CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: abu_syafiq

WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)

[Copy link]
Post time 26-2-2007 11:32 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 26-2-2007 11:16 PM

perkuburan di bahagian atas al-baqi' (para ahlul bait, sahabat, salafi dan sezaman) tidak pernah diusik.


Kamu ni buta sejarah ker apa? Tak pernah dengar ke wahabi bom Jannatul Baqi' dan Jannatul Mualla pada 8 syawal 1929 suatu masa dulu?

[ Last edited by  Gravedigger at 26-2-2007 11:55 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


abu_syafiq This user has been deleted
 Author| Post time 27-2-2007 10:02 AM | Show all posts

SAYA MALAS LAYAN WAHHABI INDON

Assalamualaikum.
Islam dan ulamanya tidak harus dikafirkan seperti yang dilakukan oleh Wahhabi..habis dikafirkan semua.
mungkin sekiranya Nabi Muhammad masih hidup dimuka bumi ini pun baginda tidak akan terlepas dari
dikafiran oleh golongan Wahhabiyah ini.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti Allah pun Wahhabi kafirkan...wal iyazubillah.

Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan Sultan Solahuddin Al-Ayyubi. tetapi....


WAHHABI TURUT MENGKAFIRKAN IMAM NAWAWI DAN
IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY


Saudara seislam sekali.....

apa dah jadi dengan Wahhabi ni?!!!aduiii..pesal Wahhabi benci sangat dgn ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah

dan ulamanya?!

tengok dibawah ini seorang lagi ulama Wahhabi yang menjadi rujukan utama oleh Wahhabi dan kitab2 nya diberi secara percuma ketika kita semua pergi menunaikan umrah dan haji...Wahhabi ini yg bernama Muhammad Soleh Uthaimien
menyatakan bahawa :
"IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY ( PENGARANG FATHUL BARI SYARAH SOHIH BUKHARY) DAN JUGA IMAM NAWAWI ( PENGARANG SYARAH SOHIH MUSLIM) KATA WAHHABI :

NAWAWI DAN IBNU HAJAR ADALAH PEMBUAT KESESATAN DAN
NAWAWI SERTA IBNU HAJAR BERAQIDAH SESAT DAN MEREKA BERDUA ADALAH KAFIR"!!.

inilah makna dakwaan Wahhabi
lihat buktinya pada yg telah dikuningkan:







HABIS SEME ULAMA ISLAM PUN DIBID'AHKAN OLEH WAHHABI BAHKAN AQIDAH ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH SEPERTI IMAM IBNU HAJAR AL-ASQOLANY DAN IMAM NAWAWI HABIS DIHUKUM SESAT OLEH WAHHABI.

SIAPAKAH LAGI ULAMA ISLAM YG BELUM DIHUKUM SESAT OLEH WAHHABI?!







[ Last edited by  abu_syafiq at 27-2-2007 10:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 27-2-2007 10:02 AM
Assalamualaikum.
Islam dan ulamanya tidak harus dikafirkan seperti yang dilakukan oleh Wahhabi..habis dikafirkan semua.
mungkin sekiranya Nabi Muhammad masih hidup dimuka bumi ini pun baginda  ...


Aku rasa Abu_Syafiq telah memberi bukti2 sahih daripada kitab2 utk dibuat bahanrujukan kepada sesiapa yg benar2 ingin tahu tentang FITNAH WAHABi terhadap ASWJ...

kata2 RSAW yg sodiqul masduq itu memang jelas menggambarkan apa yg berlaku sekrg.....

susah bagi yg telah menerima wahabi berpaling dari fahamannya atau memahami posisi iman dan akidahnya kerana mereka ini ibarat anak panah yg terlepas dari busurnya, sukar utk kembali lagi ketempat asalnya....

aku harap abusyafiq terus htr bukti2 fitnah wahabi di sini agar yg belum terperangkap dlm fahaman ini sedar dan insaf akan kebejatan yg dibawa wahabi...

selamatkan sdra2 seagama kita....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:17 PM | Show all posts
Originally posted by abu_syafiq at 27-2-2007 09:02
Assalamualaikum.
Islam dan ulamanya tidak harus dikafirkan seperti yang dilakukan oleh Wahhabi..habis dikafirkan semua.
mungkin sekiranya Nabi Muhammad masih hidup dimuka bumi ini pun baginda  ...


