CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 30-1-2026 10:04 AM | Show all posts
Kemahiran asas menguasai AI keperluan utama dan nilai tambah kepada pelajar
Januari 29, 2026, Khamis - 7:46pm



Para peserta dan guru pengiring bergambar bersama selepas majlis perasmian hari ini. - Gambar Penerangan

BAU: Kemahiran asas dalam menguasai kecerdasan buatan (AI) dilihat sebagai keperluan utama dan nilai tambah kepada pelajar khususnya dalam bidang teknologi maklumat serta bidang lain selari dengan keperluan semasa.

Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) Stephanie Annie Tupi berkata, kursus berkaitan AI bukan sahaja relevan dengan keperluan industri malah mampu melengkapkan pengetahuan pelajar dalam mendepani cabaran teknologi sejajar perkembangan dunia digital masa kini.

“Kursus yang membabitkan AI membawa banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang menyertainya memandangkan kebanyakan urusan kini semakin melibatkan penggunaan AI sehinggakan kursus sebegini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai pihak,” katanya ketika berucap mewakili pengarah KKMG sempena Kursus Asas Kecerdasan Buatan (AI) di sini, hari ini.

Kursus tersebut melibatkan 21 pelajar terdiri daripada dua lelaki dan 19 perempuan serta diiringi empat guru dari Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang.

Jelasnya, pihak KKMG mengalu-alukan kehadiran pihak Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan yang menunjukkan minat dan keyakinan untuk mempelajari asas AI di KKMG sekali gus mencerminkan kepercayaan institusi luar terhadap kepakaran serta kemudahan latihan yang disediakan di sini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perniagaan Vokasional Tengku Ampuan Afzan berkata, pelajar yang terlibat merupakan pelajar Jabatan Perniagaan yang mengikuti kursus AI bagi tujuan pengurusan dokumen pejabat.

“Penyertaan pelajar kami dalam kursus ini bertujuan membantu mereka menguasai asas AI sebelum menjalani latihan industri pada masa depan.

“KKMG diyakini bukan sahaja berupaya meningkatkan pemahaman pelajar kami mengenai AI malah memberi manfaat kepada komuniti sekitar Bau,” ujarnya.

Kursus tersebut dikendalikan pensyarah KKMG Siti Nursaadah Mat Yusoff dan dibantu pensyarah Juriati Abang Asa.

Ia antara lain menekankan penglibatan aktif peserta membabitkan pengenalan konsep asas AI merangkumi aplikasi teknologi tersebut dalam bidang pendidikan dan industri.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan KKMG Munirah Yahya, Pegawai Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Lenny Lai Mei Lan dan para pensyarah KKMG yang lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2026 10:07 AM | Show all posts
Majlis pelantikan jawatankuasa, penyampaian anugerah JCI Riam pada 7 Feb
Januari 29, 2026, Khamis - 7:51pm



Jawatankuasa penganjur majlis pelantikan dan penyampaian anugerah JCI Riam.

MIRI: Junior Chamber International (JCI) Riam akan menganjurkan Majlis Pelantikan Jawatankuasa dan Penyampaian Anugerah JCI Ke-16 pada 7 Februari ini di Hotel Mercure Miri City Centre sebagai platform menampilkan kepimpinan baharu, menghargai sumbangan ahli serta memperkukuh peranan organisasi dalam pembangunan komuniti.

Bagi memastikan kelancaran penganjuran, Jawatankuasa Induk telah mengadakan mesyuarat pertama baru-baru ini bagi merangka pelbagai aktiviti yang mempamerkan keupayaan organisasi serta komitmen terhadap tanggungjawab sosial.

Jawatankuasa diterajui Lam Weng Wah yang dibantu Naib Pengerusi Lo Tien Foong, Amy Lau Mee Ling (Setiausaha Projek), Janet Hii Pei Ying (Bendahari Projek), Yong Sui Fong (Pengacara), Wong Chiing Pinh (Logistik), Chan Seng Yu (Siaraya), Chew Chai Foong (Perhiasan Tempat) serta Tie Ee Wayne yang bertanggungjawab bagi Tempahan Tiket dan Pendaftaran, dengan Samuel Ling Siaw Kieng sebagai Ex-Officio dan Chai Woan Ying selaku Penasihat.

Antara acara utama ialah Upacara Perasmian Ahli Lembaga Baharu, yang memperkenalkan barisan kepimpinan terkini berserta peranan dan tanggungjawab masing-masing, sekali gus memberi gambaran jelas hala tuju perkhidmatan JCI Riam.

