia. Aku sound balik ke Abg An, dah dia tak bertegas dari mula, sekarang ni terimala akibat. Abg An terpaksa telan je la kata-kata aku. 2 tahun jugakla Abg An hidup macam orang bujang. Dan bulan Februari, Abg An call aku.
Abg An: Nana, Abg An kat KL ni.
Aku: Hah? Bila sampai?
Abg An: Baru ja. Boleh tak Abg An nak tumpang rumah Nana semalam dua?
Aku: Jap, Nana tanya abang (suami aku)... Ok, boleh. Nak kami pi jemput Abg An ke?
Abg An: Boleh ke?
Aku: Abg Long yg cakap dia nak gi jemput. Abg An tunggu dalam 20 minit ke ye?
Dan malam tu, aku dan suami pi jemput Abg An kat TBS. Aku dah lama sebenarnya tak jumpa Abg An. Dan bila aku jumpa Abg An malam tu, aku terkejut. Badan Abg An dah susut benar. Kurus jadinya sampai timbul tulang pipi. Muka pun serabut je aku tengok. Aku tanya Abg An, dia dah makan ke belum. Slow je dia geleng. Kami pun bawa Abg An makan Sup Meletop kat Permaisuri. Bukan main selera lagi Abg An makan, 2 mangkuk bihun sup dan sepinggan nasik ayam. Aku pulak jadi sedih tengok keadaan Abg An macam tu. Macam orang tak makan seminggu.
Aku: Abg An dah berapa lama tak makan ni?
Abg An: Abg An makan, makan megi.
Aku: Berapa lama dah dok makan megi?
Abg An: (sengih) Lama jugak la...
Aku bangun, buat-buat pergi toilet padahal dok pi kesat air mata. Sedih woi aku tengok keadaan sepupu aku tu. Aku sempat SMS adik Abg An, maklumkan dia Abg An ada dengan aku dan aku pesan jangan bagitau makcik aku lagi. Reply dari sepupu aku, Ani, buat aku terdiam.
'Kak Nana tolong tengok Abg An naaa... dia tak mau cakap telepon ngan mak, ngan kami. Hari tu dia telepon mak, dia teriak tapi dia tak kata apa pun...'
Macam tu la lebih kurang reply adik Abg An. Balik rumah, Abg An bersihkan diri dia, solat apa semua. Suami aku ajak Abg An bersembang. Dan aku, aku direct je tanya Abg An kalau dia ada masalah. Abg An diam pada mulanya. Aku dan suami bagi dia masa untuk karang ayat.
Abg An: Abg An nak bercerai dengan Zya.
Aku: Kenapa?
Abg An: Nana sendiri pun tau pasai pa. Nana cuba tengok Abg An ni, dah tak macam rupa orang dah. Nana tau dak, Abg An nak kerja pun tak boleh la ni, jadi serabut kepala sangat-sangat. Abg An mai sini bukan sebab Abg An cuti, tapi Abg An kena gantung kerja!
Aku: Abg An buat apa sampai kena gantung?
Abg An: Abg An tumbuk bos!
Aku: Pasaipa Abg An pi tumbuk bos?
Abg An: Sebab Abg An tak tahan dia dok bising-bising kat Abg An.
Aku dan suami berpandangan. Tetiba je Abg An menangis teresak-esak depan kami.
Abg An: Abg An rindu anak bini, tapi punyala susah nak jumpa. Nak call pun susah. Balik-balik mak dia dok jawab! Dia kata Zya takdakla, tidoqla. Macam-macam alasan!
Aku: Abg An tak balik sana ke?
Abg An: Balik! Tapi bila balik sana, Abg An jadi tak ingat apa. Mak pun Abg An tak pi tengok. Abg duduk rumah Zya, jadi macam orang dungu, melangut ja.
Aku: Macam mana Abg An boleh tau Abg An tak buat apa?
Abg An: Tak tau...
Cerita Abg An dah start pelik dah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung cept cik nana... kesian sepupu nana? |
|
|
|
|
|
|
|
adehhh tgh2 syok baca... abih.... |
|
|
|
|
|
|
|
haiyooo..best best..mcm filem ibu mertuaku pun ade
aku lak yg saspen..macam la abg an tu sepupu aku 
|
|
|
|
|
|
|
|
menarikkk..... tak sabar nk tunggu sambung dari cik.nana... |
|
|
|
|
|
|
|
best, nnt free cik nana sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part II)
Kemudian, Abg An pun terus bercerita pada aku tentang 'kepelikan' di rumah mertuanya.
