|
[Tempatan]
Kanak-kanak mati ditinggal dlm kereta:Ibu Mangsa Biasa Tinggalkan Anak! #1403
[Copy link]
|
|
sicantep posted on 22-7-2013 09:31 AM 
Untuk si ibu Norzatusy. Ikhlas dari saya Wardina Safiyyah..seorang ibu juga.
July 22, 2013 at 10:07 ...
sebak aku membaca nya...tu la realiti hidup kan..semua ketentuan Allah s.w.t jua...
|
|
|
|
|
|
|
|
izati posted on 22-7-2013 11:26 AM 
salam semua....apa yg saya perhatiakan ibubapa muda sekarang tak semualah tapi kebanyakan bangun p ...
Hah!! tau pun kan.Pastu bila terjadi mcm ni ramai pula fangirl yg marah bila kami kata kesilapan cikgu ni. Bila dah jd parents, sendiri kena ingatlah apa priority. |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 22-7-2013 11:34 AM 
Lepas ni murid2 bleh guna alasan takdir kalau TERLUPA buat kejer sekolah...tertinggal buku2 nota kat ...
Hahahah!! senang sajakan. Takdir. Cikgu2 jgn marah anak murid lupa bawa buku psl takdir kita lupa. Cikgu pun lupa anak dlm keta  |
|
|
|
|
|
|
|
far_072 posted on 22-7-2013 10:24 AM 
ntahnyaa...50m ke 500m?kalau 500m cm jauh jaa parking kt sekolah...
kan...satu pusingan balapan kat stadium tuh dah 400m jauh jaraknya...kalau 500m memang jauh lah...
jarak dalam foto tuh antara parking dengan tempat meeting cam dekat jah...
|
|
|
|
|
|
|
|
dedulu pya citer ms anak aku umo bape bln ntah...
aku nk masak...aku plan masak awal sbb nk layan tv pya psl...so aku ltk anak aku atas katil...
anak aku dh pndi gerak2 kan bdn dia...
x lama aku letak...gedebuk anak aku jatuh katil...
utk pengetahuan korang sblm tu aku dh terasa2 anak aku akan jatuh...pya kuat instict antara mak ngan anak tu kan..kurniaan Allah s.w.t yg x terhingga....
tp x sempat nk sambut...aku salahkan diri aku sendiri...sbb niat aku nk layan tv pya psl....
menyesalll nyaaaa 
ape ntah lg kalo hilang nyawa atas kecuaian sendiri....camne aku gaknya ye...gila moyan kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 22-7-2013 11:36 AM 
Hahahah!! senang sajakan. Takdir. Cikgu2 jgn marah anak murid lupa bawa buku psl takdir kita lupa. ...
lepas ni...mau mengigil marah para cikgu kalau anak murid bagi alasan lupa pastu tambah lagi perisa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
matahari8011 posted on 22-7-2013 10:11 AM 
yes. qada qadr. dan bukan aku menyalahkan Tuhan. ko yg silap faham.
aku lihat ramai yg terusan ...
Sebenarnya manusia bleh tahu apa akan berlaku bbrapa saat kehadapan malah minit ke depan, bukan scara lgsg tp tak lgsg...kerana apa yg berlaku selepas2 ini berturutan scara normal dari yg sblm KECUALI AJAL - yakni kalau tetiba mati serangan sakit jantung etc (wal'iyaazubillaahi min zaalik).
Kalau tgh buat sesuatu, contohnya tgh menaip nih...kita dah tau dlm beberapa saat atau minit lg kita akan taip this & that, then reply / post. Betul? Sbb itulah connection dari apa yg sdg kita lakukan skrg... Org yg mati di jalanraya contohnya, most cases diorg yg mencari ajal di jalanraya...tahu merempit memandu laju & berbahaya boleh menyebabkan kematian, but then still buat di mana next minutes or hour - bammm!!! Eksiden lalu mati...so adakah di sini ALLAH dah tetapkan taqdir mereka mati dlm keadaan ni maka ALLAH ilhamkan pemandu supaya memandu laju & berlumba utk ALLAH amik nyawa mereka mcmtu? |
|
|
|
|
|
|
|
izati posted on 22-7-2013 11:26 AM 
salam semua....apa yg saya perhatiakan ibubapa muda sekarang tak semualah tapi kebanyakan bangun p ...
awalnya bangun....
