|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: RELAXING RETREAT
[Copy link]
|
|
selamat petang |
|
|
|
|
|
|
|
nuki12 replied at 4-10-2024 02:25 PM
selamat petang
Camat petang
|
|
|
|
|
|
|
|
Check in
@tari
Mkn pe arini? |
|
|
|
|
|
|
|
hi mod
lama tak nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek cederakan leher budak 12 tahun dengan garfu disyaki kemurungan
KUANTAN: Seorang lelaki yang mencederakan kanak-kanak berusia 12 tahun dengan garpu di sini kelmarin, dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini kerana dipercayai alami kemurungan. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, faktor kemurungan menyebabkan suspek berusia 25 tahun bertindak demikian. "Suspek mengalami kemurungan dan bertindak mencederakan mangsa. Kita sudah merujuk kes ini ke hospital untuk suspek menerima rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini. Semalam, media melaporkan polis menafikan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun disembelih jirannya di daerah ini seperti tular di media sosial.
Sebaliknya, kejadian hanya membabitkan kecederaan pada leher kanak-kanak itu akibat perbuatan suspek yang mempunyai pertalian keluarga. Mangsa dicederakan pada bahagian leher oleh suspek menggunakan garfu sebelum melarikan diri ke rumah jiran.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306513/suspek-cederakan-leher-budak-12-tahun-dengan-garfu-disyaki-kemurungan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anggota tentera maut motosikal bertembung kereta
Keadaan motosikal dan kereta terbabit nahas di Kilometer 3 Jalan Kluang-Nyior di Kluang, malam tadi. - FOTO POLIS
KLUANG: Seorang anggota tentera maut kira-kira tujuh jam selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta di Kilometer 3 Jalan Kluang-Nyior, di sini malam tadi. Yuskhairi Zailani, 37, yang parah bahagian kaki, badan dan kepala, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), jam 3.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata nahas jam 8.07 malam itu dilaporkan kepada polis kira-kira dua jam kemudian oleh pemandu kereta terbabit, mekanik berusia 37 tahun. "Mekanik berkenaan datang buat laporan polis mendakwa kemalangan jam lebih kurang 8.07 malam membabitkan Honda Civic dipandunya dengan Yamaha Ego LC.
"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dari arah Nyior menghala ke bandar Kluang, manakala mangsa dari arah bertentangan. "Sampai di tempat kejadian, kereta memotong sebuah motosikal di kawasan garisan berkembar lalu bertembung motosikal ditunggang mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini. Katanya, lelaki yang memandu kereta turut cedera ringan di bahagian muka, tangan dan kaki, mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, di sini, manakala anggota tentera itu dibawa ke HEBHK dengan ambulans. "Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 3.30 pagi tadi," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.bharian.com.my/berit ... l-bertembung-kereta
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Polis siasat kematian tahanan dalam lokap polis Pekan
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman sudah memulakan siasatan kes kematian mengejut membabitkan seorang tahanan polis di lokap di Pekan, Pahang dalam kejadian berlaku pada 4 Mei lalu sebaik kejadian itu dilaporkan. Pengarahnya, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata siasatan awal dilakukan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman mendapati, tahanan terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada 1 Mei lalu kerana dipercayai menunggang motosikal curi. Beliau berkata, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin. "Kemudian siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman tiga hari mulai 2 hingga 4 Mei 2024 di lokap IPD Pekan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri berkata, orang kena tahan (OKT) itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Hospital Pekan pada 4 Mei lalu. "Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada hari sama dan hasil keputusan mendapati punca kematian adalah gantung diri," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan USJKT JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner. Katanya, kes ini juga dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 4 Mei lalu iaitu dalam tempoh 24 jam selaras kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1306510/polis-siasat-kematian-tahanan-dalam-lokap-polis-pekan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kertas cadangan kebajikan anak pengikut GISBH ditambah baik
JOHOR BAHRU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menangguhkan proses membentangkan kertas cadangan membabitkan kebajikan anak asuhan GISB Holdings (GISBH) ke Kabinet. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia berikutan ada penambahan maklumat dalam kertas cadangan yang merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan panjang itu. Katanya, ia termasuk peningkatan jumlah anak asuhan GISBH yang diselamatkan dalam Ops Global untuk diteliti. Beliau berkata, pihaknya perlu membuat perincian setiap individu yang diselamatkan.