Pernah sekali tu, Abg An tinggal sorang dalam rumah, Abg An dengar macam bunyi ular. "Sssssttt... ssssstttt" bunyi kat sekeliling dalam rumah. Abg An pusing habis satu rumah, tak jumpa apa pun. Bila Zya balik, Abg An cakap kat Zya pasal bunyi tu, tapi Zya kata bunyi tu bunyi aircond. Abg An tak berapa nak percaya dengan cakap Zya tu, jadi Abg An cakap kat ayah pulak. Ayah kata kat Abg An "Jangan dok banyak cakap sangat." Ayah Zya tu, Nana, patuh gila kat bini. Apa mak cakap semua betul, semua dia turut. Kalau mak dok cakap dengan dia, dia tunduk tak angkat muka. Sampaikan kena boh penampaq dengan bini pun, dia boleh buat diam lagi.
Abg An dah rasa tak sedap hati dah. Nana tau, Abg An ni sampai anak sendiri tak boleh nak pegang. Asal Abg An pegang anak, dia teriak tak mau-mau. Macam Abg An pukul dia, dera dia. Padahal Abg An sentuh sikit je. Bila anak dah teriak mula la mak Zya buat muka bengis kat Abg An, kata anak tak kenal ayah dia jangan dok paksa. Sampai macam tu sekali. Zya pulak boleh buat bodo je. Tapi bila Zya depan mata Abg An, nak marah ka, nak tegur ka, semua Abg An tak berani buat. Abg An jadi kecut perut bila Zya depan mata. Nana tau dak, Zya tu Abg An tak pernah nampak dia solat. Bila Abg An ajak solat sama, macam-macam alasan dia bagi. Abg An dah sedia nak jadi imam dia, dia yg tak mau jadi makmum Abg An. Tapi Abg An tetap tak berani nak tegur dia pasal benda tu walaupun solat tu perkara paling penting. Mak dia pun tak pernah Abg An nampak solat. Ayah selalu la jugak pi surau solat.
Dulu, masa Abg An kata nak ajak Zya kahwin, mak Zya bawak Abg An pi jumpa sedara mara dia. Kononnya sedara mara dia ada yg pandai 'tengok', nak tengok samada Abg An ni ada pakai minyak pengasih ka apa kat Zya bagi Zya jatuh hati kat Abg An. Abg An ikut ja sebab Abg An tau Abg An jujur, Abg An tak buat apa-apa yg salah. Bila sampai rumah pak sedara Zya tu, depa dah siap segala dupa cendana kemenyan apa bagai. Abg An tau dah benda tu salah, tapi Abg An dok ikut jugak pasaipa tak tau. Mak kata duduk, Abg An duduk. Mak kata baring, Abg An baring. Mak kata minum, Abg An minum. Masa tengah sesi 'tengok-menengok' tu, Abg An perasan ada macam bayang-bayang besar tinggi kat belakang pak sedara Zya tu. Abg An pi kat bayang tu, dia lari. Abg An kejar sampai belakang rumah, tapi tak dapat. Lepas tu, Abg An tak ingat dah apa jadi. Abg An tau-tau, depa dah hantaq Abg An depan rumah.
Sebenarnya, sambil Abg An kerja, Abg An adala belajar ilmu sikit-sikit. Biasala, kerja Abg An ni, kena tau la dua tiga benda, nak lindung diri ka apa ka. Lepas Abg An belajar tu la Abg An mula perasan ada benda tak kena kat rumah Zya ni. Malam-malam Abg An dok dengar ada benda berjalan atas bumbung rumah. Ulang-alik berjalan sampai ke subuh. Bila Abg An tanya Zya, dia kata kucing. Bila tanya mak, dia jegil biji mata dia kat Abg An. Ada satu malam tu, Abg An tak boleh nak lena, rasa hangat semacam tubuh ni. Abg An pun dudukla lepak kat luar rumah sambil dok tengok bintang. Masa tu la Abg An nampak penanggal keluar dari tingkap bilik belakang rumah Zya. Yang pelik tu, Abg An tak rasa apa-apa pun, Nana. Takut pun dak. Abg tengok ja penanggal tu melayang-layang pi mana tak tau. Lepas tu Abg An masuk rumah, tidur. Macam tu ja.
