CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MAKANAN LAUT

 Close [Copy link]
Post time 22-3-2005 07:29 PM | Show all posts
PINDANG IKAN [hanieliza]

Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[3 ekor ikanselar/kembung/cermin ]

2 biji tomato (dibelah dua)

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
2 biji cili merah
1 inci halia
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya
Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Bubuh air secukupnya di dalam periuk dan masukkan cili hijau, bawang kecil, bawang putih, halia, asam keping, serai, garam dan kunyit.
3.Biar menggelegak baru masukkan ikan.
4. Bila ikan masak, masukkan tomato pula.
5. Biar lima minit, rasakan garam dan angkat

TOMYAM CAMPUR [hanieliza]

Bahan:
100 gm isi ayam
100 gm udang
100 gm sotong
100 gm bunga kobis
1 biji tomato (dibelah 4)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
8 biji cili padi (diketuk)
1 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu besar pes tomyam
1 batang celery (potong kecil)
3 helai daun limau purut (koyakkan)
Air & garam secukupnya

2 biji limau nipis (ambil jus)
1 pokok daun ketumbar (cincang)

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali limau nipis dan daun ketumbar dan renehkan sehingga semua bahan lembut.
2. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:14 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2005 09:03 PM | Show all posts
MASAK LEMAK CILIAPI IKAN SEMBILANG [hanieliza]

bahan
5 ekor ikan sembilang laut sederhana besar [basuhkan dengan asam limau dan toskan]
1 biji kelapa parut [ 1 gelas santan pekat dan 1 gelas santan cair]
10 biji buah belimbing buloh
1 batang serai [ketuk]

bahan mesin
15 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah
2 sm kunyit hidup

Cara:
1. Ikan sembilang laut  disiang dan dibersihkan.
2. Campurkan bahan mesin, santan cair, garam dan ikan ke dalam periuk.
3. Jerangkan di atas api perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah.
4. Masukkan buah belimbing.
5. Bila santan sudah mendidih, masukkan santan pekat dan rasakan masinnya.
6. Kacau supaya jangan pecah minyak. Bila sudah mendidih boleh padamkan api.
7. Masukkan dalam mangkuk dan kemudian hidangkan bersama nasi putih.


Ikan Bakar Bumbu [cranko21]

Bahan A

2 ekor ikan semilang
1 biji limau nipis
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 11:04 PM | Show all posts
IKAN MASAK MERAH [Jonah]


BAHAN-BAHAN YANG DI MESIN:

10 biji cili merah
20 ulas bwang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 batang serai
1 biji limau nipis
1 helai daun kunyit
1 helai daun limau purut
1/2 biji kelapa
1 inci kunyit
3 ulas bawang putih
1/2 kilo ikan merah
2 biji tomato



CARA MEMASAK

1.   Gorengkan ikan merah.
2.   Tumiskan bahan2 yang di mesin sehingga naik baunya.
3.   Masukkan santan.
4.   Perahkan asam limau.
5.   Masukkan daun kuyit yang di hiris dan tomato.
5.   Biarkan sehingga masak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2005 11:06 PM | Show all posts
IKAN MASAK PADANG [hanieliza]



bahan

4 keping ikan tenggiri atau merah [taburkan sikit garam halus]
4 cawan santan [1 biji kelapa]
3 biji tomato keras [belah 4]
1 labu bawang besar [belah4]
5 biji cili hijau
5 biji cili api merah
1 keping asam keping
5 keping daun limau purut [koyakkan]
3 s/b minyak
garam

bahan mesin
5 biji cili merah
7 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai [hiris halus]
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras

cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam dan asam keping dan biarkab reneh sehingga mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renehkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 10:03 PM | Show all posts
Ikan kembung goreng Kunyit [CatLady]

Ikan kembung ( dah siap buang perut, boleh suruh fishmogger tu buat)
garam
serbuk kunyit
minyak


cara.
basuh ikan kembung tadi..Buat satu kelas melintang kat badan dia. (buat pendek je). Lumurkan ikan tersebut dengan garam dan serbuk kunyit keseluruh badannya.Untuk menggoreng ikan kena guna minyak yang banyak, biar tenggelam ikan tadi.Pastikan minyak tadi cukup panas, baru masuk ikan..kalau tak kang melekat kat kuali.Pastu goreng hingga garing.


BILIS GORENG KICAP [blackmore]

segenggam ikan bilis goreng garing
segenggam kacang tanah goreng( optional)
1 biji bawang besar potong bulat
1 ulas bawang   putih
cili api potong serong (ikut kepedasan masing)
ataupun cili kering digunting serong
kicap cair  dan gula dan garam

tumis bawang putih bawang besar dan cili pas hingga garing skit pastu tuang bilis dan kacang... curah kicap garam dan gula.siap
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2005 10:53 PM | Show all posts
Udang goreng Petai [RasaCinta]

Bhn2nya:

300 g udang] kepala dibuang
3 papan petai
1 tbsp cili giling
3 cloves garlic] sliced
1/2 ts kicap pekat
2 tbsp sos cili
minyak
garam
gula
1 labu bawang besar] mayang bulat

1. Tumis bawang besar hingga wangi...masukkan cili giling beserta udang.. masukkan lak petai & garlic.. jgn lupa gaul
2. Akhir sekali masukkan kicap...sos cili, garam, gula...... hidang



ikan bawal masak cabai belacan [delifrance]

ikan bawal sederhana besar 2 ekor
santan (1/4 kotak)

bahan tumis:
cili boh 2 sudu besar
sedikit belacan
halia - tumbuk
bawang merah - tumbuk
bawang putih - tumbuk

air asam jawa
minyak utk menumis
garam


cara2-
tumis aje bahan2 di atas
dah garing dan wangi, masukkan air asam + santan followed by ikan..
tambah garam sesedap rasa


Ikan Masin Berlada Kuchai Lama  [NonaNaga]

Bahan2.