"Majlis ini diharap dapat memperkukuh perpaduan organisasi serta menjadi wadah interaksi, perkongsian pengalaman dan inspirasi kepada lebih ramai belia untuk aktif dalam perkhidmatan komuniti," jelas Lam.

Beliau memberitahu, penghargaan turut disampaikan kepada bekas ahli lembaga pengarah atas sumbangan dan dedikasi mereka sepanjang tahun lalu.

Selain itu, majlis turut menampilkan Sesi Penyampaian Anugerah Tahunan bagi mengiktiraf ahli dan pasukan yang aktif menyumbang dalam perkhidmatan komuniti serta inisiatif sosial, di samping mengukuhkan perpaduan serta perkongsian pengalaman dalam kalangan ahli.

Majlis juga akan menyaksikan Upacara Penganugerahan JCI Senator kepada Datuk Bandar Miri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Adam Yii sebagai penghormatan atas sumbangan cemerlang dan dedikasi berterusan beliau terhadap pembangunan JCI di daerah Miri, selain melambangkan pengiktirafan terhadap kepimpinan dan kesinambungan pembangunan sosial.

Penganjuran majlis itu akan dimeriahkan dengan pertunjukan seni serta tayangan video tahunan yang menyorot pencapaian dan sumbangan organisasi sepanjang tahun, sekali gus mewujudkan suasana formal namun mesra.

Sehubungan itu, JCI Riam menyeru belia berumur antara 18 hingga 40 tahun agar menyertai JCI Riam dan menjadikannya platform pembangunan diri.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli boleh menghubungi Samuel di talian 010-2844737 atau layari Facebook http://www.facebook.com/JCIRiam/ dan Instagram @jciriam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 10:07 AM | Show all posts
Polis tahan lelaki tempatan positif dadah dalam Ops Tapis
Januari 30, 2026, Jumaat - 8:45am

BINTANGOR:  Seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan dalam Ops Tapis oleh pasukan polis “Task Force” Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, lelaki tersebut telah ditahan dalam kawasan daerah Bintangor.

“Sejurus ditahan lelaki tersebut telah dibawa ke IPD Meradong untuk menjalani saringan air kencing.

“Hasil ujian tersebut telah mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,”katanya kepada media, semalam.

Dalam masa yang sama juga, kata Tansli, hasil semakan rekod lampau, mendapati suspek lelaki terbabit tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah.

Berikutan itu, kata Tansli, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

“Pihak Polis IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut dan merayu supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak Polis berkaitan kegiatan dadah di daerah Meradong.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,”tegas Tansli lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 10:08 AM | Show all posts
Jeti akan dibina di Rh Empenit bagi memudahkan urusan penduduk sekitar
Januari 30, 2026, Jumaat - 8:54am



Iskandar (tengah) semasa melakukan tinjauan ke atas lokasi perlaksanaan projek RTP di Rumah Empenit di sini.

BINTULU: Sebuah jeti akan dibina di Rumah Empenit bagi memudahkan pergerakan penduduk yang berurusan di kawasan rumah panjang dan berdekatan yang lain, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee.

Jelasnya, projek pembinaannya yang akan dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi kemudahan serta keselesaan penduduk di rumah panjang berkenaan bagi menjalankan aktiviti seharian mereka.

"Saya sendiri telah turun padang meninjau beberapa cadangan projek RTP di kawasan DUN Jepak yang mana turut disertai pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID)," ujarnya sejurus selesai sesi lawatan pada Khamis.

Antara yang dibincangkan ujarnya ialah cadangan pembinaan jeti buat penduduk rumah panjang yang mana ianya amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk di samping menyokong aktiviti harian serta ekonomi setempat.

Sudah tentu jelasnya bahawa keutamaan kerajaan adalah keselamatan komuniti, khususnya kanak-kanak dan warga emas agar akses mereka lebih selamat dan selesa.

"Insya-Allah, lebih banyak projek RTP seperti ini akan terus diperjuangkan supaya pembangunan luar bandar dapat dipertingkatkan dan kualiti hidup rakyat sentiasa terpelihara," ujarnya.

Island dalam masa sama turut menzahirkan penghargaan serta terima kasih kepada semua agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam projek pembinaan jeti ini dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat perlaksanaannya nanti demi kesejahteraan kehidupan komuniti di kawasan terbabit.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 10:13 AM | Show all posts
Penduduk Nanga Pelagus luah rasa tidak puas hati dengan kualiti naik taraf jalan
Januari 30, 2026, Jumaat - 9:15am



Jalit menunjukkan jalan yang dinaik taraf itu sudah mulai rosak.

