|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Sebab ada ayat, parents mertua keluar pergi sarapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh jd putar alam plk kisah jie ni... Bilalah nak aman hidup dia |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 02:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Esmiria replied at 14-2-2015 01:46 PM
Sebab ada ayat, parents mertua keluar pergi sarapan.
Keluar selepas sarapan pg td
So now da bukan pg
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 02:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Zamzam2013 replied at 14-2-2015 01:51 PM
Dh jd putar alam plk kisah jie ni... Bilalah nak aman hidup dia
Realiti hidup... mana pernah aman |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:52 PM
Satu demi satu gambar dalam ipad dibelek. Zack sendiri tak tahu kenapa hati susah untuk membuang kenangan dulu. Kadang rasa bersalah kepada Zeeta. Isterinya tak pernah tahu gelojak dalam diri Zack.
Saban malam Zack tidur bertemankan Zeeta namun lenanya selalu dipenuhi bayang Najiha. Senyum, wangian dan lirikan manja Najiha menemani harinya. Kadang Zack berdoa biarlah ingatannya hilang supaya dapat melupakan cinta terhadap Najiha dan mencintai Zeeta sepenuh hati. Zack sedar status dirinya. Malah Zack tahu berdosa menaruh hati kepada isteri orang.
Tapi benarlah kata orang. Ianya cuma mengambil masa sesaat saja untuk jatuh cinta tetapi mengambil masa seumur hidup melupakan cinta itu. Begitulah keadaan dirinya sekarang. Bertahun cuba melupakan Najiha namun cinta itu tetap utuh.
Pada mulanya Zack berfikir berkahwin dengan Zeeta akan menghilangkan bayangan Jie namun ramalannya tersasar jauh. Zack memang sayangkan Zeeta. Tapi jauh disudut hati dia tidak pernah cintakan Zeeta. Mungkin hanya simpati dengan Zeeta yang mengharap balasan cinta darinya. Lantas wanita itu dilamar sebagai isteri.
Tambah pula permintaan dari Tan Sri Isa yang mahukan Zack membuka hati untuk bercinta lagi membuatkan Zack bertindak tekad berkahwin. Adakalanya Zack rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu buru untuk berkahwin. Kalau saja dia menolak mungkin Zeeta takkan ' terikat' dengan perkahwinan ini.
Kasihan Zeeta ! Wajah isterinya yang sedang tidur direnung. Tiada apa yang kurang. Cantik dan juga menawan. Sayang kecantikan itu masih belum mampu membuat cinta Zack pada Jie goyah. Jie masih lagi berada ditempat teratas dalam hatinya.
Kalau otaknya seperti komputer yang boleh diprogram, Zack rasa dia lebih sanggup memadam semua memori cinta bersama Jie dan memuat naik cinta yang tulus buat Zeeta.
Maafkan I, darling ! Zack mengusap lembut ubun ubun isterinya. Terpandangkan perut Zeeta yang memboyot rasa bersalah bertubi tubi datang. Pantas langkah diatur keluar dari bilik. Tak sampai hati menatap wajah Zeeta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-2-2015 10:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 15-2-2015 05:37 PM
"Saf berkenan betul dengan Safihah tu abang. Baik budaknya. Cantik." Tengku Safiah masih lagi terbayang wajah manis anak kenalan Tan Sri Isa yang ditemui tadi.
Bertudung sopan dan berbudi pekerti tinggi. Sejuk mata memandang. Kalau saja anak anak bujangnya belum mendirikan rumah tangga, mahu saja Tengku Safiah mengahwinkan dengan Safihah. Satu idea terbit difikiran.
"Abang..." Tengku Safiah beralih tempat duduk ke sebelah suaminya. "Kalau Najiha tu mandul, Saf ingat nak suruh Ray kahwin dengan Safihah jadi isteri kedua lah. Mesti seronok !" Sempat berangan.
Hampir tersembur air teh yang sedang diminum oleh Tan Sri Isa mendengar kata kata isterinya. Tersedak ! Bimbang menantunya atau Rayyan sendiri terdengar dan berkecil hati.