Sekarang ni, Abg An rasa macam hidup tak tenang, Nana. Kepala otak selalu rasa berserabut, rasa asyik nak marah orang, nak pukul orang. Nana tau, lepas Abg An tumbuk bos Abg An tu, Abg An boleh gelak berdekah-dekah. Abg An tau Abg An gelak, Abg An tau benda tu tak betul tapi Abg An tak boleh nak control diri sendiri. Nasib tak mati ja bos Abg An tu, Nana. Sampai dekat 10 orang dok pegang Abg An, tahan Abg An daripada dok bantai muka bos. Abg An tak tau dah nak buat apa, Nana. Tu Abg An lari mai sini...
Pehhh... tersandar aku dengar cerita Abg An. Antara percaya dengan tak je aku dengan cerita Abg An ni. Lagi-lagi bila cerita pasal keluarga Zya. Aku jarang la jumpa Zya tu. Even ada kenduri ke, masa Raya ke, memang payah nak tengok muka dia. Mak dia lagi la aku tak pernah tengok. Tapi setakat yg aku pernah jumpa Zya, bertegur, orangnya lembut aje bercakap. Senyumnya manis selalu. Aku tak sangka pulak la ada sesuatu di sebalik kelembutan Zya tu. Lama jugak aku ambil masa nak hadam apa yg diperkatakan Abg An. Nak percaya bulat-bulat pun, aku cuma dengar cerita sebelah pihak je. Jadi aku cuma boleh nasihatkan Abg An untuk memohon petunjuk daripada Allah. Aku tak berani la nak komen lebih-lebih.
Esoknya, aku suruh suami aku bawak Abg An gi memancing. Aku pulak call makcik aku, ceritakan semula apa yg diceritakan Abg An. Semua aku cerita. Seperti yg dijangka, makcik aku menangis mengenangkan nasib anak kesayangan dia.
Makcik: Nana tau dak, dia boleh nak jejak kaki langsung rumah makcik ni. Dia kata dia rasa panas semacam bila balik rumah. Dia jadi resah tak tentu hala. Nana tolongla cari orang berubat Abg An tu...
Aduh... serba salah aku dibuatnya. Berubat apanya. Aku tak rasa pun Abg An tu sakit. Entahlah... aku tak berapa konfiden dengan keadaan Abg An ni. Aku cuma cakap 'Tengokla macam mana' kat makcik aku. Entah macam mana, aku tergerak hati nak bukak beg sandang yg Abg An bawak. Aku selongkar beg tu, aku terkejut dengan apa yg aku jumpa dalam beg dia. Ada duit cash tebal gila (aku tak kira), sebatang buluh runcing, sebotol air yg agak keruh dengan senaskhah kecil Al-Quran. Ok, duit tu mungkin duit dia. Kenapa dia nak bawak duit cash banyak-banyak aku tak tau. Buluh runcing tu nak buat apa? Air keruh dalam botol tu air apa? Aku jadi bingung. Aku simpan balik barang-barang Abg An dalam beg sandang. Beg baju aku tak buka.
Daripada siang bawak ke malam, sampai suami aku dan Abg An balik, jenuh aku dok pikir Abg An buat apa dengan barang dalam beg dia tu. Aku nak tanya tak berani. Dia taula nanti aku selongkar barang dia. Tapi kekdahnya, aku kantoi jugak. Lepas makan malam, Abg An panggil aku.
Abg An: Nana cari apa dalam beg Abg An?
Aku: Saja tengok...
Abg An: Sapa suruh Nana bukak beg Abg An?
Aku: Takde sesiapa suruh. Nana buka sendiri.
Abg An: Mak suruh Nana check?
Aku: Nana kata dah, Nana buat sendiri, takde siapa suruh.
Abg An merengus kasar. Muka dia terus berubah. Mata dia mula merah. Aku jadi takut, terus aku lari pi kat suami aku.
Abg An: Dah, aku nak balik! Aku nak balik!
Buat pertama kalinya, Abg An membahasakan dirinya dengan 'aku'. Dia kemas-kemas beg.
Suami: Sabar, Abg An. Abg An nak balik mana ni?
