|
PGA kawal keselamatan KLIA
KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis menubuhkan sebuah batalion khas seramai 141 orang dari Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mulai esok.
Batalion itu akan diketuai oleh Penolong Pegawai Pemerintah II, Batalion 19 PGA, Deputi Supritendan Hapka Mohd. Said dengan dibantu pasukan bertindak krisis dan pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tujuan pengambilan tugas kawalan KLIA oleh pasukan beruniform itu bagi memelihara keselamatan dan kepentingan orang ramai yang berada di KLIA.
Katanya, ia juga bertujuan bagi menjaga imej negara di mata dunia, menyediakan kawalan keselamatan sepenuh masa dan mencegah pembolosan anasir jahat.
Tambahnya, tindakan itu juga bagi menangani sebarang perbuatan khianat dan jenayah serta mematuhi tuntutan arahan tetap sasaran penting negara.
"Bagaimanapun keselamatan fizikal keseluruhan KLIA bergantung kepada aspek-aspek kawalan keselamatan yang holistik.
"Ini termasuk pelaksanaan tahap pengukuran prosedur pengurusan krisis, perlindungan daripada ancaman pengganas terhadap aset penting dan kawalan keselamatan intensif," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian pada 9 April lalu, enam lelaki termasuk seorang polis dan dua pengurup wang cedera parah ditembak sekumpulan lelaki yang menyerang mereka sebelum melarikan mata wang Singapura berjumlah S$1.5 juta (RM3.3 juta) di KLIA, Sepang.
Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang berjumlah RM779,622 dalam bentuk tiga mata wang iaitu ringgit sebanyak RM298,122, S$12,000 (RM30,000) dan AS$129,000 (RM451,500).
Menurut Musa, pengambilalihan kawalan keselamatan dari agensi-agensi berkaitan yang beroperasi di KLIA tersebut dilakukan setelah perbincangan diadakan dengan semua pihak.
Katanya, semua agensi bersetuju untuk memberikan kerjasama bagi menentukan aspek keselamatan di lapangan terbang berkenaan.
Tambahnya, orang ramai dan para pengunjung KLIA dinasihatkan agar tidak merasa takut atau bimbang dengan kehadiran PGA di lapangan terbang itu. |
|
|
|
|
|
|
|
bila lagi nak tukar condor ni...lagi wira kita meninggal dunia dan cedera kerana kemalangan Condor ...Takziah.
Seorang anggota Malcon terbunuh
Lima rakan setugas cedera kereta perisai terbalik
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terbunuh, manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 kilometer di barat daya Kaokabah, Lubnan, kelmarin.
Pegawai Perhubungan Awam Markas Angkatan Bersama Kementerian Pertahanan, Mejar Suleiman Kutti Moideen, berkata anggota tentera yang terkorban itu ialah Koperal Jun Anak Sang dari Sri Aman, Sarawak, yang mati di tempat kejadian.
Katanya, rakan Jun yang cedera parah dikenal pasti sebagai Sarjan Udara Zaidil Bojei dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Bukit Jugra, Selangor.
Suleiman berkata, empat lagi anggota tentera dalam kenderaan perisai pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu, iaitu Sarjan Syamsul Kemal Abdul Rahman, Lans Koperal Kanan Ahmad Firdaus Tajuddin, Troper Romei Anak Minit dan Prebet Zulhilmi Mohamed, hanya cedera ringan.
"Kejadian berlaku 12.20 tengah malam (17 Mei) waktu Malaysia atau 7.20 malam waktu tempatan (16 Mei), |
|
|
|
|
|
|
|
Najib Serah Loceng Kapal HMS Prince Of Wales Kepada Britain
PELABUHAN KLANG, 22 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis menyerahkan loceng kapal HMS Prince of Wales yang tenggelam di perairan Kuantan akibat serangan Jepun dalam Perang Dunia Kedua kepada kerajaan Britain untuk dibawa pulang ke negara itu.
Loceng itu diserahkan kepada pegawai pemerintah HMS Edinburgh, Gavin Young, dalam satu upacara di atas kapal pemusnah itu, disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Boyd McCleary, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
Loceng itu berada di Malaysia sejak Oktober tahun lepas sebagai tarikan utama projek "RelationShips" -- satu inisiatif oleh Malaysia untuk memberi penghormatan kepada mereka yang terkorban apabila kapal HMS Prince of Wales dan kapal HMS Repulse, tenggelam akibat serangan tentera Jepun pada 10 Dis 1942.
