Bank Islam yang mulakan tawaran penyelesaian luar mahkamah - Azrul Azwar KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Bank Islam dilaporkan terlebih dahulu memulakan tawaran supaya urusan hutang membabitkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama perbankan itu diselesaikan di luar mahkamah ekoran rundingan pertama tidak membuahkan hasil.
Bekas Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata dirinya terbabit secara langsung dalam rundingan penyelesaian itu selepas diarahkan bekas majikannya pada tahun 2008 iaitu sebaik sahaja Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor.
Katanya, disebabkan rundingan itu tidak berjaya, maka kes itu dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan untuk dibicarakan.
“Selepas menghubungi pihak menteri besar, beliau datang ke ibu pejabat Bank Islam di Bukit Damansara dan ada beberapa siri perbincangan serta rundingan tetapi nampaknya Tan Sri Abdul Khalid tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan pada masa itu.
“Sebab itu ia dibawa sehingga ke Mahkamah Tinggi dan Persekutuan selepas rundingan pertama untuk capai kesepakatan itu gagal.
“Sehingga awal tahun ini, kes berkenaan tidak lagi disebut di mahkamah disebabkan dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah,” katanya yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Ekonomi dan Kewangan Menteri Besar Selangor.
Beliau berkata demikian pada Forum Krisis Selangor : Khalid Ibrahim belot Pakatan? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, baru-baru ini.
Azrul berkata, selepas beberapa kali kes itu dibawah ke mahkamah, akhirnya Bank Islam bersetuju supaya kes berkenaan diselesaikan melalui tawaran skim perjanjian jual beli (BBA) yang dihidupkan kembali sebuah institut perbankan Islam dari Timur Tengah.
Katanya, kaedah yang dianggap sebagai kontroversi daripada sudut kontrak perbankan Islam itu hanya diterima di beberapa buah negara di rantau Asia iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
“Syarikat perbankan Islam itu berjumpa dengan pihak terbabit dan menawarkan satu kertas kerja, yang mana mereka akan membayar jumlah dihutangkan Tan Sri Abdul Khalid kepada Bank Islam bagi mengelakkan impak besar kepada industri perbankan Malaysia dan BBA jika kes itu gagal menang.
“Institusi ini cuba hidupkan BBA, jadi masing-masing setuju dan Tan Sri Abdul Khalid hanya perlu bayar sedikit sahaja nilai hutang itu,” katanya.
Azrul berkata, melalui kaedah itu kes hutang berkenaan selesai sepenuhnya pada 24 Julai lalu.
Mengulas dakwaan bahawa peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan berkenaan penyelesaian luar mahkamah itu, beliau berkata, ia adalah normal bagi sebarang kes.
Katanya, adalah menjadi hak pihak terbabit untuk menyingkirkan peguam yang dilantik jika mereka berpendapat ia boleh diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
“Ia adalah perkara normal bagi sebarang kes penyelesaian luar mahkamah tidak diketahui pihak peguam atau tidak dimaklumkan.
“Itu adalah hak kepada pihak berkenaan untuk singkirkan peguam mereka atau menggunakannya, jadi bukan sesuatu yang tidak normal untuk peguam tidak terbabit,” katanya.-sk
Anak_Nogori posted on 16-8-2014 11:26 AM
Dengarnya kes ni Khalid nak saman....tak tahulah dah saman ke belum..
sudah pun filed saman ...
Katanya the edge baru beli Malaysian insider...boss the edge ni pulak geng bang non...so fikir sendiri ler
mcm tu la dulu abg non penaya arwah tun ghafar baba. abg non susun org2 kuat dia media2 utama utk jatuhkan ghafar baba... sampai terduduk org tua tu x menyangka permainan abg non sebegitu dasat sekali. tu yg buat ghafar baba rasa teraniaya dgn permainan abg non sewaktu merebut jwtn nombor 2.
Selangor MB Sues The Malaysian Insider Over Bank Islam Deal Allegation
Print Email Details Published on Monday, 11 August 2014 20:52
View Comments
Pic: Astro AwaniPic: Astro AwaniKUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Ibrahim filed a defamation suit in a High Court today against local news portal The Malaysian Insider for publishing two commentaries last month claiming he had partaken in a dubious out-of-court settlement with Bank Islam.
According to the letter of demand sighted by Malay Mail Online, Khalid claimed that the two articles — an English opinion piece titled “Going by Selangor ruler’s criteria, Khalid should quit as MB” and its Malay translation — had been slanderous and malicious.
