|
Reply #800 chengkeh's post
|
|
|
|
|
|
|
smiley...sambung g plzzzzzzzzzzzzzzzz....
xsabar ne nak tau kputusan fuyah....
moga2 die terima la uzir 2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu mana n3 |
|
|
|
|
|
|
|
fuyah... mana pulak si fuyah ni menyorok.... dah tak sabar ni nak tunggu apa jawapan si fuyah ni... buat hati uzir berdebar aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #804 azlin_aar's post
bukan hati uzir jer berdebar rasanyer hati kita semua juge tersiksa nunggu apa kata fuyah |
|
|
|
|
|
|
|
fuyah ngan uzir nie x nak keluar ke?..
penat dah menunggu nie... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi3...
x cukup arr...
kaco je wani tu..
wak suspen je... |
|
|
|
|
|
|
|
tak keruan dah ni mnanti new n3 |
|
|
|
|
|
|
|
fuyah ni susah nak buat keputusan lah.....
tp ni ha ada n3
...................................................................
Dari tempat duduknya di anak tangga, Fauziah leka memerhati Uzir meletakkan beg dalam but kereta. Uzir datang berbekalkan satu beg kecil tapi balik dengan dua beg. Cadangan asalnya untuk tinggal satu hari terpaksa di lanjutkan bila Pak Fadzil di timpa kecelakaan. Fauziah tersengih sumbing.Kesian anak orang kaya ni, terpaksa beli baju dan seluar dari Pasaraya Super Kinta dan Jusco. Nasib baik kulit dia tak alergik dengan barang murah. Degupan jantung Fauziah berkeliaran bila Uzir berpaling. Gotcha! Malunya aku... pandang anak teruna orang macam tak cukup bebola mata.
" Terimakasih banyak banyak. You dah banyak tolong my family. Drive carefully. Jangan bawa laju sangat" tutur Fauziah gugup. Lagak selambanya tak menjadi. Uzir menghampirinya sambil mengulum senyum.
" Selagi you tak bagi jawapan, I tak nak balik. So, what is it? Yes, No or Maybe?" Uzir menyandar tubuhnya pada tiang tangga.Matanya tidak berkelip. Rancangan yang tergendala dek Wani yang tak sabar nak mengisi perut perlu di sambung hingga ke penghabisan malam ini juga.
Uh- oh. Darah gemuruh Fauziah menyerang kembali. Aku ni nak ke tak nak? Ingat senang nak jawab soalan cepumas, boleh pilih A , B atau C? Kalau aku kata tak nak, mesti ramai kata aku bodoh tolak lelaki seperti Uzir . Tak ada apa yang kurang pada dirinya, aku akui. Mak dan Abah bukan main sayang lagi padanya. Tapi bukan mereka yang nak kahwin. Aku tak pasti yang aku cintakan dia, macam mana nak sehidup semati. Fauziah mengurut dahi. Banyak persoalan dan kemusykilan mengelabui fikirannya, sekelabu awan malam.
" Er... bagilah I masa. Ini bukan Who Wants To be a Millionaire. Tak ada talian hayat. Tapi kalau I bagi jawapan salah nanti menyesal sepanjang hayat. I kena fikir betul betul" luhur Fauziah menjawab. Dagunya di topang. Matanya tertancap kepada motosikal lama Abah yang tersadai di tiang rumah. Entah berapa lama sebelum Abah dapat "merempit " ke kedai kopi.
Uzir mengeluh perlahan sambil duduk di anak tangga bersebelahan Fauziah. Fauziah mengesot sedikit. Tangga ni bukan sempit sangat. Nak sondol sondol apahal, hatinya menggetus.
" Sorry. I tahu I mendesak. Nak dapatkan anak dara orang bukan macam nak dapat kontrak. Tapi I am serious, you are the only one for me. Bukannya I tak ada kawan perempuan lain tapi hati I dah tak boleh nak terima orang lain. Ya, I tahu kita kenal tak lama tapi I promise I will be a good husband. Kita sama sama belajar mengenali each other lepas kahwin. Please say you will marry me. I really, truly love you" Lembut suara Uzir menusuk telinga.
Alahai... perempuan mana lah yang tak cair. Tak mungkin ada makhluk bernama perempuan mampu menolak lamaran Uzir. Cuma aku yang tak makan saman. Tapi aku tak dapat nak lupakan perbualan Datuk Shahrin dengan Umar . Masih terngiang ngiang di telinga yang Uzir akan berkahwin dengan aku supaya dapat harta Nek Nab. Walaupun Uzir dah bersumpah yang niat dia tulus, orang kaya ni sanggup buat apa saja asalkan dapat maintain status mereka. Aku sedar yang aku tak setaraf dengan mereka, banyak perbezaan antara kami. Memang betul opposites attract tapi opposition party dalam politik tak pernah berbaik..... merapu lagi lah aku! Fauziah melayar pandang ke rumah Makcik Zaidah yang hanya di terangi oleh lampu beranda. Atau adakah sebab Acap, aku tak dapat terima Uzir? Tanya pada hati, otak, jantung, kelenjar pituitary dan thyroid....masih tak ada jawapan. Haiii...susah betul nak buat keputusan.
Selang beberapa saat di ulit sepi, Uzir bersuara.
" Fauziah, kalau you tak sudi nak terima I pun, takkan sampai tak sudi tengok muka I?"
Fauziah memaksa diri menatap wajah Uzir. Riak wajah Uzir berubah. Walaupun tanpa kata, ketidakpastian Fauziah dapat di baca dari mata bening gadis itu. Uzir tak berupaya membendung kecewa. Kakinya melangkah pantas. Pintu kereta di buka.
" Uzir..Uzir.." seru Fauziah . Hati ingin berkata Ya tapi otak menegah. Dia senyum teragak agak " Er... jawapan I er.....er.. Bagi I masa, boleh?"
" Berapa lama? Setahun? Sedekad? Satu abad? " tanya Uzir sinis sambil memeluk tubuh.
" Seminggu. I bagi jawapan bila I balik KL nanti. Kalau you sudi tunggu." Please, please, please, pinta Fauziah dalam hati. Nak kata aku tak ada perasaan langsung pada Uzir, tipulah. Tapi aku perlu kepastian. Ini bukan soal beli baju, kalau tak berkenan boleh bagi orang.
" Okay. I tunggu. " janji Uzir sambil meloloskan diri ke dalam kereta. Minyak di tekan kuat. Jual mahal betul minah ni. Ego, kepala batu. Apa lah nasib aku, jatuh cinta pada Fauziah yang hati kering. Kereta Audi pantas membelah malam sepi. |
|
|
|
|
|
|
|
memang kita sabo dan sanggup tunggu nie...
demam kan AF ke?...cam x de faedah je...coz, x best... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #811 sang_arjuna\ catat
Ehm... TK Sang Arjuna..mcm selalulah..kalu tuan penulis kongsi cite kt sini, kira bonus lah ekkk.. Bonus ni tak smestinya dlm bentuk RM kann..... Apa pun... cayalah.. salam... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|