Loceng itu, yang ditemui dari bangkai kapal itu pada 2002, akan dibawa ke Merseyside Maritime Museum di Liverpool, tempat ianya disimpan selama ini.
Mengikut tradisi tentera laut, loceng seperti itu adalah jiwa kapal dan digunakan untuk tujuan keselamatan dan perhubungan, alat semboyan selain bagi pengurusan masa dan untuk acara-acara tertentu.
Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Pertahanan, mencadangkan agar Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mengambil inisiatif bagi mendaftar kapal-kapal yang tenggelam sebagai kawasan perlindungan warisan bagi mengelak pencerobohan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Anggota polis dapat semula jawatan selepas 12 tahun
PUTRAJAYA 11 Jun - Penantian seorang anggota polis selama 12 tahun untuk mendapatkan semula jawatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaloi apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan pemecatannya pada tahun 1996 sebagai tidak sah.
Ramzan Jantan, 42, yang ketika itu berpangkat Lans Koperal bertugas di Cawangan Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, Johor dipecat pada 7 Jun 1996 untuk tempoh 144 bulan. Gaji terakhir yang diterimanya ialah RM901.
Dia yang menyara lapan orang anak kini bekerja sambilan sebagai pemandu lori.
Panel tiga hakim bersidang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Januari lalu yang memerintahkan dia diterima semula dalam perkhidmatan dengan pangkat yang sama.
Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Hashim Yusoff memutuskan demikian setelah menolak dengan kos permohonan pihak kerajaan untuk merayu.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi memohon untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap isu sama ada lembaga tatatertib boleh mengambil kira rekod kesalahan lampau sebelum menjatuhkan hukuman tanpa memberi notis kepada kakitangan awam yang dipecat.
Bagaimanapun, mahkamah berpendapat, isu mengenai perkara itu telah terjawab dalam satu kes lain pada tahun 1990 melibatkan penjawat awam, Shamsiah Ahmad Sham. Jadi panel berkenaan tidak perlu untuk memutuskannya lagi.
Ramzan diwakili oleh dua peguam, G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir.
Keputusan itu bermakna, rekod kesalahan lalu boleh diambil kira untuk menjatuhkan hukuman tetapi notis perlu diberikan kepada kakitangan awam bagi membolehkannya menjawab atau mengesahkan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Pada 25 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Low Hop Bing dan Datuk Hasan Lah membenarkan rayuan Ramzan dengan kos.
Sehubungan itu, keputusan panel lembaga tatatertib yang memecatnya diketepikan manakala siasatan dijalankan bagi menentukan tunggakan gaji, emolumen dan faedah yang sepatutnya diterima sepanjang tempoh pemecatan selama 144 bulan.
Ramzan dipecat kerana gagal memaklumkan kepada ketuanya mengenai perubahan alamat kediamannya selepas berpindah ke rumah neneknya di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka yang terletak 18 kilometer dari IPD Muar setelah dihalau oleh tuan punya rumah sewa.
Dia kemudian mengaku bersalah dalam satu prosiding tatatertib atas tuduhan menetap di luar daerah Muar tanpa mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah Muar.
Pada hari yang sama iaitu 7 Jun 1996, Ramzan turut didenda bersamaan lima hari gaji setelah dia didapati bersalah terhadap satu lagi tuduhan salah laku iaitu gagal mengisytiharkan aset berupa sebuah kereta Proton Saga milik isterinya, Azidah Musa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cop gets back job and RM300,000
By : V. Anbalagan
PUTRAJAYA: A sacked police lance-corporal got his job back, as well as arrears in wages amounting to at least RM300,000, after his dismissal suit concluded yesterday.
The Federal Court dismissed the government's application for leave to appeal against the decision of the Court of Appeal.
The apex court unanimously held that a legal question raised by the government was already settled law.
Federal Court judge Tan Sri Zaki Azmi advised Federal Counsel Azizah Nawawi that the Attorney-General should send circulars to all government disciplinary bodies so that procedures on settled law were followed.
"There is no need for this apex court to rule on a matter which has already been settled."
Sitting with Zaki were Datuk Arifin Zakaria and Datuk Hashim Yusof.