Abg An: Hang peduli apa!? Biaq pi aku nak balik! Hang dengan bini hang sama ja, nak naya aku!
Aik, apa kes pulak tuduh aku nak aniaya dia ni? Aku tengok riak wajah Abg An lain benar. Tak sama dengan Abg An yg aku kenal.
Aku: Abg An, Nana mintak maaf...
Abg An: Maaf apa maaf? Hang ingat ni, esok lusa mampoih hang aku tikam!
Abg An tujah buluh runcing kat aku. Terkejut aku sampai terdiam. Abg An ugut nak tikam aku dengan buluh runcing. Muka Abg An bengis. Suami terus tarik aku ke belakang.
Abg An: Jangan sapa pun mai cari aku, paham dak! Hangpa semua ni memang saja nak naya aku!
Dan Abg An terus keluar dari rumah aku. Aku mahu pun suami tak kejar Abg An biar pun malam dah makin lewat. Aku tak pasti sama ada Abg An tahu jalan ke tak. Aku dah tak peduli sebab aku betul-betul terperanjat ditujah dengan buluh runcing sebegitu rupa oleh Abg An. Aku tak pernah tengok Abg An jadi bengis sampai macam tu. Tak pernah walau sekali. Sebab aku buka beg dia, dia jadi sampai macam tu sekali. Start dari situ, aku dah tau ada sesuatu yg tak kena dengan Abg An.
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai mcm tu sekali..... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa.... sambung kaih kaih |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih bce psl abng An .TT harap cpt2 ada smbungn |
|
|
|
|
|
|
|
best cerita ni. buat filem best ni. seram betul.  |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part III)
Subuh selepas kejadian malam tu, aku dapat SMS dari Abg An. Abg An maklumkan pada aku dia dah balik semula ke bandar tempat kerja dia dan dia jugak minta maaf atas kelakuan dia yg tak senonoh. Aku yg masih terasa hati cuma reply 'K' sahaja pada Abg An. Kejadian malam semalam aku cuma ceritakan pada Mama di telefon. Mama marah aku sebab tak maklumkan pada dia pasal Abg An awal-awal. Aku tau lepas cakap dgn aku, Mama call makcik aku pulak tapi aku tak ambil pusing dah. Aku jadi malas nak layan isu Abg An. Aku pun ada benda lain nak pikir. Tapi aku tau Abg An rajin contact Acu. Acu la yg rajin dok cerita perkembangan Abg An kat aku. Acu jugak cakap kat aku yg Abg An menyesal tak sudah sebab hunus buluh runcing runcing kat aku, dia jadi malu nak contact aku. Aku lantakkan aje. Merajuk la konon ni.
Bulan 3, Acu cakap kat aku Abg An dikenakan tindakan tatatertib sebab naik angin dan bergaduh sesama kawan sekerja. Masa ni jugak di FB Abg An mula timbul posting-posting yg tah hape-hape. Posting Abg An semua ditaip dalam huruf besar, macam Diva AA dah kekdahnya. Antara posting Abg An yg aku baca di FB berkisarkan tentang pengkhianatan sesama sahabat, yg mengatakan diri dia dijadikan kambing hitam, yg memperkatakan tentang kejujuran manusia, pasal Tanah Melayu bakal diserang kuasa asing (ye, dia guna Tanah Melayu instead of Malaysia), pasal agama, pasal bangsa. Nampak macam biasa je posting Abg An ni, tapi ada certain posting, Abg An menaip macam guna bahasa Melayu lama. Nak kata tua, baya aku je pun. Dan masa ni jugak dia dah delete gambar-gambar isteri dan anak dia dari album. Satu pun gambar anak bini dia takde. Gambar dia je ada.
Masuk bulan 4, rumahtangga Abg An semakin berantakan. Retak menanti belah je katanya. Dan Abg An sekali lagi kena gantung kerja sebab bertumbuk dengan kawan sekerja. Aku pun dah tak faham apa kena dengan Abg An ni. Sepanjang-panjang tu jugakla dia tak pernah balik kampung untuk ziarah anak bini atau family sendiri. Kena gantung kerja pun orang tak tahu dia ke mana. Sampaila terkantoi sekali, Acu kata Abg An pergi 'menuntut' dengan seorang tok guru. Tok guru mana, tak diketahui. Ilmu apa yg dituntut pun tak diketahui. Dan kemuncaknya adalah bila suatu hari Acu call aku kata Abg An lafaz cerai pada Zya melalui telefon. Gempar sekejap jadinya keluarga kami.