The suit named The Malaysian Insider (TMI) CEO and editor Jahabar Sadiq, Malay news editor Amin Shah Iskandar, TMI owner The Edge Communications Sdn Bhd, and the site’s operator TMIDOTCOM Sdn Bhd as defendants.
Khalid is seeking an injunction and retraction of the articles published on July 24, in addition to an undisclosed amount in damages.
The letter by law firm BON Advocates said the articles had accused Khalid of reaching an out-of-court settlement through an illegal, unethical, immoral and corrupt method by using a “fixer”.
The articles also suggested Khalid was someone untrustworthy, dishonest, hypocritical and unethical among others; and therefore should resign as he does not deserve to be Selangor MB and does not fulfill the criteria set out by the Sultan of Selangor, said the letter.
In an alternate claim, Khalid accused TMI of slandering him through “false innuendo” by publishing a series of three commentary pieces between June 9 and July 24 this year.
Khalid also claimed that TMI had the malicious intent to remove him as MB through a series of nine “anti-Khalid” articles between June 9 and July 15, which were allegedly written to increase website hits and subsequently benefit it commercially.
He then alleged that the articles have affected his reputation as the MB, Pelabuhan Klang assemblyman and Bandar Tun Razak MP, among others.
TMI’s articles, which are still up on its site at the time of writing, accused Khalid of not administering Selangor in a “trustworthy, firm and responsible manner” as stipulated by the Selangor ruler.
In February, Khalid told Malay Mail Online he had reached an out-of-court settlement with Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) over a US$18.52 million (RM66.67 million) loan settlement suit, without compromising PKR or the Pakatan Rakyat (PR) coalition.
The settlement has since been used by PKR as one of the six reasons why Khalid must step down from the MB post and be replaced by its president Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PKR’s report noted that in March, a month after BIMB dropped its loan settlement suit against Khalid, two business deals worth hundreds of millions of ringgit were signed between the Selangor government and Eco World Berhad, a company controlled by Tan Sri Rashid Manaf, whom PKR said was an ex-lawyer of former Finance Minister Tun Daim Zainuddin.
In response, Khalid has since said last week he would write a letter to BIMB to seek its help to clear his name as the bank had also been mentioned in the reports.
tobby posted on 16-8-2014 11:40 AM
sudah pun filed saman ...
terima kasih tobby....susah2 je tolong carikan maklumat.
tulah...kalau rasa diri difitnah..cepat2 fail saman tu..jangan macam abg non kita tu...yg dia boleh makan..dia saman...yg ezam, ummi hafidah tuduh dia skandal ngan bini Azmin aiskrim dan dapat habuan duit siap ada bukti resit lagi...sampai lani Abg non kita tu tak saman2 fitnah ezam dan ummi hafidah tu...tak tahu lah kenapa?..pada hal Abg Non kita tu terkenal ngan nama Mr Samannya..
SHAH ALAM 15 Ogos - Empat ahli Exco kerajaan negeri daripada Pas yang dikekalkan, menafikan berkomplot dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga November ini seperti didakwa seorang ahli Exco DAP yang dipecat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali (gambar) berkata, mereka berempat tidak pernah membincangkan usul tersebut dengan Abdul Khalid.
"Abdul Khalid tidak bincang dengan saya pasal pembubaran DUN pada November ini.
"Bagaimanapun, kalau dia ada bincang dengan Exco lain, itu saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Ahli Exco DAP yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim seperti dilaporkan sebuah portal berita hari ini mendakwa Halimah berpura-pura tidak tahu mengenai rancangan Abdul Khalid untuk membubarkan DUN.
SHAH ALAM 15 Ogos - Pas Selangor mengemukakan laporan serta aduan kepada kepemimpinan parti itu di peringkat Pusat mengenai tindakan dua wakil rakyatnya yang didapati gagal menarik semula sokongan mereka terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Setiausahanya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, laporan serta aduan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin dan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib itu dikemukakan kepada kepemimpinan parti itu dalam satu pertemuan dengan kesemua 13 ADUN Pas Selangor bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pertemuan di Pejabat Agung Pas Pusat di Kuala Lumpur malam ini turut dihadiri Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
"Pas Selangor telah membawa laporan serta aduan terhadap dua ADUN Pas berkenaan (Hasnul dan Saari) kerana gagal memenuhi arahan Pas negeri supaya menarik balik sokongan yang telah dibuat mereka secara bersendirian.