1. Siapa penulisnya yaa Abu Syafiq? CUbalah beri tahu.
2. Ana ragu siapa sebenarnya yang antum kira wahaby niii? Karena bagi ASWJ/salafy/jamaah ahlulhadith/thariqah mantsurah (inilah nama-nama lain golongan dari 1 golongan yang dikatakan Nabi selamat diantara yang 72 sesat) Al Imam Al Muhaddith yang digelari Amirul mukminin fil hadith (pemimpin orang beriman dalam ilmu hadith) Ibnu Hajar Al Asqolany dan Imamus sunnah An Nawawi adalah para ulama besar ahlussunnah dan kitab-kitab  mereka adalah sumber rujukan para ulama salaf zaman sekarang. Tidak ada dari ulama salaf zaman sekarang yang membenci mereka APALAGI mengkafirkan, TIDAK ADA. Ana akan periksa post antum ini insha Allah. Sehingga jelaslah orang yang berdusta dan teranglah kebodohan orang ang dihatinya terdapat kedengkian kepada para ulama Islam, yang berkacamatakan ASWJ.
3. Seseorang yang menuduh itu harus tahu benar apa yang dituduh nya. Maka cubalah sekarang antum jelaskan apa itu Wahaby menurut pandangan antum Benar kata akhi Ibnur, sepertinya orang-orang seperti antum niii sedap mencap orang wahaby jike mereka tidak sependapat dengan nafsu antum. Padahal post-post antum itu miskiiiiiiiiiiiinnnnn dari ilmu. Di suruh jelaskan ASWJ ajee antum tidak mampu. Dan hanya berkata "Malaslah dengan wahhabi indo niii". Laaaahhhh   Perkataan macam mana pulak itu!! Lucu juge jike mendengar orang-orang niiiii. Yang merasa yaking dalam kejahilan mereka.
4. Antum sering kali menuduh wahaby mengkafirkan si fulan dan si fulan, seakan-akan antum tahu benar tentang kaidah-kaidah untuk mengkafirkan. Cubalah antum jelaskan kaidah-kaidahnya? Pertanyaan ini bkan hanya untuk si Abu Syafiq niii ajeee, tapi juge untuk konco-konconyer yang mendukungnyer   Siapa yang merasa konco?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:31 PM | Show all posts
Mazhab Wahabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya terkeliru dengan mereka kerana mereka mendakwa mazhab mereka menuruti pemikiran Ahmad ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang merupakan salah sebuah mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Nama Wahabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan kepada nama `Abd al-Wahhab iaitu bapa kepada pengasasnya, al-Syaikh Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk mengelakkan persamaan di antara para pengikut Nabi Muhammad s.a.w dengan mereka, dan juga bertujuan untuk menghalang sebarang bentuk eksploitasi (istighlal).[1][2]

Bagaimanapun, nama Wahabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahabi sendiri dan mereka menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun[2][3] (unitarians) kerana mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tauhid ke dalam Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.

Mazhab Wahabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah golongan al-Hasyawiyyah kerana kepercayaan dan pendapat mereka seratus peratus sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad yang awal.

Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal daripada kata dasar al-Hasyw iaitu penyusupan, pemasangan dan kemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadis yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadis yang dikaitkan kepada Nabi s.a.w dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa semata-mata tanpa sebarang penilaian semula. Bahkan sekiranya sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:34 PM | Show all posts
Definisi dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahabi yang menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadith atau Ahl al-Hadith dan kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.

Latar belakang Pengasas Mazhab Wahabi

Muhammad bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah sebuah kampung dalam Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapanya, `Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadi di sini. Muhammad dikatakan pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapanya, yang juga adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia mempunyai hubungan yang rapat dengan pengkajian dan pembelajaran kitab-kitab tafsir, hadis dan akidah.

Pada zaman remajanya, Muhammad selalu memperendah-rendahkan syiar agama yang biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan sahaja di Najd bahkan sehingga sejauh Madinah selepas dia kembali daripada menunaikan haji. Dia sering mengada-adakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam majlis-majlis agama, dan dia dikatakan tidak suka kepada orang yang bertawasul kepada Nabi (s.`a.w) di tempat kelahiran (marqad) baginda yang suci itu.

Kehidupannya selama beberapa tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah, Baghdad, Iran, India dan Damsyik. Di Damsyik, dia dikatakan telah menemui kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang mengandungi ajaran-ajaran yang berunsur kontroversi berbanding dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.

Dia kembali ke Najd dan kemudian berpindah ke Basrah. Dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah dia berjaya memenuhi matlamatnya menegah orang ramai daripada melakukan syiar agama mereka dan menghalang mereka daripada perbuatan tersebut. Justeru itu penduduk Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya daripada perkampungan mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.