"Jangan nak mengarut Saf ! Najiha dan Ray tak pernah pergi proper check up. Macam mana kalau anak kita yang bermasalah?" Tan Sri Isa mengusap dada yang terasa pedih. Tak sangka Tengku Safiah sanggup berkata begitu. Kasihan memikir Najiha.
Namun Tengku Safiah tak mahu mengalah. " Abang... keturunan kita mana pernah ada masalah macam ini ! Saf tahulah ! Maznah tu pun sebab ada masalah lah Hanafi kahwin dua. Rahim dia terpaksa dibuang lepas lahirkan si Najiha tu." Kadang Tengku Safiah rasa Jie membawa malang kepada Maznah. Maznah diduakan setelah tidak boleh mengandung lagi.
Tan Sri Isa tersentak mendengar nama Maznah. Sudah lama nama itu dilupakan dalam kamus hidupnya. " Saf jangan nak pandai pandai ! Abang tak suka !" Keras sekali amaran yang diberikan. Berharap Tengku Safiah tak meneruskan idea gilanya.
"Suka hati Saflah ! Ray anak sulung Saf ! Sebagai Mama Ray, Saf ada hak untuk tentukan hidup dia. Abang apa tahu !" Wajah Tengku Safiah merah padam. Marah dengan suaminya.
Dengan atau tanpa persetujuan Tan Sri Isa pun Tengku Safiah tak pernah kisah ! Kalau benarlah Najiha mandul, menantunya itu tak layak untuk menentang hasratnya melihat Rayyan berkahwin lagi dan memiliki zuriat !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 15-2-2015 05:35 PM
Pedih bagai ditusuk sembilu. Jie tak sangka Tengku Safiah sanggup berkata begitu. Hati tergerak untuk menyapa mesra kedua mertuanya yang sedang bersembang namun ini bahananya. Sejak kebelakangan ini air mata selalu menjadi peneman setia. Lantas laju saja mutiara jernih itu gugur membasahi pipi.
Satu pelukan terasa dibahu. Dalam kabur berair mata Jie dapat melihat gerangan siapa. Wajah dialih ke bahu lelaki dihadapannya. Tangisan tak dapat ditahan lagi. "Please... I need to go somewhere else.." Jie cuma ingin keluar dari situ secepat mungkin.
" Hang on.. I bawa you somewhere .. you gotta love it ! " Kunci kereta dicapai. "I dah dengar semua. Biarlah Mama tu." Wajah cantik dihadapannya disentuh. " I tak nak you sedih lagi. Stop crying baby !" Jari jemari menyapu air mata yang masih bersisa.
"Let's go." Spontan tangan Jie ditarik untuk mengikutinya. Jie cuma menurut. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-2-2015 02:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:58 PM
Kalau saja Rayyan sedar dan membuat laporan kehilangan isterinya, Zack rasa dia bakal berdepan hukuman merengkok dipenjara atas tuduhan membawa 'lari' kakak iparnya. Namun Zack malas ambil peduli. Sebaik saja Jie meminta membawanya keluar dari Villa Safiah, otak terus memikir untuk ke mari. Dan disinilah mereka. Tempat yang tiada siapa dapat mencari. Hanya ada Zack dan Jie berdua sahaja.
"Mesti you ingat Papa yang hadiahkan kat I, kan? Sebenarnya I beli tanah lot ini guna duit scholarship I masa study,plus salary I masa bekerja. Dan inilah hasilnya."Zack tahu citarasa Jie yang gemarkan persekitaran yang tenang. Kali pertama melihat kediaman ini hati Zack terus terpikat. Berdekatan dengan air terjun dan dipenuhi pepohon menghijau. Pemandangan juga mendamaikan.
Mujur pemilik rumah lama menawarkan harga murah bawah harga pasaran kerana ingin berhijrah ke luar negara dan mahu urusan cepat selesai. Tanpa berfikir panjang Zack terus saja menandatangani perjanjian jual beli.