"Kita telah memohon dan kita dapat bertemu dengan Presiden Pas yang mana kita telah kemukakan fakta dan aduan. Kita serahkan sepenuhnya kepada Pas Pusat untuk tindakan disiplin selanjutnya ke atas kedua-dua ADUN terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari untuk menarik semula sokongan mereka terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.
Tempoh tersebut diberikan kepada kedua-dua ADUN berkenaan kerana mereka telah mengambil pendirian serta sikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan ditetapkan parti.
Tindakan Hasnul dan Saari itu didapati bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Menteri Besar Selangor sedia ada, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatannya selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.
Pendirian tersebut dibuat selepas majlis itu mengambil kira hukum syarak dengan meletakkan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan melebihi kepentingan individu dan parti.
P/s;- OK..makna kata 2 DUN PAS yg belot tu tak ada dalam meeting ni lah..bila plak PAS nak panggil 2 DUN yg belot tu utk membela diri mereka tidak membelot keputusan parti?..
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Selepas strategi ‘Langkah Kajang’ hampir pasti tidak berjaya untuk mengangkat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor, pelbagai pihak mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) me-ngubah keputusan mereka itu dengan meletakkan Azmin Ali sebagai calon jawatan tersebut.
Beberapa pengguna laman sosial Twitter mengutarakan pendapat mereka untuk memilih Ahli Parlimen Gombak itu sebagai ‘pelan kedua’ ekoran keengganan Pas menyokong keputusan PKR meletakkan Presidennya menggantikan Abdul Khalid.
Menurut seorang pengguna, @Mazri73, sekiranya Wan Azizah tidak diterima sebagai calon jawatan itu, pakatan pembangkang boleh memilih Azmin sebagai menghormati pendirian Pas untuk tidak menerima seorang wanita memimpin negeri.
"Kita berharap Azmin boleh jadi ‘orang besar’, seorang yang berkepimpinan dan boleh membuat keputusan dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang. Masanya sudah tiba untuk me-nunjukkan anda adalah aset presi-den," kata @megreat.
Komen pengguna laman sosial itu dipetik menerusi blog tunkuaisha.blogspot.com hari ini.
Dalam pada itu, @HannZiq berpendapat, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu merupakan calon sesuai memandangkan beliau paling lama berkhidmat di Selangor.
Komen @saimayub pula berbunyi, "mungkin Azmin la yang kena naik selepas ini (berkemungkinan Azmin akan menaikkan harga tol selepas ini)," katanya.
Selain itu, @izzuddingadaffi berkata, sokongannya terhadap Azmin bukan bererti dia seorang pengikut tegar anak didik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, cuma soal kelayakan dan kesetiaan kepada parti perlu diambil kira.
Seorang lagi pengguna laman sosial tersebut, @erk888 melihat penggantian itu wajar jika tidak mahu orang luar dari Selangor memimpin negeri itu.
Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan mendakwa, isu kronisme dan nepotisme yang sebelum ini menjadi perhatian telah senyap malah pihak yang lantang memperjuangkannya juga kini memandang sepi perkara itu.
"Seketika dulu, isu kronisme dan nepotisme menjadi perhatian awam. Kini, isu itu dipandang sepi terma-suklah oleh mereka yang dulunya lantang bersuara," katanya seperti dipetik dalam laman Facebook miliknya hari ini.
Nasrudin bagaimanapun tidak me-rujuk kenyataannya kepada sesiapa, namun dipercayai berkaitan dengan isu dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan perebutan kuasa Menteri Besar Selangor yang berlaku ketika ini.
Ini kerana, pelbagai pihak sebelum ini mengkritik amalan nepotisme yang berlaku dalam PKR disebabkan penguasaan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Berhubung isu kerusi panas Menteri Besar Selangor, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip seperti dilaporkan baru-baru ini berkata, tindakan Anwar melantik isterinya sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah bukti amalan nepotisme yang melampau.
P/s:- Termasuk lah cai2 yg menyokong Wan Jijah bini Anwat jadi MB Selangor..dulu boss kata..woi kroni moni ni tak boleh...cai2 ni pun sambut...betul boss..siap takbir lagik..
Edmund Bon
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor sehingga satu undi tidak percaya diadakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Peguam Abdul Khalid, Edmund Bon berkata, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, anak guamnya itu kekal memegang jawatan itu kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Sultan Selangor telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus menjadi menteri besar. Jadi tiada apa-apa perubahan dari segi itu.
