|
ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)
[Copy link]
|
|
izzlyn : |
|
|
|
|
|
|
|
getiknya aku dgn si Izlyn ni..nak jer aku sekeh minah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung sikit lagi utk hari ni
berkobar kobar plak
kena semangat gediks izlyn nih
.......................................................................................
“ Wait a minute” Jazlan menuding jari dengan riak tak percaya. “You ni bini Adham?”
Najlah mengangguk. Lebih baik aku berterus terang. Takut kalau Jazlan lebih lebih pula. Lagipun aku nak Jazlan berlakun sama supaya Izlyn tak mengesyaki status aku.
“ Tapi… dia kata bini dia masih belajar” Punah harapan Jazlan. Memang susah nak teka status perempuan sekaang. Badan macam anak dara tapi bini orang, ada yang anak dara tapi badan macam mak orang.
“ Betul lah I masih belajar. Belajar masak.” Sengih Najlah. Jazlan memaksa diri untuk ketawa sambil menyisip lime juice. Dia memandang Najlah dengan hampa. Bertuah kau Adham.
Najlah menyuap laksa johor yang lazat dengan berselera. Dia melihat sekeliling untuk memastikan Izlyn tiada. “ Jazlan, I nak minta tolong you. Please keep this a secret. I tak nak sesiapa di sini tahu yang I isteri Adham”
Dahi Jazlan makin berkerut “ But why? You all kahwin kat Siam kah? Mak bapak you tak izin?”
“ Bukan. Ada orang tergila gila kat Adham. Adham takut orang tu buat sesuatu kat I atau pun dia.” Najlah terasa seram bila mengingat semula ‘ harta karun” dalam laci Izlyn Sofia.
“ Let me guess. “ Orang tu” ialah Izlyn. Memang obvious pun dia gila kat Adham. Dia nak bomohkan Adham?”
Najlah menjungkit bahu. Tak baik berburuk sangka. Walaupun terjumpa kertas yang di conteng dengan ayat ayat berbaur jampi tapi selagi tak ada bukti kukuh, dia tak mahu memfitnah. Seboleh bolehnya dia tak mahu cerita ini keluar. Takut juga reputasi Akitek Karyabina terjejas kalau tiba tiba si Izlyn mengamuk.
“ Tolong jangan heboh pasal ni. Kalau I terserempak dengan Adham, kita dah plan nak kata kita ni sepupu bukan husband & wife. “
“ Well, you kena berhati hati. I dengar flights to KL kena cancel. Mesti si Izlyn tu melekat dekat Adham sepanjang malam. Lagipun kalau you kata you sepupu Adham pun, takkan tidur sebilik?”
Betul juga kata Jazlan. Najlah mula runsing. Apalah nasib aku! Susahlah kalau Izlyn pun bermalam di hotel yang sama. Lambat laun rahsia terbongkar juga.
“ I ada idea. Kalau dia kena tidur sini, mesti dia kena pergi shopping untuk beli pakaian. Apa kata kita pergi berempat. Kemudian you dengan Adham slip away bila dia tak perasan. I cuba cover kan. Then korang pergi check in kat hotel lain.” Buat pertama kali Najlah tersenyum lebar.
“ Wah, bagus idea you. Okay, beres. Tak sangka otak you ni geliga juga. Mesti dah biasa main aci lut dengan girlfriends.”
“ Well, you tahulah I. Player kena pandai kalau nak hidup.” Jazlan ketawa terbahak bahak seperti bapanya. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa yang kelakar sangat ni?” Izlyn muncul tanpa di sedari. Tak sopan Kak Najlah ni. Duduk berduaan dengan lelaki kemudian ketawa kuat kuat. Patutlah tak kahwin kahwin lagi, cemuhnya.
Najlah terperanjat. Pakai ilmu ghaib kah budak ni.Uh-oh.. jangan lah dia terdengar rancangan kami. “ Tak ada apa apa.. Jazlan cerita pasal zaman kolej dulu”
“ Mana Encik Adham ni. Lambatnya balik” Izlyn mengomel perlahan. Najlah pura pura tidak mendengar.
“ Sekejap lagi sampai lah. Izlyn, you tahu tak semua flight ke KL hari ini kena cancel. Nampak you all kena lah bermalam di sini”
Reaksi Izlyn membuat Najlah ingin mencurah laksa Johor atas kepalanya. Najlah terpaksa beristighfar banyak banyak
“ Ya kah? Best nya.” Dia meloncat sambil menepuk tangan macam kanak kanak dapat aiskrim. Boleh habiskan lebih banyak masa dengan Adham. Seminit kemudian mukanya berubah.
“ Tapi saya tak bawa baju” Kalau aku berbau pasti Adham tak nak dekati aku.
“ Tak mengapa. Lepas habis meeting nanti kita pergi shopping. Izlyn boleh beli apa yang Izlyn perlu. Kak Najlah boleh temankan.”
“ Tak payah susah susah. Kak Najlah kata nak pergi tolong kat rumah saudara yang nak kahwin, kan? “ Aiikkss… tentang itu dia ingat pula. Bagus juga memori dia.
“ Saya ajak Encik Adham sajalah” sambung Izlyn dengan senyum tak lekang.
“ Encik Adham tak ada kereta. Biar saya bawa. Kita pergi ramai ramai, okay” usul Jazlan.
Tiada jawapan dari Izlyn. Dari tempat nya dia ternampak sekumpulan lelaki masuk melalui pintu depan. Dia terus berlari ke arah mereka. Macam kekasih yang bertemu semula setelah lama terpisah dalam filem Bollywood lagaknya. Mungkin di telinga alunan lagu Kuch Kuch Hota Hai sedang berkumandang. Kalau antenna dah senget entah apa signal yang di terima. Najlah memandang dengan saspen. Meluat tapi lucu banget.