"Masih ramai yang perlu melalui proses tertentu termasuk pengenalan identiti membabitkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana ada yang sudah berusia 20 tahun tetapi mendakwa 16 tahun. "Ia sedikit sebanyak mengganggu proses, maka kita sediakan pelan terangkum untuk membantu mereka," katanya selepas program Persidangan Keterangkuman Pendidikan Awal Kanak-kanak di sini, hari ini. Sebelum ini, kertas cadangan berkaitan sepatutnya dibawa ke Kabinet minggu ini untuk dibincang bersama beberapa kementerian lain berhubung perancangan terhadap 572 kanak-kanak dan remaja di bawah asuhan GISBH. Ia termasuk cadangan mengenai masa depan mereka berkaitan pendidikan, keselamatan dan kesan ke atas mereka. Sebelum ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka 11 rumah selamat untuk 572 mangsa diselamatkan dalam Ops Global setakat ini. Kementerian Pendidikan dilapor melaksanakan modul pembelajaran khas untuk kanak-kanak rumah amal GISBH yang sedang mendapat perlindungan pihak berkuasa.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306541/kertas-cadangan-kebajikan-anak-pengikut-gisbh-ditambah-baik
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akta 852: KKM sasar kadar merokok turun kepada 15 peratus dan ke bawah menjelang Disember 2025
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasar untuk mengurangkan prevalen penggunaan tembakau konvensional kepada 15 peratus dan ke bawah menjelang Disember tahun depan susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata penguatkuasaan Akta 852 yang lebih menyeluruh berupaya membantu mencapai sasaran itu, berbanding 19 peratus yang direkodkan pada Tinjauan Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia 2023. "Walaupun prevalen penggunaan tembakau berkurangan daripada 21.3 peratus kepada 19 peratus, terdapat peralihan daripada merokok konvensional kepada penggunaan vape. "Sekarang, kita tinggal empat peratus untuk mencapai sasaran terbabit. Saya berharap kita dapat mencapai menjelang Disember 2025 untuk (mendapat angka) 15 peratus atau kurang," katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli. Ditanya berhubung rokok elektronik termasuk vape pula, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya akan menentukan sasaran prevalen produk berkenaan supaya KKM dapat menangani isu terbabit dengan lebih berkesan. "Buat masa ini, prevalen membabitkan vape ialah pada 5.8 peratus, justeru kita hanya dapat menentukan sasarannya apabila perhatikan pelaksanaan (Akta 852) supaya dapat mencapai sasaran lebih realistik," katanya. Pada Mei lalu, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata, terdapat peningkatan ketara sebanyak 600 peratus terhadap penggunaan rokok elektronik di negara ini apabila 5.8 peratus pengguna dikenal pasti pada 2023 berbanding 0.8 peratus pada 2011. Data itu didedahkan dalam GATS 2023, iaitu tinjauan isi rumah peringkat kebangsaan yang turut dijalankan di lebih 30 negara berpendapatan rendah dan sederhana yang dibebani penggunaan tinggi tembakau. Perbandingan data itu dibuat antara 2011 dengan 2023 membabitkan selang masa 12 tahun.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=post&action=reply&fid=144&tid=5374416
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Baru cuci selut rumah, kena pindah ke PPS semula'
BALING: "Ini kali kedua makcik berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS) dalam masa empat hari. "Isnin lepas pindah tengah malam dalam jam 2 pagi sebab air naik di rumah. "Elok boleh balik rumah, ni pindah balik ke PPS sebab air cepat sungguh." Warga emas, Badariah Abdullah, 85, dari Kampung Baru, Mukim Siong, dekat sini, terpaksa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong kira-kira jam 10 malam tadi.