cuma kes ni kita patut jadikan pengajaran.... sy simpati pd si ibu... bertabahla... sy pun pernah tertinggal anak dlm kereta sbb husband ingat sy ambil...saya ingat husband ambil sbb sy dah bgtau anak tido kat blkg.... husband x dengar... sy angkat baby kecik... lps tu waktu husband sy nak makan... sy tanya.. anak tido kat bilik mana? (waktu tu dah 5-10 min) baru tau yg anak x angkat lagi (malam so semua penat - cuai jugak sbb x check belakang). pegi check mmg tgh sedap tido tapi peluh yg amat.... so sy rasa apa yg si ibu rasa.... dan sy sgt fobiaaaaaa.... cuma nasib sy baik sbb sy ni jenis suka check anak2 kat mana...main mana buat apa... kalau bwk berjalan sy akan kira anak2 brp org...dlm lift cukup x.... itupun sy 'tercuai' seketika.... barula saya sedar yg sy manusia biasa.... tak lari dari kesilapan.... cuma sy sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa jauhkan diri dari segala malapetaka ini.... sy simpati pada si ibu.... risau masih melanda kerana adakah sy akan terlupa seperti si ibu?
|
|
|
|
|
|
|
|
mikasa posted on 22-7-2013 11:40 AM 
lepas ni...mau mengigil marah para cikgu kalau anak murid bagi alasan lupa pastu tambah lagi peris ...
Klu ko baca ada link tp forumer bg, dlm 1 tahun 3x kes tinggal anak dlm keta. 2 darinya guru. 1 tu bapa dia tinggal anak, kerja pak guard. Termasuk yg ini kes ke 3 oleh cikgu. Mcm satu trend pula cikgu tinggal anak dlm keta.
Ari ni pula keluar kat paper, 4 budak hanyut. Mana mak bapa budak2 ni tak pantau anak rayau sana sini?? Blm pun reda satu kes, dah ada lg satu kes kecuaian mak bapa. Kebanyakkannya dibuat oleh mak bapa melayu. Kenapa sikap mak bapa org Melayu ni mcm sial sgt?? Klu tak mampu jd parents yg baik, jgnlah beranak. Menyusahkan public saja & menyiksa anak. |
|
|
|
|
|
|
|
NASIONAL
'Saya belum sedia beri kenyataan'
2013/07/22 - 06:46:04 AM Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias | [email protected] Cetak Emel Kawan
'Saya belum sedia beri kenyataan'
Ibu mangsa lemas dalam kereta masih tertekan, murung ekoran insiden
Kuala Lumpur: “Saya tertekan dan belum bersedia untuk beri kenyataan berhubung kejadian yang menimpa arwah anak saya,” kata ibu kanak-kanak, Nawal Iris, tiga tahun, yang ditemui lemas dalam kereta miliknya di sini, Khamis lalu.
Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, ketika dihubungi BH, di sini semalam dalam nada lemah meminta semua pihak memahami situasi itu serta memberi ruang kepadanya yang baru kehilangan anak bongsu beberapa hari lalu.
“Maaf, saya belum bersedia, tertekan dan situasi sekarang belum sesuai untuk cerita apa-apa. Sekarang masa tidak sesuai, ada ramai tetamu di rumah tidak putus-putus berkunjung sejak kejadian itu,” jelas guru sebuah sekolah menengah di USJ4, Subang, di sini.
Nor Zatusy kemudian menyerahkan sambungan perbualan menerusi telefon itu kepada adiknya yang hanya memperkenalkan diri sebagai Tini.
Tini berkata, emosi kakaknya terganggu dan mengalami kemurungan selepas peristiwa menyayat hati itu.
“Tiga hari sebelum kejadian, saya menemani kakak (Nor Zatusy) di rumahnya kerana suaminya ada tugasan luar di Pulau Pinang. Kedua-dua anak kakak saya termasuk arwah Nawal Iris tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti biasa.
Tidak sangka
“Saya tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku ketika saya menemani kakak dan anak-anak dalam jagaan kami,” katanya.
BH kelmarin melaporkan Nawal Iris yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di pekarangan sekolah berkenaan, petang Khamis lalu.