Dalam perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu penat berjalan kerana kepanasan sehingga hampir-hampir menemui ajalnya, seorang lelaki (dari kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa balik ke kota tersebut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2007 03:35 PM | Show all posts
Muhammad bin `Abd al-Wahhab berazam untuk ke Syam tetapi dia tidak mempunyai harta dan bekalan yang mencukupi, lalu bermusafir ke al-Ahsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:35 PM | Show all posts
Ibn Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2007 03:38 PM | Show all posts
Di atas alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan kawasan-kawasan di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq. Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah daripada kota-kota yang mereka kuasai mengikut kemahuan dan kehendak mereka, dan jika mereka boleh menghimpunkan kawasan-kawasan itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka, mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya memadai dengan merampas harta kekayaan sahaja.[8][9]

Muhammad memerintahkan orang-orang yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan dibahagi-bahagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:39 PM | Show all posts
Apabila al-Amir Sa`ud menyudahi perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia merampas khazanah harem al-Husain bin `Ali (`a.s) yang banyak dengan harta, perhiasan dan hadiah yang dikurniakan oleh raja, pemerintah dan lain-lain kepada maqam suci ini. Selepas melakukan keganasan yang cukup menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 03:57 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by yangkhadijah at 27-2-2007 03:39 PM
Istilah al-Hasyawiyyah adalah berasal daripada kata dasar al-Hasyw iaitu penyusupan, pemasangan dan kemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan mempercayai semua hadis yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadis yang dikaitkan kepada Nabi s.a.w dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa semata-mata tanpa sebarang penilaian semula. Bahkan sekiranya sesuatu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 04:41 PM | Show all posts

Reply #811 Hang's post

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by pipi at 27-2-2007 04:41 PM
Rujuk di laman PUM.
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=1950



Paling menarik sekali dalam website tu aku jumpa yang berikut......


Statement issued by the International Islamic Conference held in Amman, the Hashemite Kingdom of Jordan, under the title:

`True Islam and its Role in Modern Society'
27-29 I Jumada 1426 H./4-6 Tammuz (July) 2005 C.E.

In accordance with the fatwas issued by the Honourable and Respectable Grand Imam Shaykh al-Azhar, the Grand Ayatollah Al-Sayyid Ali Al-Sistani, the Honourable and Respectable Grand Mufti of Egypt, the Honourable and Respectable Shi`i clerics (both Ja`fari and Zaydi), the Honourable and Respectable Grand Mufti of the Sultanate of Oman, the Islamic Fiqh Academy in the Kingdom of Saudi Arabia, the Grand Council for Religious Affairs of Turkey, the Honourable and Respectable Grand Mufti of the Hashemite Kingdom of Jordan and the Respectable Members of its National Fatwa Committee, and the Honourable and Respectable Shaykh Dr. Yusuf Al-Qaradawi;

.
.
.
1) Whosoever is an adherent of one of the four Sunni Schools of Jurisprudence (Hanafi, Maliki, Shafi`i and Hanbali), the Ja`fari (Shi`i) School of Jurisprudence, the Zaydi School of Jurisprudence, the Ibadi School of Jurisprudence, or the Thahiri School of Jurisprudence is a Muslim. Declaring that person an apostate is impossible. Verily his (or her) blood, honour, and property are sacrosanct. Moreover, in accordance with what appeared in the fatwa of the Honourable and Respectable Shaykh al-Azhar, it is not possible to declare whosoever subscribes to the Ash`ari creed or whoever practices true Sufism an apostate. Likewise, it is not possible to declare whosoever subscribes to true Salafi thought an apostate. Equally, it is not possible to declare as apostates any group of Muslims who believes in Allah the Mighty and Sublime and His Messenger (may Peace and Blessings be upon him) and the pillars of faith, and respects the pillars of Islam and does not deny any necessary article of religion.
.
.
.
His Majesty King Abdullah's Address to the International Islamic Conference.

Oleh:
al-bakaky
Tarikh Dijawab:
2/13/2007 11:53:40 PM


Aku boldkan orang-orang yang dikatakan wahabi.  Termasuk Raja Wahabi sekali.  

Dah...  sekarang korang paham ke idak?



Siapa wahabi?  Apa wahabi?  Mana wahabi?  Abdul wahab, abdul wahob, abdul wahid!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-2-2007 08:36 PM



Paling menarik sekali dalam website tu aku jumpa yang berikut......


Statement issued by the International Islamic Conference held in Amman, the Hashemite Kingdom of Jordan, under the t ...