KAPIT: Penduduk di Nanga Pelagus melahirkan rasa tidak puas hati terhadap mutu projek menaik taraf jalan yang disiapkan pada Ogos 2025, apabila jalan tersebut didapati mula rosak dalam tempoh yang singkat.

Menurut Tuai Rumah Jalit Manok, jalan konkrit di kawasan Bukit Amang, kira-kira 1.5 kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Pelagus, kini berada dalam keadaan membimbangkan apabila batu-batu kecil mula timbul di permukaannya, dipercayai akibat penggunaan lapisan simen yang terlalu nipis.

"Kerosakan pada jalan ini kini jelas kelihatan walaupun projek berkenaan baru beberapa bulan siap dilaksanakan.

"Keadaan ini membuktikan bahawa kerja pembinaan yang dilakukan tidak memenuhi spesifikasi dan kualiti yang sepatutnya," katanya kepada pemberita, hari ini.

Jalit menjelaskan bahawa laluan yang dinaik taraf itu hanya sepanjang lebih kurang 300 kaki, namun ia memainkan peranan penting kepada penduduk setempat yang menggunakannya setiap hari.

Oleh itu, ujarnya, keadaan jalan yang cepat rosak amat mengecewakan masyarakat di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa agar menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap projek naik taraf jalan dari SK Nanga Pelagus ke Pasir Nai, Nanga Pelagus, Kapit, termasuk laluan yang menghubungkan ke rumah panjangnya.

Beliau turut menyeru agensi pemantau projek kerajaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), supaya menyiasat pelaksanaan projek tersebut bagi memastikan perbelanjaan awam digunakan secara telus dan kerja pembinaan mematuhi standard yang ditetapkan.

"Jalan ini amat penting kepada kami kerana ia merupakan satu-satunya alternatif bagi mengelakkan penggunaan perahu panjang merentasi Jeram Pelagus yang sangat terkenal dengan bahayanya dan sering meragut nyawa," jelasnya.

Selain menjadi laluan utama penduduk, Jalit memberitahu bahawa jalan tersebut juga digunakan bagi menghantar anak-anak ke sekolah, sekali gus menjadikan isu keselamatan sebagai keutamaan.

"Kami menaruh harapan agar tindakan segera dapat diambil sebelum keadaan jalan tersebut menjadi semakin teruk dan membahayakan pengguna," tambahnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 10:15 AM | Show all posts
selamat pagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2026 10:20 AM | Show all posts
Garaj kereta dan lapan kenderaan musnah dalam kebakaran
Januari 30, 2026, Jumaat - 9:48am

TUARAN: Sebuah garaj kereta jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lok Batik, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.46 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Tuaran digerakkan ke lokasi.

Katanya, jentera pertama tiba pada jam 4.56 pagi selepas menempuh jarak kira-kira tujuh kilometer.

“Kebakaran melibatkan sebuah garaj berkeluasan 20x30 kaki dan struktur garaj terbakar 100 peratus.

“Turut musnah dalam kejadian ini ialah enam kenderaan dan dua motosikal yang berada dalam garaj berkenaan,” katanya.

Katanya, api didapati marak dengan cepat berikutan binaan tidak kekal serta bahan mudah terbakar di dalam premis berkenaan.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 200 kaki dan sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta bantuan tangki air.

“Operasi terkawal pada jam 5.15 pagi dan anggota kemudian menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca api tersembunyi yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.19 pagi selepas kawasan disahkan selamat dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau terperangkap dalam insiden ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 10:21 AM | Show all posts
Lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan IPD Penampang
Januari 30, 2026, Jumaat - 9:58am



RAMPAS: Kabel dan barangan lain yang dirampas semasa penahanan suspek.

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menahan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan khianat dan mencuri kabel sebuab syarikat telekomunikasi dalam kejadian di sekitar Donggongon, petang Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan menyebabkan polis terpaksa mengejar suspek.

Katanya, suspek kemudian berjaya ditahan selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebuah premis perniagaan di sini.

“Tangkapan dibuat susulan maklumat awam mengenai pergerakan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipercayai terbabit kegiatan mencuri kabel.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan Unit Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) kemudian mengesan kenderaan berkenaan untuk pemeriksaan lanjut.

