CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 26-10-2009 12:11 PM | Show all posts
citer psl nazrin & hani kena tunggu dulu
smiley nak wat cornflake sket sket .... mcm citer bollywood gitu.... he he he
sang_arjuna Post at 23-10-2009 11:37


OOO peminat bollywood ropenya si smiley ni
Okehlah kita tunggu adengan menari dlm hujan....seterusnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 01:19 PM | Show all posts
belum ader lagik///
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 07:42 AM | Show all posts
mana nazri ngan hani menyorok ni, lama bangat nak jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:05 AM | Show all posts
bila nk ader n3 nie.............
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:45 AM | Show all posts
ermmm...smlm x de n3 rupanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 10:40 AM | Show all posts
“ Sekarang aku tahu kenapa Nazrin pilih kau. Sebab rupa kau macam aku. Dia tak boleh lupakan aku dan kau tu cuma sandaran saja” Bibir merah berkilat itu mencebik

“ Kau ingat Nazrin betul betul jatuh cinta kat kau? Sorrylah, budak hingusan macam kau ni bukan taste dia. Kalau tak pasal desakan keluarga dia, jangan haraplah dia nak layan kau” Jarinya yang runcing hampir menunjal Hani

“ Kalau aku petik jari saja pasti Nazrin akan datang balik kepada aku. So, you janganlah nak berangan “ Ayatnya di susuli tawa mengilai.

Mata Fifi yang bersinar dengan api amarah dan jarinya yang ber cutex merah menjadi igauan Hani.  Scary dowh! Tak mungkin aku dapat luputkan imej  perempuan meroyan tu selamanya. Semalaman tidurnya tak lena. Sehinggalah dia  bersolat tahajjud. Memohon keampunan dari Yang Esa, merayu pada Al Khaliq. Betul kata Ustazah Hamidah, sentiasalah  bermunajat dengan Allah untuk membersihkan hati dan menenangkan jiwa. Selesai solat barulah dia dapat tidur.

“ Hani ,jom breakfast. Tak usah lah kau ingatkan pasal perempuan gila tu lagi. Waste of time!” suara Aina menerjah.

“ Okay, jap ya. Aku nak kemas bilik. Nanti cousin kau tak bagi aku tidur sini lagi” balas Hani sambil melipat comforter. Pakaiannya di masukkan ke dalam tote bag. Matanya menjeling henfon yang di letak dalam mode silent. Banyak kali Nazrin cuba call. Tahukah dia pasal insiden semalam? Apapun, aku sudah ada jawapan untuknya. Jawapan yang muktamad. Everything happens for a reason. Ada sebab musababnya aku kena serang dengan Fifi semalam.

“ Wah… rajinnya kau buat breakfast. Susah susah je.” Hani duduk di breakfast counter yang memisahkan ruang dapur dengan ruang makan. Telur dadar , sosej dan roti bakar menjadi juadah sarapan. Taste si Aina memang kebaratan.

“ Apa yang susah nya? Budak  10 tahun pun boleh buat. Makanlah cepat. Nanti kita boleh lepak kat swimming pool. Kau boleh pinjam swimsuit aku kalau nak. ”

Nak mampus?! Hani menggeleng sambil mengunyah sosej. Aku  tengok orang pakai swimsuit pun aku segan, apatah aku sendiri yang nak pakai. Malunya makkk.

“ Takpe lah Na. Aku kena balik awal. Aku ada hal sikit. “ Mulutnya berat untuk bercerita tentang dinner dengan Tuan Marzuki malam nanti. Takut di salahtafsirkan oleh Aina.

“ Ala… jomlah turun sekejap. Awal lagi ni.  Kita relax jap kat poolside. Best tau. Boleh jamu mata. Ada dua orang Aussie guys yang tinggal kat blok sebelah. Derang selalu swim pagi pagi macam ni. Badan tough, muka pun cute” rancak Aina bercerita.

“ Jamu mata atau zina mata?” tukas Hani di susuli tawa Aina.

“ Kalau kau tengok dia orang, terus kau lupa kisah semalam”

“ Janganlah sebut pasal semalam. Aku masih trauma lagi , tau tak. Kenapalah perempuan cantik macam tu boleh meroyan sebab lelaki. Menjatuhkan maruah kaum perempuan saja. Yang dapat malu aku. Terus jadi live show untuk semua pelanggan. Lepas ni aku tak akan pijak Restoran Rebung tu lagi. “ luah Hani. Suwey betul. Tengah best  makan lemak daging salai sambil tengok poster Dr Sheikh Muzaffar tiba tiba kena serang. Mengaibkan!

“ Fifi tu memang kepala tak betul! Takut aku tengok. Nasib baik kau sabar, tak melawan balik. Kalau kena kat aku… siaplah.” getus Aina.

