|
Teka-teki mengenai barisan penyanyi yang bakal bersaing dalam program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 semakin terjawab apabila enam nama pesertanya ‘bocor’ dalam media sosial semalam.
Meskipun tiada sebarang pengesahan daripada pihak Astro, enam nama dan foto yang tular tersebut cukup membuatkan ramai terkejut dan teruja untuk menyaksikan GV11.
Antara nama yang muncul dalam senarai ‘bocor’ itu ialah Ning Baizura, Illa Sabry, Sheila Abdul, Fairuz Selamat dan Ronnie Hussein.
Malah, kumpulan trio popular Indonesia iaitu kumpulan The Lima juga turut tersenarai |
|