Duit bukan masalah kerana selain menjadi software engineer, Zack juga freelance programmer untuk syarikat yang ingin menggunakan kepakarannya membina website atau software. Memang tidak kaya raya tetapi Zack mampu hidup berdikari dan berusaha mendapatkan segala yang diimpikan.
Walau setelah mengetahui dirinya berasal dari keluarga berada, Zack tetap menolak saham dan jawatan yang ditawarkan oleh Tan Sri Isa. Biarlah Zack hidup sendiri. Zack tak mahu dianggap berjaya kerana mempunyai bapa yang kaya.
Namun Tan Sri Isa tetap berkeras memberikan pegangan syer kepada Zack supaya memiliki kuasa yang sama dalam syarikat seperti Rayyan dan Khalid. Setiap bulan elaun syarikat akan didepositkan ke dalam akaun banknya walaupun ditolak oleh Zack.
Mujur saja tidak berlaku konflik dengan syarikat Zack bekerja sekarang. Penyudahnya Zack hanya membiarkan saja tindakan Tan Sri Isa. Duit dalam akaun dibiarkan tidak berusik.
"I know you work for it. So you deserve my respect !" Jie tahu Zack seorang yang matang dan berdikari. Itulah yang memikat hati Jie dulu. Malah Jie yakin Zack boleh pergi lebih jauh untuk berjaya dalam hidupnya.
Zack senyum mendengar pujian Jie. " I memang bukan berpangkat besar macam husband you atau Karl. Well, they are CEO at young age pun sebab Papa." Agak sinis nada suaranya. Sedikit merendahkan kredibiliti abang abangnya sendiri.
Jie hanya terdiam. Tak dapat menyangkal kebenaran kata kata Zack. Malah Jie sendiri boleh saja meminta diberikan jawatan itu disyarikat milik Dato Hanafi namun Jie mahu buktikan dia boleh berjaya tanpa bantuan sesiapa.
"Najiha... "Jari jemari itu digenggam erat." Allow me to have you in my life for once today? I promise I takkan melampaui batas. "Zack hanya ingin menikmati masa berdua dengan Jie. Zack masih waras dan takkan sesekali bertindak gila. Cinta dalam hatinya tulus buat Najiha. Bukan tubuh badan Jie yang didambakannya. Cukup sekadar berada disisi Jie buat Zack rasa bahagia.
Jie mula rasa tidak selesa. Menyesal kerana mengikut Zack tadi. Risaukan Rayyan yang mungkin mencarinya bila terjaga.
"Please Zack.. I pun tak tahu kenapa I suruh you bawa I keluar tadi. Tapi I nak balik sekarang. " Sedar kesilapannya yang bertindak mengikut perasaan tadi.
Tubuh Jie diraih dalam pelukan. Tindakan yang biasa Zack lakukan sejak dulu untuk meyakinkan Jie.
"Sekejap saja. Pasal Ray you jangan risau. Just text him you keluar dengan I. Pandailah I jawab nanti." Segala risiko rela ditanggung oleh Zack. " I just nak bercerita dengan you macam dulu. Just two of us !"
"You have an hour, Zack ! It starts from now." Jie akhirnya mengalah. "Apa yang you nak cerita dengan I?" Malas membuang masa.
" Be my pleasure , baby !" Zack membuka pintu lalu mempersilakan Jie masuk. Jie hanya menurut.
Mata terpaku melihat hiasan rumah. Segala potret dan gambar gambar mereka zaman belajar dulu terhias indah. Mata terpandangkan potret yang pernah dihadiahkan kepada Zack. Potret itu hasil nukilan pelukis jalanan yang mereka temui sewaktu bercuti di London. Kalau tak salah Jie. Waktu itu Jie mengajak Zack untuk menemaninya ke UK untuk bertemu Viana. Entah. Jie sendiri malas nak ingat kisah yang berlalu.
"I still simpan semua hadiah dan surat surat you. Inilah pengganti diri you. I tak pernah lupakan you Najiha ! Not even a single second in my life ! I menyesal lepaskan you dulu." Air mata kesalan tumpah. Zack tahu menangis air mata darah sekalipun takdir sudah menuliskan Najiha bukan jodohnya.