“ Aku dah buat keputusan. Aku tak akan kahwin dengan Nazrin .” celah Hani. Wajahnya tak beriak, nadanya selamba.

Mata Aina terjegil. “ Isshh… kenapa kau ni? Nazrin tu sikit punya sayang kat kau. Kenapa kau tak nak kahwin? Takkan sebab Fifi? Dia tu bukan apa apa pun dalam hidup Nazrin sekarang. Just an ex girlfriend yang menyibuk. Nazrin nak hingin kat dia pun. ”

Hani menjungkit bahu. “ My mind is made up. Aku tak bersedia lagi untuk kahwin. Banyak sangat dugaan. Emosi aku macam roller coaster. Kalau ada jodoh aku dengan Nazrin nanti, adalah. Tapi kalau tak ada, aku redha. “ Kata di mulut dan hatinya tak selari. Hati ini sangat mendambakan seorang lelaki bernama Nazrin. Tapi aku tak cukup kuat untuk menangani kerenah seorang perempuan yang bernama Fifi. Kata kata Fifi masih terngiang ngiang di telinga. Fifi tak akan biarkan aku dan Nazrin hidup bahagia.

“ Hani, baik kau fikir dulu betul betul. Jangan buat keputusan terburu buru sebab apa yang berlaku semalam.”

“ Aku dah fikir panjang. Aku bukan tak nak tunaikan wasiat Mak Tok aku tapi aku tak mampu. Mungkin Nazrin di takdirkan untuk orang lain, bukan aku. “ Suara  Hani sayu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-10-2009 10:51 AM | Show all posts
“ I’m sorry. Fifi tak patut buat macam tu kat you. Dia dah melampau. Tapi kenapa I pula yang terima hukuman” Lelah rasa Nazrin mendengar keputusan Hani. Dadanya berombak menahan emosi. Fifi mesti bersorak kalau dia tahu. Fifi -1 Hani  -0 Nazrin – 0.

“ I tak ada hak nak hukum you. I cuma kata I tak boleh kahwin dengan you. You bagi I tempoh seminggu dan I dah bagi jawapan.” Hani cuba mengawal tangisan. Walau susah bagi Nazrin menerima, seribu kali lebih susah baginya  memberi jawapan tidak. Perit rasanya bila angan angan tak menjadi realiti.

“ Kalau you tak nak kahwin dengan I , itulah hukuman yang paling berat. I tak nak kehilangan you. Please lah Hani. I cuma nak you sabar sekejap. I dah ada rancangan macam mana nak selesaikan masaalah Fifi”

“ I need to get away from you, Nazrin. I rasa trauma sangat dengan semua ni. You tak rasa macam mana malu dan takutnya I semalam. I minta maaf Nazrin. Tapi I tak mampu jadi isteri you.“ Bibit tangis tak mampu di bendung. Airmatanya yang bertakung mula berderai. Esakannya terlepas.

“ Janganlah macam ni,  Hani. Don’t cry. Please.” Lembut suara Nazrin merayu. “ I akan settlekan semuanya dengan Fifi. Dua tiga hari lagi I akan jumpa dia. Dr Mirzan dan kawan kawan lain dah cari pakar psikiatri untuk cuba pulihkan Fifi. Bila dia dah kembali normal, dia tak akan kacau kita lagi.”

“ Janganlah paksa I. Lupakanlah semuanya. Wasiat Mak Tok, janji kita..” Hani menggeleng perlahan. Bibirnya di ketap untuk menahan esakan yang menghinggut bahu.

Kedua mereka terdiam beberapa detik. Akhirnya , Nazrin mengalah. Biarlah aku terima  keputusan Hani buat masa ini. Aku hanya mampu berdoa dan bertawakal pada Allah.

“ I tak boleh paksa you untuk kahwin dengan I. Tapi you tak boleh paksa I lupakan you. You tak boleh paksa I untuk berhenti berharap dan berdoa. ” Talian di matikan.

Hani memandang Nokia nya yang sepi. Ya Allah, berilah aku kekuatan. Dia menghela nafas sebelum ke tandas Restoran Seri Melayu untuk menghilangkan sisa tangis dari wajahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:51 AM | Show all posts
786# sang_arjuna


aduhai... sebak rasa dihati bila Hani dah buat keputusan tanpa berbincang dgn Nazrin....
Nazrin harus mengambil langkah2 berjaga2 sbb FIFI dah naik gila...cam pe je ye si Fifi tu...
kalau org dah tak nak sudah le... yg nak gi serang Hani tak tentu pasal tu wat pe.... betul2 meroyan pompuan tu...
hati aku dah geram ni... good job Arjuna sbb berjaya menghuru-harakan hati aku ni...
Harapnya Nazrin bijak menanganinya.... sabar jelah Hani.... kalu dah takdir jodoh bersama nazrin.... lambat laun pasti bersama..... hope so....
happy ending tau.... juna....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-10-2009 10:52 AM | Show all posts
“ Lamanya Hani keluar. Kita dah makan dua tiga round dah.” Tegur Tuan Marzuki sebaik Hani menghampiri meja. Wajah lesu gadis itu di tatapnya. Bergaduh dengan boyfriend kah?

