CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 13-5-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 800# midar


Midar kita serupa...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2011 05:27 PM | Show all posts
Reply 799# qimi08

nak buat satu ending pun kena perah otak kaw kaw
kalau nak buat dua ending bulan Ramadhan baru habis citer ni kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 07:18 PM | Show all posts
sarah ni, janganlah gedik sangat, mujur puan seri sokong dahlia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:33 PM | Show all posts
Saya bangkang sekeras2nya wat sad ending, kalau sad ending kite bakoooo kite bakooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 09:55 PM | Show all posts
kak juna... nk n3 plzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 10:11 PM | Show all posts
nak n3 juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2011 10:32 PM | Show all posts
pe dh jd sebenaye ek??????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 11:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 14-5-2011 00:08

Gadis bertelekung putih menghampirinya.Wajahnya yang bersih dan bercahaya, masih lembab dengan sisa wuduk. Mata Amir berkerdip untuk memusatkan pandangan yang kabur.

“ Abang, kenapa abang macam ni? Bangunlah, bang. Kalau Abang sayang Lia, Abang kena bangun semula. Abang kena teruskan hidup Abang.” Itu suara Dahlia. Sayu dan mendayu.Isteri aku sudah pergi. Aku tak mahu bangun. Aku tak mahu hadapi hidup ini tanpa Lia. Dia nyawa aku, dia dunia aku. Dialah segalanya.

“ Abang, jangan buat Lia macam ni. Lia terdera tengok Abang. Kalau abang tak sayang Lia pun, ramai lagi yang sayangkan Abang. Abang ada Mummy, Abang Mi, Rayyan, Irhan, Nia. Abang ada kawan kawan. Abang ada Sarah…..Dia pun tunggu Abang” Bibit tangisan terselit di tuturannya tapi wajah gadis itu tetap tenang dan manis.

Tidak! Aku tak mahu bangun kalau Lia tak ada di samping aku. Aku tak mahu buka kan mata kalau bukan wajah Lia yang menyapa mata ini. Biarkan aku! Jangan kacau aku!

“ Allah masih sayangkan Abang. Ini semua cuma dugaan. Perjalanan Abang masih jauh. Don’t give up! Wake up Abang”

I don’t want to wake up without you. Without our baby. Abang rasa kosong. Dunia abang kelam. Tak ada apa lagi di sana untuk abang. Abang nak mati

Gadis bertelekung putih itu cuma senyum. Kepalanya di geleng “ Abang ingat seronok kah mati? Dah cukupkah amalan Abang? Abang dah bertaubat dari segala dosa? Don’t be stupid Abang. Realiti di alam barzakh bukan seperti lirik lagu cinta klise. Ku nanti mu di pintu syurga? Tolonglah.” Sinis.

Shut Up! Cukuplah kau membebel. Aku tak nak bangun kalau kau tak ada. Muktamad. Pergi dari sini. Jangan kacau aku.

Gadis bertelekung itu hilang dari pandangan. Cuma bau harumannya yang masih terhidu. Miss Dior Cherie, hadiah terakhir aku untuk Lia. Tapi…mana mungkin roh orang yang sudah tiada memakai haruman keluaran syarikat kosmetik Perancis. Yang aku pernah baca haruman syurga ialah kasturi. Jadi….. apakah lembaga tadi? Sel otak Amir bertindak. Mesej di hantar ke mata dan deria lain.  Kelopak matanya di angkat perlahan.

“ AMIR! AMIR! Kau dah bangun. Alhamdulillah… Tunggu , jangan pergi mana mana. Eh, jangan tidur balik. Aku nak panggil doktor” Lelaki yang berdiri di sisi katil menggenggam tangannya.

“ Khai… Khairul” Amir menyebut nama sahabatnya. Lidahnya rasa tebal.