Beliau dipapah keluar dari rumah oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi mengelak kejadian buruk selepas mendapati arus Sungai Ketil berhampiran Kampung Pari semakin deras akibat hujan lebat berterusan. Badariah yang menghidap sakit tua, berpindah 10 kali ke PPS tahun lalu dan tiga kali tahun ini. "Banjir kilat kerap sangat berlaku kali ini, air naik sampai paras pinggang. Dalam empat hari banjir berulang. "Anak-anak baru sahaja bersihkan selut dalam rumah, tiba-tiba banjir lagi," katanya. Mohd Darae Me, 74, dari Kampung Siput, turut bimbang kerana hujan lebat hampir setiap petang dan disusuli banjir kilat. Beliau yang berpindah ke PPR sama jam 9 malam tadi, berkata mereka sekeluarga akan segera memindahkan barangan ke tempat selamat jika hujan lebat melebihi dua jam kerana Sungai Ketil akan melimpah. "Semalam hujan sejak jam 5.30 petang sampai 9 malam. Air dah masuk rumah paras tingkap, jadi kami memang pindah awal," katanya. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata kebanyakan mangsa mula berpindah pada jam 7 malam tadi sehingga awal pagi ini. Katanya, antara kawasan terbabit ialah Mukim Siong, Pulai, Bakai, Bongor, Baling dan Teloi Kanan. Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, seramai 212 mangsa daripada 66 keluarga berada di tujuh PPS.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/10/1306533/baru-cuci-selut-rumah-kena-pindah-ke-pps-semula
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Premis dobi diwarta kawasan larangan merokok mulai 1 Januari 2025
PUTRAJAYA: Bangunan dobi antara 28 kawasan diwartakan sebagai larangan merokok susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852). Selain itu, bangunan tempat kerja kerajaan dan swasta turut tersenarai dengan kedua-duanya berkuat kuasa 1 Januari tahun depan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata bangunan dobi antara yang diperjuangkannya sejak 2019 ketika pertama kali menjawat jawatan berkenaan. "Pastinya saya berasa bersyukur, akhirnya dobi menjadi tempat awam (larangan merokok).
"(Bangunan dobi sering didatangi golongan ibu-ibu, isteri bawa anak dan sebagainya, kadang-kadang tempat itu menjadi kawasan untuk berehat," katanya pada sesi taklimat media berkaitan Akta 852 di sini, hari ini. *Berita lanjut menyusul*
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306560/premis-dobi-diwarta-kawasan-larangan-merokok-mulai-1-januari-2025
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
JAIS nasihat jauhi ajaran GISBH, khutbah Jumaat garis 4 penyimpangan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihati umat Islam menjauhkan diri daripada pengikut GISBH Holdings (GISBH) kerana fahaman dan ajaran dibawa kumpulan itu menyimpang daripada akidah Islam sebenar, malah mengelirukan. Menerusi khutbah Jumaat bertajuk 'Betulkan Akidah Pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)' yang dibaca di masjid seluruh Selangor hari ini, khatib membangkitkan empat jenis penyimpangan dikenal pasti berlaku dalam GISBH termasuk percaya kepada kebangkitan semula pemimpin al-Arqam yang sudah meninggal dunia. "Sebagai contoh mereka percaya As-Suhaimi (Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Suhaimi selaku pengasas dan penyusun aurad Muhammadiah) hanya mati pada zahir sahaja, sebaliknya ia ghaib dan lahir semula sebagai Imam Mahdi. "Penyimpangan kedua adalah ketaksuban dan pemujaan kepada kepimpinan Ashaari Muhammad yang memiliki kuasa kerohanian luar biasa dan ada pula dakwaan bahawa mereka percaya Sheikh Muhammad al-Suhaimi akan kembali sebagai Imam Mahdi.