On Jan 25, the Court of Appeal allowed the appeal of Ramzan Jantan, 42, who was sacked from the force 12 years ago for failing to inform his superiors that he had moved to a neighbouring state.
In December 1995, the former policeman was told by his landlord to vacate his rented home in Muar, Johor, with immediate effect.
Ramzan, now a father of eight, took his family to stay with his grandmother at Kampung Serkam in Merlimau, Malacca.
He was attached to the Muar district police headquarters at the time and commuted to work daily from Merlimau which was 18km away. He, however, failed to inform the officer-in-charge that his residence was outside the Muar police jurisdiction.
He was charged before a disciplinary board and on June 7, 1996, he pleaded guilty before the chairman, the then Johor deputy police chief, SAC 1 Huzairi Ikhwan, who dismissed him from the force.
Ramzan joined the force on Jan 5, 1986, as a constable and had six previous counts of minor misconduct during his service.
He filed an application for a judicial review to overturn the board's decision, naming Huzairi and the government as defendants.
Ramzan said the sacking was unfair as the board did not follow procedures and he was not given the chance to explain.
On May 9, 2005, the Muar High Court dismissed his application on grounds that the application lacked merit.
The Court of Appeal however allowed his appeal, saying that the dismissal was procedurally unfair.
His counsel G. Subramaniam Nair submitted that the board did not explain to Ramzan the consequences of pleading guilty and his client had only expected to walk away with a light punishment.
He said the tribunal also took into account his previous record without calling him to give an explanation.
Subramaniam said Ramzan's oversight in failing to notify his superiors that he had moved house did not tarnish the image of the force. |
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 03/06/2008
Dihempas ombak besar,bot Ayub karam di tengah laut
Oleh RIADI HUSAINI
BERSAMA KELUARGA... Dari kiri belakang: Ayub bersama isterinya Rabeah Abdul, kiri depan: Arisa, Azwatul Naim, Azimah dan Alia.
Pengalaman sewaktu bertugas sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) di kawasan perairan Sabah sememangnya sangat mencabar.Demi menjaga kedaulatan negara daripada diceroboh Sarjan Mejar Ayub Shafie, 47, beserta rakan-rakannya dari PPH Batalion 16 atau kini dikenali Pasukan Gerakan Am (PGA) terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi mencemaskan.
Antaranya, bot yang mereka naiki karam di tengah laut di sekitar perairan Tungku, Lahad Datu, Sabah.
''Kejadian itu terjadi pada suatu malam pada 1983, ketika itu saya baru dua tahun menyertai PPH,'' ceritanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ketika itu mereka sedang melakukan rondaan rutin di sekitar perairan sempadan antara Malaysia dan Filipina.
Dalam perjalanan pulang ke pangkalannya di Pulau Tungku, tiba-tiba hujan lebat serta petir.
''Enjin bot berhenti dan mula dipenuhi air laut, kami tidak tahu ke mana arah untuk menyelamatkan diri.
''Salah seorang dari kami menyelam hingga dasar laut mendapati ada tanda-tanda pulau dekat lokasi kejadian,'' katanya.
Akibat ombak yang semakin besar, bot itu akhirnya karam di tengah laut yang gelap gelita.
''Tiada seorang pun daripada kami tahu di mana arah pulau yang berhampiran.
''Kami hanya berenang sekuat tenaga dengan harapan dapat berjumpa dengan daratan yang terdekat,'' kata Ayub.
Pengalaman itu memang mencemaskan dan beliau akan sentiasa mengenang detik-detik cemas tersebut.
Akhirnya, mereka sampai di sebuah pulau yang bernama Bangeingod.
Walaupun sedikit cemas pada awalnya, beliau bersyukur kepada Allah kerana selamat daripada lemas di tengah laut.
Katanya, banyak pengalaman berharga yang beliau pelajari sepanjang perjalanannya selama 16 tahun sebagai PPH di Batalion 16 di Sabah.
''Saya pernah ditempatkan untuk mengawal sempadan di Pulau Mandi Darah yang penuh dengan kubur,'' ujarnya
Menurutnya, beliau terpaksa mandi dengan air laut selama dua minggu kerana bekalan air tawar yang diperoleh daripada air hujan habis pada masa itu.
''Pasukan saya pernah bertempur dengan sekumpulan lanun dari negara jiran yang merompak enjin-enjin bot penduduk kampung di situ,'' katanya.
penyiasatan jenayahPengalaman yang paling pahit semasa menjadi PPH ialah sewaktu bapanya meninggal dunia pada 1986.
