|
Apa yang chuols tidak tahu tentang era 90an
[Copy link]
|
|
ida88 posted on 4-9-2014 11:11 PM
Ckp pasal sawie, I tringat katenye
Katenye die pnh kene tangkap WETworld dgn dang
Skrg ni kalau ...
uwaaaaa dang sape
|
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae posted on 5-9-2014 11:23 PM
uwaaaaa dang sape
suria yang memancarkan cahaya nyaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
cikmi posted on 5-9-2014 08:00 PM
Citer2 jepun tu dh masuk then 2000 kan
time tu dlm tahun 1996-1998
sbb iols igt time tu iols baru2 habis upsr kekekee |
|
|
|
|
|
|
|
ida88 posted on 5-9-2014 06:40 AM
Mane pegi pelakon lily petra ek?
Lame gile tak nmpk/dgr psl die Teringat pulak mase tu katun yg I layan
Usop sontorian, kluangman, power rangers
Ultraman pn besh mase tu
Dan katun2 mcm ninja tetel, transformers
NINJA TURTLES dengan TRANSFORMERS dulu-dulu tunjuk kat TV1, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
wannoorazlina posted on 5-9-2014 01:27 PM
Mak aku gtao ahak ogy sembah ratu dulu ada jgk insiden memalukan
ala2 janet jackson punya insiden ...
kalau tengok cerita AZURA yg dia berlakon dgn jamal abdillah tu...ada scene dia pakai baju sekolah kena ujan...scene tuh mmg clear dia tak pakai bra...
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 5-9-2014 01:07 PM
ada gosip masa tgh hangat bercinta dgn jinggo, ya lah kan shooting drama kekadang out stesen 2,3 b ...
dalam romantika aritu tengok sikit dia ada cerita jugak....diam yg tekel jinggo...siap tolong masak basuh smeua....
sebelum kawen jinggo dia mak jan kan? first hb dia tan sri ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai posted on 5-9-2014 11:49 PM
kalau tengok cerita AZURA yg dia berlakon dgn jamal abdillah tu...ada scene dia pakai baju sekolah ...
mulai dari minit ke 22...
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai posted on 5-9-2014 11:55 PM
dalam romantika aritu tengok sikit dia ada cerita jugak....diam yg tekel jinggo...siap tolong masa ...
Puan Hajah tu, tak silap sempat kawen 6 bulan ngan Tan Sri tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 4-9-2014 11:51 PM
chuols x cukup kertu...usaha keras lagi ya.
maznah zolkifli
sazzy falak dan ben anak kak yan pn pernah
cheryl samad plg lama bertahan
uji rashid dan ida nerina pn pernah di tahun2 awal muzik2
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 5-9-2014 04:13 PM
moshek ingat?
elfira
elia tu mcm best jek lagu singe dia.... lepas tu terus senduu....
Lebih kurang camni lirik dia... lagu upbeat...
Oh...ku sendiri, kau senang hati ada pengganti...
OH .... lalala (lupa..... hehehe)
Tidak ku sangka, tidak pernah ku duga,
Insan yg aku puja kini telah curang lakunya,
Senang kau kata, seolah tiada apa,
Geramnya hati ini bila ku kau buat tak tau.... kejamnya....
Chorus;
Bila engkau senyum sinis tanda senang hati,
sambil menggenggam erat jari dirinya,
tingkah lakumu amat menggetarkan jiwa,
... ..... .... (lupa)...
Biarlah kasih,
Biarkan aku dan engkau tak mungkin lagi..... bersama....
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 5-9-2014 09:30 PM
paka tak ada empangan chuols... yg berlaku..ada dua buah turbin besar kt stesen elektrik paka (pet ...
Kg iols kt paka..iosl br drjh lima time ni..mmg ingt sgt...kecohhh..haha |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 5-9-2014 11:58 AM
masa ni majalah UJANG tengah naik
ramai yang tak tahu DIN BERAMBOI yang mati kena kencing tikus t ...
Dengue shock syndrome lah. Bukan kencing tikus
|
|
|
|
|
|
|
|
myakayina posted on 5-9-2014 02:13 PM
tahun 90an kenangan yg iols ingat..siri Roswell.. suka sangat citer tu..
siri Beverly hills 90210. ...