“Bagaimanapun, pemandu enggan berhenti dan memecut laju dari kawasan Kobusak menuju ke Bundusan,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan suspek hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah premis perniagaan di Jalan Yue Min.

“Suspek keluar dari kenderaan dan cuba melarikan diri dengan berjalan kaki.

“Anggota polis bertindak pantas mengejar suspek sebelum berjaya menahan lelaki berkenaan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan membawa kepada penemuan segulung kabel wayar tembaga.

“Turut dirampas sebuah bateri kenderaan serta kenderaan yang dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan jenayah,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati semua barangan itu mempunyai kaitan dengan kes kecurian kabel telekomunikasi di kawasan sekitar.

“Semakan rekod lampau menunjukkan suspek mempunyai kesalahan berkaitan dadah dan hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek lelaki itu positif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Tambahnya, kes dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Erwansyah menegaskan polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah yang boleh menjejaskan kemudahan awam serta keselamatan masyarakat.

“Tindakan tegas dan operasi pencegahan akan terus dipergiat bagi mengekang kegiatan kecurian kabel yang memberi kesan kepada perkhidmatan telekomunikasi.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau jenayah lain diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2026 10:24 AM | Show all posts
swk - Premier Sarawak terima anugerah Forward Faster Sustainability Visionary Award

sbh - YPNM gesa pendidikan percuma dan umur persaraan dilanjut hingga 65 tahun

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:36 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2026 11:37 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:29 PM | Show all posts
Maklum pihak atasan sekiranya tidak mampu jalan tanggungjawab
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:01pm



MESRA: Hajiji bersalam dengan penjawat awam yang menghadiri majlis itu.

KOTA KINABALU: Pegawai atau kakitangan negeri yang merasakan tidak mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab secara berkesan haruslah memaklumkan kepada pihak atasan atau Ketua Menteri sendiri bagi pertimbangan penempatan semula.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ia demi membuka ruang kepada penambahbaikan, memperkasa keupayaan perkhidmatan awam dan memastikan kepentingan rakyat sentiasa diutamakan.

Beliau berkata pejawat awam bukan sekadar pelaksana arahan tetapi merupakan rakan strategik kepada kepimpinan kerajaan dalam menterjemahkan dasar dan program kerajaan negeri.

“Penjawat awam bukan sekadar ‘Saya Yang Menurut Perintah’ semata-mata, tetapi juga adalah rakan strategik kepada kepimpinan kerajaan dalam menterjemahkan dasar dan program kepada hasil yang memberi impak langsung terhadap kehidupan rakyat dan kemajuan tanahair tercinta.

“Ingin saya tegaskan bahawa perkhidmatan awam merupakan tulang belakang kepada kestabilan dan keberkesanan pentadbiran kerajaan. Kerajaan boleh bertukar ganti dan dasar boleh berubah atau diubah sesuai; namun perkhidmatan awam mesti kekal profesional, neutral serta berorientasikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Amanat kepada Pejawat Awam negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Hajiji berkata, anggota penjawat awam perlu padu dan teguh dengan semangat ingin sentiasa berkhidmat, dan teguh dengan disiplin dan integriti.

Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang lebih kemas, tersusun dan berdisiplin kerana implikasi perlakuan tidak berintegriti bukan sahaja mencemarkan nama baik individu, malah memberi kesan besar kepada keluarga, institusi yang diwakili, serta boleh mengakibatkan kerugian besar kepada negeri dan negara.

Bagi memperkukuhkan lagi tahap intergriti perkhidmatan awam, Hajiji berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri kini sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2015) dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS 37001:2025) secara bersepadu.

“Ia bakal memperkukuhkan tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta menzahirkan komitmen yang berterusan terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran.

“Saya ingin mengingatkan bahawa perkhidmatan awam mesti terus diperkasa untuk menjamin sistem penyampaian yang efektif dan efisien secara konsisten.

“Seruan ini tidak hanya kepada agensi perkhidmatan awam, tetapi juga kepada semua kakitangan Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:33 PM | Show all posts
Infrastruktur, Ekonomi Biru dan kesejahteraan rakyat teras SMJ 2.0
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:15pm



ALBUM: Hajiji bersama jemaah kabinet negeri dan jemputan lain serta anggota perkhidmatan awam yang hadir merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menekankan pembangunan modal insan, kesejahteraan rakyat, infrastruktur dan kelestarian hijau sebagai teras utama SMJ 2.0.