''Waktu itu saya sedang bertugas di Pulau Tungku sedangkan untuk pulang menjenguk ayah saya di Ipoh mengambil masa dua hari.
''Saya sangat berterima kasih kepada kawan-kawan di PPH Batalion 16 yang pada masa itu banyak membantu saya,'' katanya.
Beliau terharu melihat beberapa temannya yang sanggup memberikan gaji mereka semata-mata untuk membolehkan beliau pulang menziarahi jenazah bapanya.
Menceritakan latar belakang kerjayanya, anak ketiga kepada pasangan Shafie Sudin dan Hamisah Ludih, menyertai pasukan polis sebagai PPH pada awal 1981.
Ayub yang telah menaruh minat terhadap kerjaya polis sejak dari bangku sekolah lagi, mendapat sokongan abangnya yang juga seorang tentera pada waktu itu.
''Saya minat polis kerana kelihatan segak dan bergaya,'' katanya.
Beliau yang dilahirkan di Teluk Intan, Perak, pada 3 Disember 1961, sangat meminati bidang penyiasatan jenayah kerana ia memberi kepuasan yang tersendiri.
''Waktu yang paling bahagia dalam hidup saya ialah ketika dapat menyelesaikan siasatan hingga tertuduh ke mahkamah,'' katanya.
Beliau kini Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur.
Dalam menjalan tugas tersebut Ayub menjelaskan tugas itu bukan sahaja harus berhadapan dengan kes-kes seperti kecurian, pembunuhan dan pergaduhan.
Malah beliau telah beberapa kali menyelesaikan kes perselisihan rumah tangga antara suami dan isteri.
''Saya gembira setelah diberi kaunseling, mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing,'' katanya.
Beliau menaikkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila diberi sijil penghargaan oleh Kedutaan New Zealand pada 1996 selepas berjaya menyelesaikan kes ragut membabitkan warga negara tersebut.
Selain bertugas sebagai seorang pegawai penyiasat jenayah, beliau juga terlibat aktif dengan pelbagai aktiviti sosiol seperti di sekolah dan dalam pasukan polis sendiri.
Antaranya, Ayub diberi kepercayaan menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, Cheras.
Beliau juga Pengerusi Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja (PPRPD) Kuala Lumpur. Beliau bertemu jodoh dengan isterinya, Rabeah Abdul, 41, pada 1990 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Azwatul Naim, 17, Azimah, 15, Aliatunajah, 11, dan Arisa, 8. |
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai TUDM perlu kuasai bahasa Inggeris
Oleh SHARIZA ABDULLAH
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan piala kepada Pemenang Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Siswa, Kamal Hilmi Kamalruzaman di Kolej Tentera Udara Alor Star, semalam.
ALOR STAR 9 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
9 radar awasi perairan Sabah
Selasa, 12 Ogos 2008
SEMPORNA: Angkatan Tentera Malaysia akan memasang sembilan radar di sepanjang pantai timur Sabah bagi meningkatkan pengawasan di sepanjang perairan di situ, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata pemasangan radar itu akan dilakukan secara berperingkat bermula di kawasan perairan Tawau.
揜adar-radar ini akan meliputi kawasan Ops Pasir secara lebih berkesan di mana ia boleh mengesan bot kecil dan membolehkan gambar diambil dan dihantar terus ke pusat kawalan, |
|
|
|
|
|
|
|
Pertahan Pulau Layang-Layang: Najib
Selasa, 12 Ogos 2008
SEMPORNA: Malaysia akan mempertahankan haknya terhadap Pulau Layang-Layang kerana ia tidak mahu 搆ehilangan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #811 zulupapa's post
mungkin light heli dan medium heli.
pun begitu wa tak nampak keperluan mendesak PDRM terhadap medium heli. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #813 tin's post
sejak politik di M'sia ni makin kelam kabut gamaknya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Eksesais Angsa Tingkatkan Kecekapan Serta Koordinasi TLDM Dan TUDM
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia sedang giat menjalankan latihan bersama di Kuantan, Pahang, dalam usaha meningkatkan kecekapan, kerjasama dan koordinasi di kalangan anggota kedua-dua cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu.