Siri drama Inggeris "Roswell" dan "Beverly Hills 90210" masa tunjuk kat TV2 dulu mana banyak sinetron Indo yang mengarut, ada ganas-ganas dengan masa tayangan sejam macam sekarang nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paling suka TV PENDIDIKAN..
|
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 posted on 5-9-2014 11:37 PM
NINJA TURTLES dengan TRANSFORMERS dulu-dulu tunjuk kat TV1, kan?
Ye uols.dulu 3 cenel je ade
balek2 situ gak
sampai la ade metrovision, mega tv
baru ade byk variety
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee posted on 6-9-2014 01:25 AM
Aku paling suka TV PENDIDIKAN..
Dulu ade kartun yg ala2 bagi pengajaran tu dlm siri tv pendidikan ke?
sang kancil dgn sang monyet la
i ingat slh satu episod tu monyet nk makan cili byk sgt
sang kancil pulak masukkan batu kcik byk2 dlm bekas air smpi air naek ke atas
Mnum la sang kancil dgn riang nye
pastu mase cuti skola adelah musim alam ria cuti skola
kelab disney malaysia dan chicky hour
pengacara die antara yg i ingat kak intan, kak phoebe, abam khuzairi
|
|
|
|
|
|
|
|
tahukah anda, lewat 90-an adalah zaman kegawatan ekonomi aka zaman kegelapan retis mesia?
ARKIB : 08/07/1998
Zaman kemewahan artis mula pudar?
BERLAKON filem menjadi sumber rezeki lumayan kepada artis sebelum kegawatan ekonomi. - Gambar hiasan.
ZAMAN kemewahan artis tempatan barangkali sudah berlalu. Keadaan ekonomi yang gawat dan kacau melanda negara sejak berbulan-bulan lalu, meragut apa sahaja yang dikecapi oleh mereka sebelum ini.
Kalau sebelum gawat dulu, artis cukup senang dengan kemewahan yang mereka peroleh hasil royalti, bayaran advance, persembahan pentas yang melambak, bayaran menjadi model iklan, kontrak menyanyi, dan bermacam-macam lagi sumber pendapatan, tetapi kini segalanya sudah berlalu.
Golongan itu kini mula faham. Mereka berhadapan dengan gelombang krisis yang besar dan pada bila-bila masa sahaja boleh meranapkan bukan sahaja karier, populariti dan kegemilangan, tetapi lebih teruk lagi hilang punca pencarian.
Baik golongan penyanyi mahupun pelakon, mereka kini benar-benar tersepit antara tuntutan rezeki untuk hidup dan minat untuk meneruskan karier mereka.
Dalam soal ini, minat bukan lagi diletakkan sebagai perkara utama bagi mereka yang bergantung kepada karier seni semata-mata, tetapi ia lebih memastikan punca pendapatan tidak terhenti.
Apa lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.
Memang benar, artis khususnya penyanyi sebelum gawat memperoleh rezeki melimpah-ruah menerusi hasil royalti album mahupun show yang ditawarkan kepada mereka.
Golongan ini 'ditatang bagai minyak yang penuh' dan tidak dinafikan ada sesetengahnya memilih-milih untuk menerima tawaran yang lebih baik untuk menerima undangan show mahupun berlakon.
Bagaimanapun, keadaan showbiz pada masa ini tidak mampu lagi memberi itu semua kepada golongan artis.
Kalau dulu penyanyi boleh dapat paling sedikit RM2,000 dan paling tinggi RM15,000 setiap kali show, tetapi kini untuk mendapatkan satu show pun cukup payah.
''Karier saya cukup 'sakit' sekarang, bang. Tak macam dulu. Sekarang album tak dapat jual, syarikat rakaman tidak buat album baru, showpun tak ada. Jadi macam mana nak bagi makan anak, isteri.
''Kalau ada show yang ditawarkan sekarang, saya sanggup terima walaupun dibayar RM400 untuk sekali persembahan,'' rintih seorang penyanyi tempatan yang cukup terkenal, mengadu kepada penulis ketika ditemui baru-baru ini.
Kalau difikir-fikirkan, memang benar kata-katanya. Dengan keadaan ekonomi sekarang ini, peminat-peminat terpaksa 'mengikat perut', inikan pula untuk membeli kaset atau album penyanyi-penyanyi kesukaan mereka.
