CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cakkkk....aaaa

IPHONE 5... Available in malaysia on 14/12/12

[Copy link]
Post time 14-9-2012 10:25 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 14-9-2012 10:19 AM
pengguna android tak ramai yg minat atau reti keperluan update ni...

on manufacturers point of  ...

EH, salah tuh. Ramai pengguna Android taw pasal update. Semua nak update ke Jelly Bean. Pasal tuh ada CM ngan custom ROM dari XDA.

Lagipun iPhone 4S kuar bukan lama sangat pon. Rasa2nya colleague saya beli iPhone 4s 3 bulan lepas sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2012 10:26 AM | Show all posts
TanSriJess posted on 14-9-2012 10:25 AM
Baru beli apple washington 10 bijik rm12.99

cer check... dah ada yg kena gigit tak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:27 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 14-9-2012 10:06 AM
masa beli U tak tahu ke IPAD/IPHONE tak boleh main BT mcm gadget lain.

tujuannya utk security. ...

Xtahu sbb xpenah guna produk apple sblm ni.....dh 2bln beli pun blm abis godek2...sbb xde masa...guna pun byk utk surf je...ok...nanti aku cr camne nk jailbreak..tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 10:31 AM | Show all posts
gogo2 posted on 14-9-2012 10:25 AM
EH, salah tuh. Ramai pengguna Android taw pasal update. Semua nak update ke Jelly Bean. Pasal tuh  ...

stats never lie...

cross platform or even older generation android phone may not be able to update...

tau kenapa?

sebab android user statistic ni termasuk juga low end android phone yg harga 2-3 ratus yg langsung tak sesuai utk browsing atau nonton online vids even nak masuk game pun payah atau model android > 2 tahun...

so kumpulan yg inilah masuk dalam stats terbesar pengguna android yg tak update... even kalau nak update pun tak support.



Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:39 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 14-9-2012 10:31 AM
stats never lie...

cross platform or even older generation android phone may not be able to up ...

web traffic stat psl penggunaan tablet..... 91% adlh drp ipad..... wonder.... yg pakai android tablet dok wat ape.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:47 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 14-9-2012 10:31 AM
stats never lie...

cross platform or even older generation android phone may not be able to up ...

permasalahan google sebenarnya bukan pasal user yg enggan update, tapi permasalahan manufacturer yg enggan update some older devices, kalau update pun lewat banyak bulan drp google update sendiri.

kalau user rasanya bila device prompt untuk update, mereka update sahaja karena most android device boleh update firmware over the air sahaja. (samsung saya tak sure allow FOTA atau tidak, namun htc confirm support FOTA).

manufacturer android yg paling cepat update adalah ASUS, biasanya lewat sebulan dua sahaja after google release new update, Last edited by Changa on 14-9-2012 10:48 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2012 10:52 AM | Show all posts

iPhone 5 VS Samsung Galaxy S3 VS Nokia Lumia 920 – Ultimate comparison :

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 10:52 AM | Show all posts
dino posted on 14-9-2012 10:39 AM
web traffic stat psl penggunaan tablet..... 91% adlh drp ipad..... wonder.... yg pakai android tab ...

Kalau nak kata tablet, mmg iPad mng habis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 02:44 PM | Show all posts
Changa posted on 14-9-2012 10:47 AM
permasalahan google sebenarnya bukan pasal user yg enggan update, tapi permasalahan manufacturer y ...

mslh ini mmg takde dlm ios..... once ade update.... just update....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 02:50 PM | Show all posts
dah xdengar pasal design dah.

puak apple ni perasan suci.dalam dok kata pilihan ditangan masing2 tapi kemain komplen pasal android.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:19 PM | Show all posts
5229 posted on 14-9-2012 02:50 PM
dah xdengar pasal design dah.

puak apple ni perasan suci.dalam dok kata pilihan ditangan ma ...

yg wat lawak bkn2 parody segala tu bkn fan android ka.... yg kat 9gag tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:28 PM | Show all posts
dino posted on 14-9-2012 03:19 PM
yg wat lawak bkn2 parody segala tu bkn fan android ka.... yg kat 9gag tu semua

yg aku ckp dalam forum ni hokehh


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:30 PM | Show all posts
iPhone 5: Apa yang perlu anda tahu

Acara Apple telahpun tamat. iPhone 5, iTunes, iPod Touch, iPod Nano dan Earpod baru dilancarkan oleh Apple. iPhone 5 yang telah lama ditunggu kini sudah rasmi. Apa yang anda perlu tahu mengenai iPhone 5?



Design baru iPhone 5 adalah lebih nipis, ringan menawan. Earphone Apple juga telah mendapat sentuhan baru yang lebih cantik dan berkuasa, diberi nama Earpod.



Apple berjaya mengurangkan lebih 20% berat iPhone 5 ini berbanding iPhone 4S. iPhone 5 juga 18% lebih nipis, hanya 7.6mm berbanding 9.4mm pada iPhone 4S.



Apple menggunakan skrin yang lebih besar iaitu 4 inci, tetapi tetap boleh digunakan dengan sebelah tangan kerana tiada penambahan dari segi kelebaran. Hanya ketinggian skrin sahaja ditambah. Resolusi skrin 4 inci ini adalah 1136×640. Mempunyai 326 ppi, sama tajam dan terang dengan skrin iPhone 4S, cuma lebih besar.