Beliau berkata, pembangunan modal insan diberi keutamaan dengan peruntukan sebanyak RM164.01 juta, termasuk peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan, TVET, STEM, latihan pertanian dan literasi kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, SMJ 2.0 juga meneruskan bantuan pendidikan, termasuk 14 jenis bantuan pendidikan bernilai RM203.4 juta dan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) meningkat daripada RM55 juta pada 2021 kepada RM145 juta pada 2025.

Katanya, seramai 480,000 pelajar menerima manfaat bantuan pendidikan kerajaan, termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) untuk permohonan biasiswa dan kemasukan perkhidmatan awam.

"Program Rumah Mesra SMJ telah dapat dimanfaatkan oleh seramai 7,482 penerima dan diteruskan dengan 50 unit setiap kawasan DUN tahun ini, khusus untuk golongan miskin, miskin tegar dan pasangan muda baru berkahwin.

"Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) diperluas daripada 100,000 kepada 140,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM339.16 juta pada tahun ini, selari bantuan kerajaan persekutuan seperti Sumbangan Asas Rahmah", katanya pada Majlis Amanat Ketua Menteri kepada Penjawat Awam Negeri Sabah dan Pelancaran SMJ 2.0 di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Jumaat.

Hajiji berkata, dibawah teras Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, sejumlah RM6.8 bilion diperuntukkan dibawah RMK-13 bagi pembangunan infrastruktur, utiliti dan tenaga lestari, termasuk projek strategik seperti Lebuh Raya Pan Borneo, pembinaan dan naik taraf loji rawatan air, pengukuhan grid elektrik dan projek OTEC, hidroelektrik sert a penjanaan tenaga biru.

Menurutnya, kerajaan turut memperluas infrastruktur digital melalui Pusat e-Desa, VSAT dan Starlink, selari agenda kerajaan digital berteraskan AI.

Dalam aspek kelestarian hijau, beliau berkata, sejumlah RM672.05 juta diperuntukkan bagi perlindungan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan tindak balas perubahan iklim, dengan sasaran 30 peratus Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) menjelang 2030.

Katanya, Ekonomi Biru diangkat sebagai pemacu strategik SMJ 2.0, merangkumi pembangunan bioteknologi marin, perikanan pintar, marikultur moden, logistik dan pelancongan lestari, serta pemanfaatan sungai sebagai nadi ekonomi luar bandar.

Hajiji berkata, kerajaan memperkenalkan Blue Financing melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Maybank untuk penerbitan Sukuk Biru bernilai RM1 bilion, dengan jumlah permulaan RM300 juta, bagi memudahkan syarikat-syarikat terlibat, mendapat kemudahan kewangan.

Hajiji menegaskan kejayaan SMJ 2.0 bergantung kepada penjawat awam sebagai nadi utama pelaksanaan dasar. Kecekapan, integriti dan disiplin menentukan sejauh mana pembangunan diterjemah kepada hasil yang dirasai rakyat.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri tidak akan kembali kepada pendekatan lama, malah keputusan yang diambil adalah demi kepentingan jangka panjang Sabah walaupun kadangkala tidak popular.

“Kejayaan SMJ 2.0 adalah amanah bersama, memastikan peluang pekerjaan diwujudkan, pelaburan strategik diteruskan, dan pendapatan negeri diurus secara cekap, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat sekarang dan generasi akan datang,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:34 PM | Show all posts
Aariz harum nama SMK Sri Aman, terpilih hadir ke Istana Negara
Januari 30, 2026, Jumaat - 10:28am



Aariz (tengah) bersama yang lain merakam kenangan semasa Istana Negara baru-baru ini. - Gambar Facebook SMK Sri Aman

KUCHING: Pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, Aariz Abdillah, telah terpilih menghadiri Jemputan Khas Menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jemputan itu merupakan satu penghormatan besar yang jarang diperoleh oleh pelajar seusianya.

Memetik kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi SMK Sri Aman, pemilihan Aariz merupakan pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang beliau di peringkat antarabangsa serta sumbangannya dalam mengharumkan nama sekolah dan negara.

Aariz sebelum ini mencipta nama apabila mewakili negara dalam Global English Language Olympiad of South East Asia (GELOSEA) yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan, sekali gus membuktikan keupayaan pelajar Sarawak bersaing di peringkat global.

Beliau hadir ke Istana Negara diiringi oleh Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Bakat Murid (SPbM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jamal Sabang, serta kedua-dua ibu bapanya yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.