Jie terpana. Pertama kali seumur hidupnya melihat Zack mengalirkan air mata menangisi dirinya. Lidah kelu untuk memujuk.
" I dibesarkan tanpa kasih sayang keluarga kandung I. Tak keterlaluan kalau I cakap I cintakan you lebih dari I sayang family I. I tak kisah hidup tanpa keluarga I, tapi I tak dapat bayangkan you hilang terus dari hidup I." Zack tunduk. "You insan pertama ajarkan I erti kasih sayang. Susah untuk I lupakan you." Bukan Zack tak cuba. Banyak kali juga hati cuba dipujuk untuk melupakan Jie tetapi wajah itu juga yang sering muncul dalam khayalan.
Jie mendekati Zack. Bahu adik iparnya disentuh. " Zack.. you kena lupakan I ! Banyak mana pun you cintakan I, Zeeta lebih berhak sebagai isteri you. Cuba you fikirkan anak you yang bakal lahir.. Takkan you nak anak you lalui hidup macam you? Tanpa keluarga yang sempurna? Setiap anak perlukan mama dan papa barulah lengkap satu family. I tak nak you rosakkan hidup you yang sekarang untuk kejar cinta kita dulu. Jangan ikut hati Zack." Jie tak mahu Zack mengejar sesuatu yang tak pasti sehingga mengabaikan kehidupan bahagia didepan mata.
"Perkahwinan I dengan Zeeta satu mistake besar dalam hidup I." Zack kesal. " I tak sepatutnya ambil risiko kahwin tanpa cinta." Pandangan dihala ke arah Jie. "You tau tak kenapa I kahwin dengan Zeeta?" Zack tidak mampu menanggung beban rahsia ini sendirian. Hanya Najiha sahaja yang dipercayainya. Biarlah wanita itu mendengar kebenaran dari mulutnya sendiri hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 02:59 PM
Jie hanya mendengar butir bicara Zack penuh teliti. Terbit simpati namun apalah daya Jie untuk membantu. Sekadar menjadi pendengar setia.
"Zack.. You ingat tak lagu Norah Jones yang I nyanyi untuk you dulu?" Jie teringat apabila melihat piano yang terletak bersebelahan tangga. Zack cuma angguk. Jie terus berjalan menuju ke piano lantas jari jemari runcingnya menekan not satu per satu. Not dan lirik masih segar diingatan. Niat hati hanya untuk membuat Zack melupakan kesedihannya.
Lirik itu lancar keluar dari bibirnya..
Come away with me in the night
Come away with me
And I will write you a song
Come away with me on a bus
Come away where they can't tempt us
With their lies
I want to walk with you
On a cloudy day
In fields where the yellow grass grows knee-high
So won't you try to come
Come away with me and we'll kiss
On a mountaintop
Come away with me
And I'll never stop loving you
And I want to wake up with the rain
Falling on a tin roof
While I'm safe there in your arms
So all I ask is for you
To come away with me in the night
Come away with me
Zack hanyut dalam khayalan mendengar nyanyian Jie. Spontan wanita itu didekati dan dipeluk erat. "I still love you Najiha. How I wish kita masih dekat US sekarang." Walau tahu semuanya mustahil namun Zack tak tahu kenapa dia masih mengharap.
"But the fact is kita dekat Malaysia dan kenangan itu kita dah tinggalkan jauh beberapa tahun ke belakang. Lupakan I Zack ! I dah tunaikan janji I, now turn you pulak. I nak you hidup bahagia seumur hidup you. Please jangan sia siakan Zeeta atau anak you yang bakal lahir nanti. Will you do that for me?" Mata mereka bertentangan. Bagi Jie biarlah ini kali terakhir Zack mengingati saat mereka berdua. Berharap adik iparnya akan gembira selalu.
Zack terdiam. "Please Najiha... You boleh minta anything even nyawa I ! But to forget you it is the last thing I ever do !" Zack tahu kisah mereka sudah lama terkubur. Namun Jie tak mungkin hilang dari hatinya.