Aku kenal WAHABI, mungkin kau jer tk kenal...tk yah jerit2 ler....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 27-2-2007 09:00 PM



Aku kenal WAHABI, mungkin kau jer tk kenal...tk yah jerit2 ler....



Satu golongan yang tak disebut dalam tu ialah rufaqa'.  Dengan tok guru rufaqa' pun tak disebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2007 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by ikhwanindo at 27-2-2007 03:17 PM


1. Siapa penulisnya yaa Abu Syafiq? CUbalah beri tahu.
2. Ana ragu siapa sebenarnya yang antum kira wahaby niii? Karena bagi ASWJ/salafy/jamaah ahlulhadith/thariqah mantsurah (inilah nam ...



saya pun hairan juga.  pantang kita bersuara sikit pertikai posting dia terus dia hukum kita wahabi.  tak kira mungkin dalam 10 point dia, kita pertikai satu point maka fatwa abu_syafiq menyatakan kita wahabi dan sesat lagi kafir.

Saya nak rujuk majmu' fatwa ibnu taimiyyah yang saya copy dari versi internet bahasa inggeris...

慚ajmoo` al-Fataawaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2007 10:34 AM | Show all posts
masing masing berilmu masing masing hebat

sampaikan cukup mudah sesat menyesat

yang ni kata sheikhulislam yang lain kata laknatullah

yg lebih tahu bukankah Allah





yg pasti masing masing mencari keredaanNya

selamat berjaya di akhirat nanti

[ Last edited by  kyas at 28-2-2007 10:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 06:27 PM | Show all posts
Secara peribadi, sy mengkagumi tulisan2 Ibnu Taimiyah kerana apabila beliau mengemukakan pendapat dan ijtihad berkaitan masalah2 iman dan islam, akan ada disertakan dalil2 al-quran dan as-Sunnah, yg menyebabkan beliau berijtihad demikian, sukar nak jumpa pendapatnya yg tak berhujah dgn ke-2 dalil tersebut...

Dari pengalaman peribadi, sy melihat golongan2 yg tidak suka ibnu Taimiyah ini dari segi kuliah agama lebih suka menyampaikan sesuatu berdasarkan apa yg dinyatakan oleh ulamak A atau B atau C, dan kemudiannya menyatakan bahawa ulamak2 tersebut adalah ulama2 silam yg dipercayai, berilmu, wali2 Allah dll.. tetapi sukar sekali memberi hujah apakah SANDARAN DAN DALIL YG DIGUNAKAN OLEH ULAMAK2 A ATAU B ATAU C.... sehingga mereka berijtihad demikian.... seolah2 perkataan ulamak2 tersebut adlh maksum hingga tidak perlu lagi dirujuk dan dinilai menurut neraca al-Quran dan as-Sunnah..

wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by ahmadi_bangi at 28-2-2007 06:27 PM
Secara peribadi, sy mengkagumi tulisan2 Ibnu Taimiyah kerana apabila beliau mengemukakan pendapat dan ijtihad berkaitan masalah2 iman dan islam, akan ada disertakan dalil2 al-quran dan as-Sunnah, ...


Ibnu taimiyah itu maksum ker sampai ulamak2 lain tk leh tegur dier?....atau bagi pendapat tentang dier?....

kau kenal sgt imam taimiyah tu sampai kau tuduh ulamak2 lain buat tuduhan tk guna neraca al quran dan sunnah?....kau tahu tak, ulamak2 yg bagi pendapat ttg imam taimiyah tu lebih alim, lebih berilmu daripada imam taimiyah...

sebb tu aku tanya, kau kenal sgt ker dgn imam taimiyah tu, kau sezaman dgn dier ker?...sampai kau boleh yakin bahwa ilmu dia sahaja yg merujuk al quran dan sunnah, ulamak2 lain selepas zamannya atau sezaman dgnnya semua buta Al quran dan Sunnah?....

apa komen kau ttg hadis dibawah,

Firasat bukan hujjah, betul memang betul, tetapi jangan pula diketepikan mentah-mentah, apatah lagi jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat Junjungan Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Imam ath-Thobarani : "Ittaquu firasatal mu'min, fa innahu yandzuru bi nurIllah" (Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah).
Terpulanglah kepada kalian untuk berfikir dengan sewajarnya.


kau nak kata, mana leh ikut, sebab hadis daif ker?....