1. Ikan Masin Talang...sekeping besor tapak tangan.
  (kalau ikan masin lain boleh jugak tapi sedap lagi ler guna ikang masin talang)
2. Bawang kecik dalam 5 ulas
3. Bawang besor dalam 3-4 ulas.
4. Cili api...agak2 sejemput ker..sukati ler kalau suka pedas lebih lagi, atau kurangkan.
5.Bawang besar di hiris.

Cara Membuatnya..

1. Potong ikan masin bentuk dadu ker..sukati mu lah.
2. Pastu bwg kecik, cili api , bwg putih kasik tumbuk...

jadi...1&2 tu boleh di tumis dlm minyak yg banyak sket...kalu kureng tak baper nak cantik nanti..

pastu ...masukkan ikang masin. then goreng2 lah....agak2 sesuai leh ler masukkan ler pulak bawang besar.


SWEET SOUR FISH CAKES & FISH BALLS [paulinevoon]

Bahan?:-

3 fish cake (yg dibungkus dgn kulit wantan tu) -- belah 4
6 - 8 biji fish ball
2 potong nenas -- potong dadu
1 biji tomato -- potong cam wedges
1/2 biji bawang bombay -- potong cam wedges
1 biji lada besar warna hijau -- buang biji, potong dadu
3 sudu Sos cili -- bancuh dgn semangkuk kecik air
Tepung Jagung -- bancuh dgn air sket

Cara:-

- goreng fish cake & fish balls, toskan
- keluarkan minyak menggoreng dari kuali
- menggunakan kuali yg sama, tumis bawang bombay sekejap, bangkit bau
- masukkan lada besar hijau, gaul sekejap
- masukkan bancuhan cili sos, biar mendidih
- kecikkan api to medium heat
- perasakan dgn GULA, GARAM, sket chicken stock (Knorr or Maggie)
- kalau rasa dah ngam, masukkan tepung jagung
- besokan sket api, biar dia mendidih
- kecikkan api to medium heat
- kalau sos dah cukup pekat, masukkan tomato & nenas
- akhir sekali masukkan fish cake & fish balls
- gaul rata
- angkat dan hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2005 10:57 PM | Show all posts
Sweet & Sour Prawn [slurrrp]

Udang galah - goreng sebentar
Cili sos - agak-agak
Sedikit oyster sos
Bawang putih - hiris
Bawang besar - potong bulat
Halia - hiris


Panaskan minyak menggoreng udang tadi, tumis bahan hiris tadi bila dah naik bau masukkan sos cili dan oyster sos. Tuang sedikit air utk. berkuah sikit, masukkan udang goreng tadi dan tambahkan garam. Masak sampai pekat. Dah siap



SWEET-SOUR KETAM [hanieliza]

Bahan Bahan

4 ekor ketam bunga [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
2 ulas bawang putih [ditumbuk]
5 cm halia muda [dihiris]
2 s/besar sos cili
3 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dipotong dadu]
1 biji telur [pukul sikit]
1 biji lada benggala hijau [potong dadu]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]



Cara Menyediakannya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan hali sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato, lada benggala dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar[hidangan dan sedia dimakan.

IKAN GORENG BERLADO [NoorMasri]

Bahan-bahan:

3 ekor ikan selar/kembung
7 tangkai cili merah }ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1 biji buah tomato } dikisar
1/2 labu bawang besar }dihiris
minyak utk menumis
sedikit kunyit serbuk
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

Ikan dikelar kemudian lumur dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak, angkat & ketepikan
Panaskan minyak (minyak mesti byk/secukupnya), tumiskan bahan tumbuk dan kisar sehingga wangi dan garing dgn api yg perlahan
Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu
Kemudian masukkan secubit gula dan garam secukup rasa
Masukkan ikan, kacau sekejap bolehlah di angkat
Makan dgn nasi panas-panas..sedap woooo


Resepi senang [mrs_livingstone]

BAHAN
ikan/daging/ayam(mana lauk yg anda suka)
bawang putih+merah+cili kering blend
bawang besar mayang
sos ikan/nam pla/sos tiram(pilih satu yg mana suka)
minyak


CARA
panaskan minyak
tumus bahan blend hingga naik minyak
masukkan sos ikan/sos tiram
masukkan lauk anda dan bawang
masak hinggak masak


Udang bercili [naz]

udagn galah goreng 1/2kg
bwang blender + cili belnder

cara..
goreng udang .. angkatkan..
tumis chili + bawang
wangi.. masukkan gula + garam + jus asam jawa
last masuk udang yang dah digoreng tu sekali

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2005 10:21 AM | Show all posts
FRIED BUTTERFLY PRAWNS [NoorMasri]



20 big prawns
cooking oil for frying

Seasoning Ingredients:

1 egg white
3/4 teaspoon salt
2 teaspoon sugar
dash of pepper

Batter Ingredients:

250 g self raising flour
pinch of salt
1 cup (250ml) water

1. Remove shell from prawns. Cut along the back and remove vein. Leave tail portion on
2. Wash prawns and dry with a cloth. Mix thoroughly with seasoning ingredients. Let stand for 30 mins.
3. Put self raising flour and salt into bowl. Stir in water slowly and mix until smooth.
4. Heat cooking oil for deep frying. Dip prawns into batter and deep fry 2 or 3 at a time until golden brown. Serve hot with Thai chilie sauce.