Makcik aku tak tahu pun anak dia dah lafaz cerai pada Zya sampailah Zya dan maknya datang sendiri ke rumah makcik aku. Zya dan mak dia tuduh makcik aku jadi penyebab kenapa Abg An ceraikan Zya. Macam-macam cemuhan dilemparkan kat makcik aku. Siap tuduh makcik aku pakai bomoh nak pisahkan Abg An dengan Zya. Sudahnya, makcik aku halau Zya dan mak dia keluar dari rumah. Yang Abg An pulak, lepas lafaz cerai terus menghilangkan diri, tak contact sesiapa. Makcik aku call apa semua, tak dapat. Makcik aku siap ajak anak menantu dia yg lain pergi cari Abg An di bandar tempat dia kerja. Masa pergi sanalah makcik aku dapat tahu rupanya Abg An dah lama tak pergi kerja. Hampir sebulan. Orang tempat kerja dia pun dok cari dia jugak. Bila call wife dia, wife pun tak tau laki dia pi mana.
Makcik aku dah hampir-hampir nak buat report polis. Sampailah Abg An tiba-tiba muncul di rumah Mama. Ye, rumah Mama. Lagak Abg An macam takde apa-apa yg jadi. Makcik aku kat kampung dah nak macam orang gila, dia boleh watlek watpis je. Dengan tenang jugak dia bagitau Mama dia dah ceraikan Zya. Antara perbualan Mama dengan Abg An yg diceritakan semula oleh Mama pada aku bunyi begini:
Mama: Kenapa An ceraikan Zya?
Abg An: Sebab dia curang. Dia mengandung anak orang lain.
Mama: Mana An tau dia mengandung anak orang lain, bukan anak An?
Abg An: An tau la, Mak Long. Berapa lama dah An tak sentuh dia, macam mana dia nak mengandung anak An.
Mama: Macam mana pulak An tau Zya mengandung? An kan dah lama tak balik kampung.
Abg An: Sapa kata An tak balik?
Mama: Bila masa An balik?
Abg An: An ada balik senyap-senyap. An pegang perut Zya masa dia tidoq. An dapat rasa ada anak dalam perut dia, tapi An tau tu bukan anak An.
Mama: An, benda tak pasti jangan main tuduh je. Fitnah tu, tau tak? Berdosa!
Abg An: Mak Long, An tau la. Dia bini An. An bukan bodoh. An dah pegang perut dia.
Mama: An dah tanya Zya ke?
Abg An: Mak Long, anjing mana nak mengaku dia berak tengah jalan?
Sampai sini, Mama terdiam. Gaya-gaya macam Abg An dah semakin agresif jadi Mama tak nak provok lebih-lebih. Pulak tu dia dok merapu pasal Zya mengandung, dia pegang perut Zya apa semua. Tapi Abg An tak habis merapu lagi.
Abg An: Mak Long tau dak, Zya tu kahwin dgn An semata-mata nak zuriat dari keturunan An ja! Mak Long tau dak Tok Din (atuk sebelah ayah Abg An) tu sapa?
Mama: Tak tau. Awatnya dengan Tok Din?
Abg An: Tok Din tu keturunan bangsawan Acheh! An ni waris dia, bakal dapat harta dia.
Mama terdiam lagi. Mana datang pulak datang arwah Tok Din ni bangsawan Acheh? Tak pernah pulak Mama dengar cerita ni. Harta apa je pun Tok Din ada? Rumah kampung sebiji dengan Toyota cabuk ada la.
Abg An: Sultan kena ikitiraf An sebagai waris bangsawan Acheh ni! Nama An dah tertera dalam wasiat kat muzium negeri!
Ah sudah! Dah merapu meraban dah Abg An ni. Mama tak boleh nak go on sangat dengan benda keturunan tu, jadi Mama pun tukar topik.
Mama: Sekarang ni An nak buat apa?
Abg An: An nak cari kerja kat KL.
Mama: Habis, kerja An sekarang ni?
Abg An: An tak mau kerja situ dah. Semua orang kat situ kerja nak naya An, khianat An. Semua dengki kat An.
Mama: An dah berhenti cara rasmi ke macam mana?