Oh my God! What is this crazy woman doing?” desis Adham. Aku nak lari ke mana?
Dari jauh dia ternampak Najlah sedang menutup mulut menahan tawa. Oh, gelak ya. Aku peluk budak ni baru tahu. Tapi dia sendiri tak tergamak berbuat demikian walaupun di bayar beribu ringgit.
“ Encik Adham, lamanya saya tunggu!”
“ Bertuah punya budak. Ponteng sembahyang pastu dating dengan perempuan!” Suara Datuk Jalil menenggelamkan suara Izlyn. “ Siapa perempuan dengan Jazlan tu?”
“ Dia staff kita juga. Nama dia Najlah. Tapi dia datang bukan on business. Dia sepupu saya. Saudara dia kawin besok” Mesra betul Najlah dengan Jazlan. Mereka pernah saling mengenali kah? Dia mula tak senang. Tapi perasaan cemburu perlu aku tangkis kalau nak berlakun depan Izlyn.
“ Kak..Kak Najlah… sepupu Encik Adham?” Izlyn melopong. Patutlah dia suruh Kak Najlah buatkan kopi untuknya. Adham mengangguk.
“ Itulah , kau tak nak campur orang. Tak kenal siapa Najlah dengan Adham ” sampuk Shahrul.
Adham terus ke tempat Najlah dan Jazlan. “ Lala.. dah lama sampai? Sorry , Abang Yem tak dapat tunggu. Everything okay?”
“ Ok, Abang Yem. Bilik pun cantik.Thanks.“ Eee.. geli tekak. Memang dari dulu semua menyuruh dia memanggil Adham Abang tapi dia rasa sangat janggal. Adham pun tak paksa jadi mereka kekal ber “I” dan “You”.
Adham memperkenalkan “sepupunya” Najlah pada Datuk Jalil dan rakan yang lain.
“ Macam mana Najlah kenal Jazlan?” tanya Datuk Jalil. Berkenan pula aku kat sepupu Adham ni. Bukan nak buat No 2 tapi nak buat menantu. Nanti boleh aku risik kat Adham. Anak siapa, orang mana, kerja apa. Jazlan tu pun bukan muda lagi, sampai bila nak berpoya poya.
“ Kami kenal di UITM dulu, Datuk”
“ Hmm ..dah lama kenal. Bagus, bagus. Jazlan nak join meeting atau nak bawa Najlah jalan jalan di JB?” tanya Datuk Jalil. Muka Adham berubah. Giliran Shahrul pula untuk menahan tawa.
“ Lan masuk meeting. Najlah pun letih lagi. Lagipun hujan lebat, nak jalan jalan pun tak best. Nanti lepas meeting lah kita keluar ramai ramai.” Buaya buaya aku pun, bini orang aku tak main.
Lega Adham. Aku kopak cat kereta Ferarri kau kalau kau berani. Jangan nak menggatal dengan bini aku kalau nak kereta kau selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 778# fatimz
tp yem muda lagi
kalau Datuk Jalil baru lah tua |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 782# juanaperez
sabar.. sabar
ramai yg nak sekeh dia
kena ambil nombor giliran |
|
|
|
|
|
|
|
best2...sporting la jazlan |
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa yang kelakar sangat ni?” Izlyn muncul tanpa di sedari. Tak sopan Kak Najlah ni. Duduk berdua ...
sang_arjuna Post at 3-8-2010 18:20
Best2.........
nak lagi.......
Smiley....yg manis... sambung lagi ek....... |
|
|
|
|
|
|
|
ishkk getik sungguh izlyn.. memang pompuan jenis murah.. laki orang pun nak kacau.. takde kesedaran sivik langsung... benci... nk je aku sula pompuan ni... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ishkk getik sungguh izlyn.. memang pompuan jenis murah.. laki orang pun nak kacau.. takde kesedaran ...
pura Post at 3-8-2010 19:21 tu la heran betul kan.... rasanyer dia tu pon cantik gak....
macam xder orang lain.... nak kat abe yem gak.....:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
eii.. izlyn tu memalukan org pempuan je |
|
|
|
|
|
|
|
tu la heran betul kan.... rasanyer dia tu pon cantik gak....
macam xder orang lain.... nak kat ab ...
alyaimra Post at 3-8-2010 19:29
cantik kalo over sangat pun lelaki pun tak pandang sis.. lagi2 perangai mcm ni memang sure jd stock " touch n go" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 784# sang_arjuna
balik opis terus cari thread ni...Thanks JUna!!
Sambung la lg mlm ni voleyy?..tak senang duduk ngan penangan budak putus fius tu. |
|
|
|
|
|
|
|
juna......................nak lagi.
buat makan malam dan supper |
|
|
|
|
|
|
|
“ Apa yang kelakar sangat ni?” Izlyn muncul tanpa di sedari. Tak sopan Kak Najlah ni. Duduk berdua ...
sang_arjuna Post at 3-8-2010 18:20
Hah Hah Hah, lawak sungguh, aduhai teror Smiley buat lawak |
|
|
|
|
|
|
|
cantik kalo over sangat pun lelaki pun tak pandang sis.. lagi2 perangai mcm ni memang sure ...
pura Post at 3-8-2010 19:54
totally agree |
|
|
|
|
|
|
|
mak ai...
makin menjadi2 ulat bulu si izlyn.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...
geramnyer kat izlyn nih... rs nak penampo jer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|