​Sementara itu, pihak pengurusan SMK Sri Aman menerusi satu kenyataan menyifatkan kejayaan itu sebagai inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus komited dalam mencungkil potensi murid ke tahap tertinggi.

​"Kejayaan ini merupakan hasil usaha kolektif para pendidik yang sentiasa memastikan anak didik cemerlang di persada dunia," menurut kenyataan itu.

​Pihak sekolah turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa Aariz atas sokongan dan doa yang menjadi tunjang utama kekuatan pelajar berkenaan sehingga berjaya mengharumkan nama negara.

​Pencapaian luar biasa ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai pelajar di Sri Aman dan Sarawak secara amnya untuk terus melakar kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di peringkat global.

Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pendidik atas komitmen dan bimbingan berterusan dalam melahirkan pelajar yang mampu menyerlah di peringkat antarabangsa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:36 PM | Show all posts
Tangani segera masalah runtuhan tanah di kawasan perindustrian Sungai Nyigu: Pang
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:49pm



Runtuhan serius yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Nyigu semalam.

BINTULU: Bagi memastikan keselamatan awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming mengarahkan pihak berwajib agar menangani sekali gus menyelesaikan masalah runtuhan tanah di kawasan perindustrian Sungai Nyigu pada Khamis.

Beliau dalam kenyataannya berkata, susulan hujan lebat pada malam sebelumnya, satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

"Mujurlah penduduk sempat mengalihkan kenderaan mereka, sekali gus mengelakkan insiden yang lebih serius daripada berlaku," jelasnya.

Namun begitu, Pang mengingatkan kejadian ini merupakan satu amaran bahawa kerja-kerja pemulihan harus dilaksanakan segera.

Beliau seterusnya mengingatkan insiden ini peringatan tegas bahawa tiada lagi ruang untuk bersikap sambil lewa apabila melibatkan keselamatan awam, sebaliknya tindakan pantas harus diambil bagi menyelamatkan nyawa orang awam.

"Saya segera mengarahkan pasukan Pusat Khidmat N.68 Tanjong Batu menjalankan pemeriksaan ke lokasi seterusnya mendesak pihak berkuasa berkaitan supaya mempercepatkan kerja-kerja pemulihan," ujarnya.

Pada masa sama, pihak berkuasa harus mengambil langkah drastik termasuk mengosongkan rumah atau premis di kawasan terbabit sekiranya perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Menurutnya, tindakan sedemikian bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa malah mengelakkan risiko insiden yang lebih besar lagi kerana keselamatan nyawa penduduk jauh lebih penting.

"Saya turut menyeru kepada para penduduk agar sentiasa berwaspada dan sekiranya terdapat sebarang tanda luar biasa seperti mendapan dan runtuhan pada bahagian cerun, jalan raya atau sistem perparitan berhampiran, sila laporkan dengan segera bagi membolehkan tindakan segera diambil," tegasnya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:37 PM | Show all posts
Pengurusan kewangan IPD Tatau bertaraf 4 bintang, kata DSP Jame
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:51pm



Jame (tengah) bersama tujuh pegawai PDRM yang menerima sijil masing-masing pada Perhimpunan Bulanan KPD Tatau di pekarangan IPD Tatau, pada Khamis.

TATAU: Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau yang mencapai tahap pengurusan kewangan bertaraf empat bintang baru-baru ini.

Belia berkata, kecemerlangan dalam pengurusan wang ini jelas membuktikan IPD Tatau mempraktikkan urus tadbir yang baik, sekali gus menjadi penanda aras kecemerlangan perkhidmatan khususnya dalam pengurusan kewangan.

"Bahagian pengurusan kewangan IPD Tatau telah memperolehi taraf empat bintang dan menduduki tangga ke-12 daripada 32 PTJ (Pusat Tanggungjawab) seluruh Malaysia yang telah diaudit pada tahun lepas," ujarnya semasa berucap dalam acara Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah (KPD) Tatau di pekarangan IPD Tatau pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan Pesuruhjaya Polis Sarawak kepada tujuh penerima.

Kesemua penerima sijil berkenaan jelas beliau, merupakan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tatau yang telah berjaya menyelesaikan satu kes bunuh di daerah Kapit.

Beliau dalam ucapannya turut berkongsi pencapaian IPD Tatau sepanjang tahun 2025 dalam usaha membanteras jenayah iaitu sama ada jenayah konvesional mahupun jenayah komersial di samping pencapaian penganjuran beberapa siri program bersama masyarakat.