“ Sorry. Ada problem sikit tadi.” Hani menguis nasi dan lauk yang sudah sejuk di pinggan.

“ Hani kena try pulut dengan kuah durian. Sedap sangat. Macam yang Tok akak buat kat kampong” kata Kak Ina sambil mengerling kepada adik iparnya yang duduk di sebelah Tuan Marzuki. Hani ni apahal? Sejak balik dari rumah Aina terus macam ayam hilang anak. Termenung sana, termenung sini. Buat kopi pun boleh lupa bubuh gula.

“ So, amacam dengan cadangan Uncle? Haris, Uncle betul betul rasa bersalah selama ini. Bapa Haris dah amanahkan Uncle untuk menjaga keluarga awak. Walaupun terlambat tapi sekarang Uncle nak tunaikan janji Uncle pada arwah. For a start, Uncle nak offer position sebagai Chief Engineer di Persada Construction. Package nya kita boleh discuss. Dan Uncle nak pulangkan bahagian harta pusaka Hani dan Haris ”

Along menelan airliur. Tak sangka pula lepas makan pulut berkuah durian dapat durian runtuh.

“ Eh.. tak mengapalah Uncle. Kita orang bukan nak minta apa apa. Cukuplah kalau family Uncle terima kami. ”

Hani cuma mengangguk.. Konsentrasinya lari entah ke mana.. Hatinya masih sebu. Menyesal kah aku? Memang tepat sekali. Tapi keputusan sudah di buat. Perahu terlajak tak boleh undur.

“ Sayangnya Shamil tak dapat join kita malam ni. Dia ada reunion dinner sekolah  dia di PJ Hilton. Kalau tak mesti dia tak lepaskan peluang untuk jumpa Hani. “ Tuan Marzuki senyum seribu makna.

Aah .. sudah. Keluar mulut rimau , masuk mulut buaya, desis hati Hani.

“ Nanti Uncle jemputlah datang ke rumah kita. Bawa Shamil dengan Auntie Safura sekali” pelawa Kak Ina sekadar berbasa basi. Takkanlah orang kaya ni datang rumah kami yang comel lote itu

“ A’ah… boleh Haris dan Farina berkenalan dengan Shamil. Manalah tahu kot kot jadi adik ipar” gurau Tuan Marzuki. Along menjeling tajam pada adiknya. Woii… si Hani tak bagi tahukah yang dia dah bertunang? Sejak bila Hani feeling player nak pasang spare part bagai?  Budak ni memanglah nak cari nahas…
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:02 AM | Show all posts
Thank you so much smiley!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:11 AM | Show all posts
Hani nie..... sabar jer aku..... cepat sangat mengalah...hehheheh...smiley nak lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:19 AM | Show all posts
aku sokong hani...
biar si nazrin settlekn dulu hal dia ngan fifi...
pastu.. br blh pikat hani semula....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:26 PM | Show all posts
aduhai..bnyk nya dugaan hani dengan nazrin..x pe..janji happy ending....kan.kan.kan..ehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:49 PM | Show all posts
Thanks...akhirnya ada juga n3...
tapi nape sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:29 PM | Show all posts
Restoran Rebung wah buat rasa perut kita lapar balik lah....makanan kat situ memang enak sekali bermacam macam jenis masakan org melayu chef ismail yg ramah tu...

He he Okeh gak Hani ko pileh shamil tu ...ko acah2 je tgk si nazrin tu tak tentu arah cam ayam hilang anak he he he
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:38 PM | Show all posts
Tk...Tk...Sang Arjuna... Betulllah..haru-biru hati kita semua pasal Hani nih... heh..heh..Terus Maju Sang Arjuna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 03:47 PM | Show all posts
sambung lagi yerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 04:06 PM | Show all posts
thanks smiley...

awat ni Hani cepat benor mengalah...bincang ler elok2 ngan Nazrin...Mesti Nazrin kecewa bawak diri ke US nanti..

Si Fifi ni pulak meroyan apa ntah, muka tembok betul..:@
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 04:11 PM | Show all posts
sambung la lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz :-(
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 06:23 PM | Show all posts
c*l*k* betul si fifi ni....anta hospital mental lg bagus...
arjuna jgn bg cornflake panjang2...
tq for n3..

sekian,
pembaca yg geram dgn fifi j
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057261 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list