"Sebarang perubahan tertakluk kepada perkenan Sultan Selangor. Selagi tiada undi tidak percaya dalam DUN, Abdul Khalid masih Menteri Besar," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri mTouche Technology Bhd. (mTouche) di sini hari ini.
Bon berkata, meskipun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi membolehkan beliau menyingkirkan Abdul Khalid, namun perkara itu boleh diragui.
Katanya, dari segi sejarah melibatkan krisis politik di Perak dan Sabah, sudah ada pengajaran bahawa surat akaun bersumpah lazimnya boleh ditandatangani tetapi akhirnya wujud keraguan dari segi kebenaran ia dilakukan.
"Politik di Malaysia berubah-rubah. Surat akuan bersumpah merupakan satu publisiti untuk memberi tekanan kepada rakyat. Ini tidak seharusnya dikelirukan dengan apa dinyatakan dalam udang-undang," katanya.
Menurut Bon, dalam kes Mahkamah Persekutuan melibatkan Nizar lawan Zambry pada 2010, terdapat dua perkara penting iaitu undi tidak percaya dalam DUN dan permohonan perbincangan atau mesyuarat dengan Sultan untuk menunjukkan undi majoriti.
"Namun dalam kes di Selangor, kedua-duanya belum berlaku. Walaupun ada surat akaun bersumpah namun bagi anak guam saya, Pas masih belum membuat keputusan muktamad," katanya yang mewakili bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kes berkenaan.
Tambahnya, bebanan kini tertakluk kepada PKR dan DAP untuk memohon satu persidangan DUN tergempar diadakan.
"Speaker DUN Selangor adalah dari DAP. Beliau boleh cuba memanggil satu persidangan tergempar, anak guam saya menunggunya.
"Jika ada undi majoriti, mereka perlu menunjukkan di DUN. Itu yang paling penting dengan pengundian secara mengangkat tangan," katanya.
4 Exco Pas benteng terakhir selamatkan kerajaan pakatan Selangor
SHAH ALAM 15 Ogos - Empat Exco Pas yang menyokong Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap sebagai benteng terakhir untuk menyelamatkan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, sehubungan itu, beliau tidak kisah dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan berikutan tindakan mereka untuk terus kekal sebagai Exco dalam pentadbiran Abdul Khalid.
"Jangan dilihat kami khianat. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri membolehkan kerajaan minoriti memerintah jika ada perkenan Sultan," katanya dalam Facebook Pas Selangor hari ini
Sallehen yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak bersama-sama tiga lagi Exco Pas iaitu Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Dr. Halimah Ali memberikan sokongan kepada Abdul Khalid agar terus berkhidmat di negeri ini.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri mendakwa, sekiranya keempat-empat mereka turut memboikot Abdul Khalid maka empat wakil rakyat dari UMNO akan dilantik sebagai Exco oleh pihak istana walaupun hanya sekadar sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
"Jika DUN dibubar maka UMNO kerajaan yang terakhir dan RM3.2 billion ada pada mereka.
"Hakikatnya, UMNO yang akan mentadbir. Kita menyerahkan bulat-bulat kerajaan ini kepada UMNO dan kami hanya patuh arahan parti," ujarnya.
Khalil Idham
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah secara terbuka menyindir dua wakil rakyat parti itu di Selangor yang membelakangkan ketetapan Majlis Syura Ulama dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor supaya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP.
Katanya, dengan cara itu, barulah berbaloi untuk mereka berdua menentang ketetapan parti sendiri.
"Saya rasa lebih baik dua ADUN Pas yang hadir beri sokongan kepada Azizah sebagai Menteri Besar hantar sekali borang untuk masuk PKR atau DAP... baru berbaloi untuk tidak hormat kepada parti sendiri.
"Kalau 13 orang lagi boleh bersabar dan ikut arahan parti, kenapa kamu berdua sudah membelakangi parti sendiri. " soalnya dalam status Facebook peribadinya.
Dua ADUN Pas Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnol Baharuddin (Morib) semalam menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
Menurut Saari, beliau bersedia untuk menjadi wakil rakyat Bebas jika Pas Pusat enggan menyokong Wan Azizah.
Sementara itu, dalam status Facebook berasingan, Khalil Idham yang juga bekas Ketua Penerangan Pas Perak turut memberi bayangan supaya wakil rakyat berkenaan dibuang daripada parti.
"Buang dua ranting yang bermasalah tidak akan mematikan pokok Pas yang hidup subur sekian lama...noktah," katanya.
