TEASER.
Baju kurung kain kapas disarungkan kebadan, selendang putih turut diletakkan dikepala. Mukanya sembab, matanya bengkak. Sehingga saat ini masih ada sisa esakan walaupun air mata sudah lama kering. Laci berukir kayu ditarik perlahan,sebuah surah yassin ditarik keluar dan dibawa rapat ke dada. Sekeliling bilik itu dilihatnya, selepas ini, tempat ini bukan lagi syurganya…walau tidak seindah mana namun itulah tempatnya berteduh dan menumpang. Baik buruk, itulah syurganya…itulah nerakanya.
“Cik Lisa…kalau dah siap turunlah,kami tunggu kat bawah…” ketukan dimuka pintu bilik menyedarkan Lisa, mata dipejam kelip beberapa kali, menghilangkan airmata yang bergenang.
Cadar katil diusap perlahan, sayang untuk meninggalkan semua ini. Terbayang-bayang kenangan mereka hidup berdua,walaupun Tengku Dennis garang orangnya, baran tapi sesungguhnya dialah tempat untuk Lisa bergantung tapi kini…semuanya musnah, hilang. Tempat untuk dia bergantung sudah tiada, patah dan tidak akan kembali sampai bila-bila.
Mata dipejam rapat, dadanya diusap perlahan dan perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik itu. satu pun barang langsung tidak dibawa keluar kecuali sepasang baju dan selendang yang dipakai serta senaskhah surah yassin.
Pintu utama ditutup rapat, setitis air matanya gugur jua. Siapa tidak sedih mahu meninggalkan rumah yang banyak kenangan itu.
“Cik Lisa…kita nak ke mana dulu?”Bob bertanya sopan, Lisa yang berada di tempat duduk belakang dipandang lewat rear mirror. Gadis itu dilihatnya hanya membuang pandang ke luar tingkap kereta.
“Kita ke kubur dulu…” hampir tidak kedengaran suara itu mengarah.
Belum pun satu hari, jiwanya sudah berasa sepi dan sunyi. Rasa takut untuk mengharungi hari seterusnya tanpa Tengku Dennis. sudah biasa hidup dijaga dan bertemankan lelaki itu tapi kini semuanya sendiri.
“Kita dah sampai, jom turun…” ajak Adam pula. Lisa masih senyap tapi menurut. Orang sudah ramai dikawasan perkuburan itu. Khemah yang didirikan sebagai teduhan dikubur berwarna kuning, barangkali kerana Tengku Dennis itu merupakan kerabat diRaja maka pemakamannya turut penuh adat istiadat.
Lisa hanya berdiri dari jauh ditemani Bob dan Adam. Teringin sangat mahu melihat Tengku Dennis buat kali terakhir tapi dia tidak mampu, takut tidak mampu menahan perasaan sebak.Sekarang pun empangan air matanya sudah pecah dan mengalir hebat, menangis tanpa bunyi, senyap dan sunyi seperti hatinya sendiri.
Bacaan talqin sungguh menyentuh hati terutama sekali apabila nama penuh Tengku Dennis disebut berulang kali, sungguh menyayat hati. Tidak tertanggung rasa kehilangan ini, menyesal kerana tidak sempat meminta maaf dan tidak sempat mengucapkan rasa cinta dan sayang pada lelaki itu.
Kini dia mengaku, ada rasa cintayang bertamu untuk seorang lelaki yang bernama Tengku Dennis dan dia sangat terseksa kerana tidak mampu mengucapkan semua itu. Hatinya sakit sendiri, marah dan dendam bergelumang dalam jiwa dan hatinya. Semuanya bercampur aduk, sayu,pedih, marah, geram, benci dan pelbagai lagi rasa yang menyesakkan jiwa dan dada.
“Awak semua tunggu kat kereta, sayanak jumpa Tengku Dennis.”
Langkah dihayun perlahan apabila orang mula bersurai, meninggalkan kubur yang masih merah dan lembap, dihiasi bunga melur dan kelopak bunga mawar yang ditabur. Wangiannya menusuk kerongga hidung namun tidak menerbitkan kedamaian di hati Lisa. Tanah yang merah dan basah tidak menjadi halangan, Lisa duduk bersimpuh disitu, ditepi pusara Tengku Dennis. belum pun surah yassin dibuka dan apatah lagi dibaca, esak tangisnya sudah kedengaran. Berpisahlah mereka dari dunia yang penuh kepalsuan ini.
Lisa cuba bertenang, dia mendongak memandang langit yang turut gelap dan kelam, sekelam hatinya sekarang.Bila-bila masa saja hujan akan turun, dia harus cepat.
Yassin dibuka, al-Fatihah pada muka surat pertama dibaca. Tak boleh! Dia tak kenal huruf, dia tahu itu huruf al-Qurantapi dia tak tahu huruf itu, dia tak kenal. Lidahnya keras! Muka surat lain dibelek pula, cuba mengalunkan ayat itu pula tapi tetap gagal. Dia tak boleh baca!
Nafas ditarik sedalamnya, Lisa cuba bertenang. Otaknya ligat berfikir, dia cuba mengalunkan surah al-Fatihah tanpa melihat ke muka surat tersebut tapi tetap gagal! Ya Allah…setelah sekian lama baru kini dia mengingati Allah.
Lisa mencuba sekali lagi tapi tetap gagal, tetap tidak boleh. Dia menangis pilu, adakah ini balasan yang perlu diabayar untuk kealpaannya selama ini yang melupakan Sang Pencipta? Ya Allah,hanya kalimah itu yang mampu disebutnya, Lisa menangis pilu…dia teresak-esak disitu.
“Dennis…saya tak boleh baca semuani, saya dah lupa…saya tak kenal huruf, saya tak boleh baca Quran. Kenapa dengan saya ni Dennis, kenapa?! Awak! Kenapa awak tinggalkan saya, awak pernah janji nak jaga saya tapi mana semua tu? Mana? Awak dah tinggalkan saya terkontang kanting macam ni, saya tak ada tempat untuk dituju. Tak ada Dennis, tak ada!”
p/s : nah teaser. pendek sajork! ampun jangan dimaki hahaha...tak seperaighe lah kalau bagi banyak2..muahaha Last edited by farahanafarah on 23-1-2014 09:15 PM
|