Bedah siasat di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kepanasan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, polis belum mengambil keterangan ibu bapa mangsa.
http://www.bharian.com.my/bharia ... /Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 22-7-2013 11:44 AM 
Sebenarnya manusia bleh tahu apa akan berlaku bbrapa saat kehadapan malah minit ke depan, bukan sc ...
saya pernah alami.. saya tahu saya akan jatuh... tapi sy x sempat nak selamatkan diri.... itu dipanggil apa ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 posted on 22-7-2013 11:24 AM 
Jd maksudnya klu korang blm jd ibu, letak budak dlm keta pun tak rasa apa2 psl bukan anak sendiri. ...
kan kosenp ummah kat sini.. kalau BELUM ada tuh tak tau rasanya so tak payah cakap banyak begitu..
blom ada anak - tak yah citer pasal anak2..
blom kawen - tak yah citer pasal kawen2..
blom pernah cerai - tak yah citer pasal mak2 jan / duda / kesusahan
blom pernah jadi cikgu - tak yah citer betapa sibuknya kerja kita
blom ada nak mati - tak tau perasaan - tak patut cerita apa2 pasal anak2 mati
begituuuuuuuuuuuuuuu..
|
|
|
|
|
|
|
|
sicantep posted on 22-7-2013 11:31 AM 
Untuk si ibu Norzatusy. Ikhlas dari saya Wardina Safiyyah..seorang ibu juga.
July 22, 2013 at 10:07 ...
Minah ni? Lol. Ketika dia dikritik kerana kening cukur walaupun dah pakai tudung, dia persoalkan balik sama ada kita dah tanya ustaz maksud hadith yang jelas dah kata cukur kening tu haram. Dia mengaji pun tak abis, dia nak salahkan takdir jugak? Anak macam dipanggang dlam oven, terkencing, terberak, lemas, menangis sampai basah teddy bear terkurung selama lebih enam jam semata2 nak bagi hikmah kat orang? LOL
Last edited by Santeira on 22-7-2013 11:52 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 22-7-2013 11:50 AM 
Minah ni? Lol. Ketika dia dikritik kerana kening cukur, dia persoalkan balik sama ada kita dah tan ...
biasalh wardina khennn.stok good2 
|
|
|
|
|
|
|
|
sicantep posted on 22-7-2013 11:51 AM 
biasalh wardina khennn.stok good2
Kuat melenting lak tu. Dia je la yang syumul. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kisah Maut dalam kereta ibu.. Sedikit penjelasan dari seorang sahabat si ibu yang menghantar mesej keapda saya.
July 22, 2013 at 9:03am
Kisah http://www.hmetro.com.my/myMetro ... dalamkereta/Article
Salam sis Wardina..Saya terpanggil menulis kepada sis hari ini. Sebelum ini hanya silent reader sahaja..Semalam dah hari ini media memaparkan kisah seorang ibu yang terlupa anaknya di dalam kereta dan menyebabkan kematian. Ibu tersebut adalah sahabat saya. Saya juga ada di Hospital dan semasa pengebumian anak beliau smlm. Betapa sedihnya hati seorang ibu bila mana semasa disebut nama anaknya berbintikan nama beliau..Kami yang di situ pun x mampu nak menahan airmata kami. Ibu mana yang x sayangkan anaknya Kak Wardina. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya pergi dulu dan dengan cara sebegitu. Semuanya yang berlaku dengan izinNya dan perkara itu adalah asbabnya sahaja.
Namun bermacam2 komen negatif mengutuk serta menyalahkan ibu itu dengan perkataan2 yang tak sewajarnya..ibu jenis apa ni,org mcm2 ni bagi lempang byk kali je,sibuk keje x ingt anak dll. Betul kisah ini adalah untuk pengajaran semua tapi siapalah kita untuk menjatuhkan hukum sebegitu kepada ibu ini sedangkan kita sendiri pun masih banyak kekhilafan diri.Saya pasti jika dia akan dia tahu apa akan berlaku dia akan lebih berhati-hati.Tapi kita hanya manusia biasa yang x tahu apa akan berlaku walaupun 1 saat ke depan.
Ada juga page-page yang memuatnaik gambar arwah anak beliau sedangkan arwah sudah pergi. Langsung tidak menghormatilah perasaan ahli keluarga mereka.Arwah masih punya ibu bapa atuk nenek..Apa perasaan mereka sekiranya melihat gambar ini. Saya harap sahabat saya itu tak melihat gambar2 ini.Ada page yg kami telah pm adminnya untuk remove. Ada admin page yang prihatin minta maaf kpd kami & delete gambar tersebut.Terima kasih & kami sangat hargai. Ada juga yang buat tak reti sahaja walaupun bermacam2 komen mereka terima spy delete gambar tersebut. Entah Kak Wardina orang2 begini begitu tidak menghormati perasaan orang lain. Saya pasti admin nya juga saudara seIslam kita.