" You jangan risau sebab I takkan lupakan tanggungjawab I pada Zeeta dan anak I. Cuma I nak you tahu... I tetap akan jadi pelindung you sampai bila bila. Kalau you sedih, I'll be your shoulder to cry on. Promise me, even after knowing this, you takkan sisihkan I dari hidup you?" Zack lebih rela melihat Jie disisi lelaki lain asal saja Jie tetap berada didepan matanya.
"Nope ! Whatever it is you still adik ipar I. I tetap sayangkan you." Jie tidak menipu bila berkata begitu. Sememangnya dia menyayangi Zack. Namun seluruh hati dan cintanya hanya milik Rayyan.
"Thanks Najiha !" Zack mula ceria. Walau Jie tak cintakannya lagi namun sekurang kurangnya Zack tahu dirinya masih ada dalam hati Jie. Itu sudah cukup membuat Zack bahagia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Klo ada rsa..lagi2 kat bini org..paroh dehhhhh..Zack kna faham gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 15-2-2015 05:44 PM
Rayyan gelisah menanti kepulangan isterinya dan Zack. Hati mula rasa curiga namun segera diusir perasaan yang tak enak. Yakin Jie setia dan tidak akan menduakan dirinya. Pening kepala makin kurang cuma Rayyan rasa tak sedap badan. Nak demam mungkin !
Tak pasti atas urusan apa Jie dan Zack keluar. Melalui pesanan Whatsapp yang dihantar Jie mengatakan mereka keluar membeli barang. Memandangkan Rayyan sedang tidur Jie tak sampai hati mengejutkannya.
Kedengaran bunyi pintu utama dibuka. Sebaik saja terlihat kelibat isterinya Rayyan terus mendapatkan Jie. Risau yang bertandang hilang. " You pergi mana sayang? I macam nak gila dekat rumah tunggu you. Please don't do this again sayang !" Jie ditarik dalam pelukannya.
"Sorry Ray ! I minta tolong Najiha teman I untuk beli something for Zeeta. I tak reti woman stuff ini." Zack terus memberi alasan. Kebetulan Zeeta memintanya membeli sesuatu di farmasi tadi.
"Ok." Hanya itu saja yang terluah dari mulut Rayyan. Walau alasan yang diberi sukar diterima namun Rayyan malas panjang cerita. Percaya Zack takkan mengkhianatinya.
"Jangan risau. I jaga isteri you elok elok. She's safe with me !" Zack mengerti segala yang terbuku dihati Rayyan. "I naik atas jumpa Zeeta dulu. Thanks sebab tolong I Najiha !" Sempat mata merenung Jie sebelum berlalu meninggalkan pasangan suami isteri tersebut.
"You ok tak Hans?" Jie menukar topik perbualan mereka setelah Zack berlalu. " I sempat seek medication advise dari pharmacist tadi. Kalau you tak ok lagi may be kita kena pergi klinik untuk check further."
Rayyan cuma geleng. " I rasa dah ok sikit sayang. You nak balik rumah kita tak? I nak rest dekat rumah sajalah sayang." Tak betah berada lama di Villa Safiah lagi. Tambahan pula Zack ada disini. Rayyan tak buta untuk melihat pandangan mata Zack terhadap Jie. Justeru, Rayyan mahu pulang ke kediaman mereka. Senang untuk berduaan dengan isterinya.
"Sekarang ke?" Jie inginkan kepastian. Rayyan cuma angguk. "I naik bilik ambil barang dulu lah." Jie terus melangkah menuju tangga. Rasa lega dapat pulang ke rumah sendiri. Tak perlu bertemu dengan Mama mertuanya lagi !
|
|
|
|
|
|
|
|
byknya dugaan JIE... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 16-2-2015 12:30 AM
Bab 46
Zack melahirkan rasa kesyukuran mendengar tangisan anak sulungnya yang baru melihat dunia. Bayi lelaki comel yang masih kemerahan itu bakal diberi nama Zafrey Danish Haiqal. Itulah nama yang dipersetujui bersama Zeeta. Berambut hitam lebat persis Zeeta. Matanya sepet juga mirip Zeeta. Apapun Zack tak kisah janji anaknya cukup sifat. Bahagia terasa bila mendakap si comel. Pantas saja azan dilaungkan. Air mata mengalir. Terharu.