[ Last edited by  rainbows at 28-2-2007 10:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2007 10:33 PM | Show all posts
Ikhwah,

panutan kita al-Habib Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Shohibur Ratib Habib 'Abdullah al-Haddad dalam kitabnya "Misbahul Anam" mukasurat 15 menceritakan seperti berikut:-
  • Aku telah diberitahu oleh seorang tua yang bersinar wajahnya kerana kesholehannya dan sudah melebihi 80 tahun umurnya, salah seorang pemuka kita keluarga Abu 'Alawi yang lahir dan membesar di Makkah dan kerap berulang alik ke Madinah. Nama beliau Musa bin Hasan bin Ahmad al-'Alawi berketurunan Sayyidina 'Uqail bin Salim, saudara Sayyidina Quthubus-Syahir asy-Syaikhul Kabir Abu Bakar bin Salim. Beliau berkata:- "Aku dahulu berada di Madinah belajar kepada asy-Syaikh Muhammad Hayat (as-Sindi al-Madani). Muhammad bin 'Abdul Wahhab juga berulang-alik ke majlis Syaikh Muhammad Hayat seperti murid-murid lainnya. Aku mendengar daripada orang-orang sholeh dan ulama, sebagai kasyaf daripada mereka, firasat mereka mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab di mana mereka menyatakan bahawa dia akan sesat dan menyesatkan Allah dengannya orang yang dijauhkan dari rahmatNya dan yang dibinasakanNya" Dan demikian yang telah berlaku (yakni firasat mereka telah menjadi kenyataan) sehingga Syaikh 'Abdul Wahhab, bapa kepada Muhammad bin 'Abdul Wahhab, juga berfirasat sedemikian terhadap anaknya, dia telah menasihati dan mencelanya serta memperingati orang lain berhubung anaknya tersebut.
Di antara ulama yang mempunyai firasat sedemikian juga ialah Syaikh Muhammad Hayat as-Sindi dan Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi al-Madani asy-Syafi`i.

Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan menceritakan berhubung firasat Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dalam kitab-kitabnya dan perlu diketahui Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan mempunyai sanad riwayat daripada Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi seperti berikut:- Sayyidi Ahmad Zaini Dahlan daripada Muhaddis Syam Syaikh Abdur Rahman al-Kuzbariy daripada al-Hafiz al-Hujjah 'Abdullah al-Kurdi al-Madani daripada al-Muhaddis al-Musnid Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani.

Dalam isu Muhammad bin 'Abdul Wahhab tidak ada langsung Syaikh 'Abdur Rahman al-Kuzbari menolak kata-kata Syaikh Muhammad Sulaiman al-Kurdi dan beliau adalah tokoh utama dalam bidang periwayatan hadis yang terkenal dalam dunia Islam. Kesimpulannya, perawi-perawi tersebut adalah orang yang dipercayai dan tidak berbohong.

Syaikh Sulaiman al-Kurdi bukan sahaja berfirasat mengenai Muhammad bin 'Abdul Wahhab, tetapi setelah zahir fitnah Muhammad bin Abdul Wahhab beliau telah ditanyai mengenainya dan membuat jawapan untuk menolak ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab (insya-Allah, lain masa kita tulis jawapan beliau tersebut).

Ikhwah,

jika cuma ada kitab yang ditulis Syaikh Sulaiman bin 'Abdul Wahhab al-Hanbali, saudara kandung Muhammad bin 'Abdul Wahhab, yang berjodol "Syawa`iqul Ilahiyyah", itu sudah cukup untuk membuktikan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahhab dan sekaligus membuktikan kebenaran firasat para ulama dan sholihin di atas.

Inikan pula faktanya bukan Syaikh Sulaiman sahaja yang menceritakan kesesatan Muhammad bin Abdul Wahhab tetapi ramai lagi ulama sehingga Habib Alwi al-Haddad pada mukasurat 3 kitab "Misbahul Anam" membuat kesimpulan bahawa kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab telah disampaikan oleh ramai ulama secara tawatur dalam tulisan-tulisan mereka daripada orang-orang yang tsiqah dari kalangan ulama-ul-akhyar (terpilih) dan selain mereka, yang telah melihat dengan matanya sendiri dan mendengar dengan telinganya sendiri akan kesesatan Muhammad bin 'Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya dan juga dari tulisan-tulisan, perkataan, perbuatan dan perintah Muhammad bin Abdul Wahhab dan pengikut-pengikutnya.


Firasat bukan hujjah, betul memang betul, tetapi jangan pula diketepikan mentah-mentah, apatah lagi jika ada qarinah lain membuktikan kebenaran firasat tersebut. Ingat Junjungan Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Imam ath-Thobarani : "Ittaquu firasatal mu'min, fa innahu yandzuru bi nurIllah" (Takutilah firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah).
Terpulanglah kepada kalian untuk berfikir dengan sewajarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.714819 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list