“ YA! Betul…betul. Aku..aku.. Khairul. Kau..kau masih ingat aku, Mir. Kau. Kau.. dah okay” Tergagap gagap Khairul. Lelaki itu kemudian hilang. Amir cuba menggerakkan tubuh tapi setiap pergerakkan di rasa terlalu memenatkan. Dia terdengar suara Khairul sayup sayup. Sejenak kemudian beberapa orang meluru masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2011 11:58 PM | Show all posts
“ Ya Allah! Ya Tuhan ku! Syukur. Anak Mummy dah sedar!” Perempuan berumur itu mencium dahi dan pipinya. Aku kenal dia. Ini mak aku. Dia garang dan suka control tapi dia sayang aku.

“ Bro, we were so worried. Alhamdulillah you are okay. “ Ini abang aku yang playboy. Tapi dia dah baik sikit sekarang. Dia ada dua isteri. Yang tengah kesat mata di belakang itu isteri muda abang aku. Nama dia Nia.

“ Encik dah sedar. Bagus.” Yang ini aku tak kenal. Doktor kot.  Serius jer raut mukanya. Ada dua jururawat yang  sibuk membelek tubuh aku dan peralatan di tepi katil sambil mencatit apa benda entah.

“ Dah lama Mir tak sedarkan diri. Doktor pun hairan dengan symptom Mir. Nak kata koma, bukan. Tapi tak kisahlah, you are back with us now.” Datuk Azmi bersuara. Kepala Amir yang berbalut di usap. Ibunya tak henti henti menangis.

Amir memandang sekitar bilik. Aku di hospital tapi hospital mana? Macam mana aku berada di sini?

“ Where am I? What is wrong with me?” Eh, aku pandai speaking.

“You are in KK hospital. You had a concussion when you fell. Nasib baik tak ada darah beku atau pendarahan dalaman. Awak akan sembuh sepenuhnya tapi kena banyak rehat. “

“ Kita  bawa Dr Goh dari Penang Specialist Centre ke sini. Dia pakar neuro yang merawat Amir.” Datuk Azmi memperkenalkan doktor pakar yang sedang memerhatinya. Amir membalas pandangan Dr Goh.

“ I have to ask a few routine questions. Apa nama penuh Encik?”

“ Amir Muzaffar.bin Ahmad Suffian” Lelaki Cina sebaya Datuk Azmi itu mengangguk

“ Berapa umur awak?”

“ 34.”

“ Kerja di mana?”

“ Perkasa Holdings.”

“ 20 campur  10 berapa?”

“ 30” Ini ujian apa pula?


“ Amir kenal semua orang di sini?” Angguk.

“Amir ingat tak apa yang berlaku sebelum Amir jatuh?” tanya Dr Goh. Kaca matanya yang melurut ke bawah di tolak atas hidung.

Amir mengorek kotak memori. “ Saya tengah memandu. Ada accident dekat sungai.  Saya pergi tengok…..’ Mukanya berkerut. Oh , tidak!!!! Lia dah tiada. Dia dah tingalkan aku untuk selamanya. Bibirnya di kebam.

“ Good. There seems to be no  memory loss. Kadang kadang orang yang kena head trauma boleh hilang ingatan untuk sementara waktu.”

Alangkah bagusnya kalau aku hilang ingatan. Aku dapat mulakan hidup baru tanpa di penjarakan oleh memori indah bersama Lia. Aku tak dapat terima hakikat yang Lia sudah tiada. Bahu Amir terhinggut menahan esak. Airmata lelakinya tiris.

“ Its okay… its okay. Don’t stress yourself. Take it easy” Dr Goh menepuk bahunya.

Senanglah kau cakap. Amir menghela nafas berat. Matanya di kesat. Dia menangkap kelibat seorang lelaki di pintu. Kepiluan tertera di wajah tuanya..

“ Babah!” seru Amir. Lelaki itu memberi salam sebelum melangkah masuk.

“ Amir dah sedar. Alhamdulillah.” Nadanya mendatar.