Nota: Kepekatan batter utk udang ini lebih pekat jika dibandingkan dgn batter goreng pisang


Udang Goreng- Grugals

Bahan

udang sederhana besar atau ikut suka

bahan2 utk tepungnya

tepung gandum dalam sepuluh sudu besar
biskut kering yg berbentuk empat segi dalam 5keping
ditumbuk hingga halus
pastu campur kan dengan tepung gandum tadi
tumbuk sikit jintan halus,lada hitam dan campur kan kedalam tepung tadi,tambah sikit garam dan bijan halus serta sikit serbuk kunyit
pastu bancuh kan dengan air,jangan cair sangat.
panas kan minyak..dan celup udang kedalam tepung yg dibancuh tadi..

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:25 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2005 10:28 AM | Show all posts
Udang Pasley [Jonah]

18  udang besar
(Jumbo sized, buang kulit, buang urat blkg dia, dan biarkan ekor je)  
3  sudu besar olive oil  
3  ulas bwg putih (titik blkg pisau je)  
3/8  sudu teh red pepper flakes  
1 1/2  sudu teh steak seasoning (McCormick)  
1 1/2  sudu teh parutan kulit lemon  
3  sudu teh air lemon
1 1/2  sudu besar daun parsley segar - di cincang  

1.  Panaskan kuali dengan api yang sederhana panas.

2.  Masukkan minyak zaitun, bwg putih, serbuk lada dan udang.

3.  Gaulkan dengan seasoning atau garam dan serbuk lada putih.

4.  Masak selama 3 minit atau sehingga udang berwarna kemerah2an.

5.  Taburkan kulit lemon air lemon dan daun parsley.

6.  Bubuh udang ke dalam pinggan dan buangkan bwg putih tu dulu.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 09:11 AM | Show all posts
Ketam Masak Lada Hitam [ Sydney-Bristow ]

Bahan-Bahan:

Bahan A:
6 ekor ketam bunga( bersihkan)
1 sudu bsr kunyit
1 sudu garam
Minyak masak utk menggoreng
(digaulkan bersama)

Bahan B:
? inci halia
3-4 biji bawang kecil
2 biji bwg putih
1 sudu kecil lada hitam
Minyak utk menumis
(Semua bahan B ditumbuk yer, kalau kisar tak sedap!!)

Cara Menyediakannya:

1.Bahan A digoreng tetapi jangan terlalu garing.Kemudian angkat dan letak dlm pinggan.

2.Tumiskan bahan B. Pastikan minyak lebih sedikit dari bahan tumis itu supaya bahan yg ditumis tu tidak terlampau kering.Boleh masukkan air jika mahu tetapi kadar yg sedikit shj.Tumis sampai masak tetapi jgn terlampau garing.

3. Kemudian masukkan ketam yg digoreng ke dlm bahan tumis.

4. Jika mahu, masukkan hirisan lada merah dan daun bawang utk hiasan.


GULAI MASAK KETAM BERSAMA NANAS [nurulazzah ]

ketam dibelah 4
santan (jgn cair sangat... tak kaw nanti )
bawang merah 4 biji
bawang putih 2 ulas
garam
gula
asam jawa
1/4 kiub ikan bilis
sedikit kari ikan + ayam
kunyit
bunga cengkih
nenas potong 4 segi
minyak masak 2 sudu besar

cara2:
masukan minyak, lepas periuk panas masukkan bawang merah dan putih yang ditumbuk tadi.... sampai naik wangi, masukkan sedikit lada dan bunga cengkih, masukan ketam tadi dan gaul 1 minit masukan santan gaul 1 minit, jgn berenti kacau takut tak sebati dan rupa tak cantik. masukan kari ikan dan kari ayam serta kunyit (sesuka hati) kiub ikan bilis, nenas dan asam jawa. kacau 3 minit lagi dan perlahankan api dan kacau lagi


GULAI KETAM DGN NENAS [NoorMasr]

Bahan-bahan:

600 g ketam
3 1/2  cawan santan
2 cm lengkuas    } diketuk
300 g nenas
2 sudu besar cili kering kisar
4 biji cili api                    }
5 ulas bawang merah      }
2 ulas bawang putih        } ditumbuk
2 cm halia                       }
1.5 cm kunyit hidup        }
garam secukup rasa

Cara membuat:

Bersihkan ketam.
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali nenas & ketam Biarkan ianya mendidih.
Kemudian masukkan ketam. Bila ketam hampir masak baru masukkan nenas.
Masukkan garam secukup rasa.
Kacau dan biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan



GULAI KETAM DAN NENAS [hanieliza]

Bahan-Bahan:
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
1/2 biji nenas -[dipotong kecil dan nipis]
4 cawan santan [1 bijikelapa]
4 ulas bawang merah - dihiris
3 sudu besar rempah lemak/ikan
minyak
garam

bahan tumis -mayang
3 ulas bawng merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
1 s/k halba campur
daun kari

Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bahan tumis.
2. Masakkan sehingga mendideh.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
4. Curahkan bahan tumis yg dah wangi tu dan minyak dalam periuk yg masak kuah tu.Tutupkan periuk dan biarkan.
5. Bila nak menghidang baru akcau rata dan hidangkan bersama nasi.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 09:14 AM | Show all posts
Ketam bercili version catz [pentium_catz]

bahan2:

Bahan A:
cili kering-12 tangkai
bawang merah- 4 biji
bawang putih-3 biji
halia - 1 1/2 inci

bahan B

serai
telur sebijik
ketam
air
minyak
gula
garam

cara2:
1. blend sumer bahan A
2. bubuh minyak dalam kuali - tumis bahan A tadi..
3.ketuk serai, masukkan dalam kuali.
4. bila bahan dah garing,masukkan air (anggaran bleh memasakkan ketam) ,garam.gula secukup rasa.
5.bila dah mendidih masukkan ketam.
6.pecah kan telur dan kacau..kuah akan jadi pekat..
7.masak dlm 7-8 minit
8.sebelum angkat, rasakan garam gulanya..
siapppp..


TOMYAM KETAM [hanieliza]

Bahan
3 ekor ketam [potong 4 dan bersihkan]
2 batang serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [hiriskan]
2 biji tomato buah [belah 4]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
10 biji cili api [ketukkan
5 tangkai cili kering [ mesinkan]
3 ulas bawang merah [mesinkan]
3 ulas bawang putih [mesinkan]
6 cawan stok ayam
3 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
1 pokok daun ketumbar [potong 1 inci]
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan giling sehingga wangi.
2. Masukkan stok ayam, serai, bawang besar dan ketam. Biarkan sehingga mendideh.
3. Masukkan garam,daun limau purut dan buah tomato. Biarkan mendideh.
4. Masukkan pula jus limau nipis dan tutup api
5. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan daun ketumbar.


SUP KETAM [hanieliza]


Bahan
3 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 ulas bawang merah   ]
2 ulas bawang putih    ]  mayangkan
1 /2 btg carrot           ]
1 batang serai
1 pokok daun sup [potong 1 inci]
6 cawan air
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali daun sup kedalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2. Bila telah mendideh tuutp api dan masukkan dalm mangkuk hidangan.
3. Taburkan daun sup dan sedia untuk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 09:19 AM | Show all posts
Udang Nestum [blackmore]


15 ekor udang
3 sudu besar marjerin
2 tangkai daun kari (hiris)
3 biji cili padi (hiris)---kalau korang suka pedas2...tambah seberapa banyak cili
5 sudu besar bijirin Nestum---nie pon ikut rasa korang...bley tambah kalau nak
2 sudu besar gula
2 cawan minyak
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa----optional

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali.

2. Goreng udang selama 4 minit.

3. Kemudian angkat dan toskan udang.

4. Cairkan marjerin dalam kuali.

5. Setelah cair, masukkan daun kari dan cili padi.

6. Kemudian masukkan udang tadi.

7. Sesudah itu bubuh serbuk perasa, garam, gula.

8. Gaul hingga sebati.

9. Kemudian taburkan bijirin dan gaul hingga sebati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2005 09:24 PM | Show all posts
Masak Lemak Cili Padi Ikan Tenggiri Belimbing Buluh [Acong]

Bahan:

500 g ikan tenggiri, dipotong tiga keping

4 biji cili merah

4 biji cili padi

50 g bawang merah

20 g kunyit

200 ml santan

100 g belimbing buluh

1 camca besar minyak masak

1 camca besar minyak

Garam secukup rasa



Cara masak:

1. Masukkan cili merah, cili padi, bawang merah dan kunyit ke dalam pengisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga lumat.

2. Panaskan minyak di dalam periuk.

3. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan tumis.

4. Masukkan santan sambil kacau dan biarkan mendidih.

5. Masukkan kepingan ikan tenggiri dan akhir sekali belimbing buluh. Biarkan masak selama 15 minit.

6. Masukkan garam secukup rasa.

7. Hidangkan dengan nasi putih.

8. PM Acong, ajak makan skali! :D


Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri Bersama Belimbing Buluh [harleena]

500 g ikan tenggiri, dipotong tiga keping
4 biji cili merah
4 biji cili padi
50 g bawang merah
20 g kunyit
200 ml santan
100 g belimbing buluh
1 camca besar minyak masak
1 camca besar minyak
Garam secukup rasa

Cara masak:

1. Masukkan cili merah, cili padi, bawang merah dan kunyit ke dalam engisar. Masukkan sedikit air dan kisar sehingga lumat.

2. Panaskan minyak di dalam periuk.

3. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk dan tumis.

4. Masukkan santan sambil kacau dan biarkan mendidih.

5. Masukkan kepingan ikan tenggiri dan akhir sekali belimbing buluh. Biarkan masak selama 15 minit.

6. Masukkan garam secukup rasa.

7. Hidangkan dengan nasi putih.

PINDANG UDANG [harleena]

600 gm udang besar
1 camca teh garam
4 camca besar  Minyak Sawit Sri Murni
  
A

8 ulas bawang merah, dihiris
8 batang serai, dihiris halus
2 biji cili merah, dihiris
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 12:56 PM | Show all posts
INDONESIAN OTAK OTAK[mrs_livingstone ]

BAHAN
*ikan kembung
*kelapa parut(boleh diganti dgn kentang)
*sedikit santan
*ketumbar-tumbuk
*bawang merah-tumbuk
*garam gula
*aluminium foil
*daun pisang(optional)
*telur dia pukul sedikit(kalau pakai telur)