Salah seorang rakan Facebook Khalil Idham, Lah Pt memberi ulasan dengan mempertikaikan ‘kiblat’ politik Saari.
"Ana (saya) hairan macam mana Pas boleh terima YB Hulu Kelang sebagai ahli kerana dari awal lagi dah nampak siapa idola beliau," katanya.
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Usaha Pas untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat parti itu pada 17 Ogos ini dijangka mengalami kesukaran kerana bakal mendapat tentangan daripada pemimpin tertingginya sendiri.
Antara individu yang dijangka menentang usaha itu adalah Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang hari ini melalui surat terbuka kepada Abdul Khalid telah mengkritik pemimpin tersebut kerana masih mengekalkan jawatannya walaupun telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Husam mendakwa, keputusan Abdul Khalid adalah cubaan membabitkan Pas ke dalam survival politik beliau yang akan menjatuhkan nama parti itu di mata rakyat meskipun sebelum ini Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepadanya.
"Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan Pas dalam lingkungan semangat pakatan rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.
"Tan Sri (Abdul Khalid) sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili pakatan rakyat lagi, Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?" soal Husam melalui surat itu yang disiarkan beberapa blog hari ini.
Selain pendirian Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini telah menyatakan kesediaan parti itu menghadapi sebarang kemungkinan ekoran percanggahan pendapat dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Malah, Nik Abdul Aziz turut menegaskan keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah muktamad biarpun DAP dan PKR berpendapat sebaliknya.
Sementara itu, menurut Husam, sebarang percaturan politik untuk membentuk kerajaan negeri Selangor melalui gabungan Pas, UMNO dan Abdul Khalid sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebagai tidak bermoral dan perbuatan terkutuk yang ditolak amalan demokrasi.
Husam turut mempersoalkan keputusan Abdul Khalid yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mendakwa sebarang cubaan mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mencemarkan imej institusi diraja Selangor.
Selain itu, beliau turut memuji tindakan dua ADUN Pas Selangor yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana berjaya menggagalkan sebarang usaha pembentukan kerajaan gabungan.
"Tan Sri tahu ini. Lantas, apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan Menteri Besar? Atau Tan Sri berfikir untuk membubarkan DUN? Bukankah tindakan itu menyusahkan Sultan Selangor?
"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri menghadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan? Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cubaan bilangan ADUN dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, pada hemat saya, akan mencemarkan institusi diraja," kata Husam.
Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH [email protected]
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat sukar untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, perkembangan itu memberikan Abdul Khalid tiga pilihan iaitu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata, peletakan jawatan itu membolehkan Sultan Selangor melantik Menteri Besar baharu daripada calon yang mendapat sokongan majoriti ADUN atau calon lain mengikut budi bicara baginda.
"Pilihan ini bagaimanapun mungkin tidak mampu menyelesaikan kemelut politik Selangor kerana apa sahaja boleh berlaku termasuk kemungkinan terdapat ADUN lompat parti sekali gus menyebabkan kemelut itu berlarutan dan berlaku ketidakstabilan politik negeri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Mustafa berkata, satu lagi pilihan adalah menerusi undi kepercayaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, namun langkah itu dilihat tidak berapa relevan memandangkan Wan Azizah didakwa sudah mempunyai bukti bertulis yang menunjukkan Menteri Besar hilang sokongan majoriti ADUN.
Kata beliau, penyataan sokongan 30 ADUN berkenaan dengan menandatangani akuan bersumpah mengandungi pengakuan bahawa mereka hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Abdul Khalid dilihat sudah memadai bagi perkara berkenaan.
Beliau berkata, pilihan terbaik Abdul Khalid adalah menggunakan hak beliau untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memberi mandat baharu terhadap pentadbiran kerajaan negeri menerusi pilihan raya negeri.
"Lebih baik dalam krisis seperti ini Abdul Khalid memilih untuk membubarkan DUN atas perkenan Sultan Selangor kerana pilihan lain boleh menyebabkan krisis politik Selangor berterusan dan tidak stabil.
"Biarlah rakyat memberi mandat yang dapat memperlihatkan apakah kehendak sebenar mereka dalam kemelut ini berdasarkan perkembangan semasa sama ada mahu Wan Azizah dipilih menjadi Menteri Besar, pakatan pembangkang kekal memerintah Selangor atau sebaliknya," ujar beliau.
