Edited by tension080808 at 6-11-2015 12:20 PM
Perkahwinan Zainab Binti Jahsy & Penjelasan Isu Sekitarnya
http://sukahadis.blogspot.my/2010/12/perkahwinan-zainab-binti-jahsy.html
(mungkin blog ini dpt membantu .. tapi hanya Allah yang mengetahui kebenaranNYA)
Kalau boleh jangan sangat kita kaitkan peristiwa sekarang dengan kisah kisah Nabi untuk di samakan, takut mengundang dosa kerana penilian kita masih belum menyeluruh, ada fakta fakta yang bercanggah. Ini akan menimbulkan keraguan mungkin niat kita baik untuk menyampaikan ilmu tapi Macam2 info yang saya sendiri terkeliru. Berpegang pada apa yang berlaku ada sebab2 kebaikkan, jika ianya melibatkan para Rasul dan Nabi insyAllah Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab Binti Jahsy menjadi isu bahkan tohmahan bagi sesetengah pihak yang cuba mengelirukan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jama`ah dengan menabur fitnah dan cerita-cerita karut.
Ini menunjukkan kadang-kadang hadits boleh mengelirukan sekiranya tidak dikaji dan difahami dengan lebih mendalam. Begitu juga dengan ayat al-Quran sekiranya hanya difahami berdasarkan zahir ayat sahaja. Sifat berhati-hati dan teliti dalam penerimaan hadits juga amat perlu supaya jauh dari kekarutan yang membahayakan akidah ummat Islam. Cerita-cerita berkenaan perkahwinan Zainab binti Jahsy ini adalah bukti jelas dimana kecuaian dalam tafsir, terjemahan dan pemahan hadits boleh menjebakkan kita ke dalam kesesatan tanpa kita sedari.
|