|
SURAT KEPADA KONTRAKTOR KLIA V3.0
Tossee Industrie (M) Sdn. Bhd.
Terminal 2, Sultan Abdul Aziz Shah Airport
47200 Subang Selangor, Malaysia
Emmo Construction Works Sdn. Bhd. (Brunei)
Ibu Pejabat Brunei Shell Petroleum,
Penanga Seria KB3534
Negara Brunei Darussalam. 6hb November 2008
Soalan Mengenai Aspek Teknikal Berkenaan dengan Projek Pembangunan Kuala Lumpur International Airport Versi ketiga (KLIA V3.0)
Tuan,
Seperti mana yang dimaklumkan oleh syarikat tuan kepada syarikat kami pada minggu lepas, kerja-kerja pembinaan dan penaiktarafan Lapangan Terbang KLIA sudah pun hampir 85% peratus siap. Kami ada beberapa soalan teknikal berkenaan dengan KLIA V3 ini.
1) Adakah pihak tuan masih lagi mengekalkan AFCAD asal KLIA termasuk dengan LCCT sekali. Untuk pengetahuan pihak tuan beberapa penambahbaikan perlu dilakukan keatas " Parking Bay " LCCT, ini kerana sejak kebelakangan ini Pihak Air Asia telah pun menambah bilangan pesawat-pesawat baru mereka diantara pesawat yang baru diterima ialah Airbus A330-300. Pihak kami merasakan pihak kontraktor perlu membuat beberapa petak parking yg baharu untuk pesawat-pesawat yang bersaiz besar ini.
2) Untuk pengetahuan pihak tuan juga, pihak kami ada berhubung terus dengan salah seorang kakitangan Air Asia yang bertugas sebagai penarik pesawat Air Asia (Tow Truck Driver). Mengikut maklumat yang diperolehi hangar Air Asia ataupun lebih dikenali sebagai SAE Engineering hangar yang terletak bersebelahan dengan Runway 14L sekarang penuh sesak dengan semua pesawat Airbus A320-200. Pada pandangan kami, merasakan perlunya diadakan petak parking dikawasan terbabit.
3) Berkenaan dengan ILS (Instrument Landing System) adakah pihak tuan melakukan perubahan teknikal terhadap ILS tersebut. Ini kerana sebelum ini kami banyak menerima aduan daripada para juruterbang mengenai ketidak tepatan frekuensi ILS yang ada di KLIA V2.0 sebelum ini. Masalah ini amat merbahayakan kepada semua pesawat-pesawat yang hendak mendarat di KLIA V3 nanti. Diharap pihak tuan memeriksa sistem ILS sewajarnya.
4) Adakah masih wujud helicopter base di KLIA V3 sepertimana yang ada di KLIA V2.0. Sepertimana yang kita sedia maklum helicopter base ini amat penting diadakan berdekatan dengan KLIA, ini adalah untuk kegunaan Litar F1 Sepang. Pada masa ini kebanyakkan helikoper terpaksa menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Subang) sebagai helicopter base. Pihak kami merasakan adalah lebih " cost effective " jika helicopter base tersebut dikekalkan di KLIA V3.
5) Soalan terakhir daripada kami, adakah masih wujud masalah " Big Ugly Brown Wall" berdekatan dengan runway 32R. Masalah ini amat ketara pada sesuatu masa hingga menganggu penglihatan para juruterbang pada masa pendaratan.
Diharap segala penambahbaikan yang dilakukan pada KLIA V3 nanti dapat meningkatkan rasa cemburu pihak yang tidak bertanggung jawab kepada kita semua. Terima kasih diatas segala kerjasama dan perhatian yang telah diberikan oleh pihak tuan kepada kami.
Yang Benar,
Tossee.
Pengerusi Tossee Industrie (M) Sdn. Bhd. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tossee, rajin kau ek buat surat? hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #805 tossee's post
Tossee awan yg kau guna tu ActiveSky ke lain punyer ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit update...memandangkan framerate makin teruk dimamah oleh pokok2 disekitar SZB aku nih..maka aku dgn rasminye mengumumkan projek SZB aku sudah hampir siap.....
Cuma tunggu Nick jek siapkan AFCAD..pastuh korang boleh ler mencubanye.
Bos..sori ar lama takde berita.AFCAD tu tengah buat,maybe siap dlm next week..sebab..ada bagunan dlm pembinaan kat area kosong tuh;) ;)
[ Last edited by redarmy611 at 7-11-2008 10:45 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #810 academy24's post
CLS punye ke bang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #816 azuan_az's post
Kan cantik gile awan tuh..... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...aku tgh outstation seminggu kat JB. Tangan dah menggeletar seminggu tak flightsim. |
|
|
|
|
|
|
| |
|