Ada artis terpaksa jual kereta mewah, barang kemas, rumah baru, semata-mata untuk melunaskan hutang bank, mungkin ada yang sanggup membuat kerja sambilan dan menjaja kuih secara kecil-kecilan.
Tidak kurang juga yang berhenti berlakon untuk mencari pekerjaan tetap.
Begitu juga halnya dengan seorang pelakon yang agak popular, terpaksa melupakan karier lakonan dan memilih untuk bekerja tetap di sebuah syarikat swasta.
Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana bidang pekerjaan itu sesuai dengan pengetahuan yang ada padanya.
Hal ini semua tidak mustahil kalau dilihat dengan keadaan perniagaan showbiz sekarang yang begitu membimbangkan.
Apa akan terjadi jika keadaan ini berterusan dalam tempoh enam bulan lagi dari sekarang atau kurang daripada itu?
Artis yang hanya bergantung hidup dengan sumber rezeki menyanyi pasti lebih pasrah, sedangkan album di pasaran tidak dapat dijual, apatah lagi ada syarikat rakaman mengambil sikap 'tunggu dan pendam' artis-artis mereka.
Kalau album sudah tidak dijual, bagaimana pula mereka ingin menyara hidup khususnya bagi artis yang sudah berkeluarga seperti penyanyi terkenal ini.
Jadi, siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini?
Begitu juga artis bergelar pelakon. Tidak semua pelakon itu memiliki kerja tetap. Ada pelakon terpaksa 'menganggur' kerana tidak mendapat tawaran berlakon, sedangkan pada masa ini, satu persatu syarikat produksi dan penerbitan drama ditutup atau terpaksa 'gulung tikar'.
Ada produser tidak sanggup menanggung kos membayar gaji pengarah, krew, peralatan penggambaran, sewa bangunan dan lain-lain lagi. Nak buat filem, kos begitu tinggi kerana nilai ringgit rendah.
Pun begitu, pelakon juga mula sedar akan fenomena yang mereka hadapi kini.
Kata seorang produser, kalau dulu, beliau menghadapi masalah berhadapan dengan pelakon yang cukup 'sombong', demanding dan tidak berdisiplin, tetapi kini keadaan adalah sebaliknya.
Malah, katanya, ada pelakon yang sanggup merayu dan menerima potongan sehingga 50 peratus bayaran untuk berlakon.
Kegawatan ekonomi bukannya boleh dicongak-congak, dan tidak siapa yang menyangka krisis itu akan berlaku.
Lebih teruk lagi apabila golongan artis kini mula terasa bahang keperitannya apabila ia benar-benar terjadi. Barangkali tidak ramai artis yang terlintas kegawatan ekonomi akan turut menjejaskan profesion mereka.
Kalau dulu, banyak artis tidak ambil kisah pasal ekonomi, pasal pasaran saham dan sistem galurnya yang merupakan elemen-elemen penting dalam pembangunan negara.
Tetapi, keadaan itu kini banyak mengubah dan mengajar sesetengah artis 'apa sebenarnya yang dikatakan merundum itu' sehinggakan pendapatan mereka turut terjejas.
Barangkali, sesetengah mereka tidak terfikir, sistem ekonomi itu adalah satu putaran dan berangkaian antara satu sama lain.
Kalau ekonomi sudah merundum, nilai mata wang turut jatuh, dan sekali gus kos menjadi mahal termasuk studio rakaman, kos penerbitan album, kos pembikinan filem, sewa peralatan penggambaran dan bermacam-macam lagi.
Barangkali ada hikmah di sebalik krisis ini.
Ia mengajar golongan artis supaya lebih bersiplin, serius mementingkan karier dan tidak lupa daratan sehingga menjadi pemboros.
Cuma satu peringatan kepada golongan artis, kemewahan yang mereka kecapi tidak semestinya 'cerah hingga ke petang'.
Oleh: NAZRULLAH ROSLI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_01.htm#ixzz3CSupvTwg
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput posted on 5-9-2014 09:30 PM
paka tak ada empangan chuols... yg berlaku..ada dua buah turbin besar kt stesen elektrik paka (pet ...
Disebabkan blackout tu i melepas tengok chite kad cinta
sebab ade eizlan yusop je i nk tgk
tapi smpi ke arini i tak penah tgk pun chite tu
dulu2 mane ade siaran ulangan bak astro
lame2 lupe dh nk tgk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|