Tan Sri Isa yang berada disisi Zack tumpang bahagia melihat kegembiraan yang jelas terpancar di wajah anak bongsunya. Khalid juga mengerti perasaan Zack kerana itulah yang dirasakannya ketika menyambut kelahiran Khalisha. Gembira, terharu dan tidak percaya diri sudah menjadi seorang Papa !
Rayyan hanya mampu memandang. Perasaannya bercampur baur. Gembira melihat adiknya bergelar ayah tetapi sayu kerana sehingga kini Allah masih belum memperkenankan hasrat mereka suami isteri untuk memiliki zuriat sendiri. Rayyan dan Jie sudah membuat pemeriksaan pakar dan mereka hanya mampu bertawakal dengan keputusan ujian yang bakal keluar. Rayyan sudah bosan mendengar bebelan Mama yang asyik bertanyakan perihal anak.
Jie memeluk bahu suaminya. Mengerti apa yang bermain difikiran Rayyan. Hati ditimpa rasa bersalah kerana gagal memberikan zuriat buat lelaki yang dicintainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 16-2-2015 02:23 AM
"Comel anak Zaf dengan Zeeta. Mama doakan cucu Mama membesar menjadi seorang yang berjaya seperti Papa dia." Satu ciuman dihadiahkan kepada si comel. Zeeta yang masih lemah hanya senyum mendengar kata kata Tengku Safiah.
"Mama tunggu giliran Ray pulak. Sepatutnya Ray dulu sebab Ray kahwin awal. Jangan sampai Mama kempunan nak tengok anak Ray.." Jie dijeling. Walau bibirnya menyebut nama Rayyan namun kata kata itu ditujukan khas buat Jie.
"Work in progress Mama !" Hanya itu jawapan yang mampu Rayyan berikan. Wajah Jie disebelahnya nampak mendung. Berkecil hati dengan butir bicara Tengku Safiah.
"I rasa pening kepala lah Hans. I keluar kejap.." Itu hanya alasan Jie. Mengelak menadah telinga mendengar kata kata yang menyakitkan hati dari Tengku Safiah.
"I teman you sayang.." Rayyan faham perasaan Jie. Tak mungkin dia membiarkan isterinya menanggung kesedihan sendirian.
"Ray tak nak dukung anak saudara Ray dulu ke? Ambil berkat.. Mana lah tau untung untung lepas ini Ray pun dapat merasa jadi Papa..." Tengku Safiah menghulurkan bayi kepada Rayyan. Rayyan terpaksa menyambut. Wajah comel itu membuatkan Rayyan terpana. Suci dari sebarang noda dan dosa. Ibarat kain putih.
Jie hanya merenung bayi dalam dukungan Rayyan. Pipi gebu itu dicium. Lantas kaki melangkah keluar menuju ke lif. Jie tak sanggup lagi berpura pura. Entah kenapa hati sedih sedangkan Jie sepatutnya bergembira melihat kebahagiaan Zack dan Zeeta menimang cahaya mata mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmng realitinya cmni. Ipar ok,somi.ok, mertua tak ok. Klo seme ok, ada org dengki. Perghhhhhhhhhhh.... Tengok skrng,sudahlerr......
Abg aku dah nikoh 2 thun lbih. Tapi mak aku rilekkkkkk je kak ipar aku tak ngandung. Tapi aku plak.nak anak sedara. Tapi aku lupknlah since dunia senget jeeeeeee...Itupun aku wonder,cmnela org still berangan tinggi? aku pun,wishlist tk cpi.