"Pencapaian sebegini jelas menunjukkan komitmen PDRM yang sentiasa bersifat terbuka bagi mendekati masyarakat sejajar dengan slogan keramat 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada'," ujarnya lagi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2026 03:38 PM | Show all posts
DBKU perkenal inisiatif Perkhidmatan Buku Percuma@free Little Library
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:53pm



DBKU memperkenalkan inisiatif Perkhidmatan Buku Percuma@Free Little Library bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Perkhidmatan Buku Percuma DBKU@Free Little Library bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat setempat.

Perkhidmatan tersebut dilaksanakan di tiga lokasi terpilih iaitu Dewan Seri Kandis di Kampung Siol Kandis, Sekolah Kebangsaan (SK) Samariang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Samariang.

Inisiatif ini berkonsepkan ‘Ambil Buku, Kongsi Buku’ yang membolehkan orang ramai mengambil bahan bacaan secara percuma serta berkongsi buku yang dimiliki untuk manfaat komuniti.

Menurut DBKU, kemudahan ini disediakan tanpa sebarang yuran dan boleh diakses oleh orang awam selama 24 jam sehari, sekali gus memudahkan masyarakat mendapatkan bahan bacaan pada bila-bila masa.

Tambahnya, inisiatif tersebut bukan sahaja bertujuan memperluas akses kepada bahan bacaan, malah berperanan sebagai pusat pertukaran literasi setempat yang menyokong pembentukan komuniti berilmu dan berdaya maju.

DBKU turut menyeru orang ramai agar bersama-sama menyokong usaha itu dengan menghidupkan budaya membaca dan berkongsi ilmu demi pembangunan masyarakat yang berpengetahuan.

Orang ramai juga digalakkan untuk mengikuti laman Facebook DBKU dan Perpustakaan Bandaraya DBKU bagi mendapatkan makluman serta perkembangan terkini berkaitan insiatif tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:38 PM | Show all posts
Teknologi memudahkan tugas, bukan ancaman kepada kakitangan: Hamden
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:55pm



Hamden ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Aspirasi Peringkat Zon Utara di Miri, malam Khamis.

MIRI: Semua kakitangan Jabatan Hutan Sarawak diseru untuk meningkatkan literasi digital melihat kepada keperluan kemahiran itu untuk memastikan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan

Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad berkata, pendigitalan bukan hanya slogan tetapi keperluan asas dalam organisasi moden.

"Saya menyeru semua pegawai Jabatan Hutan Sarawak (JHS) tanpa mengira gred dan jawatan untuk meningkatkan literasi digital, berani belajar sistem baharu, tidak takut kepada perubahan dan melihat teknologi sebagai alat untuk memudahkan tugas, bukan ancaman kepada peranan kita," jelasnya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Peringkat Zon Utara di sebuah hotel di sini, malam Khamis.

Menurut beliau, dalam konteks JHS pendigitalan meliputi pelaksanaan sistem lesen, permit dan kelulusan yang lebih pantas serta telus, penggunaan teknologi seperti Sistem Maklumat Geografi (GIS), LIDAR, dron dan penderiaan jauh bagi pemantauan hutan, selain pembangunan data bersepadu untuk tujuan penguatkuasaan, perancangan dan pelaporan.

Usaha itu juga katanya, mampu mengurangkan kebergantungan kepada fail fizikal dan proses manual serta membolehkan keputusan dibuat berasaskan data masa nyata.

Namun beliau mengingatkan teknologi tidak akan membawa makna sekiranya minda warga kerja masih terikat dengan pendekatan lama.

Mengulas peranan JHS dalam landskap tadbir urus baharu Hamden berkata, jabatan itu kini bukan lagi sebuah agensi tradisional yang hanya mengurus pembalakan dan lesen hutan, sebaliknya telah berkembang sebagai pemacu Pengurusan Hutan Secara Lestari (SFM), penjaga keselamatan ekologi dan biodiversiti Sarawak serta rakan strategik pembangunan ekonomi hijau dan karbon.

"JHS juga merupakan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berdepan cabaran semakin kompleks, rakan komuniti luar bandar serta pemegang amanah kepada generasi akan datang," tambah Hamden.

