|
|
.jpg)
KUALA LUMPUR, 15 DIS 2010: Pemilihan komposer terkenal Edry Abd Halim atau Edry KRU sebagai mentor bersama 5 lagi artis iaitu Erra Fazira, Afdlin Shauki, Noh Hujan, Dato Sharifah Aini dan Rahim Maarof ternyata mendapat respon baik dari peminat program Mentor.
Malah, kreadibiliti Edry sebagai komposer yang menaikkan banyak nama artis baru telah pun dibuktikan dengan kemunculan ramai artis popular seperti Ezlynn, Adam dan Dafi. Paling terbaru, 3 lagu ciptaan Edry mampu membawa nama seperti Stacy, Shahir dan Adira ke Anugerah Juara lagu ke-25 yang bakal dberlangsung ada 9 Januari depan.
"Sebenarnya, pihak TV3 telah melamar saya dari musim pertama Mentor lagi. Namun, ketika itu saya tidak dapat menerima tawaran tersebut kerana jadual saya yang sangat padat. Untuk musim kali ini pun, saya telah menolak segala tawaran untuk 6 bulan yang pertama yang ajan datang pada 2011.
"Saya nak cari bintang pop. Faktor umur dan personaliti amat penting. Sama ada protege itu berjaya atau tidak, Insya-Allah saya akan gilap protege saya menjadi artis KRU Studio. Inilah kelebihan yang ada sekiranya peserta itu menjadi protege saya.
"Protege saya perlu ada pesona bintang yang kuat. Saya tak mahu pilih the best among the worst. Saya juga tak mahu pilih protege disebabkan saya tak ada pilihan lain," kata Edry.
Pun begitu, Edry turut ditanya bolehkah dia bekerjasama dengan Erra Fazira memandangkan bekas ratu cantik Malaysia ini pernah menjadi kakak iparnya.
"Kami adalah kawan. Apa jua yang berlaku, kami tetap profesional dalam bekerja. Saya pun tak ada masalah dengan Erra. Tak kiralah dia bekas kakak ipar atau apa sekalipun, kerja adalah kerja.
"Saya boleh bekerja dengan sesiapa saja. Tak kisahlah orang itu pernah menjadi musuh saya atau bergaduh dengan saya. Saya profesional dalam bekerja," ujar Edry.
i xmau the best among the worst hokeh!hehe |
|