Panglima Operasi Udara, Lt Jen Rodzali Daud berkata latihan "Eksesais Angsa" yang bertujuan menilai keupayaan kedua-dua organisasi dalam operasi maritim, udara dan darat itu bermula sejak 4 Ogos lepas dan akan berakhir 22 Ogos ini di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
"Bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan, penggabungan kedua-dua perkhidmatan adalah perlu kerana kedua-duanya saling memerlukan bagi menjayakan operasi maritim dan udara, disamping selaras dengan konsep peperangan masa kini," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Beliau berkata eksesais itu turut disertai oleh anggota Tentera Darat dari Briged 10 Para untuk melaksanakan operasi tertentu.
Rodzali berkata eksesais kali ini dijalankan dalam bentuk 'Eksesais Latihan Medan' (FTE) dan berkonsepkan 'single sided', dengan ketumbukan 'joint task force' melaksanakan operasi menentang musuh yang dikendalikan secara kawalan oleh pengendali eksesais.
Seramai 326 anggota tentera terlibat dalam eksesais ini.
Rodzali berkata dalam mewujudkan suasana Eksesais yang realistik, penglibatan aset-aset dari TLDM, TUDM dan Tentera Darat termasuk 12 kapal dan 30 pesawat, serta pasukan khas dan pasukan pertahanan udara ketiga-tiga perkhidmatan turut terlibat.
"Saya berharap eksesais ini akan dapat menghasilkan suatu landasan atau acuan dan sebagai kayu pengukur keberkesanan tahap kebersamaan dalam mengkoordinasikan operasi maritim dan udara demi kepentingan negara," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Eksesais Angsa Tingkatkan Kecekapan Serta Koordinasi TLDM Dan TUDM
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia sedang giat menjalankan latihan bersama di Kuantan, Pahang, dalam usaha meningkatkan kecekapan, kerjasama dan koordinasi di kalangan anggota kedua-dua cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu.
Panglima Operasi Udara, Lt Jen Rodzali Daud berkata latihan "Eksesais Angsa" yang bertujuan menilai keupayaan kedua-dua organisasi dalam operasi maritim, udara dan darat itu bermula sejak 4 Ogos lepas dan akan berakhir 22 Ogos ini di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
"Bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan, penggabungan kedua-dua perkhidmatan adalah perlu kerana kedua-duanya saling memerlukan bagi menjayakan operasi maritim dan udara, disamping selaras dengan konsep peperangan masa kini," katanya kepada pemberita di Wisma Pertahanan di sini hari ini.
Beliau berkata eksesais itu turut disertai oleh anggota Tentera Darat dari Briged 10 Para untuk melaksanakan operasi tertentu.
Rodzali berkata eksesais kali ini dijalankan dalam bentuk 'Eksesais Latihan Medan' (FTE) dan berkonsepkan 'single sided', dengan ketumbukan 'joint task force' melaksanakan operasi menentang musuh yang dikendalikan secara kawalan oleh pengendali eksesais.
Seramai 326 anggota tentera terlibat dalam eksesais ini.
Rodzali berkata dalam mewujudkan suasana Eksesais yang realistik, penglibatan aset-aset dari TLDM, TUDM dan Tentera Darat termasuk 12 kapal dan 30 pesawat, serta pasukan khas dan pasukan pertahanan udara ketiga-tiga perkhidmatan turut terlibat.
"Saya berharap eksesais ini akan dapat menghasilkan suatu landasan atau acuan dan sebagai kayu pengukur keberkesanan tahap kebersamaan dalam mengkoordinasikan operasi maritim dan udara demi kepentingan negara," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman berharga pandu kereta perisai
Oleh SHARILFUDDIN SAARI
MOHAMMAD Kamal Ahmad sebagai Ketua Trup iaitu pada tahun 1996.
Personaliti kali ini sudah melalui pengalaman perit memasuki Polis Diraja Malaysia (PDRM) seawal semasa latihan lagi apabila sudah dikerahkan menjaga keamanan dan keselamatan di Kelantan, kira-kira dua minggu lagi sebelum tamat latihan.
Ketika itulah pada 1977, semasa era Majlis Keselamatan Negara (Mageran), Mohammad Kamal Ahmad, seorang Konstabel, telah merasai pengalaman sebenar menjadi seorang anggota polis.