CARA
*ikan direbus dan diambil isinya
*digaul bersama bahan yg lain(kalau pakai kentang rebus dulu dan lecek baru digaul bersama)
kemudia dibungkus membentuk kon di dalam aluminium foil/daun pisang dan di kukus sehingga masak
*setelah masak hiris dan celupkan kedalam telur dan kemudian digoreng(macam bergedel)
*kalau nak bakar letak lam daun pisang dan bakar (sebelum kukus pun tak pa...bakar selepas kukus pun tak pa)

Otak-Otak Ikan [ninoZ]

ikan tenggiri - dikukut isinya pastu tumbuk
sedikit santan pekat
garam gula secukup rasa
daun limau purut- dimayang halus
daun kunyit - dimayang halus
telur
daun kelapa
lidi kelapa utk menyemat

bahan kisar:
bwg merah
halia
serai
sedikit lengkuas
cili kering - rendam n toskan [nak gantikan dgn cili merah pun boleh gak]
ketumbar
jintan manis
sedikit kunyit hidup

gaul bahan kisar dgn daun2, telur, isi ikan n santan hingga rata
perisakan garam n gula secukup rasa
sudukan kedalam daun kelapa then kemaskan n sematkan dgn lidi
grill hingga masak


kalau maleh nak buubuh dlm daun kelapa..letak je dlm mangkuk kecik yg dah dialas dgn daun pisang/daun kaduk/daun kunyit
pastu bakar dlm oven hingga masak
nak bakar dlm bekas2 kecil dari daun pisang pun boleh gak[mcm buat hor mok style thai tu]



OTAK-OTAK [hanieliza]



Bahan
300  g ikan tengiri
1/2 biji kelapa parut muda
3 helai daun kaduk [mayang halus]
garam
daun kelapa [kerat sepanjang 10 inci]

Bahan Mesin Halus
1 s/kecil lada putih
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 s/besar rempah kari
1/2 cm belacan
1 biji buah keras


CARA-CARA

1. Bersihkan ikan dan hiriskan nipis.
2. Kelapa parut pun digiling hingga halus
3. Campurkan ikan, kelapa muda, daun kaduk & bahan mesin dan gaul rata-rata bersama garam secukupnya
4. Isikan adunan ini kedalam keratan daun kelapa. Tutup keratan ini dengan keratan daun kelapa juga dan sematkan dengan lidi.
5. Siapkan bara arang. Bakar otak otak ini hingga masak


SATA IKAN [hanieliza]

bahan-bahannya;

1/2 kilo ikan selayang [ambil isi saja]
1/2 biji kelapa muda [parut]
10 biji cili kering
10 biji bawang merah
1/2 inci halia
sdikit asam jawa
daun pisang

caranya;
1. Iikan dan kelapa ditumbuk.
2. Bawang, cili kering dan hali dimesinkan.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati
4. Masukan garam,gula asam jawa gaul rata.
5. Daun pisang dibentukkan kun [macam buat kelonsong kacang putih] dan masukkan adunan ikan .
6. Tutupkan dan dan cucukkan pada buluh.
7. Bakarkan/panggangkan sehingga agak masak.
8. Angkat dan buangkan daun pisang dan hidangkan.


sebelum dibakar


setelah dibakar


telah masak

SATAR [NoorMasri]

Bahan-bahan:

10 ekor ikan kembung } ambil isinya
1 biji kelapa } diparut
1 cm halia } tumbuk
12 ulas bawang merah } dtumbuk lumat
2 biji cili merah } dihiris
garam dan gula secukup rasa
daun pisang secukupnya

Cara membuat:

Isi ikan dan kelapa parut ditumbuk lumat
Campurkan pula bawang, halia, garam, gula dan cili merah sehingga sekata
Ambil daun pisang dan buatkan kelonsong
Masukkan ikan yg digaul tadi
Buat sehingga habis dan bakar di atas bara api yg sederhana
Enak dimakan begitu saja...yummyyyy

  

SATAR[DianaA]

Bahan-bahannya
400 g ikan tenggiri atau lain (dibuang kulit & tulang)
100 ml air asam jawa (dari 1 camt asam jawa)
8 biji buah keras
2 cm halia, dicincang halus
3 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dicincang
150 g kelapa parut putih
garam
1/2 camt gula
1 camt belacan
2-3 biji cili merah, dicincang
1-2 camt serbuk cili
1 helai daun salam, dimayang
1 helai daun kunyit, dimayang
Daun pisang, dipotong empatsegi 20 cm, dilayur
Batang buluh halus sepanjang 30 cm (5-6)

Caranya
Rebus isi ikan hingga masak, angkat dan hancurkan. Campur dengan semua bahan. Bentukkan daun pisang seperti kon, isikan dengan 2-3 camb campuran ikan. Bungkus kemas dan cucuk dari bahagian bawah dengan buluh. Untuk setiap batang buluh, 4-5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan (seperti pulut udang).