"Ketaksuban dan pemujaan kepada pemimpin tidak dibenarkan dalam ajaran Islam dan boleh membawa kekufuran sebaliknya ia suatu bentuk ketaatan kepimpinan sahaja," menurut teks khutbah itu. Mengenai penyimpangan ketiga, khatib membangkitkan menggariskan kewujudan unsur khurafat dan syirik dari ajaran asal Al-Arqam seperti minda Abuya adalah wahyu Tuhan dan mereka mendakwa Allah SWT akan beritahu kepadanya tentang sesuatu penyakit di kalangan pengikutnya serta dipercayai memiliki ramalan tentang masa depan. "Walaupun selepas kumpulan ini (Al-Arqam) diharamkan dan berubah menjadi GISBH, elemen-elemen ini masih dilihat secara tersirat dalam kepercayaan dan amalan dalam kalangan ahlinya. "Penyimpangan keempat pula, mereka percaya terhadap amalan poligami yang tidak mengikut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa dengan mengadakan seminar dan kempen bagi memperluaskan amalan poligami dalam kalangan ahli mereka. "Walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, pendekatan kumpulan ini terhadap amalan itu sering dikritik kerana ia dilihat sebagai mengabaikan hak dan kesejahteraan wanita," katanya. Susulan itu, khatib mengingatkan umat Islam mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di samping mengenali mereka agar tidak keliru terhadap golongan yang terpesong dan menyimpang. "Umat Islam hendaklah lebih berhati-hati dengan bersikap tabayyun dan menyelidik sebelum mengikut membuta tuli di sebalik perkataan agama dan amal atau seumpamanya dengan merujuk kepada pihak berkuasa agama negeri," menurut teks khutbah itu lagi. Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, dengan teks khutbah sama dibacakan khatib Mohd Luqman Hakkim Rizuan. Baginda diiringi Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir; Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306550/jais-nasihat-jauhi-ajaran-gisbh-khutbah-jumaat-garis-4-penyimpangan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Raja Melayu perlu bersatu, bekerjasama bantu permasalahan rakyat' -- Sultan Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan raja Melayu perlu ada kesatuan dan kesepaduan yang utuh. Baginda bertitah, raja Melayu mesti bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa membantu ketika berdepan sebarang permasalahan rakyat. "Ia sangat penting kerana peranan raja Melayu dalam menaungi kesejahteraan hidup rakyat kini sudah melangkaui isu agama, malah turut membabitkan isu semasa lain," titah baginda menerusi muat naik di Facebook Selangor Royal Office, hari ini. Terdahulu, Sultan Sharafuddin menerima menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Selangor, Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.
Pertemuan selama lebih sejam itu, membincangkan pelbagai isu membabitkan institusi diraja dan arena bola sepak tanah air. Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih di atas keberangkatan Tunku Mahkota Ismail dan berasa sukacita dengan hasil pertemuan serta menerima baik isi kandungan warkah permohonan menghadap Tunku Mahkota Ismail bertarikh 6 September lalu. Menerusi kenyataan itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan semua kerabat diraja supaya mempamerkan adab budaya yang baik ketika muncul di khalayak umum ataupun di media sosial dengan menonjolkan pekerti mulia supaya dihormati dan disayangi rakyat. "Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa isu sensitif membabitkan sesama raja Melayu dielakkan daripada dibincangkan di media sosial. "Mengenai bola sepak, kesefahaman sudah dicapai bahawa tidak akan ada lagi perselisihan dan pertelagahan yang boleh mengundang permusuhan sehingga membawa kepada keganasan. "Baginda menegaskan bola sepak adalah sukan rakyat yang sekian lama menyatupadukan masyarakat, justeru ia harus dipelihara dan dikekalkan sebagai satu daripada wadah keharmonian negara," kata kenyataan itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1306519/raja-melayu-perlu-bersatu-bekerjasama-bantu-permasalahan-rakyat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hampir separa roboh |
|
|
|
|
|
|
|
Nabila 'kuat makan' hamil anak sulung
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengesahkan hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan. Berkongsi lanjut, Nabila atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32, dan suami, Nik Iruwan Nik Izani, 39, meluahkan rasa syukur serta teruja atas anugerah yang dikurniakan. "Alhamdulillah, saya dan suami bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan. Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami. "Kami juga tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Tangis itu, meskipun sedang sarat enam bulan hamil, namun kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik sudah dirangka. "Tidak dinafikan, sekarang cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebelum ini bila bekerja susah nak berhenti. Sekarang saya rasa nak tidur sahaja. "Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apapun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik," ujarnya.
Nabila menambah, dia yakin fasa ini menjadi satu lagi episod indah dalam kehidupannya atas sokongan keluarga, rakan dan peminat setia. "Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan. Setiap detiknya menjadi pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan. "Saya percaya bahawa fasa baharu ini menjadi cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti," ungkap Nabila. Berkongsi keadaan dirinya sepanjang kehamilan, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta 2 itu berkata, tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah. "Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan teruk. Hanya biasa sahaja. Kalau ada perubahan pun dari segi tenaga. Tapi, ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil. "Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini," katanya lagi. Terdahulu, Nabila dan suami yang juga seorang usahawan selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu pada majlis yang berlangsung di sebuah resort, di Bukit Tinggi, Pahang.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/10/1306492/nabila-kuat-makan-hamil-anak-sulung
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|