Mohamed Mustafa bagaimanapun berkata, meskipun Abdul Khalid boleh mencadangkan supaya DUN Selangor dibubarkan, namun keputusan itu terletak pada budi bicara Sultan Sharafuddin.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, perkembangan yang berlaku dalam kemelut Menteri Besar Selangor mengakibatkan situasinya menjadi semakin rumit tanpa penyelesaian konkrit sehingga membimbangkan rakyat negeri itu.
Ini kerana kata Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, kemelut berkenaan melibatkan banyak pihak termasuk parti politik, kemungkinan berlaku ADUN lompat parti dan pertimbangan keputusan yang pada akhirnya di tangan Sultan Selangor.
Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan
DARI KIRI ATAS: Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi Awang. DARI KIRI BAWAH: Khalid Samad, Kamarudin Jaafar
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang akan diadakan Ahad ini menjadi tumpuan apabila ia bakal menentukan pendirian rasmi parti itu berhubung perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang kini disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pemecatan Abdul Khalid daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan Penasihat PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang termasuk dua ADUN daripada Pas memungkinkan parti itu harus membuat keputusan penting berkaitan siapa yang harus mereka sokong.
Difahamkan, mesyuarat itu dijangka menyaksikan pertembungan antara golongan ulama yang sebelum ini melalui Majlis Syura Ulama Pas mempertahankan Abdul Khalid dengan menegaskan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan menyalahi hukum syarak dan beberapa pemimpin daripada golongan profesional yang dilihat sering membuat kenyataan yang dianggap cenderung menyebelahi pemimpin PKR dan DAP.
Keadaan itu memungkinkan ia menimbulkan persoalan, siapakah yang akan disokong oleh kumpulan pemimpin tersebut sama ada Abdul Khalid yang dipertahankan oleh Majlis Syura Ulama atau Wan Azizah yang dikatakan sudah ditolak oleh Pas bagi menduduki kerusi Menteri Besar Selangor.
Antara pemimpin yang mendapat perhatian bagi mengetahui pendirian mereka ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang didakwa menulis surat terbuka dan disiarkan dalam anwaribrahim.blog.com menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan.
Turut menjadi tumpuan apakah pendirian Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dalam ucapan di Forum Krisis Selangor-Pakatan menyifatkan kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpihak kepada Abdul Khalid sebagai pandangan peribadi dan Dr. Dzulkefly Ahmad yang menganggap tindakan dua ADUN Pas menyokong Wan Azizah adalah bagi menyelamatkan pakatan pembangkang.
Lain-lain pemimpin ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin; Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad.
Hujah yang mereka ketengahkan dalam mesyuarat tersebut dijangka memainkan peranan penting bagi menentukan keputusan Pas dalam berhadapan dengan kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor itu.
Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, walaupun ada dalam kalangan mereka dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan Majlis Syura Ulama Pas sejak krisis Menteri Besar berlaku, namun pendirian sebenar mereka hanya akan diketahui dalam mesyuarat tersebut.
"Mengikut amalan mesyuarat dalam Pas, jarang sekali parti itu membuat keputusan berdasarkan kepada undian sebaliknya berpandukan kepada hujah-hujah, pihak mana yang mengeluarkan hujah bernas, itulah yang akan menjadi panduan untuk parti membuat keputusan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Ditanya adakah keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang mempertahankan Abdul Khalid masih relevan untuk diikuti oleh mesyuarat tersebut memandangkan beliau tidak lagi menjadi ahli PKR sumber itu berkata, majlis itu membuat keputusan berdasarkan Menteri Besar Selangor tidak melakukan apa-apa kesalahan yang membolehkan beliau disingkirkan dan adalah zalim jika langkah itu dilakukan.
"Oleh itu sama ada Abdul Khalid masih lagi menjadi ahli PKR atau tidak, bukan persoalannya, apa yang menjadi dasar Pas sejak dahulu lagi ialah mempertahankan mana-mana pemimpin yang dizalimi," katanya.
Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat itu dijangka `panas’ memandangkan Pas sudah membuat keputusan termasuk dalam pertemuan tertutup antara Abdul Hadi dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa parti itu tetap menolak Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid.
"Pas sudah pasti tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar kerana akan berpegang kepada perjanjian bahawa ia milik PKR, tetapi yang Pas tidak mahu ialah Wan Azizah menggantikan Abdul Khalid, oleh itu PKR perlu mencalonkan nama ADUN lain daripada parti itu bagi tujuan tersebut," katanya lagi.