Dengan peranan yang semakin luas itu, beliau menimbulkan persoalan sama ada JHS memerlukan lebih ramai kakitangan atau pendekatan kerja yang lebih bijak, sambil menegaskan bahawa kecekapan mesti mengatasi bilangan, selaras dengan penegasan Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Dalam pada itu, Hamden turut menekankan kepentingan budaya 'Satu Pasukan' dalam JHS, dengan menegaskan bahawa jabatan tersebut tidak boleh beroperasi secara berasingan.

Menurutnya, bahagian, wilayah, pegawai teknikal, sokongan dan pengurusan, katanya, perlu bergerak sebagai satu pasukan yang saling melengkapi.

Beliau mengibaratkan JHS sebagai sebuah ekosistem hutan, di mana setiap komponen sama ada besar atau kecil memainkan peranan penting, dan kegagalan satu komponen boleh menjejaskan keseluruhan sistem.

Oleh itu, katanya, semangat kebersamaan dan kerjasama perlu terus diperkukuh demi memastikan amanah pengurusan hutan Sarawak dapat dilaksanakan dengan berkesan dan berintegriti.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:39 PM | Show all posts
MASB anjur program derma darah pada 3 Februari
Januari 30, 2026, Jumaat - 1:58pm



Program derma darah Malaysia Airports Sdn Bhd pada 3 Februari ini.

SIBU: Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) akan menganjurkan Program Derma Darah pada 3 Februari ini bagi membantu memastikan bekalan darah di Hospital Sibu sentiasa mencukupi dan berterusan.

Kempen dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Sibu itu akan diadakan di Ruang Legar Lapangan Terbang Sibu dari jam 8.30 pagi hingga 2 petang.

Kenyataan akhbarnya menyatakan program ini sebahagian daripada usaha berterusan MASB dalam memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah sebagai amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa.

"Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan kempen ini.

"Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna kepada pesakit yang memerlukan," ujarnya.

Tambahnya, kempen ini juga bertujuan memastikan bekalan darah di Bank Darah Hospital Sibu sentiasa berada pada tahap mencukupi bagi kegunaan kes kecemasan, pembedahan dan rawatan pesakit.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen derma darah sepanjang tahun 2026 boleh mengikuti Facebook, Instagram dan TikTok Bank Darah Hospital Sibu.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2026 03:40 PM | Show all posts
MBM bersihkan 100 tan sisa pukal, barang rosak akibat banjir dari empat kawasan
Januari 30, 2026, Jumaat - 2:24pm



Jentera berat digunakan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan longgokan sampah baru-baru ini. - Gambar MBM

MIRI: Dianggarkan sebanyak 100 tan sisa pukal dan barangan rosak telah berjaya dibersihkan dari empat kawasan terjejas banjir dalam kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada 22 hingga 28 Januari.

Kawasan yang terlibat ialah Senadin, Tudan, Sungai Adong dan Pujut Tanjung Batu.

MBM dalam laman rasmi Facebooknya memberitahu, aktiviti itu dilaksanakan bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada komuniti setempat.

Ia dilaksanakan untuk membersihkan sisa pukal isi rumah dan bahan-bahan lain yang musnah akibat banjir kilat serta dibuang di tepi jalan, kawasan lapang atau persimpangan jalan.

Longgokan sampah itu menyebabkan halangan lalu lintas dan menjejaskan pemandangan kawasan kejiranan.

Operasi selama tujuh hari itu melibatkan dua unit jentera JCB dan empat unit lori.



Perabot rosak yang dibuang di tepi jalan. - Gambar MBM

Sehubungan itu, MBM menggesa orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan masing-masing dan melupuskan sisa secara bertanggungjawab bagi mengelakkan pembiakan serangga pembawa penyakit serta mengelakkan saliran tersumbat yang boleh mengakibatkan banjir kilat.

Bagi memudahkan pelupusan sisa oleh orang awam, MBM telah menyediakan tong sampah besar di beberapa lokasi strategik sekitar Miri.

Orang ramai digalakkan untuk melupuskan sisa pukal mereka di kemudahan tersebut.

Sementara itu, syarikat-syarikat pula digalakkan menghantar sisa industri kecuali sisa terjadual terus ke Tapak Pelupusan Sampah Kuala Baram, dengan kos yang minimum.

Selain itu, MBM akan terus memantau secara aktif kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan longkang secara bulanan di bawah bidang kuasanya bagi memastikan bandar ini kekal selamat dan terurus.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti berkebun secara haram di kawasan rizab jalan kerana ia boleh mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan rutin dan operasi saliran.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:07 AM GMT+8 , Processed in 1.780891 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list