[ Last edited by  NoorMasri at 11-12-2006 09:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 03:30 PM | Show all posts


KETUPAT SOTONG [hanieliza]

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong
1 cawan beras pulut [dikukuskan dulu]
2 inci halia(dimayang)
3 biji bawang merah(dimayang)
1 sudu besar halba
2 cawan santan
Lidi kelapa dipotong 2 inci
Gula & garam(secukup rasa)

Cara-caranya:
1.  Sotong dibasuh sehingga bersih.
2.  Terlebih dahulu beras pulut dibasuh dan direndam.
3. Kemudian beras pulut dimasukkan kedalam perut sotong sehingga 3/4 badannya.
4. Tutup ruang terbuka badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong tadi supaya beras pulut tidak terkeluar.
5. Selepas itu rebus sotong tersebut dengan santan sehingga masak dengan api sederhana.
6. Masukkan halia,bawang,halba,gula & garam.
7. Masakkan ia sehingga mendidih.


Sotong kelantan..versi manisnya..[lepat_pisang]

sotong-yg sedang2
santan
beras pulut
gula melaka
garam
daun pandan
*lidi


cara:
rendamkan beras pulut dlm santan yg dah dicampurkan sikit garam selama 1-2 jam

masukkan beras pulut dlm sotong..jgn penuh sgt..cucukkan kepala kt bdn sotong ngan lidi-tinggalkan skit beras pulut utk dimasukkan dlm kuah

susunkan sotong dlm periuk..masokkan santan..gula melaka..daun pandan..n skit garam

bila sotong dah mula mendidih,masukkan baki beras pulut..

ps: kl tgk pulut kt dlm kuah tu dah kembang/masak..maksudnya ketupat sotong kita dah masak..



KETUPAT SOTONG [cranko21]

Bahan2:

10 ekor sotong yg besar - bersihkan dan tos airnya.
1 biji bawang besar - tumbuk halus  
sedikit halia - tumbuk sedikit  
5 biji bawang kecil - di hiris halus2
1 sdm halba
sedikit kunyit
Garam + gula secukup rasa
1 cwn pulut - bersihkan dan rendam selama 1 jam
2 cwn santan pekat
3 cwn santan cair
batang lidi


Cara:
Tos pulut yg di rendam dan masukkan dlm bekas campurkan & 2 cwn santan pekat & sedikit garam.
Sumbatkan ulut ke dalam sotong (1/2 penuh) dan cucuk lidi di hujung sotong agar tiada pulut akan terkeluar.

Dalam periuk, masukkan 3 cwn santan cair, halba, bawang kecil yg di hiris, bawang tumbuk, halba & sedikit garam & gula. Masukkan sotong yg telah di isi pulut tadi dan belen2 santan pekat tadi. Biarkan masak di atas api sederhana hingga pulut masak (sekurang-kurangnya 30 minit) Nota tambah sedikit santan cair atau air kalau semasa process memasak tadi santan terlalu kering. Kelar-kelar sedikit sotong tadi dan hidangkan panas2.


Nota kaki: semasa memasak jgn taruk too much garam.. kerana takut terlalu masin bila santan memekat.

Ketupat Sotong [nsutra]


10 ekor sotong...
beras pulut...masukkan dalam sotong dalam 2 sudu besor...jangan masuk separuh ...kang penuh terkeluar plak ....
1 cawan santan cair...
1/2 cawan santan pekat..
1/2 sudu kecik halba..
2 biji bawang merah di mayang...
garam..

memula rebus sotong yg telah diisi dengan pulut  dengan secawan santan cair..masukkan sekali halba dan bawang merah yang dimayang halus...
lbila dan mendidih masukkan santan pekat..rasakan garamnya....

siap....

Ketupat Sotong [tunteja78]


bahan2 (sukatan main agak je )

sotong
santan
beras pulut
gula melaka
garam
daun pandan

cara2

rendam beras pulut ngan santan (sejam dua pon dah ok)

masukkan beras pulut dlm sotong..3/4 atau setgh je (jgn buang balance beras pulut yg dah rendam tu)

masukkan kepala sotong..'pin'kan ngan lidi

susunkan sotong lm peyok..letak daun pandan..santan..gula melaka n garam cecukup rasa

bila sotong dah mula mendidih..masukkan balance beras pulut..ketupat sotong masak bila pulut yg baru dimasukkan tu masak..

ps:leh gak kl nak letak serai atau bwng besar..tp personally teja x suka yg letak serai..rasa dia lari..yg letak bwg besar tu okla..x ubah rasa




KETUPAT SOTONG (versi Trg)[NoorMasri]


Bahan-bahan:

12 ekor sotong jarum (hok ada telur lagi sedap)
1 cawan beras pulut yg sudah dibasuh bersih
? sudu kecil halba
2 cm halia } dimayang halus
5 ulas bawang merah } dimayang
1 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam dan gula secukup rasa
12 btg lidi sepanjang 2 cm

Cara membuat:

Beras pulut direndam dlm santan pekat dgn sket garam sekurang-kurangnya 2 jam
Kemudian masukkan beras kedlm sotong sehingga hampir ? badan sotong
Semat dgn lidi supaya beras tak keluar
Selepas tu masukkan santan cair dan sotong
Rebus hingga sotong hampir masak
Kemudian masukkan lebihan santan pekat, halia, bawang merah dan halba ,garam dan sket gula
Renehkan sehingga kuah agak pekat boleh lah diangkat.
Sedap diratah begitu saja..nyummy.

jika malas nak rendam beras pulut boleh buat camni:

1 cawan beras + 1/2 cawan santan pekat + secubit garam -- > masak atas dapur hingga santan kering (pulut akan jd separuh masak) pastu sumbatkan dlm badan sotong sehingga 3/4 badan sotong baru rebus dgn santan cair..dan step berikutnya serupa spt diatas

Ketupat Sotong [akuu]

sotong...sederhana besar
10 sudu besar santan + 1 cawan air

Bahan pulut :
Beras Pulut
5 sudu santan pekat + 1 cawan air
garam

Kuah:
Santan Pekat
Bawang merah...dihiris halus
Halia...dihiris halus
sedikit halba
garam
gula

cara:

1) Rendamkan semua bahan pulut tadi selama 1/2 jam.