揃ayangkan, belum lagi tamat latihan, saya sudah menempuh pengalaman perit, itu belum lagi apabila menjadi polis nanti, |
|
|
|
|
|
|
|
The Outlook of Defence Cooperation Between Malaysia and Ukraine
Ukrainian Deputy Defense Minister, Valerii Ivashchenko, ruled out the possibility to help Malaysia to service its SU-30MKM because of they do not posses those particular capacity. Furthermore, he claimed that PT-91M are not doing well in Malaysia, Ukraine therefore has the oppoturnity to offer again its T-84 MBT to Malaysia. He accepted Kuala Lumpur Security Review interview during DSA 2008 in Malaysia.
KLS: Ukraine is famous for its capability to maintain Su-30 and MIG fighter, Malaysian Air force has both of them, do you think Ukraine has an opportunity to occupy this market?
Deputy Minister: Firstly, we do not possess capability to service the SU-30MKM, it is beyond our capability. All the aircrafts mentioned were and are being produced in Russia. Our main concern is to have licenses from manufacturer to conduct and make all type of aircrafts we have in armed forces of Ukraine.
It includes MIG-29, Su-27, Su-25 and Su-24. Also, training aircraft L-39, L-29 and helicopters. I mean Mi-24, Mi-17 and Mi-8. We also possess technology to repair and service almost all type of aviation engines.
KLS: Do you hold some discussion with Malaysian government for the purpose of offering service solution for Malaysian MIG's engine?
Deputy Minister: We have contract in place either which we can conduct actually main and request for Malaysian Air Force, and this work has been done after meeting aviation request.
KLS: There are some report saying that Russian is accusing Ukraine does not have documentation about engines of Mig-29 Series 3 and latest model, and AL-31F engine, and Ukraine just has the old documentation during Soviet Union time. What is your opinion?
Deputy Minister: It is quite proper that Ukraine does not have the documentation regarding new type of engines. However, it is necessary to indicate that our laboratories engage primary in maintaining our own aircrafts. We have documentation to maintain those type engines service in Ukraine.
KLS: What is Ukrainian advantage if compare to Russian technology?
Deputy Minister: The only thing I can tell you that the equipment we operate in many ways is better and more advance than Russian because Ukraine traditionally make and maintain military equipment back to soviet day. Concerning about technology is about the same of the system. However, I would not elaborate on price because I don't have exact information about Russian price. I believe it may be same.
KLS: Several years ago, Malaysia paid interest on AN-70 and AN-38 transport aircraft, would Ukraine promote it to Malaysia?
Deputy Minister: First of all, before we can do anything with AN-70 we must wait for it to complete its development stage which now entering stage of trial.
KLS: When it is going to finish?
Deputy Minister: Stage trial is a joint Russian and Ukraine trial. The joint project is going on since 1993. There are certain trials which were done under extreme hard condition. These trials had already completed, but there are certain number of trials has to be done jointly together with Russian. Last year, the Russian side has temporarily postponed or put a hold. We have a very serious difficult, but yet we will discuss with Russia and wish they come back to this project. The decision has to be formalized and needs special agreement and protocol to be signed by both countries. And we have a joint Russian Ukrainian commission which chaired by both presidents, but it is not working into real action due to Russian reason. The commission will resume in operating as soon as new Russian president come into office, one of the issues will be AN-70.
KLS: Ukraine lost in the contest of Malaysian Main Battle Tank project in several years ago, would Ukraine tender again in future?
Deputy Minister: The contest result was not influenced by technical, but financial characteristic by rather more high political issue. I think the main reasons were economic and politic behind because Ukraine had offer complete tank solution, however, Polish offered many offset solutions which more favored by Malaysian government. I think in that case the offset solution was the exportation palm oil from Malaysia to Poland. As you can see different perspective, palm oil and the armored vehicle, and you can see many leaders from Poland and Malaysia were involved in this circumstances. In our case, manufacturer were doing negotiation together with export company, but they were not in position or capacity to offer any offset solutions and not due to technical features.
As far as I concern, PT-91M tank is not doing very well at the moment. It is up to Malaysian government right now how to position themselves in this situation. I think Ukraine is absolutely ready to cooperate in any field including tank and armored vehicle.
source from: http://www.klsreview.com/HTML/2008Jul_Dec/20080908.html |
|
|
|
|
|
|
|
As far as I'm concern, sore loser tends to make up things.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #818 gancity's post
mana dia tau pt91m not doing well in mesia? |
|
|
|
|
|
|
| |
|