Aku tak rasa aku akn tua. :/ |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-2-2015 02:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 9-5-2015 03:02 PM
"I faham perasaan you Jie.."Khalid segera mengambil tempat disebelah kakak iparnya. " I dengan Viana pun tunggu lama untuk dapatkan Khalisha. Almost 3 years kot. You dengan Ray baru 2 tahun kahwin. Enjoy your life berdua sementara ada waktu ini. Nanti dah ada baby tak lah you dengan Ray culture shock." Khalid tak faham kenapa Mama seperti sengaja memberi tekanan kepada Rayyan dan Jie. Sedangkan Viana dan Khalid dulu juga lambat mendapat zuriat pertama mereka namun tak pernah Tengku Safiah berkata apa apa. Setakat menegur sinis namun Khalid dan Viana hanya pekakkan telinga. Cuma dalam kes Rayyan Mama campur tangan sehingga memaksa Rayyan untuk berkahwin lain. Gila ! Alasan hanya kerana Rayyan anak sulung dan harus memiliki zuriat ! Kasihan Jie menjadi mangsa Mama.
"Betul tu Jie !" Viana pula menyampuk. "Nanti dah ada anak cutting pun dah lari. Tengok macam Vee ni. Susah betul nak kurus balik. Semua baju dah ketat !" Memang sejak melahirkan Khalisha berat badan Viana naik mendadak. Pipinya menjadi semakin tembam. Pinggang yang dulu ramping bak biola makin hilang bentuknya. Nasib tak jadi tong dram !
Jie gelak mendengar kata kata Viana. " Apa susah Vee.. Pergilah slimming center.. confirm kurus kalah anak dara.." Jie lihat Viana taklah gemuk sangat. Cuma berisi sikit. Maklumlah baru lepas 3 bulan bersalin.
"Memanglah tapi sementara nak menunggu kurus itu, takut cik abang kita terpikat dengan perempuan lain saja." Viana menyakat suaminya.
"I terima you seadanya dear. Gemuk ke kurus. Yang penting youlah isteri I dan ibu kepada anak I !" Khalid tidak pernah kisah rupa paras isterinya. Walau tak sekurus dulu, Viana tetap paling jelita dalam hatinya.
"Romantiknya korang.. Rasa macam nak menangis pula I dengar.." Giliran Jie mengenakan Khalid. "You jaga kakak dengan anak buah I elok elok. Kalau tak you tahulah nasib you.." Walau bergurau namun terselit mesej dalam kata kata Jie.
" Cik Nur Najiha?" Pelayan Dome mula merapati Jie. Ditangannya terkepit sekeping nota. Jie mula terpinga.
"Yes I am ! Kenapa ek?" Jie menyoal balik. Pelik bila pelayan itu menyebut namanya.
"Ada seorang lelaki minta saya sampaikan nota ini pada Cik."Nota bertukar tangan. Jie terpaku.
"Siapa dia?" Naluri ingin tahu terbit. Mata melilau mencari kelibat sesiapa yang dikenali.
"Minta maaf saya tak kenal. Dia cuma pass nota dekat saya dan pergi." Pelayan itu hanya menyampaikan nota seperti yang diamanahkan. "Saya sambung kerja saya dulu Cik." Pantas saja pelayan itu berlalu pergi.
"Apa yang dalam nota tu Jie?" Viana turut sama tak sabar untuk mengetahui isi kandungan nota.
Jie pantas membuka lalu membaca. " Be mine forever.. I'll be contacting you... with love... someone from your past.." Jie kerut dahi. Pelik.
"Peminat you ke Jie?" Khalid membuat andaian. Tak mustahil wanita secantik Jie digilai ramai lelaki.
"Entah !" Jie cuma geleng. "Salah orang kot!" Jie rasa mungkin nota itu ditujukan kepada gadis lain. Dirinya sudah bersuami, tak mungkin ada yang berminat untuk mendekati lagi.
"Vee tak sedap hatilah !" Viana mula gusar. Takut ada lelaki gila seperti Azim ingin mengganggu hidup adiknya.
"Tak ada benda lah. Jie rasa ada orang nak 'prank'saja." Jie senyum. "Jomlah kita pergi naik balik. Takut Rayyan cari Jie pula." Khalid dan Viana hanya akur.
Jie tidak sedar segala tindak tanduknya menjadi perhatian mata seseorang dari tadi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|