“ Babah, Mir nak pergi kubur. Tolong Bah, bawa Mir ke sana” Berpasang kening terangkat bila mendengar permintaan Amir.

“ Amir, awak belum sembuh sepenuhnya. Awak kena berehat. Badan awak masih lemah. I will not allow you to leave the hospital.” Hj Zul mengangguk tanda setuju dengan Dr Goh.

“ Babah, Mir minta maaf. Ini semua salah Mir. Kalau bukan sebab Mir, semua ni tak berlaku.Mir patut luangkan masa dengan Lia. Mir tak pandai jaga hati dia. Amir tahu dia sunyi tapi Mir… ” Dia berhenti. Matanya kembali berair

“ Sudahlah Mir. Jangan salahkan diri sendiri. Tiada siapa yang salah. Ini takdir Allah. Semuanya sudah tersurat. Bersabar lah Mir. Babah minta diri dulu. Babah nak pergi tengok Danial” Hj Zul menepuk bahu Amir sebelum meninggalkan bilik. Suasana sepi sebentar.

“ Mir nak makan? Abang boleh beli.”  Datuk Azmi memecah keheningan. Amir menggeleng. Perutnya kosong tapi dia tak ada selera.

“ Mir kena makan. Kalau tak macam mana Mir nak keluar dari hospital. Mummy bawa pai ayam. Mir nak ?” ” pujuk Puan Sri Sabihah sambil mengambil Tupperware dari beg plastik.

Pai Ayam? Oh tidakkkkkk! Janganlah sebut dua perkataan itu depan aku. Amir menekan dadanya yang sesak.

“ NOOO!” jeritannya mengejutkan semua. Puan Sri Sabihah terlopong melihat reaksi Amir yang tak ubah macam Tarzan.

“ Ok… semua orang tolong keluar sekarang. Pesakit kena berehat.” Doktor bersuara dengan tegas. Dia segera menyuruh jururawat menyuntik ubat penenang. Pesakit seperti Amir tidak seharusnya di desak sebab keadaannya masih belum stabil. Namun mulutnya berat untuk menegur keluarga VIP yang sudah memberi imbuhan lumayan untuknya.

Datuk Azmi dan Nia segera memimpin Puan Sri Sabihah keluar. Lengan Amir di cucuk. Beberapa saat kemudian , tidur yang pulas menyapanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2011 11:59 PM | Show all posts
Jangan bako teman ya

ada sambungan lagi sikit tapi tunggu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:03 AM | Show all posts
Reply 810# sang_arjuna

suspen nie...kan tak tidur mlm nie.....tapikan..kalu dah cikpenulis gelak2 tue...mesti happy ending....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:10 AM | Show all posts
Reply 810# sang_arjuna

akak..
puan pai ayam mn?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:11 AM | Show all posts
Reply 811# ciksurie

cik surie...
p tdo.. esok kijer
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:13 AM | Show all posts
xkan puan pai ayam meninggal kot...mmg sad ending laa nnt
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:16 AM | Show all posts
Reply 813# midar

ampes betoi cik midar nie gelakkan org....

boss aderlah pulak minggu nie..ngatukler aku kat opis nung....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:34 AM | Show all posts
smbg die mlm nie gak atau kemudian???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2011 12:39 AM | Show all posts
ala kak juna, x mo la sad ending.................
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:42 AM | Show all posts
ala kak juna, x mo la sad ending.................
tudung_bawal Post at 14-5-2011 00:39



    along..x tido lg ke...sempat lg meraung kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 12:44 AM | Show all posts
along..x tido lg ke...sempat lg meraung kt sini
adalia Post at 14-5-2011 00:42



    terjengah kat sini, x sangka ada n3 pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2011 01:56 AM | Show all posts
kak juna..
mana lia.. ape jd ngn lia...
npe tinggal kn kami dlm keadaan mcm ni.....  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050560 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list