2) Kemudian sediakan kuah . Campurkan semua bahan dan kacau hingga mendidih. Jangan berhenti kacau selagi ia belum mendidih...takut berketul-ketul.

3) Sumbatkan pulut kedalam sotong..jgn penuhkan..nanti ia akan terkeluar..kemudian cucuk dengan lidid. Buatsampai habis.

4) Kemudian masukkan sotong dalam santan yang cair tadi. Masak hingga air hapir kering.

5) Bila dah masak...buang lidi...dan masukkan dalm kuah tadi...

Sedap di makan masa panas2....my hubby suka sgt....

KETUPAT SOTONG PEDAS [hanieliza]

8 ekor sotong sederhana besar [buangkan kulit luarnya dan bersihkan]
200 gm beras pulut [rendam beberapa jam]
2 cawan santan
1 pokok daun bawang [hiriskan]
bawang merah
garamlidi satay

Bahan Kuah
1 s/b cili mesin
5 ulas bawang merah  ]
2 ualas bawang putih  ]  mesinkan
secubit belacan           ]
1 batang serai [ketukkan]
1 cawan jus asam jawa
1/2 cawan kacang goreng [mesinkan kasar]
minyak

Cara
1. Kukuskan pulut dengan santan dan garam sehingga masak dan sejukkan. Gaulkan dengan daun bawang supaya wangi.
2. Masukkan pulut dalam sotong separas 3/4 perut sotong itu. Gunakan lidi satay untuk menutup perut sotong.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dimesinkan sehingga wangi.
4. Masukkan sotong, serai, air asam jawa, gula merah dan biarkan sehingga mendideh dan naik minyak.
5. Bila dah mendideh masukkan keacang tmbuk dan biarkan sehingga pekat.
Bila dah nampak naik minyak boleh hidangkan

[ Last edited by  NoorMasri at 11-12-2006 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:37 PM | Show all posts
SOTONG GORENG TOMYAM [hanieliza]

500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3  tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

Bahan tumbuk
5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2005 06:55 PM | Show all posts
PINDANG SERAI IKAN TENGGIRI [NoorMasri]



Bahan-bahan:

400 g ikan tenggiri
1 batang serai }diketuk
air secukupnya
sedikit air asam jawa atau 2-3 keping asam keping
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
5-6 tangkai cili api } dibelah 2

Bahan kisar/tumbuk:

6 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Cara membuat:

Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan air, air asam jawa/asam keping dan serai
Apabila mendidih masukkan ikan, garam dan cili api yg dibelah
Bila telah mendidih sekali lagi, sesuaikan rasanya dan padamkan api.
Sedia utk dihidangkan



PINDANG IKAN [hanieliza]



Bahan:
3 keping ikan tenggiri/
[bolih gantikankan 3 ekor ikan selar/kembung/cermin ]
2 biji tomato (dibelah dua)
4 keping asam keping
2 batang serai (diketuk)
Sedikit garam dan kunyit
Air secukupnya
2 s/b minyak

Bahan-bahan dihiris:
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
4 biji cili hijau
3 biji cili merah
1 inci halia

Cara:
1. Bersihkan ikan dan ketepikan sebentar.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili hijau, bawang kecil, bawang putih dan halia.
2. Masukkan air secukupnya, asam keping, serai, garam dan kunyit.
3. Biar menggelegak baru masukkan ikan.
4. Bila ikan masak, masukkan tomato pula.
5. Biar 5 minit, rasakan garam dan angkat
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 07:54 PM | Show all posts
OTAK-OTAK KELANTAN [dindazZz]



Bhn2:

6 ekor ikan kembong, direbus
1 1/2 inci halia, hiris nipis
1 1/2 genggam daun kesom, hiris nipis
1 1/2 c. kelapa parut
10 ulas bawang merah, hiris nipis
1 sb serbuk kasar lada hitam
2 biji telur, putih saja
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng

Cara2:

    Keluarkan isi ikan kembong tanpa mencacatkan bahagian kepala,
    tulang dan ekornya.

    Di dalam mangkuk yang lain, masukkan halia, daun kesom,
    kelapa parut, bawang merah, garam, lada hitam dan isi ikan
    kembong, perasakan garamnya, gaul dengan tangan sehingga
    sebati, masukkan putih telur yang telah dipukul.

    Bentukkan semula campuran tersebut pada tulang ikan seperti
    asalnya.