Abg An sekadar geleng kepala.
Mama: Tak boleh buat macam tu, An. An kena la maklumkan An nak berhenti kerja, tulis surat ke apa. Mana boleh blah macam tu je.
Abg An: Takpa la, Mak Long, apa-apa jadi An tanggung sendiri.
Mama: An, An.... An ingat senang ke nak hidup kat KL ni? An dah pikir nak kerja apa, nak duduk mana? Sewa bilik aje pun kat KL ni boleh cecah 400 sebulan. Nak makan lagi. An ada pikir tak semua tu?
Kali ni Abg An diam. Ambik kau dah kena bebel ngan Mama. Padan muka.
Mama: An kena balik kampung dulu, jumpa mak. Mak An dok susah hati pasal An, tau tak? An tak kesian kat mak ka? An kena balik settle pasal An dengan Zya jugak. An ingat lafaz cerai je lepas tu habis kat situ? An kena pi mahkamah apa semua. Mana boleh tinggal macam ni. An jangan lari dari masalah.
Lembut je Mama nasihatkan Abg An. Tak sangka, masuk kepala jugak nasihat Mama tu. Lepas 3 hari di rumah Mama, Abg An maklumkan dia nak balik kampung. Tapi sebelum balik kampung, masa Abg An salam dan cium tangan Mama, Abg An cakap sesuatu yg tak disangka...
Abg An: Mak Long ja yg faham An, yg sayang An. Mak pun tak sayang An macam Mak Long. Mak Long, Mak Long doakanla keselamatan An. An rasa An dah tak lama. An mintak maaf banyak-banyak segala salah silap An pada Mak Long, pada keluarga Mak Long...
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
apa la masalah dia sebenarnya ni...xsiapa pun tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebenar yang terjadi ...
|
|
|
|
|
|
|
|
what is happening abgan? toksah dok buat kalut lah haih.. p berubat cepat.. kesian dkt mak long nana  |
|
|
|
|
|
|
|
sian abg an..
kenapa boleh jadi sampai gitu sekali ye..
huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah 33 - Kisah Sepupuku (part IV)
Masa Abg An di KL, makcik aku outstation di Penang. Makcik aku dah dimaklumkan yg Abg An ada di rumah Mama. Hari Abg An balik kampung, makcik masih lagi di Penang. Masih berbaki 2 hari lagi kerja makcik di Penang. Part ini adalah hasil penceritaan semula makcik aku dan adik-adik Abg An. Abg An sampai di rumahnya di kampung, tengok mak dia takde. Ada ayah dia dengan adik perempuan dia je sorang. Sampai-sampai rumah, dia dah mengamuk suruh mak dia balik. Abg An SMS makcik aku suruh makcik aku balik on the spot, sekarang jugak. Makcik aku call dia.
Makcik: Mak kerja ni, Abg...
Abg An: Mampoih pi dengan kerja. Balik la ni jugak!
Makcik: Awat Abg buat perangai macam ni? 2 hari lagi mak balik. Abg sabaq sat.
Abg An: Aku nak mati dah ni! Aku nak mati depan rumah ni! Hang balik, kalau tak hang menyesal sampai mati!
Itu pertama kali seumur hidup makcik aku dia dengar Abg An bahasakan diri 'aku' dan 'hang' dengan dia. Tersentak makcik aku dibuatnya dengar anak dia cakap macam tu. Apa lagi, kelam-kabut makcik aku kemas barang, mintak izin pada bos nak balik. Baliklah makcik aku ke rumah, berjumpa anak sulung dia yg dah semacam tu. Sampai rumah, Abg An duduk tegak bersila di tengah rumah. Bersila macam orang silat. Depan Abg An, ada sebotol besar air keruh. Pakcik aku dan adik Abg An duduk termangu di sudut rumah.
Makcik: Awat ni, Abg? Apa jadi dengan Abg ni?
Abg An: Hang toksah dok banyak cakap! Duduk sini!
Makcik: Abg, selama mak hidup, tak pernah Abg guna 'aku' 'hang' dengan mak...
Abg An: Aish, banyak bunyi la hang ni! Hang takyah nak berlakon sangat depan aku! Ni, nampak ni??