Ada penulis-penulis blog yang menulis cerita, menulis anak tersebut mengoyak-ngoyak bajunya,terkencing dan terberak kerana terlalu kepanasan.Adalah perlu menulis cerita begitu detail. Ya Allah menangis saya membacanya. Cerita tersebut pun disebar dari blog ke blog dan dikongsikan juga ke dalam fb. Kalau ya benar sekalipun ceritanya mengapa perlu ditulis sedemikian. Adakah kerana mereka fikir ini suatu cerita untuk dijadikan pengajaran perlu ditulis sebegitu tetapi apa perasaan sekiranya kalangan yang membaca adalah kaum keluarga anak & ibu ini..
Ya Allah..Ya Allah sungguh hebat dugaan untuk sahabat saya ini dan tempiasnya ke seluruh keluarganya .Saya harap mereka tabah. Tadi ada rakan saya yg lain menhantar mesej kepada sahabat saya ini sambil memberi semangat kpd beliau. Beliau balas ''dia harap dia akan kuat tapi dia sangat rindukan anaknya''..Kami tak tahu untuk berapa kali kami sudah menangis walaupun kami adalah sahabatnya tetapi ukhuwah persahabatan ini membuatkan setiap tomahan,kejian,tuduhan itu seperti kami juga terkena tempiasnya.
Percayalah tiada seorang ibu pun di dalam dunia ini x sayangkan anaknya & ingin memperlakukan sedemikian rupa kepada anak yang telah dikandungnya selama 9 bulan. Semuanya telah tertulis dengan ketentuan Allah. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya.Mungkin kita tidak sekuat beliau untuk diuji sehebat ini dan siapalah kita yang hanya makhluk ciptaan Allah yang x punya ape2 pun untuk menghukum makhluk ciptaan yang lain..
Tq kak Wardina kerana sudi membaca. Saya harap Kak Wardina x share cerita ini..(SORRY SAYA LUPA TULIS SAYA DAH MINTA KEBENARAN, dan SUDAH DIBERI KEBENARAN) sekadar luahan perasaan saya sbg seorang sahabat.. Kalau bole nak minta Kak Wardina memberi kata-kata semangat untuk kami sampaikan kepada beliau (utk pengetahuan kak wardina beliau dh delete akaun fbnya)
Wassalam & selamat berbuka.
** penjelasan ini sy ambil dr Wardina Official page (FB).. sy tak sangka selepas sy post tread ni mgu lepas ia akn dpt sambutan yg begitu hebat.. bukan niat sy utk mengutuk atau mengeji si ibu tetapi sekadar pengajaran kepada diri sy sndri.. dan sy juga xsangka yg thread ni dh menyebabkan ada kalangan forumer bertelagah dan bergaduh sesama sendiri.. sy mohon maaf kepada semua atas ape yg berlaku.. kepada mod sy harap dpt removekan thread ini kerana ia menyebabkan lebih ramai yg bersangka buruk sesama sendri dan lebih buruk lagi ada yg bersangka buruk kepada Allah.. Nauzubillah.. maafkan sy atas kekhilafan sy.. Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
PitMie posted on 22-7-2013 11:34 AM 
Lepas ni murid2 bleh guna alasan takdir kalau TERLUPA buat kejer sekolah...tertinggal buku2 nota kat ...
Allah tutup pandangan saya sekejap, tak nampak orang melintas kat depan , maka saya pun terlanggar, tak da niat pun nak langgar, tak sengaja. Inilah TAQDIR namanya. 
|
|
|
|
|
|
|
|
peYno posted on 21-7-2013 05:52 AM 
specific skit la.. honda keta apa??? ko nak kata keta HONDA CITY ke
City aku tak pasti. tapi confirm Civic ada. Sbb dari dulu sampai aku pakai civic. Civic FD ada...Civic FB ada. If not mistaken...CRV..stream..pon ada. Kereta brand lain pon ada this type of sensor. Yg pasti..perodua & proton tak ada benda ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|