    Gorengkan sehingga berwarna kekuningan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:19 PM | Show all posts
Fillet Steak Chinese Style [Baiduri Othman]

Bahan2nya

340 g beef fillet
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos hoisin
sedikit lada sulah
3 sudu besar minyak masak
1 bawang besar dihiris or potong 8
sedikit halia
bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
1 cube beef stop
sedikit sesame oil

Cara2 membuatnya

1.        Daging dibekukan & dihiris nipis2. Lepas tu marinate selama 15 minit bersama kicap, sos hoisin & lada sulah.
2.        Panaskan minyak dlm kuali & goreng bawang besar bersama garam selama 1 minit. Kemudian bawang besar yg dah digoreng set aside.
3.        Finally baru tumis bawang putih & halia hingga naik baunya. Boleh masuk sedikit pepper yg dah ditumbuk jika suka. Baru masuk beef yg dah diperap tadi. Selalunya beef ni dimasak menggunakan api yg besar & sambil tu beef kena dikacau selalu & tak boleh ditinggalkan begitu saja. Bila beef dah masak baru masuk beef stock+cornstarch (campur dgn secawan air). Masukkan garam & ajinomoto.
4.        Bila dah masak hiaskan dgn daun bawang & daun sup. Dah siap utk dimakan.

Selain tu, saya juga menggunakan sos tiram utk ganti sos hoisin.


Butterfly Shrimp [Baiduri Othman]

Bahan2nya

5 sudu besar all purpose flour
1 biji telur ayam dipukul
Shrimp besar
3 sudu besar tepung jagung
garam

Cara2 membuatnya

1.        Tepung dicampur dgn garam, air & telur & gaul rata. Shrimp pulak dibuang kulitnya tapi jgn buang ekornya. Lepas tu kena potong belakang shrimp nak buang tahi dia.
2.        Celupkan shrimp tadi ke dlm adunan tepung & sprinkle dgn tepung jagung & celup lagi dgn adunan tepung. Finally barulah digoreng sehingga masak.
3.        Bila dah masak bolehlah dihidangkan dgn sos cili or sos kicap yg dicampur dgn hirisan halia.

PS. Pernah buat masakan ni & tambah dgn jintan manis/jintan hitam & ketumbar. Sedap jugak. Tak payah makan dgn sos cili pun.


Tender-fried fish slices,hangzhou style {RasaCinta]

Ingredients:

95 g Fish fillet] cut into slices
1 biji putih telur
2 sdm tepung jagung
1/2 sdt sos ikan
garam
1 btg daun bawang, potong
1 clove garlic, tumbuk
4 sdm minyak sayuran

BATTER - Mix kan telur, tepung jagung dan garam..

1. Coat the fish slices with the batter.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan. angkat dan toskan..
3. Panaskan kuali balik, saute daun bawang n garlic sampai bau wangi.
4. Masukkan ikan tadi n sprinkle with fish sauce.
5. Masukkan the rest of batter, turn over kasi masak dan hidang


Fried Shrimp Ball with Toast [RasaCinta]

Ingredients

500 g udang, cincang
2 g ginger, tumbuk
1 biji putih telur
roti] lightly toasted
-- potong dadu kecil2 (buang tepi dia)
garam
1 sdm MSG
1 sdm fish sauce
1 sdm pepper
2 sdm cornstarch

1. Mix sumer bahan kecuali [roti] - buat cam bebola..
2. Salut bebola tadi dgn roti pastu goreng..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:27 PM | Show all posts
Butter Prawn [alin_raaz]

1/2 kg udang harimau (dibelah belakang dan goreng separuh masak)
2 biji telur - ambil kuning
10 helai daun kari
10 tangkai cili padi
10 gm butter
Sedikit minyak
1 cawan fresh milk

Bancuh telur bersama susu dan biar seketika. Panaskan minyak dan masukkan butter dan kacau tanpa henti pada api sederhana panas.  Tuang perlahan-lahan dari atas, telur yg telah dicampur dgn. susu tadi. Kacau hingga berbuih. Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Angkat dan toskan udang. Siap untuk dihidangkan

BUTTER PRAWNS [cranko21]



Bahan2

450gm Tiger Prawns (size besar)
1/4 cwn lada padi (di potong2)
1 cwn daun kari
150g butter
1 cwn bread crumbs (atau kelapa parut kering yg sering di buat biskut)
1 sdm garam
secukup Minyak untuk mengoreng


Cara:
1. Cairkan 100gm butter dlm mangkuk kemudian masukkan bread crumbs dan gaul rata.
2. Masukkan udang & garam dan gaul udang bersama bread crumbs
3. Dalam kuali panaskan minyak masak yg byk.... goreng udang hingga garing angkat bersama2 breadcrumbs dan toskan .
4. keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dlm kuali sebanyak 1/2 senduk dan campurkan ngan 50 gm, masukkan daun kari dan lada padi dan goreng hingga daun padi garing, masukkan udang yg telah di goreng tadi bersama2 bread crumbs dan gaul sebati dan matikan api.
5. Hidangkan panas2 bersama nasi putih.






Butter Prawn [cranko21]


panaskan minyak yg byk dlm kuali
sementara tu.. pecahkan dlm 5 - 6 biji telor dan pukul hingga sebati(jgn sampai kembang laaa)

then tuangkan dlm kuali panas tu.. dan with the back of a soup ladle... just kacau dgn urutan bulatan hingga telor tu jadi cam crumps yg halus2 ala2 mee... bila dah garing angkat, tapiskan dan taburkan kat atas prawns.

Sotong Crispy [alin-raaz]

250 gm sotong - dipotong bulat (rebus terlebih dulu)
1 sudu teh serbuk kari
1 biji telur
Sedikit air
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara:

Bancuh serbuk kari bersama telur, tepung gandum, baking powder, kacau sebati.  Panaskan minyak, celup sotong dalam bancuhan tepung tadi dan  goreng. Bila kekuningan, angkat dan toskan.

[ Last edited by  NoorMasri at 11-12-2006 09:35 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075236 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list