Abg An mengeluarkan buluh runcing dari tepi pinggangnya. Terkejut beruk makcik aku. Sampai hati anak yg disayangi selama ni ugut dia dengan buluh runcing. Adik perempuan Abg An, Fara, bingkas bangun, terus memeluk makcik aku.
Fara: Abg An!! Apa ni, Abg An!? Abg gila ka??? Ni mak ni!
Fara bertempik. Abg An macam orang baru dikejut tidur apabila disergah begitu. Dia terpinga-pinga kejap. Buluh runcing di tangan ditengok, berselang-seli dengan muka makcik aku yg dah menangis. Automatik, buluh runcing di tangan dilepaskan. Abg An bangun, terus berlari keluar dari rumah dengan berkaki ayam. Pakcik aku kejar Abg An, tapi separuh jalan je mampu. Abg An lari laju bebenor walaupun hanya berkaki ayam. Maka, dari situ bermulalah episod Abg An berperangai sekejap pelik, sekejap ok. Mengikut kata makcik aku, perangai Abg An akan menjadi-jadi terutamanya selepas Asar. Perceraian Abg An dan Zya dah dimuktamadkan di mahkamah.
Menurut Ani, Abg An langsung tak sebut pasal anak dalam kandungan Zya. Malah, sepanjang proses perbicaraan berlaku, Abg An hanya diam dan tunduk memandang lantai. Wajah Zya langsung tak dipandang. Sepatah hakim tanya, sepatah dia jawab. Tak ada tempoh bertenang ke, kaunseling ke apa. Tau-tau bercerai je. Balik rumah, Abg An mengamuk lagi pada mak dia. Abg An tuduh mak dia jadi punca dia bercerai dengan Zya. Antara ayat yg keluar dari mulut Abg An ialah:
- Hang pakai bomoh kan nak bagi aku benci Zya?
- Hang memang lama dah benci kat Zya, hang suka la tu aku dengan Zya dah bercerai kan? Suka la anak aku takdak pak kan?
- Aku nak hang pi jumpa Zya, hang habaq kat Zya, aku nak balik kat dia.
- Hang ingat aku tak tau hang dok berlakon ja, buat sedih kunun!
Makcik aku jadi bingung dengan perangai Abg An ni. Pernah sekali, Ani jemput Zya datang rumah. Zya datang bawa anak sekali. Masa Zya datang tu, Abg An tunduk pandang lantai sampai dahi nak cium lantai dah. Sikit pun dia tak angkat muka pandang Zya. Sekali tu Zya ke dapur, Abg An pegang tangan anak dia, terus budak tu melalak tak ingat dunia. Pegang sikit je. Dia punya melalak macam Abg An curah air panas. Terkocoh-kocoh Zya datang dari dapur angkat anak dia, mata dijegilkan pada Abg An. Terus Abg An kembali tunduk pandang lantai dengan riak muka takut. Masa tu tak nak pulak dia cakap nak rujuk balik ngan Zya ke apa. Mulut terkunci terus.
Ani ni tak takut langsung kalau abang dia start mari meroyan. Dia sergah je Abg An kalau Abg An start buat gila. Abg An terus-menerus melayan mak ayah dia dengan buruk. Selamba je panggil mak ayah dia setan betina dengan setan jantan. Sikit pun takde rasa bersalah. Bila makcik aku menangis, dia kata makcik aku berlakon. Apa yg makcik aku masak, dia takkan makan langsung. Sampaikan air minum pun dia tak minum di rumah sendiri. Dia sanggup beli air mineral sekotak simpan untuk dia sendiri minum. Kalau makcik aku nak solat ke, dia akan perhati je, lepas tu dia kata makcik aku berlakon, pura-pura alim. Lepas kena sergah dengan Ani, dia akan diam kejap. Lepas tu mula la balik cakap mak dia itu ini, ayah dia itu ini.
Aku ada sebut pasal air keruh dalam botol kan? Tau air apa tu? Itu air laut. Abg An pernah suruh mak dia minum air dari botol tu. Tapi makcik aku tak minum la. Makcik aku tanya tu air apa, dia jawab air laut. Setiap kali waktu Maghrib, Abg An akan renjis air laut tu di sekeliling rumah, macam buat 'pagar' sambil mulut dia dok baca amende entah. Macam-macam perangai pelik Abg An ni. Antara benda pelik Abg An buat:
- Bila tidur, dia akan letakkan buluh runcing, botol air laut dan sebilah parang kat sebelah dia. Sebelum tidur, Abg An akan baca surah Al-Kafirun 105 kali (makcik aku kira sendiri) dan dia akan tidur sampai pukul 3 petang.