Cip pemprosesan A6 adalah 2 kali ganda lebih laju berbanding cip A5. Grafiknya juga jauh lebih baik, saiznya lebih kecil dan lebih menjimatkan bateri.



iPhone 5 menyokong LTE 4G sehingga 100 Mbps. Rasanya Malaysia belum bersedia untuk LTE walaupun strukturnya sudah ada dan Maxis mempunyai lebih 2500 kawasan yang menyokong LTE. Harap mereka lancarkan secepat mungkin.



Kamera iPhone 5 masih 8 megapiksel, sama dengan iPhone 4S yang sudah diketahui mempunyai kamera yang sangat baik. Beberapa penambahbaikkan dilakukan oleh Apple seperti kualiti gambar lebih baik ketika kurang cahaya, kualiti warna yang jauh lebih baik berbanding 4S dan menangkap gambar dengan kadar instant.



Dengan design yang nipis, Apple juga menukar penyambung dock mereka yang sudah berusia lebih 9 tahun. Penyambung baru ini lebih kecil dan digital. Adapter untuk digunakan bersama dock lama dijual berasingan.



iPhone 5 juga menggunakan iOS 6 yang membawakan banyak fungsi baru seperi Passbook dan Maps 3D yang direka oleh Apple sendiri. Review yang lebih detail lagi akan datang setelah kami membeli iPhone 5 nanti. Anda juga mahu lihat droptest iPhone 5? Tunggu… Hanya di Oh! Geekz.




Sumber: Oh! Geekz
Last edited by bacteria82 on 14-9-2012 03:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:31 PM | Show all posts
EarPods Daripada Apple



Dalam acara Apple yang lepas, Apple telah melancarkan juga earphones baru yang dipanggil EarPods. EarPods ini telah dibangunkan selama tiga tahun di mana Apple cuba untuk mewujudkan earphonesterbaik yang sesuai dengan telinga semua pengguna. Ia juga direkabentuk untuk mempunyai prestasi bunyi yang lebih baik daripada mana-mana earphone yang pernah Apple hasilkan. Perkara pertama yang boleh didapati apabila melihat EarPods baru adalah bahawa ia mempunyai bentuk yang sangat unik didatangi bersama-sama dengan tiga lubang.



Apakah keperluan lubang-lubang in? Inilah keistimewaan yang kepada EarPods Apple. Kebanyakan earphones biasa direka untuk menutup keseluruhan telinga pengguna bagi menghasilkan kualiti bunyi yang baik. Oleh itu, ia biasanya didatangi dengan pelbagai penyumbat telinga pelbagai saiz bagi mengikut kesesuaian pelbagai bentuk lubang telinga pengguna. Ini secara tidak langsung menghasilkan keadaan vakum di dalam telinga. Keadaan vakum di dalam telinga akan menyebabkan bunyi geseran yang kuat dan bunyi nadi apabila pengguna bergerak apatah lagi ketika sedang berjogging. Begitu juga ketika pengguna menjawab panggilan, suara pengguna akan menjadi aneh kerana mereka tidak dapat mendengar suara mereka sendiri dengan pemakaian earphones tersebut.

Tiga lubang di EarPods Apple ini mengatasi masalah-masalah di atas. Dengan membolehkan pergerakan udara lebih dalam saluran telinga, kini pengguna akan dapat mendengar suara secara semulajadi kerana resonan dibenarkan bergema kepada gegendang telinga pengguna. Rekabentuknya yang boleh memuati pelbagai bentuk telinga pengguna akan menghasilkan bunyi yang lebih akustik dan sedap didengari.



EarPods akan didatangi bersama semua produk baru yang dilancarkan pada acara Apple yang lepas. Selain itu ia turut dijual secara berasingan di semua kedai-kedai Apple. Jadi apakah pendapat anda dengan EarPods daripada Apple ini? Kongsikannya di ruangan komen.

Sumber: Oh! Geekz
Last edited by bacteria82 on 14-9-2012 03:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:41 PM | Show all posts
dah boleh pasang khemah kat depan kedai Apple x neh?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:42 PM | Show all posts
Teringin nak pakai produk epal jua akhirnya..setelah puluhan tahun menyimpan wang

Nak tanya..(sila jgn lahar ya )

Ini kaka Red petik dari laman web ini : http://savemoney.my/iphone-5-malaysias-best-plans-compared/

Keep in mind that you may have to do something fiddly with your local network SIM card as the iPhone 5 is only compatible with nano-SIMs (iPhone 4/4S used micro-SIMs, iPhone 3G used regular SIMs).

- so, kalau tetap nak guna existing line, kena gi celcom tukar nano SIM ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2012 03:43 PM | Show all posts
RedDevils posted on 14-9-2012 03:42 PM
Teringin nak pakai produk epal jua akhirnya..setelah puluhan tahun menyimpan wang

Nak tanya..( ...

nano SIM tu apa? ada kaitan awan nano ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:47 PM | Show all posts
NIXAR posted on 14-9-2012 03:43 PM
nano SIM tu apa? ada kaitan awan nano ka?

mana aku tau bang
tu pasal aku tanya..hang pakai aipon kah?

current existing aifon users, SIM card korang mmg mini simcard kah?

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:54 PM | Show all posts
RedDevils posted on 14-9-2012 03:47 PM
mana aku tau bang
tu pasal aku tanya..hang pakai aipon kah?

x mampu nak pakai ipon.....aku pakai SAGEM jah

mini tu lagu mana? sim la pun jenuh nak masuk dlm tepon
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 03:54 PM | Show all posts
NIXAR posted on 14-9-2012 03:43 PM
nano SIM tu apa? ada kaitan awan nano ka?

ceh buat2 tak tahu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.425218 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list