- Setiap kali hujan, dia akan keluar bersilat bawah hujan.
- Bila makcik aku ambil wuduk nak solat, dia akan berdiri depan pintu bilik air dan perhatikan setiap gerak geri mak dia.
- Bila makcik aku nak baca Quran, dia akan suruh baca surah/ayat tertentu sahaja. Yang lain dia tak bagi baca. Kalau baca, dia start mengamuk.
- Pernah sekali, Abg An tidur, makcik aku baca surah Al-Baqarah. Abg An terus bangun dengan mata merah, maki mak dia. Dia kata panas bila makcik aku baca surah tu. Dia mandi 5 kali hari tu.
- Kadang-kadang, dia akan berdiri tegak atas sofa/kerusi dan nyanyi lagu Negaraku atau lagu negeri dia (yang ni berhambur aku gelak bila makcik aku cerita)
- Abg An pernah tak tidur straight 5 malam.
- Dia tuduh kawan-kawan baik dia termasuk adik ipar dia ada affair dengan bini dia.
- Abg An asyik sebut ada kuasa asing nak serang Tanah Melayu.
- Kadang-kadang, Abg An akan jadi macam diri dia yg lama. Masa tu, dia akan menangis-nangis mintak ampun dan maaf pada mak ayah dia. Lepas tu dia jadi tak betul balik.
Banyak lagi sebenarnya benda yg Abg An buat. Dia pernah cakap pada mak dia, kalau dia mati, buang mayat dia dalam laut. Makcik aku bangkang la.
Makcik: Pasaipa nak buang dalam laut?
Abg An: Suka hati aku la. Kalau aku mati, campak ja aku dalam laut.
Makcik: Abg tu asal dari tanah, dah mati nanti Abg kena balik pada tanah.
Abg An: Aku kata laut, laut la!
Makcik: Eh, suka hati mak la nak buat apa kalau Abg mati. Bukan Abg buleh kata apa dah pun kalau mati.
Makcik aku dah tahap dia lawan balik Abg An masa ni. Mula-mula memang dia takut dan risau, tapi dah lama-lama dia jadi marah jugak. Asyik dok menadah je anak dia panggil bukan-bukan kat dia. Seminggu sebelum Raya, Abg An dok mengamuk apa entah. Lalu makcik aku pun kata "Abg tunggu la Mak Long balik raya nanti, tunggu biaq Mak Long tengok perangai Abg dok buat bukan-bukan kat mak." Malam tu jugak, Abg An keluar dari rumah sehelai sepinggang tak balik-balik sampailah ke hari ini. Ye, sampai hari ni Abg An tak balik rumah. Tapi Abg An ada SMS mak dan adik beradik dia. Makcik aku ada tunjuk SMS Abg An pada aku. Ada sepotong ayat Abg An bunyinya begini
NI RAMADAN TERAKHIR HANGPA DUA. HANGPA SIAP SEDIA LA MENGADAP PEMBALASAN DAN KEADILAN Ayat yg ni memang aku ingat. Bila aku baca, terus meremang bulu roma aku. Lain macam betul bunyi SMS Abg An ni. Tiada apa yg boleh aku dan Mama pesan pada makcik aku melainkan suruh dia buat solat hajat, minta pertolongan pada Allah. Aku minta makcik aku maklumkan pada aku kalau Abg An ada balik. Aku ada juga SMS Abg An, ucapkan selamat hari raya. Haram dia tak balas pun. Aku call pun, dia reject call aku. Memang kami tak tau Abg An ada kat mana sekarang. Jadinya, cerita ni takde penamat la sebab kedudukan Abg An masih tidak diketahui walaupun dia ada SMS dan call adik-adik dia. Kadang-kadang SMS dia ok. Kadang-kadang dia jadi Diva AA, taip SMS semua huruf besar cakap pasal kiamat la apa la.
Sampai hari ni, aku masih tunggu khabar berita Abg An. Entah mana la dia sekarang ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, cik.nana dan Mama buat andaian Abg An ada salah menuntut. Tu yg kejap betul, kejap tak betul tu. Korang rasa kenapa sebenarnya dengan Abg An ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|